You are on page 1of 6

PERKARA : Minit Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah SRI Al-Ehya Asshariff Kali -1 2017

TARIKH : 24 November 2016

MASA : 10.30 Pagi

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SRIES

KEHADIRAN : 25 Waris Murid Prasekolah SRI Al-Ehya Asshariff Sessi 2017

Pn. Suzaina Binti Mohamad (Guru Besar)

Pn. Salwah Binti Kasim ( PK Hem )

En. Mohd Farizal Bin Ismail ( Guru Prasekolah )

Cik Intan Liana Binti Saad ( PPM Prasekolah)

LAPORAN :

1. Ucapan alu-aluan dari En. Mohd Farizal Bin Ismail (Guru Prasekolah) atas kehadiran
waris murid prasekolah SRI Al-Ehya Asshariff Sessi 2017.
2. Ucapan pembukaan dari Guru Besar SRIES Pn. Suzaina Binti Mohamad.
3. Guru Besar menyampaikan rasa terharu atas sokongan dan kehadiran penuh ibu
bapa / waris calon murid prasekolah SRIES Tahun 2017. Beliau mengharapkan agar
ibu bapa sentiasa memberi komitmen yang penuh pada pengurusan prasekolah
SRIES.
4. En Mohd Farizal Bin Ismail ( Guru Prasekolah @ Setiausaha pra) menjelaskan akan
tujuan perjumpaan.

4.1 Guru Prasekolah menerangkan syarat-syarat kelayakan untuk memohon masuk


ke prasekolah.
4.2 Guru prasekolah memberitahu tentang jadual pendaftaran murid prasekolah
SRIES untuk tahun 2017.
4.3 Guru Prasekolah menjelaskan tentang peraturan-peraturan dalam kawasan
sekolah dan di kelas prasekolah.
4.4 Guru Prasekolah menekankan bahawa adalah diharapkan agar ibu bapa /
penjaga murid prasekolah SRIES Sessi 2017 dapat menyediakan kelengkapan alat
tulis seawal sesi persekolahan tahun 2017 nanti. Tujuannnya untuk
memudahkan urusan pembelajaran & pengajaran di lakukan seawal minggu
pertama perekolahan.
4.5 Guru Prasekolah juga memberitahu tentang masa persekolahan murid
prasekolah iaitu mulai 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari pada setiap hari
persekolahan. Ibu bapa di minta untuk menghantar dan menjemput pulang
murid prasekolah mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

TINDAKAN : Ibu bapa / Penjaga Murid Pra

5. Guru prasekolah memberitahu mesyuarat tentang program-program yang telah


dirancang untuk sepanjang tahun 2017.
6. Lantikan jawatankuasa permuafakatan waris prasekolah tahun 2017

Pengerusi : Pn. Suzaina Binti Mohamad (GB)


Yang Di Pertua : En. Wan Mohd Husaini Binti Wan Ismail
N. Yang Di Pertua : En.Sharuddin Bin Saad
Setiausaha : En. Mohd Farizal Bin Ismail
AJK : En. Abidin b. Jait ( Kg. Pahit Tengah)
Pn. Suhaina bt. Yaakub ( Kg. Pahit Luar)
Pn. Hasmaliza bt. Md. Desa ( Kg. Pahit Dalam)
Cik Intan Liana Binti Saad ( PPM Prasekolah)

7. Hal-hal Lain / Berbangkit

7.1 Pn. Hasana bertanyakan tentang pakaian murid prasekolah


- Pengerusi menjelaskan bahawa tiada peraturan khusus untuk pakaian murid
prasekolah. Semuanya terpulang pada komuniti.
- En. Mohd Farizal juga memaklumkan bahawa pada sessi persekolahan yang
lepas-lepas murid prasekolah memiliki dua jenis pakaian persekolahan iaitu baju
uniform rasmi untuk aktiviti rasmi sekolah dan baju sukan untuk acara padang /
PJK.
- Ibu bapa / penjaga BERSETUJU sebulat suara agar murid prasekolah sessi 2017
memiliki 2 jenis baju iaitu baju rasmi dan baju sukan.

TINDAKAN : Ibu bapa / penjaga Murid Prasekolajh


7.2 Pn Hasana bertanyakan tentang harga pakaian murid prasekolah.

- En Mohd Farizal menjelaskan bahawa ibu bapa perlu menanggung kos


pembelian baju murid dan pihak sekolah hanya sebagai orang tengah yang
membantu menguruskan soal pembelian baju sahaja.
- Ibu bapa / penjaga BERSETUJU untuk menyerahkan tugas membeli baju
prasekolah kepada pihak pengurusan sekolah.
- Ibu bapa juga BERSETUJU untuk mengekalkan pembekal baju prasekolah yang
sedia ada.
- Ibu bapa juga BERSETUJU dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak
pembekal

i. Baju Uniform Rasmi = RM35.00 Sepasang


ii. Baju Sukan / PJK = RM28.00 Sepasang
- Ibu bapa / penjaga BERSETUJU agar cikgu prasekolah yang bertanggungjawab
untuk menerima / mengumpul dan menyerahkan wang baju prasekolah sessi
2017

TINDAKAN : Ibu bapa / penjaga Murid Prasekolah


Cikgu Prasekolah & PPM

7.3 En. Ahmad Hisham bertanyakan tentang warna kasut murid prasekolah
- En Mohd Farizal menjelaskan bahawa murid DIBENARKAN memakai kasut
berwarna hitam sahaja. Dan tidak boleh berkasut selipar. Murid harus memakai
stoking.

TINDAKAN : Ibu bapa / penjaga murid prasekolah

7.4 Pn Hasmaliza bertanya tentang jadual pemakaian baju rasmi dan baju sukan.
- En Mohd Farizal menjelaskan jadual pemakaian baju rasmi dan baju sukan
bergantung pada jadual waktu persekolahan. Dan ia akan di beritahu kemudian
setelah sessi persekolahan bermula.

TINDAKAN : Guru Prasekolah

7.5 Pn Zuraida bertanyakan tentang tarikh pembayaran duit baju prasekolah.


- En Mohd Farizal menjelaskan ibu bapa boleh membayar duit baju prasekolah
selewatnya minggu pertama persekolahan pada bulan januari 2017.
- Komuniti BERSETUJU sebulat suara agar duit untuk baju prasekolah MESTI
diserahkan pada Cikgu Prasekolah ( En Mohd Farizal Ismail ) selewatnya pada
minggu pertama persekolahan 2017. Dan urusan pembayaran duit baju tersebut
akan dikendalikan oleh PPM Prasekolah ( Cik Intan Liana) sekiranya cikgu
prasekolah bercuti..
TINDAKAN : Ibu bapa Murid Prasekolah
Guru Prasekolah & PPM

7.6 En. Roslan bertanyakan tentang bayaran –bayaran lain yang perlu dibayar.
- En Mohd Farizal menjelaskan TIADA bayaran yang dikenakan di prasekolah.
- Walaubagaimanapun duit baju prasekolah mesti ditanggung oleh ibu bapa
kerana ibu bapa sebulat suara bersetuju agar murid prasekolah memakai baju
prasekolah.

7.7 Pn. Siti Sara mencadangkan agar setiap keluarga menyumbangkan RM50.00
untuk program prasekolah.
- Komuniti telah BERSETUJU agar setiap keluarga memberi sumbangan sebanyak
RM50.00 untuk program prasekolah. Dan Komuniti juga BERSETUJU agar guru
prasekolah yang akan mengumpulkan semua kutipan sumbangan tersebut.

TINDAKAN : Ibu bapa / penjaga Murid prasekolah

7.8 En. Wan Husaini bertanyakan tentang program menabung di prasekolah.


- Cikgu Farizal menjelaskan bahawa program menabung di prasekolah tidak dapat
dijalankan kerana faktor-faktor keselamatan.
7.9 Pn. Siti Sara mencadangkan agar murid prasekolah membawa bekal ke
prasekolah.
- Pn. Salwah ( PK HEM) menjelaskan bahawa, setiap murid prasekolah disediakan
menu harian dua kali setiap hari (sarapan dan kudapan). Oleh itu, murid tidak
digalakkan membawa wang saku dan bekalan makanan ke sekolah. PPM
Prasekolah telah menyediakan makanan berkhasiat untuk semua murid
prasekolah.
7.10 Cikgu Farizal meminta agar setiap ibu bapa menyediakan kelengkapan
kebersihan diri untuk murid prasekolah 2017 ( berus gigi, ubat gigi). Dan
kelengkapan ini perlu ada seawal minggu pertama persekolahan 2017 nanti.
- Pn. Haslizawati mencadangkan agar pihak sekolah yang menyediakan semua
keperluan kebersihan murid supaya nampak selaras.
- En. Noor Hafiz mencadangkan agar pihak ibu bapa yang akan mengeluarkan kos
pembelian barangan keperluan kebersihan tersebut.
- Komuniti sebulat suara BERSETUJU untuk menambah RM10.00 untuk pembelian
keperluan kebersihan diri murid prasekolah. Dan komuniti BERSETUJU
menyerahkan urusan pembelian keperluan kebersihan kepada pihak sekolah.

8. Puan Noranin menjelaskan semula hasil perbincangan bersama komuniti dalam


Mesyuarat Permuafakatan Kali Pertama 2017.
a. Sesi persekolahan prasekolah 2017 bermula pada 8.00 pagi hingga 12 tengahari
pada setiap hari persekolahan.
b. Semua ibu bapa bersetuju, murid prasekolah SRIES memiliki 2 pasang baju
prasekolah untuk tahun 2017.
c. Ibu bapa juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM50 untuk
program kecemerlangan prasekolah 2017.
d. Ibu bapa bersetuju untuk menanggung kos penyedian baju prasekolah sebanyak
RM63.00 untuk dua pasang baju prasekolah.
e. Ibu bapa bersetuju untuk menambah pembayaran RM10.00 untuk keperluan
kebersihan diri murid prasekolah 2017.

TINDAKAN : Ibu bapa / penjaga


Murid prasekolah / Guru Prasekolah

9. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa meluangkan masa
pada perjumpaan kali ini.
10. Pengerusi juga memberitahu bahawa perjumpaan kedua akan diadakan pada Julai
sessi persekolahan tahun 2017
11. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.
12. Mesyuarat Tamat
13.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

……………………………………. ……………………………………….

( MOHD FARIZAL BIN ISMAIL) Pn. Salwah Binti Kasim

Setiausaha Pen. Kanan HEM

Prasekolah SRIES SRI Al-Ehya Asshariff


Disahkan Oleh ;

………………………………………………….

You might also like