You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2020
MALAYSIA PRIHATIN

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2020
1.0 Pendahuluan
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun
bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos
ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 63. Oleh
itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk
semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara
serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari
ini.

2.0 Matlamat
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya
menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif
a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-
pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.
e. Melatih pelajar agar sentiasa menghormati semua ahli keluarga dengan
menggunakan bahasa atau perkataan yang lembut.

4.0 Anjuran
Program Pendidikan Khas Integrasi
5.0 Sasaran
Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi
Ibu bapa pelajar Pendidikan Khas Integrasi.

6.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan


Tarikh : 30 Ogos 2020 hingga 16 September 2020

7.0 Cadangan Aktiviti


a. Pertandingan Bulan Kemerdekaan
i. Pertandingan Permainan Sayangi Malaysia
ii. Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang (dilaksanakan bersama keluarga di rumah)

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)
2. Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang
Pertama 1 x RM 50.00 50.00
Kedua 1 X RM 45.00 45.00
Ketiga 1 X RM 30.00 30.00
Keempat 1 x RM 35.00 35.00
Kelima 1 x RM 20.00 20.00
Saguhati (alat tulis) 13 X RM 15.00 195.00
3. Pertandingan Permainan sayangi
Malaysia
Pertama (Hamper) 1 x RM 25.00 25.00
Kedua (Hamper) 1 x RM 20.00 20.00
Ketiga (Hamper) 1 x RM 15.00 15.00
JUMLAH 412.00

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN : RM 412.00

9.0 Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Cikgu Zamzam bin Toimin (Guru Besar SK Lubok)
T. Pengerusi : Cikgu Aisyah Wong binti Abdullah (GPK Pentadbiran SK Lubok)
Penyelaras : Cikgu Norhayati binti Mohamad
Setiausaha : Cikgu Marsiah binti Abas
AJK Pertandingan : Cikgu Juhankusumatera bin Safee
AJK Hadiah : Puan Noor Mazliana binti Saidi
Puan Azlina binti Jasni
Brochure : Cikgu Juhankusumatera bin Safee
Fotografi : Cikgu Norhayati Binti Mohamad
Dokumentasi : Cikgu Marsiah binti Abas

9.0 Penutup
Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat kelas ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa
patriotik yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh: Disemak oleh;

…………………….. ………………………..
(MARSIAH BINTI ABAS) (NORHAYATI BINTI MOHAMAD)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, Program Pendidikan Khas Integrasi,
Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Lubok.
SK Lubok.

Diluluskan oleh;

………………………….
(ZAMZAM BIN TOIMIN)
Guru Besar,
SK Lubok

You might also like