You are on page 1of 52
BABENAM SIMBOLISME DAN FALSAFAH Dl SEBALIK PENGGUNAANNYA, 6.1 Pengenalan Fokus kajian dalam Bab Enam ini menjurus kepada penggunaan buluh, dalam seni masyarakat Iban di Sarawak. Seni yang dimaksudkan ialah merangkumi semua aspek seni iaitu seni persembaban, seni tampak dan seni sastera. Bab ini juga akan menjelaskan mengapa orang Iban mengamalkan seni yang sedemikian rupa, di mana seni itu dibuat, bagaimana seni-seni itu dilakukan dan apakah kesan seni tersebut kepada ‘masyarakat Tban di Sarawak? Kesemua aspek perbincangan nanti adalah berkait rapat dengan tumbuban buluh. Dalam Bab ini seterusnya pengkaji akan menghuraikan tentang konsep seni dalam masyarakat Iban serta menghuraikan mengenai motif-motif yang digunakan dalam seni anyaman dan seni ukiran, Selain itu pengkaji juga akan menghuraiken beberapa contoh seni persembahan seperti pelian dan biay. Pengkaji juga akan mengemukakan contoh dan huraian yang berkait dengan seni sastera seperti peribahasa dan pantun ‘masyarakat Tban di Sarawak. 62. Seni Masyarakat Iban di Sarawak Menurut Yatim (1998:1) manusia mencipta sesuatu seni kerana dorongan- dorongan tertentu misalnya keperluan hidup, memberi kesenangan dan kepuasan untuk 206 diri mereka. Pengkaji sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Oleh yang demikian pengkaji juga ingin menambah lagi pendapat tersebut dengan menyatakan bahawa ‘masyarakat Iban di Sarawak juga sukakan seni, Dengan kata-kata lain masyarakat Iban seperti juga masyarakat Melayu, mempunyai seni rupa dan juga seni persembahan Kedua-dua seni ini mempunyai hubung kait antara satu dengan yang lain, Daripada seni persembahan juga tercipta pula seni sastera. Seterusnya pengkaji hendak menghuraikan secara ringkas mengenai seni-seni tersebut. a) Seni Rupa Masayarakat Iban Dalam seni rupa masyarakat Than terdapat beberapa jenis seperti seni anyaman, seni ukiran, seni perhiasan diri, seni tenunan, seni logam dan sebagainya, Walau bagaimanapun pengkaji hanya menceritakan mengenai seni rupa yang berkaitan dengan buluh sahaja iaitu seni anayaman dan seni ukiran. b) Seni Anyaman Yatim (2001:2) mengatakan seni anyaman adalah hasil-hasil yang dicipta dengan cara menganyaman. Menganyam adalah proses menjalin jaturan dau, tii, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain, Orang Iban di Sarawak, mempunyai reka bentuk kraf tangan tersendiri dan sebahagian besar daripada kraf tangan tersebut dihasilkan melalui seni anyaman. Alat-alat anyaman tersebut ialah seperti bakul, baka, raga, capun, sintung, seluk dan sebagainya seperti yang telah 207 disebut dalam Bab yang terdahulu. Walau bagaimanapun dalam Bab ini pengkaji cuma akan menyentuh tentang motif-motif yang digunakan untuk menganyam alat- alat berkenaan. Motif-motif yang dihuraikan ialah motif-motif dan juga simbolisme yang berkait dengan seni anyaman”’ yang menggunakan buluh sahaja. 63 Simbotisme dan Motif-Motif Dalam Seni Anyaman Masyarakat Iban yang, Berkaitan Dengan Buluh Durin (2002:116) mengatakan simbolisme dalam konteks seni rupa bererti suatu perlambangan kepada sesuatu unsur yang harus dinilai secara mendalam, Perkataan simbol mempunyai kaitan antara manusia dengan budaya sesuatu masyarakat itu Simbolisme bersifat tersembunyi di sebalik penghasilannya di samping nilai dan kesan daripadanya kepada penganyam dan perigukir berkenaan, Selain itu ia juga merupakan sesuatu yang memerlukan pemahaman dan daya pemikiran yang tinggi untuk dihayati. Simbolisme terbentuk daripada perkembangan tamadun manusia yang berlandaskan Kepada kepercayaan dan nilai-nilai hidup, Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat simbolisme itu adalah bersesuaian dengan budaya masyarakat Tban yang mempunyai banyak pengertian dan sikap ingat-mengingati. Oleh itu, simbotisme itu adalah alat penyampaian suatu mesej secara tidak langsung dan dengan sopan santun, Pada fikiran pengkaji, orang Iban di Sarawak adalah sama dengan mosyarakat Melayu iaitu mereka juga mempunyai sifat yang simbolik semasa berfikir, perasaan dan tingkah laku ® Motifmotif yang dianyam dengan tumbuhan lain seperti bembsn boleh dinjuk kepads Anna Durin (2002) Tikar Bemban dalam Sen} de» Budaya Masyarakat Iban di Sarawak. Lathan Iimiah. Sesi 2001/2002 Kuala Lumpur. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 208 Seterusnya pengkaji ingin menyentuh mengenai simbol-simbol atau motif-motif yang digumakan oleh masyarakat Tban dalam seni anyaman yang menggunakan bulub. Seperti masyarakat Melayu yang dikatakan Yatim (2000:22-26) orang Toan juga ada menggunakan motif-motif yang berunsur flora dan fauna. Unsur-unsur tumbuhan sangat sesuai dibentuk dan digayakan mengikut Kebijaksanaan orang yang menganyamnya, Tumbuhan yang sering dipilih oleh masyarakat Tban ialah tumbuhan yang ada di sekeliling kehidupan mereka. Sebagai contohnya ialah motif pucuk rebung, sayuk nipah, buah nipeh, buah rambing, buah bangkit, buah pedada, kara, akar kara, buah empit, lelingkuk, bingka lia dan \ain-lain, Selain daripada unsur tumbuhan unsur hhaiwan juga ada digunakan, Unsur haiwan adalah seperti mata ulat, fang, burung punai, mata punai, siku enseluai, lelambak dan sebagainya. Ada juga alat-alat buluh itu dianyam dengan motif yang berkait dengan alam ghaib seperti yang berbentuk orang kecil biasanya dikaitkan dengan hantu semangat. Selain itu, motif yang ada kaitan dengan cakrawala juga digunakan. Motif tersbut ialah seperti bulan, senulau, sapar langit™ dan sebagainya. Blehaut (1992:63-90) ada menceritakan mengenai asal-usul motifsmotif yang. terdapat dalam seni anyaman masyarakat Iban, Beliau mengatskan motif-motif yang Kompleks dalam seni anyaman Iban itu adalah sangat cantik dan sangat susah dicari tandingannya di tempat lain kecuali di Sumatera tetapi itu hanya pada tahap yang tertentu sahaja. Motif-motif yang mudah seperti motif mata punai, bangkit, lelambak dan » Kalas hendak tals mengenai motf:motif anyaman masyarakat Iban sla jump Cik Jelendang anak ‘Tinban di Tanung. Paku, Betong dan iste Tusi Ruma Setana & Ui Rsau, Awik, Saratok, babagian Betong, Sarawak. 209 sebagainya ada digunakan oleh masyarakat lain di kepulauan Melayu dan juga tempat lain seperti orang Lousiana Indians di Amerika, Walau bagaimanapun, motif asas atau yang mudah seperti mata ular hanya digunakan oleh orang Iban sahaja. Sctakat ini belum lagi dijumpai masyarakat Iain yang menggunakan anyaman mata ulat ini dalam seni anyaman mereka. ‘Mengikut Blehaut lagi, motifmotif yang cantik dan kompleks itu. mungkin telah melalui beberapa evolusi di Pulau Bomeo, Bagaimana motif-motif itu dicipta adalah sangat susah untuk dijelaskan kerana buat masa kini, belum dijumpai bahan-bahan yang, boleh digunakan untuk tujuan rujukan. Walau bagaimanapun Blehaut mengatakan orang Iban adalah satu masyarakat yang bukan asli di Pulau Bomeo dan mereka mungkin ada kaitan dengan Tamadun Kunming di Yunnan, China dan juga tamadun Dong Son di utara Vietnam. Ini adalah kerana dua daripada motif-motif yang beliau dapati dalam seni anyaman orang Tban ada persamaan dengan motif-motif yang terdapat dalam motif yang diukir pada keranda yang dijumpai di Hsiang Yun, selatan China, Satu lagi motif yang terdapat pada loceng, tembaga yang terdapat pada loceng di Cambodia, Dong Son dan Indonesia. Biehaut menambah lagi bahawa motif Jelambak atau pedada ada persamaan dengan motif yang ada pada tembikar di tempat lain seperti di negeri China. Beliau juga mengatakan motif ini juga terdapat pada tempayan zaman Neolitik di negeri China Selain daripada motif-motif itu orang Iban juga mempunyai motif-motif yang berunsur 210 haiwan. Mengikut Blehaut motif yang berunsur haiwan seperti binatang dan burung Diasanya dianyam secara semitrikal, Bentuk semitrikal pada motif tersebut mungkin kerana kaum wanita yang mengayamnya mendapet ilham daripada trofi-trofi binatang yang dibuat sebagai alat perhiasan di rumah panjang mereka, Orang Iban biasanya mempamerkan kulit-kulit binatang atau burung di dinding secara semitrikal. Blehaut juga ada mengatakan bahawa wanita Iban yang ingin menganyam dan mencipta motif'motif yang cantik, mereka meminta pertolongan daripada dewi ‘Kumang. Kumang adalah dewi yang dipercayai sangat cantik dan manis, Selain itu, Kumang juga dipercayai sangat pandai menganyam dan bertenun dan sangat berkebolehan mencipta motif-motif yang cantik. Ini adalah kerana dalam kepercayaan orang Iban, dewi Kumang telah dibantu oleh sejenis azimat yang diberi oleh Pupu Perua. Seterusnya pengkaji akan menghuraikan sebahagian daripada motif-motif yang erunsurkan tumbuh-tumbuhan. 63.1 Motif Berunsurkan Tumbuhan Dalam bahagian ini pengkaji hanya membincangkan beberapa jenis motif tumbub-tumbuhan sahaja. Motif-motif itu ialah motif buah bangkit, rebung, kara, kaki Seribu, pedada dan bingka lia au a) Motif Pucuk Rebung Mengikut Blehaut (1992:7) motif pucuk rebung yang digunakan oleh ‘masyarakat Iban dianyam secara sederhana. Ia tidak mempunyai kelopak tetapi hanya berbentuk kon atau segi tiga sahaja, Kadang-kadang motif ini disebut juga dengan nama lain mengikut tempat tinggal orang Iban yang menganyamnya, Misalnya Dunsmore menyebut motif ini sebagai sirap mawang. Plat 94; Gambar motif pucuk rebung ata srap marwang BBlehaut (1992:78) 5) Motif Buah Bangkit Motif buch bangkit dicipta daripada gambaran buah bangkit. Bangkit adalah sejenis pokok buah yang tumbuh liar di dalam hutan. Blehaut (1992:141) mengatakan motif buah bangkit biasanya digunakan orang Iban di Saribas untuk menganyam baka, raga dan kandi, Motif buah bangkit biasanya dijadikan motif utama kepada alat tersebut. Motif buah bangkit ada dua Jenis, Satu daripadanya ialah dari jenis yang simple dan satu discbut bangkir bekarung. Bangkit bekarung mempunyai karung mengelilinginya. Selain daripada 212 orang Tban motif ini juga digunakan oleh masyarakat lain di Borneo dan kepulauan Melayu. Plat 95: Gambar motif Buah Bangkit yang simple Pat 96: Gamber Bangs Bekarung ‘Behan (1992:192) BBlehaut(1982:192) ©) Motif Kara Motif kara adalah motif yang mengambil nama pokok ara, Seperti yang, kita sama-sama ketahui bahawa pokok ara mempunyai banyak dahan dan akar yang berjuntai-juntai, Motif ini menonjolkan gaya yang sama dengan ara jaitu ia mempunyai gelung motif yang berbentuk dahan dan ada juga yang macam akar. Gambar ‘seluk yang digunakan di bawalr ina iataldiambit dari Muzium Ssrawak dan ‘motifnya ialah kara, Seluk itu adalah seluk yang sangat lama dan mengikut Blehaut ia berumur tidak kurang daripada seratus tahun. 213 Plat 97: Gambar Seluk yang bermotif Kara Plat 98:Gambar Seluk yang bermoti Kara ‘yang berasal dari Saibas. In dipercayai juga tetapi berasal dari Rajang tidak kurang daripada 100 tahun. Blehaut (1992:133) Blehaut (1992:133) @) Kaki Seribu ‘Mengikut Puan Embak Sang maksud éaki dalam konteks seni anyaman masyarakat Iban di Sarawak ialah bahagian tepi atau atas atau pun bahagian keliling seperti tikar, baka dan sebagainya. Oleh yang demikian motif kaki seribu adalah motif yang digunakan untuk membuat tepi atau kaki sesuatu motif. Blehaut (1992:82) ‘mengatakan bahawa di daerah Saribas dan bahagian lain di Sarawak termasuk juga di Kalimantan Indonesia motif kaki seribu ada yang digunakan untuk membuat kaki pada motif yang berunsur binatang, burung, dan ia juga digunakan seperti yang telah dikatakan oleh informan di atas tadi, Motif ini digunakan untuk dianyam pada bahagian tepi atau bawah baka, sintung, seluk dan sabagainya. Blehaut (1992:82) percaya bahawa motif kaki seribu mungkin adalah pengaruh alam sckitar iaita ) Motif Sapar Langit Blehaut (1992:69-81) mengatakan bahawa motif ini juga dipengaruhi dalam motif-motif yang terdapat dari luar negara seperti motif bingka lia yang disebut 221 4i atas tadi. Sapar Langit adalah motif yang berbentuk geometri dan setiap tempat yang kosong diisi dengan motif kecil seperti motif mata punai, Sapar langit dalam bahasa Iban bermaksud satu dinding pemisah antara lapisan-lapisan langit. Dalam kepercayaan tradisi masyarakat Iban langit mempunyai tujuh lapis. Mereka percaya Sapar pertama atau garis horizon adalah tempat pertemuan langit dan bum. Percantuman motif yang bersegi tiga itu adalah melambangkan pertemuan dua hero yang kedua-duanya bernama sama iaitu Similit Langit. Seorang tinggal di langit dan seorang tinggal di bumi. Similit Langit yang tinggal di bumi akan memanjat pokok rambutan dan dari situ dia akan menemui kembamya yang turun dari langit. Tempat itu ialah sapar Langit seperti yang telah dikatakan tadi, Motif ini juga ada kalanya dinamakan sifup langit dan juga tisi langit Plat 112: Motif Sapar Langit Blehaut (1992:81) Pengkaji juga ingin menghuraikan sedikit tentang motif yang berkaitan dengan kepercayaan tradisi masayarakat Iban seperti orang halus yang tinggal di alam ghaib. 222 3.4 Motif yang Berkait dengan Alam Ghaib a) Bentuk Manusia Motif ini jarang dibuat oleh masyarakat Iban pada anyaman baka, stnrung atau seluk, Kalau motif manusia dianyam pada bekas anyaman buluh maka bentuk ini tidaklah seperti bentuk manusia yang sebenarnya, Mengikut Blehaut (1992:175) motif yang dianyam sebagai bentuk orang pada gambar baka pada muka surat tersebut mungkin ada kaitannya dengan kosmologi tradisi masyarakat Iban. Ia mungkin menggambarkan orang halus, Mengikut informan Puan Embak Sang orang Iban kalau mereka menganyam motif. dari jenis orang halus mereka tidak suka menyebut nama motif berkenaan. Ini adalah kerana mereka percaya kalau ia disebut maka perbuatan itu boleh menghidupkan semangat pada motif berkenaan dan motif itu dipercayai boleh berantu. Kalau sudah berantu ia boleh mengganggu orang yang menganyamnya dan juga orang yang tinggal dalam bilik berkenaan. Plat 114: Gambar motif Anthropomorphs Blehaut (1992:175) 223 Satu lagi motif kecil yang pengkaji ingin hendak sentuh ialah mengenai motif segala. Dalam permerhatian pengkaji motif segala biasanya digunakan oleh orang. Than untuk menganyam sangkar anak ayam atau bakul-bakul untuk menyimpan sayuran, Adalah dipercayai motif ini dipinjam daripada seni anyaman masyarakat China kerana dalam permethatian pengkaji bakul-bakul yang digunakan oleh ‘masyarakat China untuk membawa sayur-sayuran biasanya dianyam dengan menggunakan motif tersebut. Begitu juga terendak yang dipskai oleh kaum China juga ada yang menggunakan motif tersebut. Orang Iban yang menggunakan motif tersebut adalah mnereka yang tinggal di kawasan hilir iaitu yang berdekatan dengan pasar dan orang Iban yang tinggal jauh di kawasan hulu sungai atau pedalaman jarang sekali menggunakan motif segala ini. Oleh yang demikian pengkaji mengandaikan ‘motif tersebut adalah motif pinjaman daripada seni anyaman orang China Selain daripada motif-motif anyaman yang digunakan untuk menganyam bekas anyaman buluh pada fikiran pengkaji ada juga baiknya dihuraikan sedikit mengenai motif-motif ikatan dan ukiran pada bingkai-bingkai yang digunakan untuk membuat Dingkai seluk, raga, sintung dan sebagainya. Jadual Spesifikasi Motif-Motif Anyaman Pada Alat-Alat Buluh [Bil] Unsur-Unsur ‘Nama Motif 1. | Motif Bersunsurkan a) Pucuk Rebung. ¢) Kaki Seribu @) Pedada atau Lelambak | e)_Bingka Lia atau Tangkai Rembai | ‘Tumbuban b) Motif Kara | [2] Motif Yang Beransurkan ‘) Motif Mata Ulat | Haiwan b) Motif Siku Bnseluai atau Seluang Mudik L ©) Motif Lang 224 3. | Mour @) Bulan TF Berunsurkan Cakerawala___| __b) Motif Sapar Langit | ry | Motif ‘Yang Berkait dengan] a) Bentuk Manusia yang kadang-kadang AlamGhaib_______,___dianggap sebagai orang halus. 6.4 Motif pada Ikatan Bingkai Seperti yang telah dinyatakan dalam Bab yang terdahulu bingkai pada baka, seluk, sintung dan Iainlain bekas anyaman yang diperbuat daripada bulub adalah dibuat daripada gefung rotan dan kayu yang telah diraut nipis. Pada kayu itu dibuat beberapa lubang supaya memudahkan kerja mengikat bingkai tersebut. Blehaut (1992:92-104) meceritakan bahawa ada tiga jenis bingkai yang biasanya digumakan oleh orang Iban untuk membingkaikan alat-alat tersebut. Bingkai-bingkai itu ialah ingkai kepit tibang, bingkai nyemerai sungai dan bingkai lanjt. Bingkai nyemerai sungai dan bingkai kepit tibang dibuat dengan menggunakan gelung rotan sama ada ari jenis rotan sega atau pun rotan semambu, Bilab-bilah rotan yang telah diraut hhalus digunakan untuk mengikat bingkai-bingkai itu. Kadang-kadang ada juga tali nylon yang berwama wami dan tali resam yang berwarna hitam digunakan untuk ‘menggantikan bilah-bilah rotan, Bingkai /arji pula menggunakan gelung kayu yang telah diraut halus seperti yang telah disebut di atas. a) Bingkai Kepit Tibang Dalam pemerhatian pengkaji bingkai kepit uibang dicipta oleh masyarakat Tan berdasarkan cara mereka membuat bekas menyimpan padi. Bekas untuk 225 menyimpan padi dalam bahasa Iban ialah ribang padi. Mengikut Penghulu Daniel ‘Bara di daerah’ Satibas orang Ibari lebih suka menyebut fibang padi ini kilif kayu kerana ia dianggap lebih halus lagi. Ini adalah bersesuaian dengan masyarakat Iban Saribes yang bersopan santun dan suka menggunakan kata-kata yang berselindung. Sebenamya tibang padi pada masa dahulu diperbuat daripada kulit kayu, Orang Iban Saribas juga percaya bahawa kalau disebut secara terang-terang nama bekas (ibang padi, boleh jadi perbustan itu akan menyebabkan semangat padi tidak senang. Akibatnya orang yang menyebutnya akan kebuluran atau susah mendapat padi. Daripada cara membuat bekas padi itulah maka terciptanya motif bingkai kepit ibang yang digunakan oleh masyarakat Tban untuk membingkai alat-alst anyaman yang telah dikatakan di atas, Plat 115: Gambar bingkai Keplt Tibang Plat 116: Gambar bingkai Xepit Thang deri Ul Tera dai Engeari Bichaut (1992:93) Blehaut (1992:93) b) Bingksi Nyemerai Sungal Motif bingkai myemerai sungai adalah dicipta dari unsur menyeberang sumgai hingga ke seberang dan sebaliknya, Dalam pemerhatian pengkaji, bingkai ini ‘mempunyai dua gelung rotan yang dibuat bingkai secara selari, Kedua-dua gelung rotan 226 itu ditkat dengan cara ikatan ke sebelah dan balik ke sebelah lagi sampailsh siap. Bingkai ini sangat digemari oleh orang Tban untuk membingkai baka, sintung biasa dan lain-lain alat anyaman yang diperbuat daripada buluh, Ve | RAO EK CeCy CCG CRACK ss Bien ane no Plat 117: Gamber bingkai Nyemeral Sungai Plat 118: Gambar bingkai Nyemerai Sungai dari Simanggang Bahagian Kedua Blehaut(1992:95) least (1992:95) ©) Bingkai Raga Mengikut pemerhatian pengkaji, bingkai raga adalah sejenis bingkai yang biasanya digunakan untuk membingkai raga, Raga adalah alat anyaman yang biasanya besar dan digunakan untuk membawa barang yang banyak atau berat, Oleh kerana ia besar maka ia dianyam dengan kulit tumbuhan yang mempunyai tekstur yang lebih keras seperti kulit takang rumbia, kulit akang pantu, takang semambu atau pun rotan. Walau bagaimanapun ada juga raga kecil yang diperbuat daripada buluh seperti kandi atau raga sandit. Walaupun begitu, orang Iban juga suka menggunakan motif bingkai raga untuk membingkai seluk, sintung biasa, sintung bangin, kandi, baka dan sebagainya. 207 Plat 119: Gambar bingkai Raga dari Sarbes Plat 120: Gambar bingkai Raga Dari Undup Blehaut (1992:102) Biehaut (1992:103) @) Bingkai Lanjt Mengikut Blehaut (1992:147) lanji adalah sejenis bekas anyaman masyarakat Iban yang typical. Fungsinya ialeh untuk membawa tangkai-tangksi padi, Ta mempunyai saiz yang besar dan tinggi. Tingginya kira-kira 1.45-1.5 meter dan diameternya kira-kira 40-50 sentimeter. Bingkainya sangat cantik dan kuat. Orang Iban suka menggunakan bingkai lanjitersebut untuk membingkai sinfung bangin atau kadang-kadang digunakan untuk membingkai baka atau timpa, Plat 121: Gambar bingo Lary pada Sinnung Bangin dari Sarbas Biehaut (1992:90) 228 Jadual Menunjukkan Nama-Nama Bingkai Yang Digunakan Untuk ‘Membingkai Alat Anyaman daripada Buluh Bil | Jenis Bingkal Pengaruh atan Unsur 1. | Bingkai Kepit Tibang Berunsurkan bingkai “ibang padi atau bekas padi. Z| Bingkai Nyemerai Sungai Berunsurkan perbualan menyeberang sungai, 3. | Bingkai Raga ‘Sama seperti bingkal yang digunakan ‘untuk membingkai raga. 4 | Bingkai Lanji ‘Sama seperti bingkai yang digunakan untuk membingkai /anji atau bekas yang digunakan untuk membawa ‘tangkai padi pada musim menuai. Seterusaya pengkaji akan menerangkan sedikit tentang ukiran yang digunakan untuk membuat bingkai pada alat-alat anyaman buluh yang telah diceritakan di dalam Bab yang terdahulu. 65 Motif Ukiran pada Bingkai sintung Bangin dan Baka, Mengikut Blehaut (1992:105-106) ukiran yang digunakan oleh ‘masyarakat Iban untuk membuat bingkai pada sintung bangin dan baka adalah dari motif ‘yang berunsurkan flora dan fauna, Sekiranya ukiran itu menggunakan gambar baiwan berbisa seperti ular, ia mesti diberi makan dengan gambar haiwan lain seperti katak. Lihat ‘gambar ukiran tersebut di bawah. 29 at 12: Ganbar kina Ur meng Kata pda bingkal Situ Blehast (1992103) Plat 123: Gambar ukiran Ular makan Ikan dan Katak bingkai Siorg Bargin Biechat (1992:107) 230 Plat 125: @) Gambar (a) dan (b) adalah ukiran-ukiran yang

You might also like