Professional Documents
Culture Documents
Draft 1 Pa
Draft 1 Pa
Pakar Oftamologi Katarak dan Refraktif, Dr Vienne Tai Pih Yih, berkata menatap gajet terlalu lama boleh
merosakkan penglihatan.
Katanya, mata menjadi letih disebabkan terlalu lama tertumpu kepada paparan skrin peralatan
elektronik, kesannya mereka tidak melakukan aktiviti fizikal di rumah.
-Secara asasnya, kebanyakan peranti digital mempunyai satu perkara yang sama iaitu
semuanya mengeluarkan sinar biru, sejenis cahaya bertenaga tinggi yang sangat
berbahaya kepada mata kita. Sinar biru ada di mana-mana dan sentiasa dikeluarkan
daripada pencahayaan belakang LED telefon pintar, komputer, komputer riba dan juga
tablet.
Oleh itu, perkara ini akan meningkatkan risiko kerosakan penglihatan untuk jangka masa panjang kerana
sinar biru membawa kepada ketegangan mata yang akan menyumbangkan masalah seperti penglihatan
yang kabur, mata kering dan sebagainya.
Kini, para saintis berpendapat bahawa mereka mempunyai pemahaman yang baik tentang sebab-
sebab ramai remaja mendapat rabun mata iaitu remaja menghabiskan terlalu banyak masa di
dalam rumah, menurut laporan yang diterbitkan hari ini di Nature.
Kini, para saintis berpendapat ramai remaja mendapat masalah rabun jauh disebabkan
remaja meluangkan masa yang sangat panjang ketika menggunakan telefon pintar di rumah.