You are on page 1of 1

Laporan juga menunjukkan kira-kira 70 sehingga 80 peratus kanak-kanak

sekolah rendah dan remaja muda di Asia berisiko mengalami miopia.


Tabiat gemar bermain dengan peralatan elektronik terlalu lama berbanding melakukan aktiviti luar
rumah dipercayai menambah kebarangkalian rabun jauh.

Pakar Oftamologi Katarak dan Refraktif, Dr Vienne Tai Pih Yih, berkata menatap gajet terlalu lama boleh
merosakkan penglihatan.

Katanya, mata menjadi letih disebabkan terlalu lama tertumpu kepada paparan skrin peralatan
elektronik, kesannya mereka tidak melakukan aktiviti fizikal di rumah.

-Secara asasnya, kebanyakan peranti digital mempunyai satu perkara yang sama iaitu
semuanya mengeluarkan sinar biru, sejenis cahaya bertenaga tinggi yang sangat
berbahaya kepada mata kita. Sinar biru ada di mana-mana dan sentiasa dikeluarkan
daripada pencahayaan belakang LED telefon pintar, komputer, komputer riba dan juga
tablet.

Pendedahan yang bertambah dan berpanjangan kepada sinar biru boleh


menyebabkan kerosakan retina iaitu lapisan tisu di belakang mata yang sensitif
terhadap cahaya, dan kedua-dua retina dan makular (terletak di bahagian belakang
retina) yang telah rosak tidak boleh dihasilkan semula atau diganti.

Oleh itu, perkara ini akan meningkatkan risiko kerosakan penglihatan untuk jangka masa panjang kerana
sinar biru membawa kepada ketegangan mata yang akan menyumbangkan masalah seperti penglihatan
yang kabur, mata kering dan sebagainya.

Kini, para saintis berpendapat bahawa mereka mempunyai pemahaman yang baik tentang sebab-
sebab ramai remaja mendapat rabun mata iaitu remaja menghabiskan terlalu banyak masa di
dalam rumah, menurut laporan yang diterbitkan hari ini di Nature.

Kini, para saintis berpendapat ramai remaja mendapat masalah rabun jauh disebabkan
remaja meluangkan masa yang sangat panjang ketika menggunakan telefon pintar di rumah.

You might also like