Ucapan Pengengetua

You might also like

You are on page 1of 7

1.

0 UCAPAN PENGENGETUA

1.1 Guru Besar,mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru sjkt ladi

1.1 Tuan Pengetua, Puan Ean Yong Moon mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru SMJK Chan Wa ke Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1 Tahun 2020. Beliau
juga mengucapkan taniah kepada Pn. Lee Ai Ni dan Pn. Leong Cheng Liy atas pencapaian
pasukan tarian dan pasukan Gendang 24 baru-baru ini. Pasukan tarian telah memenangi Piala
Silver dan hadiah wang tunai RM 300 dalam Pertandingan Tarian Cina peringkat Kebangsaan.
Manakala pasukan Gendang 24 mendapat tempat ketiga dan hadiah wang tunai RM 1000
dalam Pertandingan Gendang 24 perayaan Zon Selatan.
Tindakan : Makluman

1.2 Tuan Pengetua memaklumkan tahun 2019 merupakan tahun bertuah kepada SMJK Chan Wa
kerana sekolah ini telah memenangi lebih 20 Anugerah Inovasi peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Disamping itu, 2 orang pelajar SMJK Chan Wa iaitu Henry Lim Kim Yuan dan
Tan Zi Qin telah menjadi Johan bagi kategori Murid Cemerlang Kokurikulum dalam
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) peringkat kebangsaan bagi tahun 2019.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah membimbing anak-
anak didik demi kemenjadian anak-anak murid sekolah ini.
Tindakan : Makluman

1.3 Pendaftaran kehadiran mesyuarat Kokurikulum juga perlu menggunakan system ‘QR code’
bagi menjimatkan masa dan kertas.
Tindakan : SU Kokurikulum
1.4 Peringatan kepada semua guru penasihat mengutamakan keselamatan pelajar semasa
menjalankan aktiviti Kokurikulum yang berisiko tinggi. Pengurusan kewangan setiap unit juga
perlu ada penambahbaikan.
Tindakan : Semua ketua penasihat

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pencadang : En. Ooi Kean Heng


Penyokong : Dr. Maureen Shyamala

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru-guru penasihat diingatkan menyediakan laporan penyertaan atau pencapaian sehingga
bulan Disember jika ada penyertaan. Data pencapaian Kokurikulum juga perlu dikemaskini.

Tindakan : Semua guru penasihat

3.2 Merentas Desa akan diadakan pada 11 Januari 2020 dan aktiviti ini adalah peringkat
sekolah. Ahli Undangan DUN Temiang akan menjadi VIP pada pagi itu.

Tindakan : Makluman

4.0 PENGURUSAN DAN PENYELIAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

4.1 Tuan pengerusi telah memberi penerangan berkaitan beberapa dasar utama Kokurikulum
seperti berikut :

4.1.1 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan


4.1.1.1 Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang merangkumi

kurikulum dan kokurikulum untuk membantu perkembangan seseorang


murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.

Tindakan : Makluman
4.1.2 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib
4.1.2.1 Aktiviti kokurikulum bukan satu pilihan tetapi wajib disertai oleh semua
pelajar. Demi merealisasi dasar ini, pihak sekolah berusaha mengatasi masalah
kekurangan tempat, peralatan dan tenaga kerja. Sebagai contoh, mengagihkan ahli
Badminton yang ramai (340 orang) ke unit lain.

4.1.2.2 Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai


kegiatan kokurikulum yang mereka minati.

Tindakan : Makluman

4.1.2.3 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum sama dengan kesalahan

ketidakhadiran ponteng kelas ( tolak 2 markah ).


Tindakan : Semua ketua penasihat

4.1.3 Penyertaan semua guru adalah wajib


4.1.3.1 Jika seseorang guru tidak hadir atau berkursus, beliau perlu memaklumkan
sebab ketidakhadirannya. Guru yang bertugas pada hari Sabtu atau cuti sekolah
diingatkan menandatangani buku kehadiran yang terletak di bilik penjaga sekolah
sebagai bukti kehadiran guru penasihat juga diingatkan berhati-hati semasa key in
data pelajar dalam PAJSK dan dapatkan tandatangan pelajar sebagai pengesahan
data tersebut.

Tindakan : Semua guru penasihat

4.1.4 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum


4.1.4.1 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan
maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan
serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
4.1.4.2 Guru penasihat diingatkan menjalankan aktiviti koku mengikut modul
aktiviti yang telah dirancang dan sesuai untuk semua ahli. Guru penasihat juga perlu
memastikan pelajar membawa buku PAJSK setiap kali aktiviti kokurikulum.

Tindakan : Semua guru penasihat

4.2 Panduan am perlaksanaan aktiviti kokurikulum


4.2.1 Setiap murid wajib mendaftar satu unit badan beruniform, kelab/persatuan dan
sukan/permainan. Semua murid seharusnya memakai pakaian seragam atau baju-T yang
menunjukkan identity setiap unit.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Murid diberi peluang untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang merangkumi badan
beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan minima 36 sejam setahun bagi setiap unit
tersebut secara bergilir-gilir.
4.2.3 Waktu perjumpaan adalah 2.00-4.30 petang. Murid akan berkumpul pada pukul 2.15
petang di dataran/gelanggang/padang dan kehadiran diambil pada masa itu. Guru-guru
penasihat akan membimbing semua ahli ke tempat perjumpaan.
4.2.4 Guru penasihat perlu menyediakan modul aktiviti untuk perjumpaan 12 kali.

Tindakan : Semua ketua penasihat

4.3 Pengurusan Badan Beruniform


4.3.1 Terdapat perubahan ketua guru penasihat (sila rujuk buku pengurusan ). Setiap unit
badan juga telah dilantik seorang penolong penasihat.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Yuran bayaran keahlian,bayaran jurulatih dan kos pakaian uniform perlu dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung badan beruniform dan mendapat persetujuan sebulat suara.

Tindakan : Semua ketua penasihat

4.3.3 Persediaan awal dari segi latihan kawad kaki dan pembelian aksesori perlu dirancang
untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah.
Tindakan : Semua ketua penasihat
4.4 Pengurusan Sukan / Permainan

4.4.1 Perjumpaan sukan permainan akan dijalankan pada hari Rabu manakala perjumpaan
1M1S akan dijalankan pada hari Selasa dan Khamis seperti berikut :

Hari Selasa : Rumah Merah dan Rumah Hijau ( 3.00 - 4.30 petang )
Hari Khamis : Rumah Biru dan Rumah Kuning ( 3.00 - 4.30 petang )
Kehadiran adalah wajib bagi semua murid

Tindakan : Makluman

4.4.2 Perjumpaan 1M1S bukan semata-mata membuat persiapan untuk sukan sekolah malah
ianya merupakan waktu perjumpaan rasmi koku.

Tindakan : Semua guru penasihat

4.5 Pengurusan Kelab / Persatuan


4.5.1 Semua ahli yang berdaftar dalam PAJSK akan kembali ke kelab/persatuan masing-
masingselepas penyelaras mengemaskini data tersebut.
Tindakan : Makluman

4.5.2 Kelab/persatuan yang mempunyai jurulatih perlu maklumkan kadar bayaran terkini
kepada ahli.
4.5.3 Aktiviti luar negeri mesti dimohon 5 minggu sebelum tarikh perlaksanan manakala
aktiviti antara daerah mesti dimohon 3 minggu sebelum tarikh pelaksanaan.
4.5.4 Tuntutan pembelian barang bagi kelab / persatuan mesti dibuat sebelum program
dimulakan.

Tindakan : Semua guru penasihat

4.6 Proses / Langkah Kerja


4.6.1 Terima surat makluman aktiviti daripada pihak sekolah, PK Ko atau Ketua Guru
Penasihat.
4.6.2 Buat catatan awal atau ‘key in’ dalam komputer sistem unit koku.
4.6.3 Dapatkan maklumat aktiviti dan dapatkan penyertaan daripada pelajar.
4.6.4 Membuat kertas kerja , surat makluman dan edarkan surat kebenaran ibu bapa.
4.6.5 Membuat permohonan rasmi mengikut peringkat / tempat aktiviti.
4.6.6 Sentiasa menjaga keselamatan murid dan mengutamakan kebajikan murid.
4.6.7 Mendapatkan borang kebenaran bertulis daripada PK koku sekiranya guru membawa
murid dengan mengunakan kenderaan sendiri.
4.6.8 Guru perlu membuat laporan dan dokumentasi selepas perlaksanaan aktiviti tersebut.
4.6.9 Buat catatan akhir atau key in dalam sistem unit koku tentang pencapaian murid.
4.6.10 Hantar laporan kepada SU koku dalam masa seminggu selepas aktiviti berkenaan.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain


5.1 GPS Koku yang dijadikan target tahun 2020 ialah 1.90. Semua guru dikehendaki
mencatat maklumat seperti kehadiran dan pencapaian dengan lengkap.
Tindakan : Semua guru penasihat
5.2 PK Koku akan merekodkan perjumpaan dengan setiap guru penasihat selepas
perbincangan untuk tujuan borang keberhasilan.
Tindakan : PK Koku
5.3 Ketua guru penasihat dikehendaki maklum semula secara rasmi kepada semua guru
dalam unit masing-masing jika terdapat pindaan dan pertukaran jadual bertugas.
Tindakan : Semua ketua penasihat
5.4 Guru penasihat perlu membuat catatan / rekod rasmi selepas bertugas.
Tindakan : Semua guru penasihat
5.5 Mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat antara guru penasihat atau mesyuarat antara AJK
unit harus dicatat, diminitkan dan disimpan dalam fail induk unit masing-masing dalam
bilik koku.
Tindakan : Semua guru penasihat
5.6 Ketua guru penasihat perlu memastikan bendahari ( wakil murid ) membuat kunci kira-
kira dengan cara yang tepat dan sahih. Guru juga perlu menyimpan resit rasmi sebagai bukti
perbelanjaan. Setiap serahan wang perlu ada saksi dan direkodkan selepas penyerahan.
Pelajar tidak boleh memegang wang tunai.
Tindakan : Semua ketua penasihat
5.7 Surat Pengesahan Status Pertubuhan Kelab / Badan Beruniform akan diedarkan kepada
ketua guru penasihat kelab / badan beruniform untuk pengesahan tahun penubuhan unit dan
pindaan nombor rujukan pertubuhan.
Tindakan : Penolong SU Koku
Mesyuarat ditangguhan pada pukul 4.00 pm.

You might also like