You are on page 1of 17

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/279174642

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


ARAB BERBANTUKAN GAYA SHAHID AL-
QURAN (GSQ)

Research · June 2015


DOI: 10.13140/RG.2.1.1409.5521

CITATIONS READS

2 901

4 authors, including:

‫ز ﻣ ﺮ ي أ ﺑ ﻮ ﺑ ﺸ ﺎ ر‬ Muhammad Kamil Jaafar


Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
8 PUBLICATIONS 13 CITATIONS 1 PUBLICATION 2 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Nilai shahid al-Quran dalam kitab Tashil Nayl al-Amani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani View
project

All content following this page was uploaded by ‫ زﻣﺮي أﺑﻮ ﺑﺸﺎر‬on 25 June 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERBANTUKAN
GAYA SHAHID AL-QURAN (GSQ)

Zamri bin Rajab, Mohd Yusri bin Mustafa, Mohammad Kamil bin Jaafar
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Abstrak

Kajian ini menyingkap aplikasi Gaya Shahid Al-Quran (GSQ) sebagai bahan sokongan
kepada bahan sedia ada dalam amalan pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Arab.
Ibn Hisham telah mengadaptasikan teori dan aplikasi Shahid al-Quran dalam pengajaran
tatabahasa Arab yang secara tidak langsng telah mengangkat darjat beliau sehingga
diiktiraf bitara tersohor dalam bidang tatabahasa Arab pada zamannya. GSQ adalah projek
inovasi melibatkan dua fasa. Fasa pertama adalah kajian tahap kepuasan guru
menggunakan bahan berbentuk shahid al-Quran yang mengandungi perkataan-perkataan
yang disukatankan kepada pelajar mengikut Tahun. Fasa Kedua adalah kajian kepuasan
murid terhadap GSQ. Model Pengajaran menggunakan GSQ telah dilaksanakan di tiga buah
Sekolah di Daerah Besut iaitu, Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Sekolah Kebangsaan Pasir
Akar, Jerteh dan Sekolah Kebangsaan Sri Payung, Besut Terengganu. Hasil inovasi
mendapati guru-guru yang terlibat lebih mudah dan bersemangat mengajar Bahasa Arab
kerana shahid al-Quran telah memotivasikan mereka. Kajian terhadap murid pula mendapati
mereka suka kepada inovasi bahan yang digunakan dan pelajaran bahasa Arab GSQ
menjadikan motivasi mereka membaca al-Quran turut meningkat. Dari sini pengkaji
merasakan penggunaan GSQ adalah satu inovasi yang amat positif dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat Sekolah Rendah dan boleh dikembangkan ke
peringkat Sekolah Menengah.

Kata Kunci: Gaya Shahid al-Quran (GSQ), bahasa Arab, inovasi pengajaran, minat, bitara.
Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Negara kita telah melalui satu proses yang

panjang semenjak dari sebelum kedatangan Penjajah Barat ke Asia Tenggara, malah ianya

adalah merupakan kesinambungan kepada kejatuhan kerajaan Islam di Cordova. Bahasa Arab

berkembang di Tanah Melayu khususnya adalah berinspirasikan kepada kehendak Diniy atau

keagamaan. Kehendak umat Islam pada masa itu yang mahukan kefahaman dan amalan yang

padu terhadap isi kandungan al-Quran telah mencernakan satu proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab yang meluas.

Kini setelah hampir 45 tahun kita mencapai kemerdekaan, proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab masih terus meniti fasa-fasa perubahan dan penambahbaikan bagi

satu asas dan tujuan iaitu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan

pelajar-pelajar. Status bahasa Arab dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1996

seperti berikut:

Syeksyen 2 (d) di mana kemudahan bagi pengajaran :-

(iii) bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain

boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian.

Pelaksanaan bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan dalam

Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997- Jadual 3, Jadual 8 dan Jadual 9 yang

dapat dirumuskan seperti berikut:

(a) Bahasa Arab Komunikasi sebagai mata pelajaran tambahan

(b) Bahasa Arab Tinggi sebagai mata pelajaran elektif.

2
Penggunaan al-Quran sebagai medium dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab secara umumnya dan tatabahasa Arab (Nahu) secara khususnya telah mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada para sarjana. Al-Ansari, Ahmad Makki (1405H) telah

menghasilkan karya berjudul “Nazariyat al-Nahw al-Qur’ani”. Menurutnya, tulisan tersebut

bertujuan memperjuangkan al-Qur’an sebagai rujukan dan medium utama dalam segala

bidang ilmu termasuklah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa (al-Ansari, 1405H:

hlm.15).

Dalam bidang tatabahasa, Zafr (1998) telah menulis buku yang berjudul al-Nahw al-Qur’ani;

Qawacid wa Shawahid. Beliau telah menyenaraikan begitu banyak shahid al-Qur’an untuk

setiap tajuk tatabahasa yang dipersembahkan. Begitu juga seorang sarjana dari India, Farinah

Akhtar (t.th) yang telah menyusun buku Nahw al-Qur’an di dalam bahasa Urdu. Rujukan-

rujukan ini selain menyokong gerakan mengembalikan paksi pengajaran tatabahasa Arab

berlandaskan al-Quran, ia juga menunjukkan sambutan yang begitu teruja dalam kalangan

pencinta bahasa Arab untuk terus meneroka al-Quran melalui medium bahasa Arab.

Kajian Kaseh Abu Bakar (2010: hlm.82) dengan jelas menunjukkan bahawa motif

keagamaan dapat membentuk motivasi yang amat signifikan kepada para pelajar Muslim

dalam mempelajari bahasa Arab secara umumnya. Iaitu untuk kefahaman dan khidmat

kepada agama Islam itu sendiri. Kajian yang dilakukan oleh Rohaidi Habil ke atas para

pelajar di sebuah Maahad Tahfiz di Kelantan pula menunjukkan bahawa jumlah hafazan al-

Qur’an memainkan peranan yang penting di dalam menentukan minat terhadap pelajaran

Nahu. “Semakin banyak hafalan maka semakin tinggi tahap kefahaman” (Rohaidi Habil,

2002: hlm.93).

3
Kaseh Abu Bakar dan Zamri Rajab (2011: hlm.94) menyatakan usaha-usaha yang telah

dilakukan oleh Ibn Hisham (meninggal dunia 761H) sehingga dapat dikesan oleh para sarjana

silam dan para pengkaji kini dalam memudahkan pengajaran tatabahasa Arab dengan

menggunakan medium ayat-ayat al-Qur’an sebagai shahid telah memberi suatu nilai tambah

kepada ijtihad Ibn Hisham sendiri, iaitu untuk menyediakan kefahaman masyarakat terhadap

syariat agama Islam melalui persembahan ilmu tatabahasa. Kehebatan Ibn Hisham yang

menggunakan shahid-shahid al-Qur’an yang sesuai di dalam membincangkan tatabahasa itu

secara tidak langsung telah mengangkat martabatnya di sisi ahli tatabahasa dan sarjana yang

sezaman dengannya sehingga mereka menjadikan beliau seorang yang paling layak untuk

dihormati dan disegani melebihi penghormatan yang diberikan kepada sesiapa pun jua dalam

bidang ini.

Gully (1995: hlm.8-9) dalam kajiannya bertajuk “Grammar and Semantics in Medieval

Arabic: A Study of Ibn Hisham’s Mughni l-Labib” telah mengulas dengan panjang lebar

berkenaan suatu kenyataan yang telah disadarkan kepada Ibn Khaldun bahawa Ibn Hisham

itu terlebih alim daripada Sibawayh1. Mengikut Gully, kenyataan tersebut mungkin

dikeluarkan oleh Ibn Khaldun kerana melihatkan kepada kedua-dua mereka iaitu I-H dan

Sibawayh yang sangat mendalami penguasaan dalam mengaplikasikan al-Qur’an sebagai

shahid dalam proses pengajaran tatabahasa Arab, melainkan kemahiran dan kesungguhan I-H

dalam usahanya itu tampak lebih komprehensif.

Namun, percubaan mengetengahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

berasaskan shahid al-Quran yang kajian ini popularkan sebagai Gaya Shahid al-Quran (GSQ)

mungkin belum pernah diketengahkan di Malaysia. Oleh yang demikian, walaupun usia al-
1
Maklumat ini tidak terdapat dalam Kitab al-Muqaddimah sebuah karya agung Ibn Khaldun, tetapi ia telah
dicatatkan dalam kebanyakkan buku ensiklopedia yang mencatatkan riwayat hidup Ibn Hisham sebagai
kenyataan Ibn Khaldun (Ibn Hajar, 1997, hlm. 2/187-188; al-Zarkaliy, 1999, hlm. 4/147; Busura, 1997, hlm. 6).

4
Quran telah mencapai 1434 tahun, usaha mengembalikan semula minat pelajar terhadap

bahasa Arab untuk menguasai dan seterusnya memahami kandungan al-Quran perlu

disegarkan semula.

Inovasi dalam amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid untuk menggunakan shahid

al-Quran ini diharap dapat mencapai prestasi yang memberikan petunjuk yang positif ke arah

kelangsungan al-Quran dan peningkatan penguasaan pelajar bahasa Arab seluruhnya. Di sini

kajian cuba untuk mengetengahkan satu metod pengajaran bahasa Arab dengan menggunakan

Shahid al-Quran (GSQ) sebagai wadah pengajaran yang berkesan.

Pernyataan Masalah

Matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah adalah untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bertutur dengan baik mungkin telah hampir mencapai

sasaran yang ditetapkan melalui pengenalan satu program iaitu j-QAF. Namun begitu, hasil

dari pemerhatian dan kajian secara sepintas lalu yang dibuat di sekolah-sekolah melalui

temubual dengan guru-guru bahasa Arab serta pelajar-pelajar, pengkaji mendapati

penguasaan bahasa Arab pelajar-pelajar tersebut masih gagal membantu mereka memahami

frasa-frasa dalam al-Quran walaupun perkataan tersebut telah sedia wujud dan mesra dengan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mereka juga biasa

membaca al-Quran.

Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan, dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Setiap kali guru Bahasa Arab masuk ke kelas, guru-guru telah menyediakan bahan-

bahan untuk menarik perhatian pelajar mempelajari bahasa Arab dalam berbagai

5
bentuk seperti rakaman pita kaset, kad manila, kertas mahjung dan gambar sebelum

masuk ke kelas.

2. Guru sentiasa berusaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran, kadang-kadang ini

memberi kesaan yang negatif dan pengabaian terhadap kemahiran-kemahiran bahasa

yang perlu dikuasai oleh pelajar.

3. Pelajar dan guru hanya bergantung pada buku teks sahaja. Hal ini berpunca dari guru-

guru yang kadang-kadang kesuntukan masa untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau

Shahid al-Quran yang munasabah dengan tajuk yang hendak diajar. Ini mungkin

disebabkan oleh beban tugas guru yang banyak menyukarkan guru untuk

menyediakan bahan-bahan tersebut. Situasi di atas menyebabkan pelajar hanya

mengetahui dan memahami makna perkataan secara literal sahaja tanpa dapat

menghubung kaitkannya dengan al-Quran yang dibaca di rumah mahupun di tempat-

tempat ibadah.

Hasil dari pemerhatian ini menunjukkan betapa metod pengajaran dan pembelajaran sekarang

ini perlu kepada satu inovasi bagi memantapkan dan menjayakan matlamat pengenalan

Kurikulum Bahasa Arab di sekolah iaitu dapat memahami al-Quran akan dapat direalisasikan.

Inovasi ini adalah berbentuk penggunaan terus al-Quran sebagai medium kepada pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Arab. Di mana melalui inovasi ini, akan memperkenalkan

perkataan-perkataan mahupun ayat-ayat yang ada dalam al-Quran (shahid al-Quran) sebagai

alternatif dalam amalan pengajaran dan pembelajaran secara langsung di dalam kelas.

6
Inovasi ini dibangunkan menggunakan elemen-elemen aplikasi multimedia seperti berikut:

a. Teks :

Teks merupakan salah satu cara manusia berkomunikasi dan berkongsi maklumat,

pengetahuan dan juga perasaan. Dalam Syahid al-Quran ini, teknologi multimedia

memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi kepada murid. Teks-teks

dari al-Quran yang dihasilkan digabungkan dengan elemen-eleman multimedia yang

lain.

b. Grafik :

Grafik ialah penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau

sukar diterangkan oleh teks. Elemen ini juga penting bagi menambah daya tarikan

kepada pengajaran di samping mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat

.Eleman ini menggunakan beberapa jenis grafik iaitu gambar foto, gambar lukisan

dan gambar kartun bagi menunjukkan makna serta situasi sebenar ayat-ayat al-Quran

dan perkataan itu digunakan.

c. Audio :

Audio atau bunyi merupakan salah satu cara paling berkesan menarik perhatian

pelajar. Dalam inovasi ini, teknologi audio digunapakai bagi memberikan sebutan

makhraj yang betul dan tepat. Ini sudah tentu akan mampu meningkatkan ketepatan

sebutan pelajar dalam sebutan makhraj huruf yang sebenar. Elemen ini juga sudah

tentu akan menarik perhatian murid dan menjadikan persembahan dalam pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

7
d. Video :

Inovasi ini memasukkan unsur video dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Arab. Penggunaan video penting kerana video mampu menggambarkan keadaan

sebenar maksud ayat terutamanya yang lelibatkan alam sekitar dan kemanuasiaan.

e. Laman sesawang :

Inovasi ini turut memanfaatkan kemudahan enjin carian al-Quran melalaui laman

sesawang http://www.ketaballah.net/searchquran.html yang membatu guru dan pelajar

mencari perkataan-perkataan dalam al-Quran dengan mudah dan cepat. Pengguna

hanya perlu menaip masuk perkataan yang dikehendaki seterusnya menekan butang

carian. Paparan seterusnya akan menyediakan senarai ayat-ayat al-Quran yang

mengandungi perkataan yang dimasukkan berserta nama surah dan nombor ayat.

Objektif Kajian

Objektif kajian inovasi ini adalah bagi membantu guru-guru Bahasa Arab dalam aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran mereka melalui ;

 Memperkenalkan contoh-contoh penggunaan shahid al-Quran (GSQ) dalam amalan

Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Arab berdasarkan tajuk-tajuk tertentu

 Membetulkan sebutan makhraj huruf dan kalimah bahasa Arab berbantukan GSQ

 Membantu pelajar mamahami maksud perkataan-perkataan Arab berbantukan GSQ

Kepentingan Inovasi

Di antara kepentingan Inovasi ini adalah :

a. Membantu guru-guru Bahasa Arab dalam merancang aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran secara yang lebih berfokus.

8
b. Membatu guru dan murid menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan bermakna penuh,

c. Mewujudkan iklim diniy (keagamaan) dalam kelas.

d. Dapat membantu mempercepatkan proses menyebut, membaca, menulis, memahami

maksud perkataan bahasa Arab seterusnya menggunakannya pada tempat yang betul.

e. Membiasakan pelajar mengguna perkataan-perkataan al-Quran dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab.

Populasi dan sampel kajian

Untuk memahami beberapa fenomena berkaitan kefahaman guru terhadap penggunaan GSQ

dan aplikasi mereka ke atas para pelajar di sekolah, satu kajian berbentuk kualitatif

menggunakan kaedah temubual telah dilakukan ke atas enam orang guru bahasa Arab

program j-QAF di tiga buah sekolah di Jerteh, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman.

Manakala bagi mendapatkan respon kepuasan pelanggan terhadap penggunaan GSQ, satu

kajian berbentuk kuantitatif telah dijalankan ke atas para pelajar tahun 5 di sebuah sekolah di

Daerah Jerteh yang terdiri daripada 12 orang responden yang dipilih secara rawak daripada

jumlah 37 orang murid dalam kelas berkenaan.

Sekolah Kelas Bilangan murid Bilangan Guru

SK. Pasir Akar Tahun 3 25 2

SK. Pusat Jerteh Tahun 2 32 2

SK. Seri Payung Tahun 5 37 2

Jadual 1 : Taburan populasi sampel adalah seperti jadual berikut:

9
Berdasarkan Jadual 1, mengikut Krejcie dan Morgan (1970), untuk populasi pelajar seramai

94 orang, sampel seramai 37 orang adalah sesuai iaitu 40% daripada jumlah Populasi. Para

pelajar di kelas tahun 5 tersebut dijadikan sampel kajian kerana mereka telah berada pada

tahap dua persekolahan dan mampu memberikan respon kepada soalan-soalan kajian dengan

lebih baik.

Kajian juga turut memilih guru bahasa Arab yang mengajar tahun 2 dan 3 program j-QAF

adalah kerana pelajar mereka sudah mengenal huruf dan dapat membaca bahan bahasa Arab.

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya dijalankan selama 5 minggu sahaja dengan melibatkan tiga buah sekolah

yang menawarkan mata pelajaran bahasa Arab dalam program j-QAF di Daerah Besut,

Terengganu. Oleh kerana tempoh masa dan bilangan sampel yang agak terhad, maka kajian

ini tidak boleh digeneralisasikan ke atas keseluruhan populasi pelajar bahasa Arab di seluruh

Malaysia.

Inovasi yang digunakan untuk kajian ini sesuai bagi membantu pelajar yang telah mengenal

huruf dan telah dapat membaca bahan-bahan pengajaran dalam bahasa Arab program j-QAF.

Hipotesis Kajian

Melalui pengenalan kepada kaedah shahid al-Quran ini, ia diharap membantu daripada sudut;

a. Sebagai jalan pintas bagi membantu pelajar menguasai al-Quran secara cepat dan

menyeluruh.

b. Menyumbang kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

10
Dapatan Kajian

Laporan dapatan kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, di mana pada bahagian (a)

menjelaskan dapatan kajian daripada perspektif guru, manakala bahagian (b) pula daripada

perspektif pelajar. Bahagian (a) melibatkan perasaan, pendapat dan cadangan guru yang

dikategorikan dalam empat (4) item iaitu;

i. Persediaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan baik,

ii. Kesediaan untuk memberi idea baharu dan mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran,

iii. Meningkatkan kemahiran berfikir,

iv. Menerangkan perkataan sukar dengan mudah.

Guru-guru telah memberi respon yang baik untuk mengaplikasi GSQ dalam amalan

pengajaran bahasa Arab mereka. Pengajaran yang dijalankan di dalam kelas dengan

berbantukan GSQ dan al-Quran itu sendiri sebagai medium pengajaran amat jelas memberi

impak yang amat positif, di mana dari tiga buah sekolah yang diuji, semua guru bahasa Arab

amat terangsang dan teruja mengaplikasikan GSQ dalam pengajaran mereka.

Bil Persepsi Min Skor


Persediaan dan pelaksanaan pengajaran
1 dan pembelajaran dengan baik, 78.5

Kesediaan untuk memberi idea baharu


2 dan mempelbagaikan kaedah pengajaran 86.2
dan pembelajaran
3 Meningkatkan kemahiran berfikir 88.6
Menerangkan perkataan sukar dengan
4 80.2
mudah
PURATA 83.38

Jadual 2 : Analisis temubual bersama enam orang guru bahasa Arab program j-QAF

11
Jadual 2 dengan jelas menunjukkan tahap kepuasan hati dan pendapat guru terhadap

keberkesanan penggunaan GSQ dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Di samping itu juga, guru-guru dapat melihat perubahan tingkah laku murid ketika belajar

apabila menggunakan bahan-bahan daripada GSQ yang disediakan. Murid-murid didapati

lebih aktif, lebih berminat untuk berinteraksi, potensi murid turut meningkat dan seterusnya

murid mudah faham sesuatu perkataan itu kerana makna yang disediakan melalui GSQ

didapati lebih tepat.

Manakala dapatan bahagian (b), iaitu hasil daripada kajian soal selidik yang berbentuk

kuantitatif, sebanyak 13 item soalan kajian telah disediakan dengan respon murid berdasarkan

skala likert seperti berikut:

1 2 3 4 5
Sangat tidak
Tidak setuju Tak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Soalan-soalan kajian yang dikemukakan kepada pelajar adalah seperti yang berikut:

Bil Kenyataan
1. Saya seronok belajar bahasa Arab pada hari ini.
2. Pada pandangan saya, bahan yang digunakan sesuai dengan tajuk.
3. Kefahaman saya terhadap perkataan Arab semakin bertambah.
4. Tajuk ini menyedarkan saya tentang hubungan bahasa Arab dan al-Quran
5. Saya minat belajar bahasa Arab
6. Saya akan membaca al-Quran dengan kerap
7. Saya berasa puas dengan bahan pengajaran yang disediakan
8. Bahan pengajaran membantu saya memahami bahasa Arab
9. Aktiviti dalam pembelajaran hari ini menyeronokkan.
10. Saya ingin bertutur dalam bahasa Arab
11. Mendalami bahasa Arab sangat penting bagi memahami ayat-ayat al-Quran
12. Belajar bahasa Arab memberi motivasi untuk membaca al-Quran
13. Al-Quran boleh memberikan maksud perkataan Arab dengan tepat

12
Untuk menghasilkan dapatan yang memberikan tafsiran yang lebih komprehensif, soalan-

soalan kajian tersebut di atas dikategorikan kepada 3 kategori iaitu:

 Kefahaman Perkataan Arab: Soalan 3, 8 dan 10

 Keseronokan Belajar Bahasa Arab: Soalan 1, 2, 5, 7 dan 9

 Keinginan Membaca Al-Quran: Soalan 4, 6, 11, 12 dan 13.

Para pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan kajian sebanyak dua kali, iaitu sekali

sebelum dan sekali selepas menggunakan GSQ. Tajuk yang dipilih adalah pelajaran yang ke-

10 iaitu ‫ اﻷﺳﻮاق واﻟﺘﺴﻮق‬manakala kemahiran yang menjadi fokus pada sesi pengajaran dan

pembelajaran guru pada hari kajian ini dilakukan adalah kemahiran mendengar “‫ ”اﻻﺳﺘﻤﺎع‬dan

kemahiran bercakap “‫”اﻟﻜﻼم‬. Responden yang terdiri daripada para pelajar dari tahun lima

dipilih secara rawak sama ada sebelum atau selepas penggunaan GSQ.

Data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan

kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebelum dan selepas menggunakan GSQ

adalah seperti berikut:

5
4.5
4
3.5
3
2.5 Sebelum
2
Selepas
1.5
1
0.5
0
Kefahaman Keseronokan belajar Keinginan membaca
perkataan Arab bahasa Arab al-Quran

Jadual 3 : Keputusan ujian terhadap respon pelajar kepada bahan inovasi GSQ.

13
Berdasarkan Jadual 3, kajian mendapati tahap kefahaman pelajar terhadap perkataan Arab

meningkat daripada min 2.2 sebelum penggunaan GSQ kepada min 4.1 selepas penggunaan

GSQ. Keseronokan pelajar juga meningkat daripada min 3.3 sebelum penggunaan GSQ

kepada min 4.5 selepas penggunaan GSQ. Manakala keinginan membaca al-Quran

mencatatkan perbezaan min paling ketara iaitu daripada min 1.7 sebelum penggunaan GSQ

kepada 4.6 selepas penggunaan GSQ dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab mereka di sekolah. Peningkatan secara keseluruhan ini memberi gambaran bahawa para

pelajar lebih mudah mempelajari bahasa Arab berorientasikan penggunaan ayat-ayat al-

Quran kerana ia secara tidak langsung memberikan motivasi sampingan iaitu belajar bahasa

Arab untuk mendekat diri kepada ajaran agama ataupun apa yang diistilahkan sebagai untuk

tujuan Diniy.

Kesimpulan

Penggunaan GSQ di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab memberikan

suatu pengalaman baharu kepada guru, di samping mereka lebih teruja dan bermotivasi.

Penggunaan GSQ tersebut juga lebih memberi kefahaman perkataan Arab kepada para

pelajar. Mereka juga mendapati keseronokan belajar apabila guru mengaitkan isi pengajaran

dan pembelajaran dengan shahid-shahid al-Quran. Selain itu, penggunaan GSQ juga

mencetuskan rasa, kesedaran dan keinginan yang tinggi dalam kalangan murid untuk

membaca al-Quran kerana mereka mendapati apa yang dipelajari dalam bilik darjah adalah

perkataan-perkataan yang akan difahami apabila mereka membacanya di dalam al-Quran.

14
Rujukan

Al-Quran al-Karim.

al-Ansari, Ahmad Makki. (1405H). Nazariyat al-Nahw al-Qur’ani; Nash'atuha wa


Tatawwuruha wa Muqawwamatuha al-Asasiyyah. t.tp: Dar al-Qiblah.

Busura Talib. (1997). Dalil-dalil al-Qur’an Dalam Kitab Sharh Shudhur al-Dhahab Oleh Ibn
Hisham, Satu Kajian Analisis. Tesis Sar. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farinah Akhtar. t.th. Nahw al-Qur’an. t.tp: t.pt.

Gully, Adrian. (1995). Grammar and Semantics in Medieval Arabic: A Study of Ibn Hisham’s
Mughni l-Labib. England: Curzon Press Ltd.

Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin cAli bin Muhammad. (1997). al-Durar al-Kaminah fi
c
Ayan al-Mi’ah al-Thaminah. Tahkik: cAbd al-Warith Muhammad cAli. Beirut: Dar
al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ismail Ngah. (1985). Al-Qur’an Sebagai Sumber Utama Tatabahasa Arab. Tesis Sar.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Shukri Mohd Teh. (2005). Tatabahasa Arab dan Pembinaan Hukum Daripada al-
Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kaseh Abu Bakar, Nil Farakh Sulaiman, Zeti Akhtar Muhammad Rafaai. (2010). Self-
Determination Theory And Motivational Orientations Of Arabic Learners: A Principal
Component Analysis. GEMA Online Journal of Language Studies, 10(1), 71-86.

al-Nayilah, cAbd al-Jabbar cUlwan. (1976). al-Shawahid wa al-Ishtishhad fī al-Nahw.


Baghdad: Matbacah al-Zahra'.

Rohaidi Habil. (2002). Keberkesanan Penghafalan al-Qur’an Terhadap Pembelajaran Nahu


Bahasa Arab : Satu Kajian Kes. Tesis Sar. Universiti Malaya.

Zafr, Jamil Ahmad. (1998). al-Nahw al-Qur’ani; Qawacid wa Shawahid. Cet. 2. Makkah al-
Mukarramah: t.pt.

Zamri Rajab. (1999). Al-Shahid Al-Qurani Fi Kitab Sharh Ibn Aqil. Latihan Ilmiyah
Universiti Al al-Bayt, Jordan.

Zamri Rajab. (2010). Penggunaan Shahid Al-Quran Dalam Kitab Sharh Ibn Aqil dan Sharh
Qatr al-Nada wa Ball al-Sada, Bab al-Marfuat : Satu Kajian Bandingan. Tesis Sar.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Rajab & Kaseh Abu Bakar, Phd. (2011). Penggunaan Shahid Al-Quran Dalam Kitab
Sharh Ibn Aqil dan Sharh Qatr al-Nada wa Ball al-Sada, Bab al-Marfuat : Satu Kajian
Bandingan. GEMA Online JournalTM of Language Studies, 11(2), 83-98.

15
Zamri Rajab. (2011). Aplikasi Shahid Al-Quran Membitarakan Ibn Hisham. Prosiding
Seminar Penyelidikan Zon Timur 2011. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan, Besut Terengganu 10-12 Mei 2011.

al-Zarakli, Khayr al-Dīn. 1999. al-Aclam. Cet. 14. Beirut: Dār al-cIlm li al-Malāyīn.

http://www.ketaballah.net/searchquran.html diakses pada 4 Oktober 2011.

16

View publication stats

You might also like