You are on page 1of 1

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah lambing penyatuan rakyat berbilang kaum

dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara.

a) Terangkan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. @

Mengapakah British memperkenalkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?


/Mengapakah British menerima cadangan orang Melayu pada 1948? [8 markah]

F1 Ketegasan orang Melayu membantah MU di bawah pimpinan Dato’ Onn Ja’afar

H1a perpaduan di kalangan orang Melayu iaitu raja dan rakyat telah mengatasi pihak lain yang
menyokong MU

H1b keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British menghidupkan semula dasar
perlindungan terhadap orang Melayu

F2 sokongan bekas pegawai British yang pernah berkidmat di Tanah Melayu seperti Frank
Swettenham, Sir RO Winstedt, Sir Cecil Clementi dan Sir George Maxwell

F3 sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak
mereka.

H3a orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, berkongres, berdemonstrasi dan memujuk Raja-
raja Melayu menentang MU

H3b orang Melayu tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya ( PKM ) menentang
British

H3c UMNO dan Raja-raja Melayu hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
bukannya menuntut kemerdekaan daripada British

F4 kebimbangan British jika tuntutan orang Melayu tidak dipenuhi, mereka akan mudah
dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai golongan radikal seperti PKMM, API,
AWAS dan BATAS

F5 Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh PBB tidak menggalakkan penjajahan baru,
sebaliknya penjajah hendaklah memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada rakyat negara yang
dijajah

You might also like