You are on page 1of 14

Pertandingan Debat Di Raja

The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship


Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

(LAMPIRAN A)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA


ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA

PENGENALAN

Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia adalah merupakan


pertandingan debat antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bermula sejak tahun
1995. Pertandingan debat yang diilhamkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
pada tahun tersebut telah buat pertama kalinya dijalankan mengikut format ’ala parlimen’.

Format pertandingan ini adalah gandingan antara format perdebatan Debat Australasian dengan
Debat Dunia dan menjadi popular untuk pertandingan-pertandingan perdebatan sama ada di
peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Format debat ini juga telah diterima secara
rasmi untuk Pertandingan Debat Asia (All-Asian Intervarsity Debating Championships).

Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia yang pertama telah
diadakan di UIAM. Semasa pertandingan yang pertama, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong, pada ketika itu iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul
Rahman telah berkenan menjadi Penaung dan Tetamu Kehormat menyaksikan pertandingan
akhir. Memandangkan ianya merupakan suatu pertandingan debat yang paling berprestij di
Malaysia, amat sesuailah pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat DiRaja.

Selanjutnya keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Sektretariat Timbalan-Timbalan Naib


Canselor/Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) bahawa Pertandingan Debat DiRaja amat baik
dilaksanakan secara tahunan dan dianjurkan oleh IPTA secara bergilir-gilir. Pertandingan
tersebut dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Pihak
Sekretariat amat berbangga dan berbesar hati kerana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong serta Kerabat DiRaja telah sudi mencemar duli merasmikan pertandingan pada tahun-
tahun seterusnya.

Untuk memberi pendedahan dan interaksi yang lebih luas kepada mahasiswa, pada Ogos 2003,
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail telah bertitah agar perasmian acara debat berprestij ini
diperluaskan kepada Canselor Universiti yang juga terdiri daripada Raja-Raja. Dengan yang
demikian mulai tahun 2003, penganjur disaran menghadap dan mempersilakan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Canselor universiti berkenaan mencemar duli berangka menyaksikan Pertandingan
Akhir Debat DiRaja.

MADUM/Debat DiRaja
1
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

OBJEKTIF
 Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai
pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
 Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di
kalangan para mahasiswa IPTA.
 Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan
mahasiswa IPTA.
 Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
 Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih
berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
 Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal di kalangan mahasiswa tentang
isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan
penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. AM
1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat DiRaja Antara Institusi-Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia atau ’The Royal Malaysian Intervarsity
Debating Championship’.
1.2. Peraturan ini diasaskan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika
menganjurkan pertandingan ini buat julung kalinya pada tahun 1995, dan
kemudian telah ditambah baik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia
(MADUM).
1.3. Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat DiRaja Antara Institusi-
institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006 (Bahasa Melayu/Bahasa
Inggeris/Bahasa Arab)
1.4. Tafsiran peraturan ini merupakan hak mutlak MADUM.
1.5. MADUM mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan
pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa MADUM.
1.6. Terdapat beberapa peraturan debat ini yang tidak sesuai digunakan bagi debat
Bahasa Inggeris berdasarkan pengamalan yang biasa dalam pertandingan-
pertandingan debat Bahasa Inggeris di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2. TAFSIRAN
MADUM/Debat DiRaja
2
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

2.1. ”Pengarah Pertandingan” dan ”Panel Hakim” bermaksud individu yang dilantik
oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan yang tersebut.
2.2. ”IPTA” bermaksud semua institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
2.3. ”Ketua Hakim” adalah individu yang dilantik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti
Malaysia (MADUM) untuk mengaturselia urusan penghakiman kejohanan.

3. STRUKTUR PERTANDINGAN
3.1. Pertandingan ini terbahagi kepada enam (6) kategori pertandingan iaitu:
Kategori Bahasa Melayu Utama
Kategori Bahasa Inggeris Utama
Kategori Bahasa Arab ASL
Kategori Bahasa Melayu Muda
Kategori Bahasa Inggeris Muda
Kategori Bahasa Arab AFL

4. PENYERTAAN
4.1. Setiap IPTA boleh menghantar maksimum DUA (2) pasukan untuk kategori utama
dan DUA (2) pasukan untuk kategori muda bagi kategori Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Bagi Kategori Bahasa Arab, kategori yang dipertandingkan
ialah Bahasa Arab ASL (Arabic as the second language) dan Bahasa Arab AFL
(Arabic as the first language).

5. KELAYAKAN
5.1. Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, pendebat hendaklah merupakan
mahasiswa samada dalam peringkat Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Ijazah
Pertama di universiti yang diwakili mereka. Bagi kategori AFL, pendebat boleh
terdiri daripada mahasiswa dalam peringkat Pasca-Ijazah. Semua anggota
pasukan hendaklah terdiri daripada penuntut IPTA yang sama. Pengesahan
bahawa mereka adalah penuntut IPTA berkenaan hendaklah dilakukan oleh
pihak IPTA masing-masing.
5.2. Untuk kategori Bahasa Arab, kategori ASL ialah HANYA untuk peserta yang
menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua manakala kategori AFL
dibuka kepada peserta yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa
pertama.
5.3. Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja.
5.4. Penyertaan untuk kategori Utama adalah terbuka kepada semua mahasiswa tanpa
mengira tahun pengajian.

MADUM/Debat DiRaja
3
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

5.5. Penyertaan bagi kategori Muda adalah hanya terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun
Kedua dan Ke bawah.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1. Pertandingan ini akan menggunakan sistem ’power match’ kaedah Swiss untuk
pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang
akan berlawan dan juga peranan mereka sebagai kerajaan atau pembangkang.
6.2. Kesemua pasukan daripada kategori Utama dan Muda dalam bahasa yang sama
akan dikelompokkan dalam satu kumpulan semasa pertandingan pusingan awal.
Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan
dilakukan secara rawak. Selepas perdebatan yang pertama, kedudukan setiap
pasukan akan ditentukan dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:

Bahasa Melayu/Bahasa Arab Bahasa Inggeris


a) Menang/Kalah a) Menang/Kalah
b) Juri b) Markah
c) Margin c) Margin
d) Markah

6.3. Untuk pusingan kedua, pasukan-pasukan yang menang dalam pusingan


pertama akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan pasukan-pasukan yang
kalah pula akan dikelompokkan dalam kumpulan yang lain. Penentuan
pertandingan seterusnya akan dibuat berdasarkan kedudukan dalam kumpulan-
kumpulan yang tersebut.
6.4. Selepas setiap perdebatan, kedudukan setiap pasukan akan ditentukan semula
seperti kaedah yang digunakan di atas. Pusingan awal biasanya terdiri daripada
enam (6) perdebatan atau lebih. Ini akan memberi peluang kepada semua
pasukan untuk membuktikan kebolehan mereka.
6.5. Melalui kaedah ’power match’, ada kemungkinan bahawa pasukan akan
bertanding dengan pasukan lawan yang sama lebih daripada sekali. Ada juga
pasukan yang akan bertanding dengan pasukan lain dari universiti mereka
sendiri.
6.6. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan pertama akan
ditentukan secara rambang/undian.
6.7. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya
akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan-
perdebatan yang sebelumnya. Selalunya, penentuan peranan sesebuah
pasukan adalah berdasarkan jumlah pasukan tersebut menjadi kerajaan.
MADUM/Debat DiRaja
4
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

6.8. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan pusingan suku


akhir, separuh akhir, dan akhir adalah dibuat berdasarkan undian atau
lambungan syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
6.9. Selepas selesai kesemua pertandingan dalam pusingan awal, kedudukan
pasukan akan ditentukan semula berdasarkan kategori masing-masing iaitu
kategori Utama dan Muda. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke
pusingan suku akhir. Kedudukan ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria seperti
yang berikut:
Bahasa Melayu/Bahasa Arab Bahasa Inggeris
a) Menang/Kalah a) Menang/Kalah
b) Juri b) Markah
c) Margin c) Margin
d) Markah
6.10. Lapan (8) pasukan dengan kedudukan teratas bagi kategori Utama dan lapan (8)
pasukan teratas bagi kategori Muda akan layak ke pertandingan suku akhir.
6.11. Pertandingan suka akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
Penentuan pasukan untuk pusingan kalah mati adalah seperti berikut:

PENENTUAN PASUKAN UNTUK PUSINGAN KALAH MATI


(Bermula dari Pusingan Suku Akhir)

SUKU AKHIR 1
Pasukan di tangga pertama
LWN
Pasukan di tangga kelapan SEPARUH
AKHIR 1
SUKU AKHIR 2
Pasukan di tangga keempat
LWN
Pasukan di tangga kelima AKHIR

SUKU AKHIR 3
Pasukan di tangga kedua
LWN
Pasukan di tangga ketujuh SEPARUH
AKHIR 2
SUKU AKHIR 4
Pasukan di tangga ketiga
LWN
Pasukan di tangga keenam

MADUM/Debat DiRaja
5
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

7. MASA PERSEDIAAN
7.1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan perdebatan.
Sebarang masa perjalanan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan.
Perbincangan hanya boleh disertai oleh empat (4) pendebat yang mengambil
bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain
selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG SAMA
SEKALI.
7.2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas 15 minit dari masa
permulaan perdebatan akan dikira kalah.

8. STRUKTUR PERDEBATAN
8.1. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
mengikut gaya ala-Parlimen Malaysia.
8.2. Setiap pusingan debat mempunyai dua (2) pasukan iaitu pasukan kerajaan
(pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang
pendebat dan seorang pendebat simpanan.
8.3. Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) orang anggota
kerajaan, manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang
dan dua (2) orang anggota pembangkang.
8.4. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi
pihak kerajaan dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat
pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.
8.5. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap pendebat adalah seperti berikut:

Ucapan Substantif
Perdana Menteri/pencadang pertama 7 minit
Ketua Pembangkang/pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Kerajaan/pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua 7 minit
Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga 7 minit

Ucapan Gulungan
Gulungan/Rumusan Pembangkang 4 minit
Gulungan/Rumusan Kerajaan 4 minit

8.6. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali setelah seminit masa
berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan
MADUM/Debat DiRaja
6
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi
menandakan masa untuk membuat celahan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali apabila masa ucapan pendebat telah tamat.
8.7. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit ketiga
dan dua kali apabila masa ucapan telah tamat.
8.8. Pendebat yang melebihi had masa berucap sehingga 30 saat akan diberi amaran
oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan
ucapan.

9. PERANAN SETIAP PASUKAN


9.1. Peranan pihak kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu
mendefinisikan usul, memberikan hujahan/kes yang menyokong usul, dan
membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak pembangkang terhadap
hujahan usul mereka.
9.2. Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu
menjawab definisi kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau
MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah tidak dibenarkan.
Mereka juga perlu memberikan hujahan/kes yang membangkang usul, dan
membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap
hujahan usul mereka.

10. PENGHAKIMAN
10.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim.
Bilangan hakim mestilah ganjil. Kemenangan ditentutan mengikut sistem juri.
10.2 Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Di Pertua
Dewan dan akan digelar Tuan/Puan Yang Di Pertua. Dalam pusingan akhir,
Yang Di Pertua tidak perlu dilantik di kalangan panel hakim.
10.3 Yang Di Pertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap,
menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat
keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang
mungkin dipertikaikan.
10.4 Para hakim mestilah:
i. Mencapat keputusan menang/kalah. Keputusan seri tidak dibenarkan
ii. Tidak menyampuk atau memberikan sebarang komen semasa
perdebatan berjalan.
10.5 Ketua Hakim mestilah mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang
bertanding dan memberi alasan/sebab terhadap keputusan yang dicapai oleh
panel hakim dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
MADUM/Debat DiRaja
7
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

10.6 Panel juri tidak boleh berbincang dan mestilah mencapai keputusan dengan
sendiri.
10.7 Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan
diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak dibenarkan selepas
penyerahan undi.

11 PEMARKAHAN
11.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 markah
bedasarkan kepada:
Isi 40 markah
Gaya/penyampaian 40 markah
Tatacara/Kaedah 20 markah

11.2 Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta
dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan
pihak lawan.
11.3 Tatacara akan diadili dari segi:
i. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendapat.
ii. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara
keseluruhan
iii. Kesinambungan hujah/fakta
iv. Kerja sepasukan
11.4 Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya
penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi
serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim
(dengan syarat ianya membantu hujahan).
11.5 Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah
pemarkahan ucapan substantif seperti yang tersebut di atas.
11.6 Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana
ucapan itu benar-benar menyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul
satu-satu pasukan dan konteks perdebatan.
11.7 Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan selainnya) semasa
perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
11.8 Semua peserta hendaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa
pertandingan.

12 HUJAH BARU

MADUM/Debat DiRaja
8
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

12.1 Tiada sebarang ’hujah baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan
substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan (kerajaan
atau pembangkang). Contoh baru ialah bukan hujah baru. Hujah dikira ”baru”
kecuali:
i. telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu.
ii. Merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

13 DEFINISI
13.1 Tugasan memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan
adalah hak dan tanggungjawab pihak kerajaan.
13.2 Pihak pembangkang boleh:
i. menerima definisi kerajaan secara keseluruhan/mutlak;
ii. menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi
alternatif.
13.3 Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak kerajaan secara
keseluruhannya hanya jika;
i. definisi pihak kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan
maksud sebenar usul.
ii. Definisi pihak kerajaan adalah ’truistik’, iaitu tidak boleh dibangkang
dengan hujahan rasional.
iii. Definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu
spesifik ataupun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk
akal.

14 PENJELASAN
14.1 Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh
pihak lawan bagi memperjelaskan fakta penting yang ditimbulkan oleh pendebat
yang sedang berucap. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan
dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan
diberikan untuk celahan dan jawapan celahan yang efektif/berkesan.
14.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada menerima
atau menolak celahan penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun,
penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan
sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendepat tersebut harus dipandang serius
oleh hakim. Adalah disyorkan supaya setiap pendebat menerima sekurang-
kurangnya dua (2) penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak
menetapkan had maksimum atau minimum bagi setiap pendebat menerima
penjelasan/celahan.
MADUM/Debat DiRaja
9
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

14.3 Penjelasan yang diberikan hendaklah tidak melebihi 15 saat. Loceng akan
dibunyikan selepas masa 15 saat. Jika penjelasan/celahan belum selesai,
pendebat yang memberi penjelasan/celahan hendaklah duduk serta merta.
14.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit
terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali
menandakan permulaan dan sekali lagi bagi menandakan pengakhiran waktu
meminta penjelasan yang dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam
ucapan penggulungan.
14.5 Hanya ahli daripada pihak lawan yang boleh meminta penjelasan. Pendebat
hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti
berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya.
14.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan
dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lain. Jika ditolak,
pendapat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu
peluang yang lain.
14.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh
menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah
atau peruntukan masa selama 15 saat yang diberikan belum selesai (mana yang
terdahulu). Pendapat tidak wajar memotong penjelasan yang telah diminta oleh
pihak lawannya apabila telah diterima.

15 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG


15.1 Bantahan dalam konteks ini adalah bantahan yang diajukan oleh pendebat
kepada Yang Di Pertua Dewan semasa perdebatan sedang berlangsung bagi
menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan
seperti:
i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan;
ii. Pengenalan fakta baru semasa ucapan substantif pendebat ketiga atau
ucapan gulungan;
Atau
iii. Mana-mana pendebat yang telah melebihi 30 saat had masa yang
diperuntukkan.
15.2 Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap
sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Di Pertua Dewan sama ada
untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
15.3 Jika bantahan diterima, Yang Di Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat
yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang
digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang
MADUM/Debat DiRaja
10
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

sedang berucap. Sebaliknya jika bantahan ditolak, pendebat terbabit akan


diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan
semasa bantahan tersebut.

16 RAYUAN
16.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
16.2 Sekiranya terdapat apa-apa bantahan teknikal, sila kemukakannya kepada Ketua
Hakim secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
16.3 Jika pihak penganjur mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan
semasa pengendalian sesuatu perdebatan (yang berkaitan dengan perkara
teknikal sahaja), usaha akan dibuat agar tidak ada kepentingan mana-mana
pihak yang terjejas. Jika perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu
berbangkit agar tidak berulang.

17 USUL PERDEBATAN
17.1 Usul-usul perdebatan hanya boleh diumumkan kepada peserta 30 minit sebelum
pertandingan bermula.
17.2 Usul-usul perlu merangkumi isu dan bidang yang berlainan secara menyeluruh,
seperti merangkumi bidang politik, ekonomi, undang-undang, sukan, sains dan
teknologi.
17.3 Bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, sebuah jawatankuasa khas
yang akan diwakili oleh wakil-wakil dari IPTA yang terlibat akan diwujudkan bagi
memilih tajuk usul manakala bagi Bahasa Inggeris, tajuk usul akan dipilih oleh
Ketua Hakim.

MADUM/Debat DiRaja
11
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

PERATURAN PIDATO

5.1 Penentuan Tajuk

5.1.1 Tajuk-tajuk pidato untuk pertandingan adalah berkenaan


dengan isu-isu berkenaan dengan tema.

5.2 Sistem Pertandingan

5.2.1 Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Melayu

5.2.2 Peserta akan menyampaikan Pidato dengan tema...

5.2.3 Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing


dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu
menggunakan medium Bahasa Malaysia.

5.2.4 Pemidato akan disoal secara spontan oleh peserta lain dan
soalan yang ditanya juga akan diberikan markah

6.0 PERMARKAHAN

6.1 Pembahagian Markah

(a) Isi (40 markah)


Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang
bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk
penghuraian.

(b) Bahasa (15 markah)


Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik,
jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang
berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak
disampaikan.

(c) Penyampaian (20 markah)


Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar,
kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan
penonton. Pemidato juga perlu menunjukkan gaya yang
menarik dan susunan idea yang tertib.

(d) Adab (6 markah)


Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa,
kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang
kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah.
Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai.

(e) Markah Bonus (4 markah)


MADUM/Debat DiRaja
12
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

Pemidato akan dinilai daripada segi keseluruhan persembahan


dan perwatakannya.

(f) Jawapan (10 markah)


Pemidato akan dinilai dari jawapan yang diberikan semasa
menjawab soalan yang diberikan.

(g) Soalan (5 markah)


Pemidato akan dinilai dari soalan yang diberikan semasa
menyoal peserta lain.

7.0 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama,
maka pemenangnya akan ditentukan dengan mengambil kira kombinasi
markah tertinggi bagi isi dan cara penyampaian dan jika masih ada lagi
persamaan , hakim akan mengambil kira kombinasi markah bagi isi, cara
penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.

8.0 KAEDAH PERTANDINGAN

8.1 Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja untuk berpidato dan
3 minit untuk sesi soal jawab.

8.2 Loceng akan dibunyikan sekali 1 minit sebelum masa tamat dan
loceng akan dibunyikan dua kali bila masa tamat.

8.3 Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan
markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang
masih berpidato selepas masa tamat.

8.4 Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato


akan dipotong markah.

8.5 Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik, agama,


bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang
adalah dilarang. Pengerusi majlis berhak mengarahkan untuk
berhenti berpidato

8.6 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang sama sekali

MADUM/Debat DiRaja
13
Pertandingan Debat Di Raja
The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

8.7 Pemidato-pemidato dilarang sama sekali menuding jari mereka atau


menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk
melahirkan emosi mereka.

8.8 Pemidato hendaklah menggunakan Laras Bahasa Melayu baku.

8.9 Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggari


peraturan di atas.

8.10 Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima


kebenaran daripada daripada hakim untuk memulakannya.

8.11 Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan empat puluh


lima minit (45 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan
pertandingan

8.12 Sebanyak 13 Tajuk akan disediakan dan setiap peserta akan diberi
tajuk melalui undi semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa dan
peserta-peserta diminta membuat persiapan tajuk tersebut
sehingga hari pertandingan.

8.13 Pada penghujung sesi pidato peserta-peserta akan disoal secara


spontan oleh peserta lain mengenai isu yang dipidatokan.

9.0 HAKIM

9.1 Lima orang hakim yang berkelayakan akan dilantik dan salah seorang
akan menjadi ketua hakim pada pertandingan tersebut.

9.2 Hakim-hakim terdiri daripada lima orang hakim yang akan dilantik
untuk mengadili pertandingan ini. Mereka mewakili Majlis Debat
Universiti Malaysia (MADUM), wakil dari pihak lain dengan
pemantauan MADUM.

9.3 Dua orang pembantu akan berada bersama dengan hakim semasa
pertandingan iaitu seorang penjaga masa dan jurukira markah.

9.4 Ulasan dan komen hakim oleh ketua hakim akan diberi selepas
pertandingan berakhir.

9.5 Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan


dilayan.

MADUM/Debat DiRaja
14

You might also like