You are on page 1of 1

EDUP3013 – FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

LATIHAN TUTORIAL (1)

NAMA : Nur mashitah binti Mustafa


KUMPULAN : PISMP PI4620

Soalan Struktur

Jawab semua soalan berikut.

1. Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta


pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati. Nyatakan ahli
falsafah yang berpendapat sedemikian?
- Imam Al-Ghazali

2. Falsafah Pendidikan Islam dan barat banyak dipengaruhi oleh tokoh seperti Iman
al-Ghazali dan Aristotle
Jelaskan anggapan mereka.

Mengikut Imam Al-Ghazali pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan


jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.
Mengikut Aristotle, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala
peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih
warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap
dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan
negara.

3. Jelaskan tiga prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur.

a) Prinsip-prinsip mengenal Tuhan.


Rasa syukur terhadap kurniaan yang telah Tuhan berikan.

b) Prinsi-prinsip alam semesta.


Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Ini bermaksud
bahawa refleksi kendiri atau muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian
tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk
bertaubat.

c) Prinsip-prinsip diri insan


Sikap seorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian
kebahagiaan. Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah.
Contohnya, menurut ajaran Buddha, sekiranya kita hidup semata-mata untuk
mengajar kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia.

4. Pada pandangan Ibn Khaldun, falsafah berfokus kepada ilmu mistik dan teologi.
Siapakan tokoh yang mempunyai pandangan yang sama?
- Al-farabi

You might also like