You are on page 1of 17

Sumbangan tamadun Yunani dan tamadun Rom kepada

ketamadunan manusia dari segi pemerintahan dan


pentadbiran.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa (salin soalan).Sumbangan tamadun
Yunani serta tamadun Rom yang amat ketara dari aspek pemerintahan dan
pentadbiran kepada dunia hari ini ialah sistem pemerintahan demokrasi dan sistem
pemerintahan republik.

Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.


Dalam sistem demokrasi itu, rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.
Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan. Oleh itu, kerajaan
berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat. Sistem demokrasi ini
diamalkan oleh kebanyakan negara di buana pada hari ini. Walaupun sistemnya sama,
iaitu demokrasi tetapi wujud perbezaan. Contohnya, Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi tetapi sistem demokrasi di Malaysia berbentuk demokrasi berparlimen.
Sistem demokrasi di Malaysia mencakupi tiga komponen utama. Sistem demokrasi di
Malaysia mempunyai Badan Pemerintah atau juga lebih dikenali sebagai Badan
Pelaksana serta kuasa eksekutif. Selain itu, komponen kedua yang terdapat dalam
sistem demokrasi di Malaysia ialah Badan Perundangan yang terdiri daripada Dewan
Negara dan Dewan Rakyat. Sistem demokrasi di Malaysia juga merangkumi Badan
Kehakimam. Sistem demokrasi di Malaysia juga boleh ditakrifkan sebagai sistem
demokrasi berparlimen kerana sistem pilihan raya telah diamalkan. Rakyat Malaysia
mempunyai kuasa mengundi memilih ahli Dewan Rakyat.

Sementelahan itu, tamadun Rom pula mewariskan sistem republik kepada


tamadun dunia. Dalam pemerintahan sistem republik ini, tiada pemerintah yang
berkuasa mutlak. Pemerintahan negara dikuasai oleh dua orang konsul yang dilantik
oleh Dewan Senat. Pelantikan dua orang konsul ini bertujuan untuk mengimbangkan
kuasa. Kedua-dua konsul ini akan dibantu oleh Dewan Senat. Dewan Senat pula akan
dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat. Sistem republic ini
diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan. Namun, sistem republic moden ini
berbeza daripada sistem republic Rom. Walau bagaimanapun, dari segi konsep,
sistemnya hampir sama dengan sistem republik Rom yang mengandungi unsur
demokrasi kerana rakyatnya juga terlibat dalam pemilihan ketua negara, iaitu
presiden.

1
Perbezaan sistem demokrasi Yunani dengan sistem
demokrasi Malaysia hari ini

Sememangnya sistem demokrasi dapat dikonsepsikan sebagai sistem


pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya. Walau bagaimanapun, sistem demokrasi yang dipraktikan
oleh kerajaan Yunani berbeza dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh
Malaysia hari ini.

Dalam sistem demokrasi Yunani, iaitu sistem pemerintahan yang diamalkan


oleh negara kota Athens, terdapat Dewan perhimpunan dan Majlis. Semua
warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan
Perhimpunan.  Para warganegara lelaki dewasa boleh menjadi anggota Dewan
Perhimpunan antara 6 bulan sehingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang
sebanyak tiga kali dalam sebulan. Setiap ahli Dewan Perhimpunan ini boleh
mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Segala keputusan Dewan
dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.
Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-ketiganya. Seperkara
lagi, demokrasi di Athens juga boleh dikatakan berbentuk penyertaan langsung.
Hal ini demikian kerana warganegara lelakinya terlibat dalam membentuk
kerajaan melalui undian dan berpeluang menjadi Dewan Perhimpunan.

Jika ditinjau dari sudut konotasi yang berbeza, Malaysia hari ini pun
mengamalkan sistem demokrasi namun berbeza dari segi bentuknya dengan
negara kota Athens pada tamadun Yunani. Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu demokrasi berparlimen.
Hal ini demikian kerana rakyat mempunyai kuasa dalam mengundi memilih wakil
mereka melalui pilihan raya. Semua rakyat yang berumur 21 tahun mempunyai
kelayakan untuk memilih wakil dalam pilihan raya. Wakil-wakil yang dipilih oleh
golongan marhaen Malaysia akan menganggotai Dewan Rakyat. Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menjalankan pilihan raya ini. Pilihan raya
tersebut juga akan dijalankan secara lima tahun sekali. Tempoh pilihan raya
adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR akan mengumumkan tempat pengundian dan
tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, para pengundi diberikan kertas undi
yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian.
Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada
kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.Selepas tamat
tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan
membuat pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut. Di samping itu,
sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mencakupi tiga komponen utama. Sistem
demokrasi di Malaysia mempunyai Badan Pemerintah atau juga lebih dikenali sebagai
Badan Pelaksana serta kuasa eksekutif. Selain itu, komponen kedua sistem
demokrasi Malaysia ialah Badan Perundangan yang terdiri daripada Dewan
Negara dan Dewan Rakyat. Sistem demokrasi di Malaysia juga merangkumi Badan
Kehakiman.
(Informasi tambahan)
. Pilihan  raya umum
Pilihanraya umum di adakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan
negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah
pula di adadakan secara berasingan.

iii. Pilihan Raya Kecil


Pilihan Raya Kecil di adakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal
tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan
Sabah selepas kekosongan itu.

iv. Proses Pilihan Raya di Malaysia


Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan
pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan
manifesto dan pelancaran kempen pilihanraya di buat.Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15
hari sahaja.SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.Pada hari
mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal
dipilih ditempat pengundian.Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon
pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.Selepas tamat
tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat
pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut. 

v. Syarat-syarat calon Pilihan Raya


Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan
undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak
kurang RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti
atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan
calon pada hari penamaan calon

vi. Syarat Pengundi


Seseorang yang layak mengundi namanya  mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun
bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan
rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota
pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Soalan 5
Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen.Bukti
keberkesanan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.  (10
markah.

Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kemajuan ekonomi
tercapai dan sektor perindustrian berkembang. Contohnya, Malaysia mempunyai industri
berat menghasilkan kereta nasional seperti  kereta Proton. Selain itu, pemimpin negara
dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.Kesejahteraan  dan keharmonian rakyat
dicapai untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan  bersatu padu. Di samping itu, taraf
hidup rakyat meningkat dan kadar kemiskinan menurun. Kemajuan sistem pengangkutan
moden dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya. Terdapat juga sistem LRT dan
LRT/MRT.Kemajuan perhubungan dan sistem komunikasi dapat diperluas.Pertahanan negara
semakin kukuh dan keselamatan rakyat terpelihara.Malaysia menjadi tumpuan pelajar luar
melanjutkan pelajaran.

Soalan 6
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (10 markah)

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu,
berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi manusia.Cabaran lain yang dihadapi
adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan
pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan jenayah seperti jenayah siber berleluasa di
samping berlakunya pengaruh anasir luar.

Langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif daripada media
cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan mengamalkan sikap
bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan dan musyawarah.Rakyat
juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan menanamkan semangat
mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan individu. Mengamalkan semangat
patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah mengatasi cabaran tersebut.

Soalan 7
Pengetahuan yang diperoleh ialah  sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan
sistem yang terbaik kerana memberikan ruang  kepada rakyat untuk membuat keputusan
memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil  agar dapat membentuk
kerajaan yang mantap.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan
disegani di persada dunia.

Sebab-sebab Pilihan Raya diamalkan di Malaysia


Pilihan raya diamalkan di Malaysia adalah untuk melahirkan taat setia rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju
politik negara. Selain itu, memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk memilih
pemimpin selain memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti. Rakyat mempunyai
hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya akan
berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Kestabilan politik dapat dikekalkan dan
secara tidak langsung ekonomi negara akan berkembang maju.

Cara-cara demokrasi dapat dikekalkan


Demokrasi dapat dikekalkan dengan mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan
betul dan cara yang betul selain mengelakkan campur tangan asing dalam urusan kerajaan.
Kita perlu mengekalkan keharmonian kaum dan amalan demokrasi yang diamalkan perlulah
mengikut acuan sendiri. Secara tidak langsung dapat memelihara undang-undang dan
perlembagaan negara. Amalan demokrasi hendaklah disuburkan di peringkat sekolah dan
seterusnya di IPT. Kepentingan negara hendaklah diutamakan dan rakyat mesti memelihara
jati diri bangsa.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.

Pelajar mesti menghormati hak asasi rakan yang lain dan patuh pada undang-undang negara.
Pelajar juga hendaklah bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati dengan rakan
yang lain. Pelajar tidak menyertai pertubuhan haram dan menyertai demonstrasi haram.
Setelah sampai masa berumur 21 tahun, hendaklah mendaftar sebagai pemilih dan memilih
pemimpin yang amanah, berwawasan juga yang mesra rakyat. Pelajar juga hendaklah
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan, menghormati lambing-
lambang negara seperti Rukun Negara, bendera Malaysia dan lagu Negaraku.

Cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah mengatasi pelaksanaan proses pilihan


raya.

Cabaran yang dihadapi ialah SPR sukar mendaftarkan pengundi-pengundi muda untuk
mendaftas sebagai pemilih dan peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai
sasaran. Selain itu, banyak isu-isu sensitif dan serangan peribadi ditimbulkan semasa
berkempen yang tentulah menjejaskan hubungan antara kaum dan menjatuhkan maruah
seseorang. Selainan itu, cabaran lain adalah untuk menjamin keselamatan ketelusan dan
keselamatan peti undi supaya tidak berlaku penyelewengan. Ada juga pengundi yang tidak
bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan untuk mengundi di banyak tempat.

Langkah-langkah mengatasi yang boleh dibuat ialah kempen kesedaran bergerak mendekati
generasi muda yang layak mengundi tahu tanggungjawab mereka perlu dijalankan secara
agresif di tempat tumpuan golongan muda seperti di IPT dan gedung membeli-belah.
Kempen mengundi di laman sosial, media cetak, media elektronik malah papan tanda perlu
dipergiatkan. Cara lain adalah dengan mengenakan syarat ketat kempen dan tindakan undang-
undang kepada pihak terbabit yang berkempen menyentuh isu sensitif dan serangan peribadi
dilakukan. Untuk menjamin keselamatan peti undi, bantuan pihak keselamatan seperti pihak
polis diperlukan. Bagi mengelakkan pertindihan pengundi, penggunaan dakwat kekal hendak
diteruskan.

Nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

Rakyat mempunyai semangat patriotic menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi.


Selain itu, melaksanakan tugas sebagai pengundi dengan rasa tanggungjawab dan amanah.
Pegawai yang dilantik membantu SPR mestilah menjalankan tugas dengan amanah,
bertanggungjawab dan baik. Masyarakat Malaysia haruslah bersatu hati dan bekerjasama
untuk memastikan negara aman. Calon pilihan raya pula mestilah jujur, berwibawa,
berhemah dan bijaksana.
Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara telus dan adil. Buktikan.

Buktinya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) merupakan sebuah badan bebas yang


bertanggungjawab atas perjalanan pilihan raya dan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan
tidak menyebelahi mana-mana pihak/bebas. SPR mengundang pemerhari luar untuk
memantau perjalanan pilihan raya dan penggunaan kotak lut sinar yang boleh dilihat oleh
wakil-wakil yang  bertanding. Selain itu, anggota keselamatan mengawal keamanan semasa
proses pilihan raya selain menjaga dan mengiringi peti undi ke pusat pengiraan undi.
Penggunaan dakwat kekal kepada pengundi dibuat untuk mengelakkan pengundi dua kali.
Daftar pemilih yang digunakan pula yang terkini dan bekerjasama dengan pihak Jabatan
Pendaftaran Negara untuk memastikan sama ada pengundi itu sah/bersih. Individu yang tidak
berkaitan, tidak akan dibenarkan berada di bilik pengiraan undi. Borang perjumlahan undi
setiap calon ditandatangani oleh setiap wakil calon. Pilihan raya yang dijalankan di Malaysia
telah mendapat pengiktirafan daripada badan dunia sebagai yang terbaik.

Andaikan anda pegawai SPR, cara menjamin ketelusan system pilihan raya di negara
ini.

Caranya ialah saya tidak akan menerima tekanan daripada mana-mana pihak sama ada parti
pemerintah atau parti pembangkang. Saya juga akan memastikan pilihan raya umum atau
pilihan raya kecil berjalan lancar dengan meminta bantuan daripada pasukan keselamatan
seperti pihak polis. Selain itu, saya akan menjalankan pendaftaran pemilih secara lebih kerap
dengan tempoh masa yang lebih lam dan meletakkan pegawai-pegawai SPR ditempat
tumpuan orang ramai seperti di pasar, pasar raya dan di IPT. Saya akan memastikan proses
pilihan raya berjalan alncar dan aman. Saya juga akan memastikan semua calon/parti akan
berkempen dalam tempoh masa yang ditetapkan dan rondaan akan dibuat selepas tamat
tempoh berkempen. Selain itu, proses mengira undi akan dibuat secara terbuka dan telus
dibantu oleh pegawai yang dilantik. Calon-calon yang tewas akan diberi kebenaran untuk
membuat petisyen sekiranya tidak  berpuas hati dengan keputusan pilihan raya. Saya juga
akan membenarkan pihak NGO, pemerhati luar negara memantau proses pilihan raya yang
dijalankan.
Kebaikan amalan demokrasi
Kebaikan amalan demokrasi adalah dapat mengekalkan kedaulatan kerajaan. Selain itu,
kerajaan dipilih oleh rakyat dan berpeluang menentukan kepimpinan negara mengikut acuan
sendiri. Ini menunjukkan rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan. Kebaikan
lain adalah dapat menentukan masa depan negara dan segala permasalahan dapat diselesaikan
melalui rundingan. Kecekapan pentadbiran dan kestabilan negara akan tercapai. Negara akan
aman dan ini memudahkan perancangan kerajaan membangunkan negara dan meningkatkan
kerjasama dalam kelangan masyarakat. Hak rakyat terjamin dan dapat mengekalkan
perkongsian kusa mentadbir negara. Keadaan ini dapat memperkukuh perpaduan dalam
kalangan pemimpin sekali gus perpaduan rakyat tercapai. Keadan ini juga dapat memajukan
negara dan dapat menarik pelabur asing melabur ke negara kita, contohnya negara Barat
seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat. Buktikan.


Kejayaannya membawa kestabilan politik sejak pilihan raya umum yang pertama pada tahun
1955 sehinggalah sekarang. Selain itu, kestabilan politik yang tercapai, membolehkan
pembangunan negara dijalankan dengan lancar dan rakyat hidup bersatu padu, harmoni dan
bertolak ansur. Keadaan ini juga membolehkan pemimpin negara menjalinkan hubungan
diplomatik dan hubungan dua hala dengan negara serantau atau dunia selain bergerak aktif
dalam pertubuhan serantau dan dunia. Buktinya, Malaysia menjadi Ahli Majlis Keselamatan
PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999 selain menjadi tuan rumah pelbagai persidangan
seperti OIC, ASEAN, NAM dan CHOGM. Secara tidak langsung dapat menarik ramai
pelabur melabur di negara kita dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan perindustrian.
Contohnya Hitachi, Sony dan Samsung. Ini menyumbang kepada pendapatan perkapita
negara, rakyat mempelajari kemahiran baharu melalui pendedahan teknologi luar dan peluang
pekerjaan terbuka luas. Akhirnya, negara akan mencapai hasrat menjadi negara maju, rakyat
hidup harmoni dan setia kepada negara.

Kepentingan pilihan raya di Malaysia


Kepentingan pilihan raya di Malaysia ialah rakyat perlu bertanggungjawab mengambil tahu
akan perkembangan politik semasa negara dan melihatkan diri dalam proses memilih
pemimpin. Selain itu, dapat menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan.
Kepentingan lain, adalah dapat mengekalkan sistem demokrasi berparlimen sehingga
sekarang. Rakyat ;bebas memilih dan menentukan sendiri pemimpin selain mempelajari dan
memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Rakyat akan dapat memahami
proses memilih pemimpin dan proses membentuk kerajaan selain menghayati, menghormati
dan mengahargai konsep kebebasan bersuara. Selain itu, melalui pilihan raya, rakyat boleh
menentukan sendiri hala tuju pentadbiran di peringkat pusat dan negeri dan memberi keadilan
kepada semua pihak sama ada rakyat dan pemimpin.

Pilihan raya dapat membantu  kelicinan pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Rakyat akan berasa selamat dan terjamin sebab kerajaan dipilih sendiri oleh rakyat melalui
proses pilihan raya. Rakyat bebas bersuara mengikut saluran yang betul dan pemimpin
bermuafakat dalam menentukan dasar ekonomi, politik dan sosial. Kepentingan lain adalah
untuk menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan menampakkan
kerjasama rakyat semasa memilih pemimpin bagi membangunkan negara. Akhirnya, dapat
menjamin keamanan dan keharmonian kaum dan negara.

Kebaikan mengamalkan system demokrasi berparlimen


Terdapat beberapa kebaikan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan
sistem tersebut. Antaranya ialah terdapat pendapat yang mengatakan bahawa
sistem demokrasi ini prihatin atau peka terhadap kepentingan rakyat. Tidak
seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktaktor dan autokrasi yang
memberi keutamaan kepada golongan minority yang memegang kuasa memerintah
ataupun golongan bangsawan. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan
golongan tertentu kerana sistem ini menganggap semua lapisan masyarakat
adalah sama dan layanan yang sama harus diberikan. Sebagai contoh rakyat biasa
digalakkan untuk terlibat sama dalam menentukan dasar atau polisi kerajaan
dengan mengemukakan beberapa cadangan, bahkan juga rakyat berhak untuk
membantah segala cadangan kerajaan sekiranya kerajaan yang sedang memrintah
tidak dapat memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang
telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan. Dari aspek hak,
setiap rakyat di anggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati
kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Oleh itu, Negara yang mengamalkan
demokrasi perlu membantu rakyat yang masih mundur untuk merapatkan jurang
perbezaan taraf masyarakat contohnya seperti bidang pendidikan dan ekonomi.
Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan
sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat
dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat – sifat yang dikehendaki.
Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran
bermasyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta
menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa
golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain yang telah
ditolak berasaskan sejarah, ini kerana fikiran yang waras menentukan sikap
seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Seterusnya,
demokrasi juga mengglakkan semangat bekerjasama yang merupakan salah satu
cara terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan
menghubungkaitkan seseorang individu dengan kumpulan tujuan sosial.

Keburukan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen


Secara fitrahnya, tidak semua perkara mempunyai kelebihan ataupun kebaikan
sahaja. Demokrasi berparlimen juga mempunyai beberapa kekurangan. Antaranya
ialah sistem demokrasi menggalakan dua aliran atau fikiran yang mempunyai
fikiran yang berbeza. Jika sebuah parti itu mempunyai ahli yang tetap dengan
pendiriannya dan tidak bertolak ansur dengan orang lain, ini akan membawa
kepada perpecahan kepada parti itu. Kesannya, para pengikut tegar individu
tersebut pun akan berbalah dengan pengikut yang lain sehinggakan berlaku
perpecahan dalam masyarakat. Selain itu, demokrasi menyumbang kepada
perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik. Akibatnya, hal ini akan
menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan
kebebasan politik. Terdapat juga masalah dalam kalangan pemimpin yang dipilih
oleh rakyat tidak peka menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementikan
kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya.

Kelebihan/Kebaikan/Kepentingan Sistem Demokrasi


Berpalimen
Sistem demokrasi berparlimen dapat memperkukuhkan perpaduan antara
pelbagai bangsa, agama dan kaum. Sekiranya sesebuah negara memiliki pemimpin
yang berpandangan jauh dan tidak kejam, perpaduan kaum di sesebuah negara
dapat dikekalkan. Negara akan menjadi aman atas kemakmuran yang dipupuk
melalui penyatuan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya
dengan mengamalkan pilihan raya yang dilakukan lima tahun sekali.

Sistem demokrasi berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat


untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti. Di Malaysia, kita
mengamalkan Pilihan Raya iaitu di mana setiap rakyat akan berkumpul setiap lima
tahun sekali bagi membuat undian untuk memilih calon-calon demi dilantik
sebagai pemimpin negara. Dengan adanya pemimpin yang bertanggungjawab dalam
menguruskan hal pentadbiran, keamanan negara dapat dijamin dalam kalangan
rakyat kerana undang-undang dijalankan berteraskan keadilan. Buktinya,
pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya rakyat sebulat suara dalam mengundi
pemerintah yang adil dan dipercayai. Kerjasama dalam masyarakat dapat
ditingkatkan lalu mengurangkan tekanan antarabangsa.

Seperkara itu, kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik dapat


dibentuk melalui sistem demokrasi berpalimen. Hal ini demikian kerana rakyat
berbilang kaum bersatu hati untuk menilai dan memilih pemimpin yang berwibawa.
Dengan ini, ekonomi Negara dapat diperkembangkan jika pemimpin berkhidmat
dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Oleh itu, segala permasalahan dapat
diselesaikan melalui rundingan lalu mengekalkan keamanan dan keharmonian
Negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Di samping itu, kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah rakyat
mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Rakyat diberikan hak
bagi menentukan pemimpin yang dipercayai oleh mereka untuk mentadbir negara.
Rakyat berpeluang untuk menyuarakan pendapat mereka di media massa bagi
memberitahu kesusahan rakyat dalam peningkatan ekonomi di Malaysia. Pendapat
rakyat tentang pembinaan kemudahan dan fasiliti di tempat mereka sentiasa
diberi.

Seterusnya, kelebihan sistem demokrasi berpalimen ialah Raja tidak


mempunyai kuasa mutlak. Contohnya, Raja tidak boleh menghukum rakyat sesuka
hati. Baginda perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan untuk
sesebuah negara demokrasi.

Akhir sekali, sistem ini juga dapat melahirkan taat setia rakyat pada
pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu, rakyat terlibat dalam menentukan
hala tuju politik Negara. Oleh itu, pemimpin yang dipilih oleh rakyat dapat
melaksanakan segala pentadbiran dengan sistematik dan sejahtera tanpa
tentangan rakyat.

Jelaskan Maksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi


(Berparlimen)

Pertama, demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam


sistem
pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja
Melayu sebagai lambang taat setia rakyat . Kedua, selain itu demokrasi
berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas
memilih perwakilan melalui pilihanraya. Ketiga, umumnya pula negara demokrasi
lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Keempat, terdapat
dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja berpelembagaan
dan Sistem Republik. Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud
sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi
negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Keenam, bagi
Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui
pilihan raya. Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina.
Presiden memegang dua dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua
negara.

Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang sistem pemerintahan negara


Malaysia selepas  Merdeka

Pertamanya, selepas merdeka Malaysia telah memilih untuk mengamalkan Sistem


pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedua, Sistem Demokrasi Berparlimen
bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-
Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Ketiga, rakyat berpeluang
membentuk kerajaan dan rakyat bebas memilik perwakilan melalui pilihan raya.
Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada
melalui pilihan raya. Keempat, perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan
sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan
Perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran Demokrasi
Berparlimen dengan perkembangan politik semasa. Kelima, sistem demokrasi
berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

Ciri–ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah


mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan
mengandungi pelbagai peruntukan. Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi
Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan
Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Ciri yang ketiga ialah mempunyai
Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya
ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri
atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum
dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR). Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan
pemerintahan.
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana
dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-
parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan
parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk
menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing. Ciri yang ketujuh
ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi
dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas
memilih dan menganggotai mana-mana parti politik.

Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan demokrasi


berparlimen

Nilai patriotisme yang saya peroleh ( salin soalan ) ialah cinta akan negara.
Jadi, saya tidak akan melakukan perkara mazmumah ataupun tidak senonoh yang
dapat mengaibkan nama Malaysia. Saya juga mempelajari nilai patriotisme
bahawa saya haruslah bangga sebagai rakyat Malaysia.Hal ini demikian kerana
rakyat Malaysia masih boleh hidup dalam suasana yang sakinat lagi harmoni di
bawah satu bumbung rumah yang sama walapun masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai ras, agama dan keturunan kerana golongan marhaen Malaysia
mematuhi peraturan serta undang-undang Malaysia di samping pemimpin Malaysia
cekap lagi bijaksana dalam mentadbir urus negara kita. Saya juga memperoleh
nilai patriotisme, yakni mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini dilakukan
demikian supaya negara kita senantiasa menikmati kemerdekaan dan tidak akan
dikuasai oleh kuasa asing hingga ke langit ketujuh. Nilai patriotisme keempat
yang saya ketahui ialah mematuhi peraturan. Saya berbuat demikian supaya saya
dapat menjadi seorang warganegara Malaysia yang baik.

Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan demokrasi


berparlimen

Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah


pentingnya muafakat dan toleransi antara pemimpin dan rakyat demi
kemakmuran negara.

Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan


kaum masing-masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah
menerima unsur-unsur budaya kaum lain sesuai dengan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.  Seterusnya, sedia menerima perubahan demi kestabilan dan
keselamatan negara.

Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi
mengekalkan kedaulatan Malaysia. ta haruslah memelihara kemakmuran negara
dan taat setia kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh
kepada undang-undang.

Perasaan berbangga sebagai warganegara juga perlu ada dalam diri setiap
warganegara. Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan
permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam aspek politik atau ekonomi
dan sosial.

Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem


pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baik apabila 
kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kita hendaklah membuat pilihan yang bijak dalam melantik pemimpin, agar
negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa
peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara
kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak
mempengaruhi pemikiran rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita hendaklah
sentiasa berfikiran positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.
Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan dalam menjaga
keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat diwujudkan di negara kita.
Sekiranya setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, negara akan
mencapai kestabilan politik.
Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya mereka
dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan penting dalam membangunkan
negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dapat diteruskan.
Cadangkan langkah-langkah kepimpinan berkesan untuk mengekalkan
pemerintahan dan pentadbitran yang stabil demi kemajuan Negara.

1.    Mengamalkan sistem demokrasi


2.    Menguatkan sistem ketenteraan
3.    Melatih askar yang handal dan patriotik
4.    Memastikan keamanan negara
5.    Membentuk kedamaian sesama rakyat
6.    Memastikan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah
7.    Rakyat perlu sanggup bekorban demi negara
8.    Perpaduan rakyat dijaga
9.    Memastikan rakyat berusaha memajukan negara
10.  Berpegang teguh kepada ajaran agama/Tuhan
11.  Bersifat penyayang
12.  Adil dan saksama
13.  Pertahankan maruah dan bangsa negara
14.  Sedia bekorban
15.  Peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara
16.  Mewujudkan keharmonian antara kaum
17.  Semangat berjuang utuk negara
18.  Tidak mengkritik dan mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
19.  Kemahiran berkomunikasi
20.  Bersifat produktif dan pro aktif
21.  Meningkatkan prestasi ekonomi negara
22.  Meningkatkan taraf hidup rakyat.

           

        
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal
sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan demokrasi berasal daripada bahasa Yunani δημοκρατíα iaitu δημος yang
bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν yang bermaksud "memerintah", dengan
kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Istilah ini kadangkala
digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat di atas kerajaannya. Demokrasi
secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme
(menurut teori Karl Marx, komunisme merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial
dalam negara yang mengamalkan demokrasi secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas
daripada kehendak rakyat).

Demokrasi adalah "satu sistem kerajaan di mana semua orang sebuah negara atau
tatanegara... terlibat dalam membuat keputusan tentang perkara-perkaranya, lazimnya dengan
undi untuk memilih wakil-wakil bagi sebuah parlimen atau perhimpunan serupa."

Demokrasi seterusnya ditakrifkan sebagai 1. pemerintahan oleh rakyat; terutamanya:


peraturan majoriti, 2. sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya dikurniakan oleh orang ramai
dan digunakan oleh mereka secara terus atau secara tidak langsung melalui satu sistem
perwakilan biasanya melibatkan secara berkala mengadakan pilihan raya bebas.

Menurut saintis politik dari Amerika, Larry Diamond, demokrasi terdiri daripada empat
elemen utama iaitu:

1. Satu sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya
bebas and adil
2. Penyertaan aktif orang ramai, sebagai warganegara, di politik dan kehidupan sivik
3. Perlindungan hak asasi manusia semua rakyat
4. Satu kaedah undang-undang yang mana undang-undang dan prosedur digunakan sama
rata terhadap semua rakyat.

Demokrasi berbeza dengan bentuk kerajaan yang kuasa tertumpa pada individu, sebagai satu
kerajaan bebas, atau kuasa dilaksanakan oleh sebilangan kecil individu, seperti oligarki.
Walau bagaimanapun, idea demokrasi diwarisi dari falsafah Yunani kini kabur kerana
kerajaan kontemporari adalah campuran unsur demokrasi, oligarki, dan beraja. Karl Popper
mentakrifkan demokrasi sebagai berbeza daripada pemerintahan diktator atau zalim, dengan
menumpukan pada peluang untuk orang ramai mengawal pemimpin mereka dan membuang
pemimpin tanpa perlu membuat revolusi.

Beberapa kelainan demokrasi wujud, tetapi terdapat dua bentuk dasar, yang kedua-duanya
berkaitan bagaimana rakyat dalam melaksanakan kehendak mereka. Sebuah bentuk
demokrasi ialah demokrasi langsung yang semua warganegara yang layak mempunyai
penyertaan aktif dan langsung dalam membuat keputusan politik. Dalam kebanyakan
demokrasi moden, warganegara yang layak kekal sebagai kuasa berdaulat tetapi kuasa politik
dilaksanan secara tidak langsung melalui wakil yang dipilih; ini dipanggil demokrasi
perwakilan.

You might also like