You are on page 1of 9

##########################SEJARAH KERTAS 3 , RE-EDITED############################

Tajuk : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union,factor-faktor kebangitan masyarakat


tempatan menentangnya . Di samping itu,memberikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran
baru,iaitu Persekutuan Tanah Melayu .

1) Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union .


Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai persediaan kepada Tanah
Melayu ke arah membentuk pemerintahn sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia
Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri
Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu(NNMTB) .Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyenbabkan
pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union .
Justeru , British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah
Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap
sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran .
Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu England
akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan kerana mempunyai
kepentingan sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama rata dengan
prinsip jus soli . Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat orang melayu . Seorang pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri
sebagai ketua pentadbir . Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh
sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen British di London san tidak
tertakluk kepada Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi
dan sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s
House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan MU .
Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran Tentera British
BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa
Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai
kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat fitrah
sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai
penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang
ini . orang melyu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan
menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang Melayu telah
keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.


British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang
ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima tuntutan
orang melayu iaitu Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.Selain
itu,mereka juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan meminta dasr perlindungan
terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan.Mereka juga menuntu supaya Raja-Raja
Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan
Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili semua pihak
kerana tidak disertai oleh seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah republic
dan kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint
Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk
menentang British dan UMNO .
Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan mogok .
Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil,
British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka dalam
menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah yang akan anda ambil
untuk membina kekuatan negara dalam masyarkat berbilang kaum .
Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu .
Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk
menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita .
Zaman ini , ramai masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah untuk
mempengaruhi minda mereka dan lebih senag menyampaikan sesuatu berita . seterusnya ialah ,
mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat mengeratkan hubungan apabila semua
masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu
berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati . Menghidupkan persatuan-
persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah wujudnya pemberontakan
dan pembangkang . ini akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong mestilah berdiri
bersama untuk menyatukan matlamat .

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada
kesejahteraan negara Malaysia.
Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat
melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang
berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara
kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam
menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan
rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu
akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal
aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai
negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan
keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa
was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah .
Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak
sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir
negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan ,
pencapaian diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling
penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari
hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi
memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan
sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah
hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat
Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha
memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita
kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,


maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang
memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan
masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah
negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing
untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan
membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen
mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup
sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa
seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata
hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama
mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar
kejayaan yang kita nikmati kini tidak1

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat
yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang
aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada
kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat
membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman
dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui
permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit
demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tiada
masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang
dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas dalam
menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum
. Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan tindakan orang asing .
Pentingnyapemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak
terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan
Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu
1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama
antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan
British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila
Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 .
Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941 .
Nota Lain

4.1.1. Sebab-sebab Pengenalan Malayan (m/s 95 )


1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
● British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah
membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin


● British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
● Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi
cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran


● Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB
telah menyulitkan petadbiran.
● Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
● Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.


● British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat
melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
● Justeru itu, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan
ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.


● British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan
yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
● Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

4.1.2 Ciri-ciri Malayan Union (m/s 96 )

-Semua negeri NNMB dan NNMTB serta NNS disatukan


-Gabenor British ketuai MU
-Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk
-Singapura diasingkan dpd Malahan Union / pelabuhan bebas
-Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
-Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yg berkuasa bincang hal agama
-dan adat istiadat Melayu
-Di setiap negeri dilantik seorang Pesuruhjaya Negeri.
-Tanah Melayu jadi Tanah Jajahan British /bukan lagi naungan British
4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union

a) Sebab-Sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union: (m/s 98 -99 )

1. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu. Baginda akan
diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union. Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah
di Kedah.

2. Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan majlis Mesyuarat Negeri.
Contohnya Sultan Perak.

3. Sultan menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan
Selangor dan Sultan Johor.

4. Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.

5. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.

6. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.

7. Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.

8. Bimbang agama Islam akan tercabar.

9. Menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang

10. Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

11. Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti
Kesultanan
Melayu Melaka.

12. Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
b) Golongan yang menyokong Malayan Union (m/s 99-100)

1. Orang Dagang dan Golongan Melayu ( Radikal )


● Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah
unit politik untuk melicinkan pentadbiran.

● Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak
perlindungan kepada org Melayu.

● Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan
kerakyatan asal masing-masing.

● Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.

2 . Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


● Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak
mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.

● Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya
konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

3. Angkatan Pemuda Insaf (API)


● Pimpinan Ahmad Boestamam
● Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
● Menjadi wartawan
● Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

4. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

5. Barisan Tani Malaya (BATAS )


4.1.4 TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.
Cara-cara orang Melayu menentang Malayan Union: ( m/s100 -102 )
Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.

Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan


tandatangan Raja-raja Melayu.

Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.

Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.

Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.

23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan
United Malays Organization ( U.M.O ).

Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala
Lumpur.

Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.

Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah
perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan
bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese
William.
Credit To http://e-panitiasejarahsmkdpb-kluster.blogspot.com/2013/05/cadangan-jawapam-kertas-
3-tingkatan-5.html

http://homefamilysite.com/blog/contoh-soalan-kertas-3-sejarah-spm-2013-beserta-skema-jawapan/

Edited By

Nurul Iman (http://n-iman.eu)

You might also like