You are on page 1of 1

Antara isu-isu semasa kebebasan asasi rakyat di Malaysia adalah tentang perkahwinan

bawar umur iaitu kanak kanak rugi sekurang-kurangnya dua tahun dalam pelajaran. Hal ini demikian,
masa depan kanak kanak menjadi susah untuk dijangkakan.

Merujuk kes yang berlaku di Kuala Lumpur pada 10 Julai yang lalu, Perkahwinan kanak-kanak
bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, malah merencatkan pembangunan pendidikan
kumpulan bawah umur itu. Wakil Negara Malaysia bagi Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa
Bersatu (UNFPA), Marcela Suazo menjelaskan, seorang kanak-kanak yang berkahwin dan kemudian
hamil akan kerugian sekurang-kurangnya dua tahun dalam pelajaran.

Salah satu perkara yang kita perlu analisa semula ialah apa yang berlaku kepada kanak-kanak
perempuan itu apabila dia berkahwin dan kemudian mengandung selepas itu. Malah, satu lagi
perkara paling dibimbangi ialah perkahwinan kanak-kanak merisikokan nyawa seorang ibu bawah
umur apabila melahirkan anak pada usia yang sangat muda.

Pertama, membuka lebih banyak ruang dialog yang melibatkan pihak berkepentingan
termasuk keluarga dan agamawan. Selain itu, semua pihak perlu memahami mengenai hak seorang
kanak-kanak. Mereka juga ada hak mereka yang tersendiri. Kita harus berheni membuat keputusan
untuk mereka kerana mereka akan membesar dan mencari hala tuju mereka sendiri. Pada masa
yang sama, satu platform perundangan diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dilindungi serta
pendidikan mereka terpelihara.

You might also like