You are on page 1of 9

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KHIDMAT BANTU

TEMPAT : SMK UNDANG REMBAU TARIKH :23 MEI 2008 (JUMAAT)

1. MENGUMUMKAN KETIBAAN

En Mohd Isah b Ismail Ketua Sektor Pend Swasta & Pend Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul
Khusus.

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,


Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku.

& selepas itu hadirin akan dipertontonkan dengan persembahan slide powerpoint
sepanjang program khidmat bantu PSS dijalankan bermula dari 14 April hingga 23
Mei 2008.

3. PERSEMBAHAN SLIDE POWERPOINT SEPANJANG PROGRAM

Begitulah scenario yang berlaku sepanjang Program Khidmat Bantu Pusat Sumber
Sekolah Negeri Sembilan tahun 2008. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Begitulah ibaratnya yang dapat
digambarkan sepanjang program diadakan.

Bagi meneruskan acara pada petang ini majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Tn KPP BTPNS mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohd Isah b
Ismail naik ke atas pentas bagi acara penutupan.

UCAPAN PROTOKOL
Yang Berbahagia En Mohd Isah b Ismail Ketua Sektor Pend Swasta & Pend Khas,
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
Darul Khusus.

Yang Berusaha En Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian


Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan tahun 2008.

En Kamruzzaman b Hj.Ayob, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri, Negeri Sembilan

Puan Mashitah Bt Idris, Ketua Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian


Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan.

Para pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan

Para Pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru Perpustakaan dan Media Negeri


Sembilan

Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan


Asalamualaikum………….. dan selamat sejahtera.

1
UCAPAN ALUAN

Saya bagi pihak JK majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Tuan


Mohd Isah b Ismail serta hadirin ke Majlis Penutupan Program Khidmat Bantu Pusat
Sumber Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2008

Hadirin yang dihormati,

4.1 BACAAN DOA

Alhamdulillah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengan limpah
rahmat-Nya sempurnalah sudah PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER
SEKOLAH Negeri Sembilan bagi Tahun 2008.

Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat


Kegiatan Guru Bt. Kikir untuk membacakan doa dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof..

4.2 UCAPAN KPP

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Noh b Abadan, Ketua
Penolong Pengarah Bhg Tekn Pend NS. Dipersilakan

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

4.3 UCAPAN PENUTUPAN

Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan penutupan
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2008 yang
akan disampaikan oleh En Mohd Isah b Ismail, Ketua Sektor Pendidikan Swasta &
Pend Khas mewakili Pengarah Pelajaran NS. Dengan segala hormatnya
dipersilakan..

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

4.4 PENYAMPAIAN SIJIL


Acara seterusnya adalah penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada peserta-
peserta Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan 2008.
Untuk penyempurnaan acara dijemput Tuan KPP BTPNNS mengiringi Yang
Berbahagia En Mohd Isah b. Ismail untuk menyampaikan sijil-sijil tersebut.

Penyampaian sijil pada petang ini adalah mengikut Pusat Kegiatan Guru yang
terlibat ;

2
Dipersilakan wakil dari PKG Rembau

Dipersilakan wakil dari PKG Mambau

Dipersilakan wakil dari PKG Rantau

Dipersilakan wakil dari PKG Kota

Dipersilakan wakil dari PKG Ampangan

Tk diucapkan kepada Tuan Mohd Isah b. Ismail

4.5 PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Sebagai tanda penghargaan & terima kasih, pihak majlis menjemput Encik Mohd
Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah PSPNNS untuk menyampaikan
cenderamata kepada Tuan Mohd Isah b Ismail .

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Noh B Abadan.

4.6 LAWATAN KE PSS SMK UNDANG REMBAU & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,


Maka sempurnalah sudah Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Negeri
Sembilan Tahun 2008. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam
menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan
sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Sebelum mengundur diri, terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di
setiap kesilapan, jumpa lagi pada masa hadapan.

Sebelum bersurai, pihak majlis menjemput Encik Mohd Noh B Abadan mengiringi
Yang Berbahagia En Mohd Isah b. Ismail serta para tetamu ke Pusat Sumber SMK
Undang Rembau untuk sesi lawatan dan seterusnya menjamu selera di kantin
sekolah. Sekian, wbt.

3
Yang Berbahagia En Mohd Isah b Ismail Ketua Sektor Pend Swasta &
Pend Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Pengarah
Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.mewakili Pengarah Pelajaran
Negeri Sembilan..

Yang Berusaha En Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Program Khidmat Bantu Pusat Sumber
Sekolah Negeri Sembilan tahun 2008.

En Kamruzzaman b Hj.Ayob, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi


Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

Puan Mashitah Bt Idris, Ketua Unit Pengurusan Sumber Pendidikan,


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan.

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran


Daerah.

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri & Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan

Para Pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru Perpustakaan dan Media


Negeri Sembilan

Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

4
SESI MALAM

Assalamualaikum……….. dan selamat malam

Alhamdulillah meniti kita ke sesi kedua dalam majlis Persidangan Pusat Sumber
Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2006. sekalung tahniah diucapkan kepada tuan-
tuan dan puan-puan kerana tidak melepaskan peluang mengikuti majlis ilmu yang
dapat meningkatkan mutu perkhidmatan amnya selain menambah ilmu di dada.

Bak kata ilmuwan,

“Kalau guru diberi latihan,


Anak didik dapat kemahiran.
Kalau guru banyak ilmu,
Apa diajar tidak jemu.
Kalau guru diberi motivasi,
Amalan hidup ada kualiti.
Kalau guru kurang bersedia,
Dalam kelas banyak bercerita.
Kalau guru tidak merancang,
Dalam kelas banyak temberang.”

5
Oleh yang demikian, tajuk pembentangan kertas kerja pada malam ini. Ada
kaitannya dengan kata-kata yang saya sebutkan sebentar tadi.

Justeru, marilah kita ikuti sesi pembentangan kertas kerja oleh Prof. Madya Dr Yusof
B Hashim, Pensayarah Universiti Perguruan Sultan Idris yang bertajuk:
Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi”.

Majlis menyerahkan sesi ini kepada Encik Samsudin B Hamidan untuk


mempengerusikan sesi ini. Dijemput juga pencatat bagi sesi iaitu Encik Abd Barri B
Abd Razak dan Encik Daud B Nasir selaku untuk mengambil tempat
dipersilakan……

UCAPAN SELESAI 2

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Samsudin B Hamidan
dan Prof. Madya Dr. Yusof B Hashim.

UCAPAN CENDERAMATA 2

Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput……………………..


menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan Prof Madya Dr Yusof B Hashim. Seterusnya dipersilakan Encik


Samsudin B Hamidan. Terima kasih diucapkan kepada……………………….

Tuan-tuan dan puan-puan,

Hatta berseri majlis dek hadirnya pujangga pendeta


Waima ceria temasya dek indah bicara
Sahih gemilang rias dek tata acara
Molek jalan berita dek indah wartanya

Sekian, persidangan ditangguhkan hingga esok.


Nampaknya tuan-tuan dan puan-puan mula mengantuk.
Sebelum tidur, minumlah barang seteguk.
Rehatkan minda, jumpa lagi pagi esok.

Wassalam…………… dan terima kasih.

6
SESI PAGI 1

Bismillah…………

Assalamualaikum…………..dan Selamat sejahtera….

Junjungan sirih ke pulau mutiara


Tautan kasih antara jiwa
Bertemu kambali di pagi ceria
Persidangan PSS beralih bicara

UCAPAN SELESAI 3

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkafi B Hashim dan
Encik Samsudin B Hamidan.

UCAPAN CENDERAMATA 3

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput……………………..


menyampaikan cenderamata.

7
Dipersilakan Encik Samsudin B Hamidan. Seterusnya dipersilakan Encik Zulkafi B
Hashim. Terima kasih diucapkan kepada……………………….

SESI PAGI 2

Tuan-tuan dan puan-puan budiman.

Saya ingin memetik kata-kata Jebriel Zaid, dalam bukunya yang bertajuk, “So Many
Books”. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa “Sejak mesin cetak
diperkenalkan pada pertengahan abad ke-15, sebanyak 50 juta buah buku
telah diterbitkan, dengan kadar 30 saat untuk sebuah buku. Jika kita baca 4
buah buku seminggu. Ia memerlukan 250 ribu tahun untuk membaca
kesemuanya. Jika disusun dalam rak. Panjangnya melebihi 240 ribu
kilometer.”

Walau bagaimanapun, buku yang banyak sekalipun jika tidak dimanfaatkan ilmunya,
maka manusia akan mengalami kerugian.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil satu pendekatan


bagi membina tabiat membaca melalui Program NILAM.

Dengan ini majlis mempersilakan Encik Shahrom TM Sulaiman untuk


membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk, “NILAM dan Penghayatan
Membaca.”

Majlis mempersilakan Puan Mashitah Bt Idris untuk mempengerusikan sesi ini.


Dijemput juga Cik Radziah Bt Abd Rahman dan Puan Norlida Akmar selaku pencatat
untuk mengambil tempat. Dipersilakan…….

UCAPAN SELESAI 4

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mashitah B Idris dan
Encik Shahrom TM Sulaiman.

UCAPAN CENDERAMATA 4

Sebagai tanda kenangan, pihak majlis menjemput……………………..


menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan Encik Shahrom TM Sulaiman. Seterusnya dipersilakan Puan


Mashihtah Bt Idris. Terima kasih diucapkan kepada……………………….

UCAPAN REHAT 2

Tuan-tuan dan puan-puan maka selesailah sudah sesi pembentangan kertas kerja
Persidangan Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan tahun 2006. Majlis
persidangan ini berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada semua hadirin
menikmati kudapan sebelum majlis penutupan pada jam………..
Dipersilakan……

8
UCAPAN PENGUMUMAN 2

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj A Hamid B Abu Hassan,


Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

UCAPAN PENUTUPAN

You might also like