You are on page 1of 3

Murid 

a.  Ibu bapa/penjaga perlu memastikan murid dihantar dan dijemput pulang 
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 
b.  Ibu bapa/penjaga sahaja diberikan kebenaran untuk mengambil murid
Pihak sekolah perlu mendapat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga sekiranya mewakilkan
kepada orang lain.
c. Guru sentiasa peka dengan perubahan fizikal murid berkaitan dengan
penyakit berjangkit, penderaan, kecederaan dan perubahan tingkah laku serta arahan tahap
perkembangan kesihatan semasa.
d. Murid prasekolah dilindungi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM).

Fizikal
a. Memastikan bangunan prasekolah berada dalam keadaan selamat.
b. Pintu keluar hendaklah tidak dihalang atau dikunci sewaktu sesi persekolahan.
c. Memastikan alat pepasangan keselamatan kebakaran berada dalam keadaan
baik dan berfungsi.
d. Memantau, memeriksa, menyelia serta mendapatkan kerjasama daripada
agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Pihak Berkuasa
Tempatan/Jabatan Kerja Raya/Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.
e. Pemantauan berkala perlu dilakukan oleh pihak sekolah/institusi.

Nota: Rujuk SPI Bil. 6/2000 dan Bil. 4/2002.

Ruang Pengajaran dan Pembelajaran


a. Peralatan/perabot hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan
sesuai.
b. Memastikan peralatan tajam dan berbahaya disimpan di tempat yang selamat
selepas aktiviti PdP.
c. Memastikan semua sambungan peralatan elektrik tidak melebihi kapasiti yang dibenarkan, berada di
tempat yang sesuai dan sukar dicapai oleh murid.
d. Peti pertolongan cemas yang lengkap tidak boleh mengandungi ubat yang
dipreskripsi serta tidak melebihi tarikh luput dan berada di tempat yang sesuai.
e. Memastikan keadaan fizikal, pengudaraan dan pencahayaan adalah baik
untuk murid.

Taman permainan
a. Memastikan semua alat permainan luar selamat dan berfungsi.
b. Memastikan alatan yang rosak dibuat pelupusan dan memohon penggantian.
c. Memastikan kawasan taman permainan bebas daripada bahaya termasuk
tiada tumbuhan yang memudaratkan.
d. Pembersihan berkala perlu dilakukan. 

a. Susunan peralatan hendaklah sentiasa kemas, bersesuaian dengan ruang dan 
tidak menghalang laluan. 
b.  Ruang pengaliran udara seperti tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa 
memasak. 
c.  Peralatan yang tajam disimpan di tempat yang selamat selepas aktiviti 
memasak. 
d.  Kepala penutup tong gas dan salur getah gas hendaklah sentiasa diperiksa 
bagi mengesan kebocoran. 
e.  Kepala penutup tong gas hendaklah ditanggalkan selepas digunakan. 
a. Generator hendaklah ditempatkan di ruang/lokasi khusus dan berasingan. 
b. Barang/bahan berkaitan termasuk bahan mudah terbakar hendaklah disimpan 
di dalam stor dengan teratur dan dilabel. 
c.  Pemeriksaan berkala perlu dilakukan. 

Bekalan Air
Perigi/tangki hendaklah sentiasa bertutup dan dimasukkan ubat pembunuh jentik-
jentik mengikut sukatan yang ditetapkan.

You might also like