You are on page 1of 3

MAKSUD INTEGRASI

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara

yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan

hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan

politik dan seterusnya pembangunan negara dapat berjalan rancak tanpa sebarang gangguan.

Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan dalam usaha

memajukan serta mentadbir negara secara berkesan daripada digunakan untuk

menyelelsaikan segala masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.

Integrasi merupakan satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri

sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik sama ada etnik majoriti mahupun

minoriti.

Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti

nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan

kawasan penempatan.
ENAM UNSUR HUBUNGAN ETNIK MENGIKUT ACUAN MALAYSIA

Terdapat beberapa unsur yang perlu diambil kira dalam usaha memupuk integrasi di

Malaysia iaitu “Political Wills”(kehendak politik), “critical mass”(kehendak khalayak) ,

kekukuhan ekonomi,peranan islam, wawasan dan penggunaan sains dan teknolgi.

Dari aspek political wills, pemimpin mempunyai hasrat untuk menginstitusikan

hubungan etnik. Hasrat ini dicetuskan oleh kesedaran pemimpin itu sendiri tentang

pentingnya hubungan etnik dalam kalangan rakyat. Sejurus daripada itu, pelbagai aktiviti

serta pelan tindakan dirancang dan dilaksanakan secara tersususn dan berkesan untuk

menjayakan usaha mengintegrasikan etnik-etnik di Malaysia.

Seterusnya dari aspek critical mass, terdapat badan induk yang menjadi faktor

pemangkin kepada semua program yang melibatkan hubungan etnik dan integrasi. Antara

contoh badan induk yang terlibat ialah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

Kekukuhan ekonomi adalah antara unsur yang perlu dipertimbangkan dalam usaha

memupuk integrasi di Malaysia. Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam

menentukan kejayaan hubungan etnik di Malaysia kerana sesungguhnya hubungan etnik dan

integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk manusia dipenuhi. Antara contoh

keperluan asas yang diperlukan oleh manusia ialah makanan, tempat tinggal, bekalan air

bersih serta keselamatan.

Unsur seterusnya ialah peranan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Islam

merupakan satu agama yang bersifat syumul iaitu menyeluruh, Islam telah memberi pengaruh

yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Majoriti

penduduk beragama Islam, maka sewajarnya Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi

nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai sebuah agama
rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan

beragama dalam kalangan masyarakat. Maka dengan itu ketamadunan boleh dikongsi bersama

oleh seramai mungkin rakyat Malaysia.

Mempunyai wawasan yang memiliki visi yang sama mengenai hala tuju dan hasil

integrasi yang diingini juga merupakan antara unsur yang perlu dititikberatkan dalam usaha

memupuk integrasi dalam kalangan rakyat. Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus

dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi

nasional negara ini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan sains dan teknologi memberi impak

yang besar dalam usaha memupuk integrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta

etnik. Teknologi dapat menangani pelbagai masalah hubungan etnik dan integrasi dengan

berkesan. Antara contohnya ialah penggunaan Mykad untuk mengatasi masalah imigresen,

interaksi virtual dengan penggunaan teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan yang lebih

murah daripada Air Asia dan rangkaian sosial seperti Facebook .

You might also like