Professional Documents
Culture Documents
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Oleh: Azie Kitchen
Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan
Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk
Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal
Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng,
lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan
tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak
goreng terendam kerana nak jimat minyak.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan
serai.
Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3
sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.
Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili
benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang
telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.