You are on page 1of 8

SJK ( C ) Sin Hwa, Bukit Pasir.

Penilaian Formatif Semester 2


Bahasa Melayu ( Pemahaman ) Tahun 4
Tarikh : 19-10-2015

Nama : ( ) Disediakan oleh : En. Chan Markah: %


Kelas : 4 ( ) Disemak oleh : Pn Tey Siew Tin T.T ibu bapa:

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawan semua soalan.


1. Wei Lun membeli setem di .
A. pejabat pos B. balai raya C. hospital D. balai bomba
2. Sultan Hasri bersikap adil dan baik hati. dihormati oleh rakyat.
A. Beta B. Hamba C. Baginda D. Patik
3. Li Wen berasa lapar kerana dia tidak makan sejak semalam.
A. apa-apa B. siapa-siapa C. mana-mana D. bila-bila
4. Siti menolong ibu baju di ampaian.
A. menjemur B. menyikat C. mengelap D. mencuci
5. Suara penyanyi yang itu telah memikat hati semua penonton.
A. bagus B. manis C. segak D. merdu
6. Bapa saya memelihara ekor anjing di halaman rumah.
A. berdua B. kedua C. kedua-dua D dua
7. Latihan sukan hari ini terpaksa dibatalkan hari hujan.
A. kerana B. walaupun C. tetapi D. lalu
8. Saya rindu nenek yang telah meninggal dunia.
A. daripada B. oleh C. akan D. pada
9. Ai Xin tidak datang ke sekolah hari ini?
A. Apakah B. Bagaimanakah C. Bilakah D. Mengapakah
10. Datuk membaca surat khabar di pokok yang rendang.
A. tengah B. atas C. bawah D. dalam

1
11. , sakitnya kaki saya!
A. Eh B. Aduh C. Amboi D. Syabas
12. Walaupun pukul 12.00 tengah hari, adik bangun lagi.
A. sudah…belum
B. telah…masih
C. pernah… harus
D. sedang…dapat
13. Suasana pasar malam dengan ramai orang yang datang untuk
membeli barang.
A. lintang-pukang B. layang-layang C. riuh-rendah D. berbual-bual
14. Ibu memasukkan garam ke dalam sayur-sayuran yang dimasak.
A. secubit B. sebungkus C. semangkuk D. sehelai
15. Cikgu Tan apabila murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah.
A. kaki ayam B. buah tangan C. hidung tinggi D. naik darah
16. Mei Fang air matanya dengan sapu tangan.
A. mengelap B. memetik C. melihat D. mengesat
17. ialah alat muzik tradisional masyarakat Cina.
A. Erhu B. Piano C. Kompang D. Angklung
18. Cikgu menampal pengumuman cuti sekolah pada .
A. peti surat B. papan kenyataan C. papan hitam D. meja guru
19. Sekumpulan pelancong sedang melihat seorang mak cik tikar.
A. menenun B. menerai C. menganyam D. menulis
20. Biri-biri sedang rumput di padang itu.
A. meragut B. memasak C. menternak D. menanam

2
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris di bawah untuk soalan 21 dan 22
21. Selepas berlari di padang, kami berasa sangat haus.
A. panas B. malu C. dahaga D. sejuk
22. Ahmad telah mendapat johan dalam pertandingan bercerita.
A. adil B. kekal C. jahat D. juara

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris di bawah untuk soalan 23 dan 24
23. Kita mestilah berhati-hati semasa melintas jalan raya.
A. berwaspada B. lalai C. cermat D. busuk
24. Sila tutup semua suis elektrik sebelum keluar dari kelas.
A. buka B. pusing C. benci D. suka

25. Walaupun Zhi Han dan Zhi Wei ialah kembar, tetapi sikap mereka .
A. bagai abu di atas tunggul
B. bagai langit dengan bumi
C. bagai kacang lupakan kulit
D. bagai lipas kudung
26. Pengantin yang bersanding di pelamin .
A. bagai cincin dengan permata
B. bagai lembu dicucuk hidung
C. bagai aur dengan tebing
D. bagai murai tercabut ekor

3
Pilih ayat yang betul untuk soalan 27 dan 28
27. A. Meja ini diperbuat dari kayu.
B. Jacky memandu basikal ke sekolah
C. Swee Lin datang daripada Kuala Lumpur.
D. Dia membaca buku di dalam bilik tidurnya.

28. A. Amboi, malangnya nasib kamu!


B. Nah, ambillah buku ini!
C. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini!
D. Eh, rupa-rupanya ialah Encik Lee yang datang ke rumah saya!

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah untuk soalan 29 dan 30
29. “Tolong jagakan kebersihan di kantin,” pesan Cikgu Teo kepada murid-murid.
A. Cikgu Teo meminta kantin menjaga kebersihan murid-murid.
B. Murid-murid di kantin menyuruh Cikgu Teo menjaga kebersihan.
C. Cikgu Teo menyuruh murid-murid menjaga kebersihan di kantin.
D. Murid-murid dan Cikgu Teo menjaga kebersihan kantin.

30. Pei Shan membela anjing itu semenjak kecil lagi.


A. Pei Shan dan anjing dibela semenjak dari kecil lagi.
B. Anjing itu membela Pei Shan semenjak kecil lagi.
C. Pei Shan masih kecil lagi membela anjing.
D. Anjing itu dibela oleh Pei Shan semenjak kecil lagi.

4
Soalan 31-35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya

Saya dilahirkan di sebuah kilang di Batu Pahat. Badan saya diperbuat daripada
getah. Selepas dilahirkan, saya diberi nama Kelita.
Saya dan kawan-kawan dibungkus lalu diangkut ke dalam lori yang besar.
Kami dihantar ke kedai di sebuah pusat beli-belah. Selepas itu, kami dipamerkan di
dalam almari kaca supaya jelas dilihat oleh orang ramai.
Pada suatu hari, sekumpulan budak sekolah yang baru menjalani latihan bola
datang ke kedai. Salah seorang budak tertarik dengan kecantikan saya. Saiz badan
saya berpadanan dengan kakinya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membeli
saya.
Pada keesokan harinya, tuan saya memakai saya untuk menjalani latihan bola.
Tuan saya kelihatan segak memakai saya. Kawan-kawannya memuji akan kecantikan
diri saya.
Pada suatu malam, tuan saya terlupa menyimpan saya di dalam rak. Anjing
kesayangan tuan saya telah menggigit badan saya sehingga koyak. Begitu sakit sekali
badan saya tetapi apakah yang saya boleh buat untuk melawannya?

31. Siapakah ‘saya’?


A. Seekor anjing B. Sebuah kereta C. Sehelai baju D. Sepasang kasut
32. Badan ‘saya’ diperbuat daripada
A. getah B. kaca C. besi D. rak
33. Mengapakah ‘saya’ dipamerkan di dalam almari kaca?
A. supaya jelas dilihat orang ramai.
B. supaya saiz kaki tuan saya berpadanan dengan badan saya.
C. supaya orang ramai memuji saya.
D. Supaya tuan saya segak memakai saya.

5
34. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan kecuali
A. ‘Saya’ dan kawan-kawan dipamerkan di atas para-para.
B. ‘Saya’ dan kawan-kawan diangkut ke dalam lori.
C. Tuan ‘saya’ memakai ‘saya’ untuk menjalani latihan bola.
D. ‘Saya’ dilahirkan di sebuah kilang di Batu Pahat.

35. Perkataan segak dalam petikan bermaksud


A. harum B. hodoh C. bergaya D. masam

6
Soalan 36-40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Puan Yap masih duduk di sofa sambil
menunggu kepulangan Siew Mei dari kelas tambahan di sekolahnya. Matanya masih
tidak berasa mengantuk. Wajah Puan Yap berkerut-kerut kerana bimbang akan anak
perempuan tunggalnya itu. “Tidak pernah Siew Mei pulang selewat ini ke rumah.
Biasanya dia akan sampai ke rumah pada pukul 9.00 malam,” bisik hati Puan Yap.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya. Puan Yap terkejut
lantas membuka pintu. Kelihatan dua orang lelaki dan jiran di sebelah rumahnya iaitu
Mak Cik Timah di hadapan. “Mengapakah Mak Cik Timah? Siapakah mereka ini?”
soal Puan Yap dengan suara yang terketar-ketar.
“Oh, Puan Yap jangan khuatir. Sebenarnya lelaki berdua ini ialah Encik
Rahman dan Encik Linggam. Mereka ingin memberitahu kepada Puan Yap tentang
suatu berita sedih.” terang Mak Cik Timah dengan perlahan-lahan.
“Semasa Encik Rahman dan Encik Linggam berjalan di kawasan bandar tadi,
mereka telah terserempak dengan Siew Mei. Kakinya cedera kerana kemalangan.
Kemudian, Encik Rahman dan Encik Linggam telah menghantar Siew Mei ke
hospital. Keadaannya tidak membimbangkan.” jelas Mak Cik Timah dengan
lanjutnya.
Air mata Puan Yap mula menitis ke pipinya.

36. Mengapakah Puan Yap menunggu Siew Mei?


A. Siew Mei telah merajuk dengan sikap Puan Yap.
B. Siew Mei telah sesat dan tidak tahu hendak pulang ke rumah.
C. Siew Mei pergi ke rumah Mak Cik Timah.
D. Siew Mei masih belum pulang dari sekolah.

7
37. Siapakah Mak Cik Timah?
A. Kawan lama Puan Yap.
B. Doktor di hospital.
C. Jiran sebelah rumah Siew Mei.
D. Guru kelas tambahan Siew Mei.

38. Mengapakah Siew Mei tidak pulang ke rumah?


A. Dia menghantar Mak Cik Timah ke hospital.
B. Dia cedera kerana telah mengalami kemalangan jalan raya.
C. Dia menunggu ibunya datang menjemputnya.
D. Dia terpaksa tidur di sekolah kerana menghadiri kelas tambahan.

39. Pernyataan berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali


A. Siew Mei merupakan anak tunggal kepada Puan Yap.
B. Siew Mei menghadiri kelas tambahan di sekolahnya.
C. Siew Mei pergi ke bandar untuk membeli basikal baru.
D. Siew Mei tidak pernah lewat pulang ke rumah.

40. Perkataan menitis dalam petikan membawa maksud


A. terjatuh B. bergolek C. mengalir D. menuruni

You might also like