You are on page 1of 8

Panduan Penggunaan

Bagaimanakah hendak menggunakan Learning Port Interactive?

Langkah 1:
Pergi ke www.learningport.com.my. Anda akan melihat halaman yang dipaparkan seperti di bawah:

Langkah 2:
Klik pada Login/Log masuk yang terdapat pada sudut atas belah kanan.
Langkah 3:
Anda akan melihat kawasan log masuk seperti berikut. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian klik Login/Log masuk. Jika anda seorang ibu bapa,
masukkan nama pengguna dan kata laluan anak anda.

Langkah 4:
Anda akan melihat sub-menu seperti berikut. Klik pada My Lessons untuk mengakses kandungan pembelajaran.
Langkah 5:
Anda akan melihat senarai subjek yang telah dikelaskan mengikut peringkat sekolah. Klik pada subjek yang ingin anda pelajari. Sebagai contoh, kita akan klik subjek
Sains (Lower Primary).
Langkah 6:
Kini, anda akan melihat senarai tajuk pembelajaran. Pilih satu tajuk untuk memulakan sesi pembelajaran. Untuk contoh, klik pada Tahun 1 – Teknologi.

Langkah 7:
Sebagai pemberitahuan, anda boleh menukar bahasa dengan mengklik seperti yang telah ditunjukkan di bawah:
Langkah 8:
Anda boleh melihat submenu dengan lebih lanjut jika topik pembelajaran mempunyai beberapa bahagian. Sila pilih bahagian yang anda mahukan.
Langkah 9:
Sekarang anda boleh memulakan pembelajaran. Ikut menu untuk memilih bahagian yang ingin dipelajari.
Langkah 10:
Sebagai maklumat, menu untuk mengakses beberapa bahagian pembelajaran berada di sebelah kiri:

You might also like