You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2020

TARIKH : 05.07.2020
HARI : AHAD
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

Tidak Hadir Bersebab

1.0 ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan Ummul Kitab al-Fatihah. Pengerusi


memaklumkan agenda mesyuarat.

TINDAKAN : MAKLUMAN

2.0 ALUAN GURU PENOLONG KANAN

2.1 Penolong Kanan, En. Ahmad Shabuddin bin Ismail memaklumkan mesyuarat
Pengetua-pengetua SBP dijalankan melalui Skype pada 9,10,11hb Jun. Beliau
menyampaikan maklumat berkenaan perutusan pengarah iaitu :

Rumusan 1 – semua guru perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu


2 – Pdpc perlu dijalankan secara atas talian
3 – Pengisian pelaporan SBP
4 – Patuhi arahan SOP di sekolah untuk mengelakkan kluster baharu
5 – Pembukaan semula sekolah bagi murid tingkatan 5 bermula 24 Jun 2020

TINDAKAN : MAKLUMAN

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pn. Siti Esah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Eisma.

1
4.0 PEPERIKSAN PERTENGAHAN TAHUN

4.1 Persediaan untuk dialog prestasi bersama SIC+. Ketua Panitia diminta bersedia
dengan laporan kepada Guru Kanan.
4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tingkatan 1 hingga 4 telah selesai dijalankan
secara atas talian, data boleh digunakan untuk melihat prestasi pembelajaran murid
sepanjang Home Based Learning.
4.3 Pdpc secara atas talian pada 6 Julai hingga 22 Julai diteruskan sehingga pembukaan
sekolah bagi murid tingkatan 5.
4.4 Guru perlu menjalani LDP secara atas talian melalui google classroom.

TINDAKAN : SEMUA GURU

5.0 SOP PEMBUKAAN SEKOLAH

5.1 SOP Pembukaan Sekolah yang dikeluarkan oleh KKM dan KPM perlu dipatuhi.
Tingkatan 5 kembali ke sekolah pada 24 Jun 2020. Tingkatan 4 akan kembali ke
sekolah pada 15 Julai 2020. Tingkatan 1,2 dan 3 dijangka kembali ke sekolah selepas
14 hari iaitu bermula 3 Ogos 2020.
5.2 Guru tingkatan dikehendaki membuat pelan lantai, senarai nama kedudukan murid,
tanda arah keluar masuk, menyusun kerusi meja murid dengan jarak 1 meter dari bahu
ke bahu dan mematuhi SOP lain yang diarahkan.
5.3 Guru tingkatan bagi Tingkatan 3 dan 4 perlu buat SOP Pembukaan Sekolah di kelas
masing-masing segera diikuti Tingkatan 1 dan 2 bagi minggu berikutnya.
5.4 Setiap kelas boleh memuatkan maksimum 30 murid.
5.5 Penyelaras tingkatan boleh menggunakan wang untuk membeli alatan kebersihan
seperti hand sanitizer atau alatan sanitasi lain sekiranya perlu dan tiada dipejabat.
5.6 Puan Maizuny memaklumkan ALUMI SAINA akan menghantar alatan kebersihan
pada 15 Julai 2020.
5.7 JPN juga meluluskan peruntukan khas bagi peralatan kebersihan.
5.8 Sebanyak 19 unit pengimbas suhu terdapat di SAINA, guru yang perlu menggunakan
pengimbas suhu boleh mendapatkannya.
5.9 Bilik isolasi perlu disediakan di bilik sakit. Murid yang mempunyai suhu badan
37.5’C ke atas atau bergejala hendaklah ditempatkan di bilik isolasi.
5.10 Bilik guru perlu mematuhi jarak sosial. Surau juga perlu mematuhi SOP. Murid tidak
dibenarkan makan di kantin, bermula 6 Julai 2020 mestilah bungkus dan makan di
dalam kelas.
5.11 Guru juga tidak digalakkan makan dikantin, bungkus dan makan di meja guru, pantry
tidak boleh digunakan. Guru keluar kawasan sekolah mesti catat dalam buku keluar
masuk guru. Guru tidak digalakkan makan tengah hari di luar kawasan sekolah.
5.12 Kegiatan kokurikulum boleh dijalankan. Seminar dan bengkel belum dibenarkan.

2
5.13

TINDAKAN : SEMUA GURU

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Kelas Pdpc akan bermula 7.30 pagi sehingga 2.00 petang setiap hari. Kelas awal
sebelum 7.30 pagi amat digalakkan.
6.2 Cuti akhir tahun bagi tahun 2020 tamat 18 Disember 2020. Semua guru perlu
memastikan bilangan minimum waktu mengajar dipatuhi.
6.3 SPM akan bermula 6 Januari 2021.
6.4 Murid tidak digalakkan pulang semasa Cuti Hari Raya Aidiladha, murid dibenarkan
tinggal di asrama semasa cuti peristiwa tersebut. Jika murid pulang, mereka perlu
dikuarantin selama 14 hari untuk memastikan tiada penularan virus.

TINDAKAN : SEMUA GURU

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ......................................................

(PN SITI MUNIRAH BT ARIS) ( EN. AHMAD SHABUDDIN BIN ISMAIL )


Setiausaha Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SM Sains Pokok Sena SM Sains Pokok Sena

You might also like