You are on page 1of 2
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A52NCvC-52-10/2019 ANTARA SHAHRIAH BINTI MOHAMAD ALI .-PLAINTIF (NO. K/P: 661010-01-5408) DAN SARINI BINTI DAUD (NO. K/P: 690813-03-5624) ..DEFENDAN RINGKASAN KES DEFENDAN 1. Defendan dan Plaintif merupakan rakan sekerja iaitu masing-masing sebagai guru di ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) Tanah Merah, Kelantan. 2. Plaintif mendapat tahu bahawa Defendan ada terlibat dengan pelaburan untuk ‘menjalankan perlombongan emas dan pelaburan kewangan luar negara dengan pihak ketiga dan Plaintif berminat untuk turut serta dalam perniagaan/pelaburan tersebut dan seterusnya menawarkan diri untuk menyertai perniagaan/pelaburan tersebut. 3. Defendan bersetuju menerima penyertaan pelaburan Plaintif, yang mana Plaintif kemudiannya telah menyumbang wang berjumlah RM 50,000.00 yang disumbangkan secara berperingkat-peringkat. 4, Kesemua wang yang berjumlah RM 50,000.00 tersebut telah diserahkan oleh Defendan kepada pihak ketiga untuk tujuan perniagaan dan/atau pelaburan tersebut. 5. Dalam situasi mereka, sekiranya perniagaan/pelaburan tersebut berjaya, maka Defendan dan Plaintif akan mendapat pulangan hasil daripada perniagaan/pelaburan tersebut namun tiada tempoh-tempoh tertentu yang dijanjikan kepada Plaintif. 6. Transaksi yang terjadi di antara Plaintif, Defendan dan pihak ketiga tersebut adalah atas kehendak dan kerelaan Plaintif sendiri dan Plaintif juga sedar dan tahu akan apa-apa risiko yang mungkin akan dihadapi didalam perniagaan/pelaburan tersebut dan bersedia untuk menanggungnya. Bertarikh pada 15 haribulan Julai 2020. Peguamcara Defendan Ringkasan Kes Defendan ini difailkan oleh Tetuan Benedict Cheang, Naziruddin & Co., Peguambela dan Peguamcara bagi pihak Defendan yang beralamat di Lot 717, Tingkat 2, Seksyen 9, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (Fail No: WN/AA/3895)

You might also like