You are on page 1of 3

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN

SEKOLAH
Nama : SUHAMI BIN IBRAHIM
Sekolah : SMK PERMAS JAYA 2, 81750 PASIR GUDANG, JOHOR
A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 03 Mac 2019


Waktu : 11.10 pagi – 12.30 tengahari
Tingkatan/ Kelas : 5 Ikon
Tajuk :
Objektif : Murid boleh menerangkan secara ringkas mekanisme pergerakan pada cacing tanah.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

5/22 orang murid tidak dapat menerangkan secara ringkas mekanisme pergerakan pada cacing tanah dengan betul, kerana mereka
sukar mengingati pengecutan dan pengenduran otot pada seekor cacing tanah.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Pada permulaan PdPc, rajah seekor cacing tanah beserta label telah dipamerkan kepada pelajar dan pelajar
telah mengenalpasti kedudukan anterior (depan), posterior (belakang), keta (kaki), otot berlingkar dan otot membujur.

Longitudinal
Circular muscle muscle
Otot membulat Otot membujur

Chaetae
Keta

Fluid filled coelom


Selom yang dipenuhi cecair

Soalan telah diajukan kepada pelajar untuk menerangkan pergerakan seekor cacing tanah.

1
PENYELESAIAN:

MENGGUNAKAN KAEDAH SEGI EMPAT GRID

Langkah 1: Murid diminta melukis segi empat grid dan diminta melabel setiap grid dengan beberapa
perkataan seperti berikut.

Otot membulat Otot membujur

Anterior

Posterior

Langkah 2: Pada segi empat grid yang telah dilukis dan dilabelkan, pelajar diminta HANYA mengingati SATU
perkataan sahaja iaitu ’MENGECUT’ yakni perkataan yang melambangkan bahawasanya otot tersebut sedang
bekerja. Sebagai tambahan untuk mudah diingati, perkataan ’MENGECUT’ itu sesuai kepada golongan orang
tua yang kulitnya berkedut dan mengecut kerana kuat bekerja. Pengisian perkataan yang perlu diingat
(’MENGECUT’) perlu diisi pada kotak pertama sahaja pada segi empat grid adalah seperti berikut:

Otot membulat Otot membujur

Anterior MENGECUT

Posterior

Langkah 3: Seterusnya pelajar dikehendaki mengisi petak-petak yang masih kosong dengan perkataan yang sesuai
sama ada ’MENGECUT’ atau ’MENGENDUR’ berdasarkan petak pertama. Ini kerana setiap pergerakan
adalah secara antagonis (berlawanan).

Otot membulat Otot membujur

Anterior MENGECUT MENGENDUR

Posterior MENGENDUR MENGECUT

Perkataan yang diisi adalah berlawanan antara satu sama lain

Langkah 4: Pelajar kemudiannya dikehendaki membuat huraian lengkap bagi menjawab soalan berkaitan pergerakan
pada cacing tanah berdasarkan segi empat grid yang telah dihasilkan.

2
C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :-

Tindakan yang telah saya praktikkan ini bukan sekadar untuk 5 orang pelajar yang kurang menguasai tajuk ini, bahkan
pelajar lain juga turut serta membuat huraian yang lengkap berkaitan dengan tajuk pembelajaran dengan lebih baik.
Murid juga semakin memahami apa yang diajar, ini kerana murid tidak dapat berimaginasi berkaitan pergerakan
cacing tanah tersebut.

Contoh jawapan murid di atas menunjukkan murid telah berjaya menjawab soalan dengan betul menggunakan kaedah
segi empat grid. Ternyata murid bersemangat dan gembira kerana mereka berjaya menguasai tajuk dan
menghasilkan jawapan yang lengkap. Aktiviti ini dijalankan sewaktu PdPc. Sebagai pengukuhan, murid diberi dengan
2 lagi soalan. Latihan berterusan perlu diberikan agar dapat membantu murid menguasai sepenuhnya subtopik ini dan
tidak hilang dari ingatan.Murid diberi 4 soalan latihan pengukuhan. Murid kelihatan lebih bersemangat
menjawab soalan yang diberikan. Latihan berterusan perlu diberikan bagi membantu murid menguasai sepenuhnya
subtopik ini.

You might also like