You are on page 1of 4

HADITS KEDUA PULUH SEMBILAN

‫ َوإِنَّهُ لَيَ ِس ْي ٌر‬،‫ َع ِظ ْي ٍم‬  ‫ْت َع ْن‬ َ ‫ لََق ْد َسأَل‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬،‫اع ُدنِي َع ِن النَّا ِر‬ ِ ‫ أَ ْخبِرنِي بِعم ٍل ي ْد ِخلُنِي الْجنَّةَ ويب‬،‫اهلل‬ ِ ‫ْت يا رسو َل‬ ِ ‫َعن مع ِاذ بْ ِن جب ٍل ر‬
َُ َ َ ُ ََ ْ ْ ُ َ َ ُ ‫ ُقل‬: ‫ال‬ َ َ‫ض َي اهللُ َع ْنهُ ق‬ َ ََ َُ ْ
‫ك َعلَى‬ َ ‫َدل‬ ُّ ُ ‫ أَالَ أ‬: ‫ال‬َ َ‫ ثُ َّم ق‬،‫ت‬ َ ‫ الَْب ْي‬ ‫ َوتَ ُح ُّج‬،‫ضا َن‬ َ ‫ص ْو ُم َر َم‬ َّ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ َ‫ َوت‬،َ‫ َو ُت ْؤت َي الز َكاة‬،َ‫الصالَة‬ َّ ‫ َوتُق ْي ُم‬،ً‫ به َش ْيئا‬ ‫ َت ْعبُ ُد اهللَ الَ تُ ْشر ُك‬: ‫س َرهُ اهللُ َت َعالَى َعل َْيه‬ َّ َ‫لى َم ْن ي‬
َ ‫َع‬
‫وب ُه ْم َع ِن‬ َّ ِ
َ َ‫ ثُ َّم ق‬،‫ الل ْي ِل‬  ‫الر ُج ِل في َج ْوف‬ِ ِ ِ ِ َّ ‫ْخ ْي ِر ؟‬ ِ
ُ ُ‫َتتَ َجافَى ُجن‬: ‫ال‬ َّ ُ‫صالَة‬ َ ‫ َو‬،‫َّار‬
َ ‫ْخط ْيئَةَ َك َما يُطْف ُئ ال َْماءُ الن‬ َ ‫الص َدقَةُ تُطْف ُئ ال‬ َّ ‫ َو‬،ٌ‫الص ْو ُم ُجنَّة‬ َ ‫أ َْب َواب ال‬
 ُ‫ْس اْأل َْم ِر اْ ِإل ْسالَ ُم َو َع ُم ْو ُده‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫ْس األ َْم ِر ُو َع ُم ْوده َوذ ْر َوة َسنَامه ؟ ُقل‬ ِ ‫ أَالَ أُ ْخبِ ُر َك بَِرأ‬: ‫ال‬ ِ َ ‫الْم‬
ُ ‫ َرأ‬: ‫ال‬ َ َ‫ْت َبلَى يَا َر ُس ْو َل اهلل ق‬ َ َ‫(ثُ َّم ق‬ ‫)ي ْع َملُو َن‬َ   -‫(–حتَّى َبلَ َغ‬ َ  ‫ضاج ِع‬ َ
‫ يَا نَبِ َّي‬: ‫ْت‬ ‫ل‬ ‫ق‬
ُ .‫ا‬‫ذ‬َ ‫ه‬ ‫ك‬ ‫َي‬‫ل‬‫ع‬   َّ
‫ف‬ ‫ك‬ : ‫ال‬ِ ‫ق‬
َ ‫و‬ ِ
‫ه‬ ِ
‫ان‬ ‫س‬ ِ
‫ل‬ ِ‫ب‬ ‫ذ‬
َ ‫خ‬ ‫أ‬
َ ‫ف‬
َ . ِ
‫اهلل‬ ‫ل‬ َ ‫و‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫ي‬   ‫لى‬ ‫ب‬ : ‫ْت‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ف‬َ ‫؟‬ ِ
‫ه‬ ِّ
‫ل‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ِ
‫ل‬ ‫ذ‬ ِ
‫ك‬
ُ َ َ َ َ ُْ َ‫ال‬ ‫م‬ ِ‫ب‬ ‫ك‬َ ‫ر‬ ِ
‫ب‬ ‫خ‬ ُ
‫أ‬ ‫ال‬َ‫أ‬ : ‫ال‬
َ ‫ق‬
َ ‫م‬ ‫ث‬ . ‫اد‬ ‫ه‬ ِ
‫ْج‬ ‫ل‬‫ا‬ ِ
‫ه‬ ِ
‫ام‬ ‫ن‬ ‫س‬ ‫ة‬‫و‬ ‫ر‬ ِ
‫ذ‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ال‬ ‫الص‬
َّ
ُ َ ََْ ُ َ َ َ ُْ َ َ َ َ ُ ُ َّ ُ ُ َ َ َ ُ َ ْ َ َُ
. ‫ْسنَتِ ِه ْم‬ ِ ‫اخ ِر ِهم – إِالَّ حصائِ ُد أَل‬ ِ ‫ على من‬: ‫ال‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ
َ َ ْ ََ َ َ َ َ ْ ْ ْ ُ ُ َ ‫ق‬ ‫َو‬ ‫أ‬– ‫م‬ ‫ه‬ِ ‫ه‬ ‫و‬ ‫ج‬ ‫و‬ ‫َى‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ر‬ِ ‫َّا‬
‫ن‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫اس‬ ‫الن‬ ‫ب‬ ‫ك‬ ‫ي‬     ‫ل‬‫ه‬ ‫و‬ ، ‫ك‬
ُ َ َّ ُ َ ْ َ َ َ ُّ َ ْ َ َ َ َ ‫ُم‬ ‫أ‬ ‫ك‬ ‫َت‬‫ل‬ ‫ك‬ ‫ث‬ : ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫؟‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫م‬
َ َ َ َ َ َ ْ ‫اخ ُذ‬
‫ل‬ ‫ك‬‫ت‬ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫و‬ ُ ‫ َوإِنَّا ل‬،‫اهلل‬
َ ‫َم َؤ‬
]‫ حديث حسن صحيح‬: ‫[رواه الترمذي وقال‬
Terjemah hadith / ‫ترجمة الحديث‬ :
Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata: Saya berkata: Ya Rasulullah, beritahukan
saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan
saya dari neraka, beliau bersabda, “Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan
perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala: Beribadah kepada Allah dan
tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan
pergi haji.” Kemudian beliau (Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam) bersabda, “Mahukah
engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu syurga? Puasa adalah benteng, Sadaqah akan
mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di
tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang ertinya): “ Tepi-tepi
badan mereka jauh dari tempat tidurnya….”.” Kemudian beliau bersabda, “Mahukah kalian aku
beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya?” Aku menjawab: Mahu ya Nabi
Allah. “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad.”
Kemudian beliau bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian
laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu?” Saya berkata: Mahu ya Rasulullah. Maka
Rasulullah memegang lidahnya lalu bersabda, “Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk).”
Saya berkata, Ya Nabi Allah, Apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan?
Baginda bersabda, “Semoga ibu kamu kehilangan kamu  1. Tidakkah manusia akan dihumban ke
dalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat lain, disebut: di atas lubang hidung mereka –
melainkan oleh hasil tuaian lidah mereka?”
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata, Haditsnya hasan shahih)

Kosa kata / ‫مفردات‬ :


‫يسير‬        : Mudah ‫جنَّة‬        :
ُ Perisai, pelindung

‫تطفئ‬        : Memadamkan ‫جوف الليل‬ : Pertengahan malam

‫تتجافى‬      : Jauh. (‫جنوبـ(هم‬ : Jamak dari ‫جنب‬ : Pinggang

‫مضاجع‬ jamak dari ‫مضجع‬ : tempat berbaring,


tempat tidur ‫عمود‬       : Tiang

‫ذروة‬        : Puncak ‫سنام‬        : Bonggol onta

‫مالك‬  : kunci semuanya َّ‫ ُكف‬         : Tahanlah

‫يكب‬         : Dimasukkan )‫مناخر(هم‬  : Jamak ‫منخر‬ : hidung

‫حصائد‬    : Jamak dari ‫حصيدة‬ : hasil, buah, akibat ‫ألسنة‬ jamak dari ‫لسان‬ : lidah


Pelajaran yang terdapat dalam hadith / ‫الفوائد من الحديث‬  :
1. Perhatian shahabat yang sangat besar untuk melakukan amal yang dapat memasukkan mereka
ke syurga. Persoalan masuk syurga dan selamat daripada azab neraka adalah satu perkara yang
sangat besar.
2. Amal perbuatan merupakan sebab masuk syurga jika Allah menerimanya dan hal ini tidak
bertentangan dengan sabda Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam “Tidak masuk syurga setiap
kalian dengan amalnya”. Makna hadits tersebut adalah bahwa amal dengan sendirinya tidak
berhak memasukkan seseorang ke syurga selama Allah belum menerimanya dengan karunia-Nya
dan Rahmat-Nya.
3. Mentauhidkan Allah dan menunaikan kewajiban adalah sebab masuknya seseorang ke dalam
syurga.
4. Shalat sunnah setelah shalat fardhu merupakan sebab kecintaan Allah ta’ala kepada
hambanya.
5. Bahaya lisan dan perbuatannya akan dibalas dan bahwa dia mencampakkan seseorang ke
neraka kerana ucapannya. Penjelasan hal ini seperti dalam hadith ke-15
Fiqh Dakwi dan Tarbawi :
1. Menerangkan/Menegaskan kepentingan untuk menyelesaikan dan mengukuhkan perkara yang
paling asas sebelum cabang, wajib sebelum sunat meskipun kepada seorang sahabat yang lama
dalam dakwah. (Islam, Solat dan seterusnya Jihad)
2. Hal yang paling utama adalah pembinaan iman (Bina’ul iman), kemudian seterusnya dakwah
kepada orang lain (at-Tahrim: 6)
a. Solat merupakan ibadah yang senantiasa diberikan penekanan sejak dari awal period
pembentukan jamaah Islam di Mekah hingga seterusnya. Tidak pernah satu fasa pun berlalu
tanpa adanya penekanan terhadap solat.
3. Puasa dan Qiyamullail adalah sarana penting dalam pembinaan jiwa seorang Da’ie dan bekal
untuk berdakwah
a. Qiyam al-lail merupakan solat sunat yang terbaik – Pembinaan generasi Muzammil
adalah syarat asas pembentukan qaedah sulbah
b. Meninggalkan qiyamullail, solat dhuha, tilawatul Qur’an, zikir, do’a, istigfar, jarang
ke masjid dan sering meninggalkan solat jamaah tanpa uzur akan meninggalkan kesan negatif
yang boleh berakibatkan kefuturan. “Bila salah seorang di antara kalian tidur maka syaithan
akan mengikat bahagian atas kepala kalian dengan tiga ikatan. Setiap kali mengikat syaithan
berkata, “Engkau harus bermalam panjang.” Apabila tertidur dan ia terjaga lalu mengingat
Allah maka satu ikatan akan lepas, bila ia berwuhdu’, maka ikatan kedua akan lepas, dan bila
ia solat maka ikatan ketiga akan lepas pula. Sehingga di pagi hari bersemangat dan tenang
hatinya. Apabila tidak, maka hatinya akan kotor dan malas.” HR Muttafaqun ‘Alaih
4. Amal soleh yang kita lakukan adalah pembuka kepada pintu-pintu untuk kita memasuki
syurga sedangkan lidah yang kotor akan menutup jalan ke syurga dan menghumban kita ke neraka.
5. Sifat bimbingan yang berjaya:
6.
a. Flow bahan yang tersusun daripada perbahasan utama hingga seterusnya dan tidak
memeningkan pendengar untuk mengikut
b. Memberikan khabar-khabar gembira sebelum ancaman (motivasi terhadap amalan
yang memadam dosa sehingga ke bahaya lidah)
c. Membuka topik seterusnya dengan melihat kepada keadaan/pemahaman/penerimaan
audience “Mahukah kalian aku beritahukan sesuatu” etc
 

Tema-tema hadith / ‫موضوعات الحديث‬  :


1. Hakikat keselamatan; masuk syurga dan terhindar dari neraka   : 3 : 185
2. Allah memudahkan setiap upaya kebaikan: 2 : 185
3. Qiyamullail  : 17 : 79
4. Keutamaan Jihad : 61 : 11, 9 : 19
5. Menjaga lisan          : 50 : 18

Terjemah hadits :
Dari Mu’az bin Jabal r.a dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang
perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau
bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka
yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun,
menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah
S.A.W) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu syurga ?; Puasa adalah
benteng, Sedeqah akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan
shalatnya seseorang di tengah malam (qiamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) :
“ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku
beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi
Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian
beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat
memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lidahnya lalu
bersabda:  jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk). Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan
dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang
menyebabkan seseorang terjungkel wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain
buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka.
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan sahih)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits :

1. Perhatian shahabat yang sangat besar untuk melakukan amal yang dapat memasukkan mereka ke
syurga.

2. Amal perbuatan merupakan sebab masuk syurga jika Allah menerimanya dan hal ini tidak
bertentangan dengan sabda Rasulullah S.A.W “Tidak masuk syurga
setiap kalian dengan amalnya ”. Makna hadits tersebut adalah bahwa amal dengan sendirinya tidak
berhak memasukkan seseorang ke syurga selama Allah belum menerimanya dengan karunia-Nya dan
Rahmat-Nya.

3. Mentauhidkan Allah dan menunaikan kewajibannya adalah sebab masuknya seseorang kedalam
syurga.

4. Solat sunat setelah solat fardhu merupakan sebab kecintaan Allah ta’ala kepada hambanya.

5. Bahaya lisan dan perbuatannya akan dibalas. Seseorang boleh dicampakkan ke neraka kerana
ucapannya.

Tema-tema hadits :

1. keselamatan hakiki: masuk syurga dan terhindar dari neraka :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi
segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya”
(Ali-Imran, 3 : 185)

2. Qiamullail :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud"
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Al-Isra’, 17 : 79)

4. Keutamaan Jihad :

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”
(As-Saff, 61 : 11)

5. Menjaga lisan :
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan
ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
(Qaaf, 50 : 18)

wallahu a'la wa a'lam

You might also like