You are on page 1of 3

TAJUK : SUMBANGAN SAINS DALAM MENGEKANG COVID-19

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan

saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute

respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-

related coronavirus (MER-CoV). Mutakhir ini,virus yang baru dikesan di

Wuhan,China pada pertengahan Disember 2019 dikenali sebagai Coronavirus 2019

(COVID-19). COVID-19 telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan

badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus

COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus

lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV. Bertitik tolak dengan

kenyataan ini, apakah sumbangan sains dalam mengekang COVID-19? Mari kita

kupas sehingga ke akar umbi.

Antara sumbangan sains dalam mengekang COVID-19 ialah penghasilan

pelitup muka tiga lapis. Saintis telah mengkaji keberkesanan pemakaian pelitup

muka dalam mengekang penularan wabak ini. Lapisan dalam bersifat menyerap

air(hidrofilik) yang berfungsi untuk menyerap titisan cecair. Tambahan lagi,pelitup

muka tiga lapis ini dilengkapi dengan lapisan tengah yang bersifat menghindar

penyerapan air(hidrofobik). Lapisan tengah ini berfungsi bagi meningkatkan lagi

penapisan dan kadar keberkesanan penyerapan titisan cecair. Lapisan luar pula

bersifat menghindar penyerapan air(hidrofobik) dan berfungsi untuk mengehadkan

pencemaran dari luar daripada menembusi hidung dan mulut pemakai.Oleh

itu,pemakaian pelitup muka sangat disarankan sebagai penghadang yang mudah

yang mampu menghalang cecair pernafasan daripada merebak ke ruang udara dan

orang sekeliling apabila batuk,bersin dan bercakap. Langkah mengekang penularan


ini dikenali sebagai pengekangan punca jangkitan. Saranan ini berdasarkan peranan

cecair pernafasan dalam menyebarkan virus penyebab COVID-19 dan dikukuhkan

lagi oleh hasil kajian klinikal dan makmal yang menunjukkan penggunaan pelitup

muka tiga lapis dapat mengurangkan percikan cecair pernafasan apabila dipakai

dengan menutup bahagian mulut dan hidung. Intiharnya, jelaslah bahawa

penggunaan pelitup muka 3 lapis adalah sangat penting ketika berada dalam

keadaan sesak dimana penjarakkan sosial tidak dapat dilakukan.

Seterusnya,penghasilan cecair pembasmi kuman juga merupakan salah satu

sumbangan sains dalam mengekang COVID-19. Cecair yang dihasilkan mengikut

spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) di mana formula

penghasilannya diluluskan pertubuhan itu.Ujian perencatan terhadap mikrob juga

perlu dilakukan untuk memastikan tahap selamat penggunaan tanpa kesan

sampingan lain. Namun,matlamat utama adalah produk yang dihasilkan mampu

membunuh dan membasmi kuman. Kriteria paling utama adalah kandungan alkohol

sama ada isopropyl alcohol atau ethanol dan peratusan yang sesuai untuk

membunuh kuman. Walaubagaimana pun, menurut pihak kesihatan,orang ramai

yang ingin mendapatkan cecair pembasmi kuman perlu memeriksa kandungan label

produk terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti

alahan. Pengguna juga perlu memastikan tiada kandungan yang berbahaya seperti

triclosan,paraben dan bahan kimia lain yang bertindak sebagai ejen kanser atau

gangguan terhadap hormon manusia. Namun,apa yang lebih penting, produk yang

dihasilkan dari pengeluar mesti mendapat pengiktirafan dan lulusan serta sudah

mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Hal ini membuktikan

betapa terperincinya kajian sains dalam menghasilkan cecair pembasmi kuman bagi

menjaga dan mengekalkan kesejahteraan rakyat sejagat. Projek ini diusahakan bagi
membantu kumpulan petugas barisan hadapan seperti doktor,jururawat,anggota

polis dan anggota tentera dalam bersama-sama mencegah penularan jangkitan

COVID-19. Nahtijahnya,penghasilan cecair pembasmi kuman merupakan salah satu

daripada sumbangan sains dalam mengekang penularan COVID-19.

You might also like