You are on page 1of 21

AKTA PENDIDIKAN 1996 : FUNGSI & IMPLIKASI

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK


MOHAMAD NAZRUL BIN MOHD D20162075653
TAJUDDIN
MOHAMMAD AMMAR BIN D20162075655
ABDULLAH
NOR NABIHAH BINTI SHARI D20162075659
ADIQ MUZANI BIN SABINI D20162075823

KUMPULAN : F

NAMA PENSYARAH : ENCIK RIDZUAN BIN JAAFAR


ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 METADOLOGI KAJIAN 2

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.0.1 Perbandingan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta 2

Pendidikan 1996

4.0.2 Peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap Perkembangan 10

Pendidikan di Malaysia

4.0.3 Implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap Perkembangan 12

Pendidikan di Malaysia

4.0.3.1 Kesan Positif 12

4.0.3.2 Kesan Negatif 14

4.0.4 Cabaran-cabaran Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 14

5.0 RINGKASAN INTERPRETASI DAN KESIMPULAN 16

6.0 RUJUKAN 18
1

ABSTRAK

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan ataupun pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini adalah untuk memantapkan sistem pendidikan
kebangasaan untuk generasi akan datang. Hal ini sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan baru,
akan tetapi ia menunjukkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang
sedia ada.Ia berpandukan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang
menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga sedikit sebanyak
mengekalkan peruntukan yang masih sesuai digunakan daripada Akta Pelajaran 1961.
Tujuan penggubalan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan
skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.Di samping mengambil kira
aspirasi semua kaum di dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Akta Pendidikan
1996 memperkenalkan lagi banyak peruntukan perundangan (Legislati!e provision) baru
untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dalam memenuhi kehendak
atau hasrat wawasan 2020. Dalam pada masa itu juga, beberapa peruntukan Akta
Pelajaran 1961 yang tidak sesuai telah digugurkan. Sebelum ini telah dikatakan bahawa
Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri ini dapat dibuktikan dalam pendidikan
kebangsaan di mana yang pertama hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi semua kaum. Kedua, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar utama di Malaysia. Ketiga, menjadikan kurikulum yang berorientasikan kepada
alam sekeliling dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
Keempat, memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di Malaysia.

KATA KUNCI

Akta pendidikan 1996, Fungsi akta pendidikan 1996, Implikasi akta pendidikan 1996 kepada
masyarakat.

1.0 PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan
memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah
mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan
dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang
memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum
Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta ini
adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta
juga memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan
politik.
2

Sudah pasti Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961 mempunyai persamaan dan
perbezaan yang tertentu. Apabila kita membicarakan tentang persamaan dan perbezaan,
kita sebenarnya membuat perbandingan di antara kedua-dua akta tersebut. Agar
perbincangan ini menjadi lebih mantap, kita perlu melihat secara sepintas lalu kandungan
kedua-dua akta tersebut.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk:

i. Mengenalpasti perbandingan antara Akta Pendidikan 1996 & Akta Pelajaran 1961.
ii. Membincangkan peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan
di Malaysia.
iii. Mengenalpasti implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap pendidikan di Malaysia.
iv. Merumuskan cabaran-cabaran pelaksanaan Akta Pendidikan 1996.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Dokumen-dokumen yang


dianalisis dalam kajian ini ialah Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Asas Pembentukan
Akta Pendidikan 1996 dari aspek asas pembentukan,kandungan dan implikasinya. Setelah
dokumen ini dianalisis, kandungan Akta Pendidikan 1996 telah memberikan beberapa
kesan negatif.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.0.1 PERBANDINGAN AKTA PELAJARAN 1961 DENGAN AKTA PENDIDIKAN 1996


Secara amnya, perbandingan di antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta
Pendidikan 1996 boleh dibuat dari dua sudut. Pertama, perbandingan perbezaan dan
persamaan mengikut peruntukan seksyenseksyen, dan kedua secara umum iaitu mengikut
analisis kandungan keseluruhan Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961.
Perbandingan Mengikut Peruntukan Seksyen
Secara perbandingan, perbezaan dan persamaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta
Pendidikan 1996 mengikut seksyen adalah seperti berikut:
3

Seksyen 1
Satu daripada perbezaan utama bagi kedua-dua akta adalah berkaitan dengan
Seksyen 1 Akta Pendidikan 1996 iaitu mengenai tajuk ringkas akta dan mula berkuatkuasa.
Akta Pendidikan 1996 menggunakan perkataan “pendidikan”, manakala Akta Pelajaran
1961 pula menggunakan perkataan “pelajaran”. Walaupun terjemahan mudah bagi kedua-
dua istilah tersebut ke bahasa Inggeris adalah sama iaitu ‘education’ tetapi maknanya jika
dinilai dari sudut penekanan penggunaannya dalam bahasa Melayu adalah ternyata
berbeza. Perkataan “pendidikan” adalah jauh lebih tepat berbanding dengan perkataan
“pelajaran”.
Seksyen 2
Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 juga memperlihatkan perbezaan iaitu dari segi
tafsiran. Seksyen tersebut mengandungi 54 tafsiran iaitu meliputi makna bahasa Cina,
bahasa kebangsaan, ditetapkan, fee yang diluluskan, guru, berdaftar, ibu bapa, institusi
pendidikan, institusi pendidikan tinggi, kelas peralihan, ketua nazir, ketua pendaftar, ketua
pengarah, kurikulum kebangsaan, kurikulum prasekolah, murid, pegawai pendidikan,
pekerja, pendaftar, pendidikan khas, pendidikan lepas menengah, pendidikan menengah,
pendidikan menengah atas, pendidikan menengah rendah, pendidikan pengembangan,
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan tinggi, pengarah pendidikan,
pengelola, penolong pendaftar, perkhidmatan pendidikan, pihak berkuasa negeri, premis,
pusat pendidikan jarak jauh, sekolah, sekolah bantuan kerajaan, sekolah gaya pos, sekolah
jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan, sekolah khas, sekolah
menengah, sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah, sekolah swasta, sumbangan
bantuan, sumbangan modal, surat, suratcara pengelolalan, tadika, tarikh yang ditetapkan,
tempat dan umur.
Secara perbandingan, tafsiran-tafsiran yang diliputi oleh Akta Pendidikan 1996
bukan sahaja lebih banyak tetapi juga lebih menyeluruh dan jelas berbanding Akta
Pelajaran 1961.
Menurut Akta Pendidikan 1996, bahasa-bahasa kaum asli pula hendaklah diadakan
jika didapati musabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika terdapatnya permintaan
daripada ibu bapa sekurangkurangnya 15 orang murid. Disamping itu juga, menurut akta ini
mana-mana bahasa asing lain boleh juga diadakan jika didapati munasabah dan praktikal
untuk berbuat demikian. Peruntukan seumpamanya tidak terdapat di dalam Akta Pelajaran
1961.
Seksyen 3
Satu lagi perbezaan ketara dan utama di antara kedua-dua akta ialah berkaitan
dengan Seksyen 3 Akta Pendidikan 1996 iaitu mengenai perlantikan dan kewajipan ketua
pengarah pendidikan. Berbeza dengan Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 telah
menyatakan secara jelas bahawa perlantikan Ketua Pengarah Pendidikan hendaklah hanya
dilantik daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan sahaja.
4

Seksyen 15 dan 16
Seksyen 15 Akta Pendidikan 1996 memperuntukan tentang Sistem Pendidikan
Kebangsaan secara khusus, manakala Seksyen 16 pula menghuraikan tentang kategori
institusi pendidikan. Kedua-dua seksyen ini juga memperlihatkan perbezaan mengenai
sistem pendidikan dan kategori institusi pendidikan Malaysia. Seksyen 15 Akta Pendidikan
1996 memperuntukan Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah merangkumi semua
peringkat pendidikan, kecuali pendidikan di sekolah ekspatriat. Menurut seksyen tersebut
Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada: (1) pendidikan prasekolah; (2)
pendidikan rendah; (3) pendidikan menengah; (4) pendidikan lepas menengah; dan (5)
pendidikan tinggi.
Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pelajaran 1961 pula memperuntukkan
hanya dua kategori iaitu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan penuh kerajaan dan
bukan milik kerajaan. Menurut akta tersebut:
For the purpose of this act, the stages of the statutory education
system shall be as follows: primary education, lower secondary
education, upper secondary education, education in the
educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) of
section 25.”
(Section 19 Education Act 1961)
Seksyen 17
Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1996 memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi pendidikan yang
diberi pengecualian. Namun begitu, Seksyen 17 (2) memperuntukan bahasa kebangsaan
hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib bagi mana-mana institusi yang bahasa
pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan.
Seksyen 18
Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996 juga menunjukkan perbezaan dengan Akta
Pelajaran 1961 kerana memperuntukan bahawa semua sekolah dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan perlu menggunakan Kurikulum Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh
Menteri. Dalam perkembangan berkaitan, Akta Pelajaran 1961 tidak mempunyai peruntukan
seumpamanya.
Seksyen 19
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 juga menunjukkan perbezaan dengan Akta
Pelajaran 1961 kerana memperuntukan perlunya semua sekolah menyediakan murid untuk
peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta Pendidikan 1996 melainkan jika diberi
pengecualian. Ini berbeza dengan Akta Pelajaran 1961 kerana peruntukan seumpamanya
tidak terdapat di dalam akta berkenaan.
Seksyen 21
5

Seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memperuntukan kuasa kepada Menteri


Pendidikan untuk menubuh dan menyenggara tadika. Manakala kuasa Menteri berhubung
dengan penubuhan tadika di bawah Akta Pelajaran 1961 adalah tidak begitu jelas.

Seksyen 22
Seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 juga memperlihatkan perbezaan dengan Akta
Pelajaran 1961 dari segi kurikulum prasekolah. Seksyen tersebut memperuntukan semua
program dan kegiatan tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum prasekolah
yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan. Peruntukan seumpamanya tidak dijelaskan di
dalam Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, seksyen ini telah memperuntukan panduan
untuk menyelaraskan pendidikan tadika-tadika.
Seksyen 29
Akta Pelajaran 1961 memperuntukan tempoh pendidikan rendah selama enam
tahun dan ini berbeza dengan apa yang diperuntukan oleh Akta Pendidikan 1996.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 melalui Seksyen 29 memperuntukan sekolah kebangsaan
atau sekolah jenis kebangsaan perlu merencanakan kursus pendidikan rendah bagi tempoh
enam tahun tetapi boleh diikuti oleh seseorang murid dalam tempoh lima hingga tujuh tahun
oleh seseorang murid.
Seksyen 33
Seksyen 33 Akta Pendidikan 1996 pula telah memperuntukan kuasa kepada Menteri
Pendidikan untuk mengadakan pendidikan lepas menengah di sekolah menengah
kebangsaan, maktab-maktab dan mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi
pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri Pendidikan di bawah Akta
Pendidikan 1996.
Seksyen 38
Seksyen 38 Akta Pendidikan 1996 telah membolehkan politeknik mengendalikan
kursus pengajian atau program latihan peringkat diploma, sijil atau pengiktirafan dalam
bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi
pendidikan tinggi lain di dalam atau di luar Malaysia. Dengan lain perkataan, Akta
Pendidikan 1996 telah membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan
mana-mana institusi pendidikan tinggi lain bagi tujuan mengadakan kursus pengajian atau
program latihan bersama peringkat diploma, sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-
mana universiti atau institusi pendidikan.
Seksyen 40
Seksyen 40 Akta Pendidikan 1996 juga berbeza dengan Akta Pelajaran 1961 kerana
akta tersebut telah membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas
atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Perkara seumpamanya tidak jelas
dalam Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Seksyen 40 dalam Akta Pendidikan 1996
adalah selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang disamping
memenuhi konsep pendemokrasian pendidikan.
Seksyen 47
Seksyen 47 Akta Pendidikan 1996 juga berbeza dengan Akta Pelajaran 1961.
Seksyen tersebut telah membolehkan maktab pendidikan guru mengendalikan kursus
6

pengajian atau program latihan bagi peringkat ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalam
bentuk lain. Seksyen 47 juga telah membolehkan maktab pendidikan guru mengadakan
program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.

Seksyen 50
Secara amnya, Seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukan supaya
pengajaran agama Islam wajib diadakan di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah
swasta selama tempoh sekurangkurang dua jam seminggu jika terdapat lima orang atau
lebih murid.
Seksyen 62
Satu lagi perbezaan yang ketara di antara kedua-dua akta ialah tentang kedudukan
lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan. Melalui Seksyen 62 (1)
Akta Pendidikan 1996, lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan
kerajaan dibubarkan kecuali bagi sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaan atau mana-
mana sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau sekolah menengah kebangsaan kerajaan
yang ditentukan oleh Menteri.
Seksyen 69
Peruntukan Seksyen 69 Akta Pendidikan 1996 telah melarang mana-mana individu
atau institusi pendidikan dari mengadakan atau mengendalikan sebarang bentuk
peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau calon persendirian tanpa
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan. Peruntukan
seumpamanya tidak
Seksyen 77
Akta Pendidikan 1996 melalui Seksyen 77 memperuntukan larangan tentang kursus
pengajian dan latihan berkenaan ijazah dan sebagainya yang diberikan institusi pendidikan
swasta. Ini berbeza dengan Akta Pelajaran 1961 kerana larangan seumpamanya tidak
terdapat di dalam akta tersebut.
Tujuan Seksyen ini adalah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan swasta yang
ghairah menjalankan program ‘twinning’ atau ‘lingkage’ dengan institusi pendidikan tinggi
lain. Tujuan seksyen ini juga adalah untuk memastikan konsep Malaysia sebagai “Centre of
Education Excellence” dapat dicapai sepenuhnya. Peruntukan seumpamanya dalam Akta
Pelajaran 1961 tidaklah perjelaskan.

Seksyen 136, 137, 138 dan 139


Peruntukan-peruntukan seperti yang terdapat pada Seksyen 136, 137, 138 dan 139
Akta Pendidikan 1996 juga menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua akta kerana
peruntukan-peruntukan seumpamanya tidak wujud di dalam Akta Pelajaran 1961.
Peruntukan-peruntukan tersebut merupakan sesuatu yang baru dalam pengurusan sistem
pendidikan negara, khususnya untuk memastikan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
akta ini dipatuhi. Secara amnya, seksyen-seksyen tersebut akan membolehkan mereka
yang bertanggungjawab dapat bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-
pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini.
7

Peruntukan Seksyen 138 pula telah membolehkan Ketua Pendaftar atau pegawai
awam atau pegawai polis (seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 136) untuk
memulakan dan menjalankan pendakwaan berkenaan suatu kesalahan atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta Pendidikan 1996.

Perbandingan Mengikut Kandungan Keseluruhan


Secara amnya, berdasarkan analisis keseluruhan kandungan kedua-dua akta
beberapa ulasan dapat dibuat terhadap perbezaan di antara Akta Pelajaran 1961 dengan
Akta Pendidikan 1996 mengikut kandungan keseluruhan kedua-dua akta. Di antaranya
ialah:
Akta Pendidikan 1996 secara ringkasnya telah merumuskan perkara-perkara berikut:
• Mengakui bahawa ilmu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat
bangsa.
• Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat menguasai ilmu,
kemahiran dan nilai-nilai murni.
• Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
• Adalah menjadi misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia
dari segi kualiti.
• Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
• Dasar Pendidikan Kebangsaan akan dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
• Penyediaan pengajaran yang cekap dengan mengambil kira bahawa murid harus
dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.
Menurut Sufean (1993) pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan mengikut Akta
Pelajaran 1961 adalah berdasarkan Laporan Razak 1956 yang telah dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957 sementara cadangan-cadangan dasar daripada kedua-dua Laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dalam Akta Pendidikan 1961. Perlaksanaan
di dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan Akta Pelajaran 1961 mengungkapkan
hanya tiga pernyataan-pernyataan iaitu:
WHEREAS the educational policy of the Federation originally
declared in the Education Ordinance, 1957, is to establish a
national system of education which will satisfy the needs of the
nation dan promote its cultural, social, economic and political
development:

AND WHEREAS it is considered desirable that regard shall he


had, so far as it compatible with that policy, with the provision foe
8

efficient instruction and with the avoidance of unreasonable public


expenditure, to the general principle that pupils are to be educated
in accordance with the wishes of their parents:

AND WHEREAS further provision is required for securing the


effective executive of the said policy, including in particular
provision for the progressive development of an education system
in which the national language is the main medium of instruction:
(Education Act 1961)
Analisis terhadap tanggungjawab Yang DiPertuan Agong dan Menteri Pendidikan di
dalam keduadua akta juga menunjukkan wujudnya perbezaan, khususnya dalam soal
kuasa. Secara amnya, melalui Akta Pendidikan 1996 kuasa dan tanggungjawab Yang
DiPertuan Agong di dalam pendidikan telah dikurangkan sementara kuasa Menteri
Pendidikan telah diperluaskan.
Tanggungjawab Menteri pula dalam Akta Pelajaran 1961 adalah melantik Pendaftar
dan Timbalan Pendaftar Sekolah setiap negeri, Pendaftar Guru setiap negeri, Nazir Sekolah
dan Nazir-Nazir Sekolah bagi daerah-daerah tertentu (dimansuhkan kemudiannya).
Sebaliknya, kuasa Menteri di dalam Akta Pendidikan 1996 telah ditambah kepada melantik
Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Pentaftar Sekolah dan
Guru (disatukan), Timbalan Pendaftar Sekolah dan Guru, Pendaftar Sekolah dan Guru
setiap negeri yang difikirkan perlu. Menteri juga bertanggungjawab melantik dan
menentukan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir-Nazir Sekolah.
Kuasa Menteri berhubung perkara ini diperluaskan melalui Seksyen 13 (b) Akta
Pendidikan 1996 iaitu dengan menambah terma dan syarat jawatan anggota. dan
penambahan Seksyen 14 iaitu tanggungjawab Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
untuk menyelia prosedurnya sendiri.
Di samping meneruskan matlamat perpaduan negara melalui pendidikan serta
mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 telah memberi
penekanan kepada mencapai hasrat Wawasan 2020. Selain daripada itu, nilai-nilai murni
dipertahankan melalui amalan prinsip-prinsip Rukunegara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Pernyataan seumpamanya tidak terdapat di dalam Akta Pelajaran 1961. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di dalam Akta Pendidikan 1996 dizahirkan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berlmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
9

(Akta Pendidikan 1996, hal. 11 & 12)

Pernyataan yang dizahirkan di dalam Akta Pendidikan 1996 tersebut berbeza


dengan apa yang diungkapkan sebelumnya. Sebelum ini, “Falsafah Pendidikan
Kebangsaan” dikenali sebagai “Falsafah Pendidikan Negara”. Secara perbandingan,
perubahan tersebut melibatkan empat pindaan iaitu seperti berikut:
• Frasa “…….. memperkembangkan lagi potensi ……” diganti kepada “……….
lebih memperkembangkan potensi ……….”.
• Frasa “Usaha ini adalah bagi ..…” ditukar menjadi “Usaha ini adalah bertujuan
untuk …..”
• Frasa “…… melahirkan rakyat …..” diganti menjadi “…… melahirkan
warganegara …..”
• Frasa “sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara” ditambah menjadi “sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga diperkukuhkan melalui
Akta Pendidikan 1996 dengan memperuntukannya sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan dengan menjadikan bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan justeru itu, telah memudahkan
Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan penilaian dan pengukuran yang sama
tentang pencapaian murid sekolah-sekolah di Malaysia.
Peruntukan Akta Pendidikan 1996 juga membolehkan Menteri Pendidikan
menubuhkan dan menyenggara tadika. Peruntukan tersebut telah menyediakan peluang
kepada lebih ramai kanak-kanak, khususnya di luar bandar dan dari keluarga yang kurang
berada di bandar-bandar untuk mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang
baik bagi memulakan pendidikan rendah.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan sains dan teknologi,
peruntukan Akta Pendidikan 1996 telah mempertingkatkan pendidikan teknik di semua
sekolah teknik dan politeknik Akta Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah-sekolah
vokasional ditukartaraf ke sekolah-sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan
program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian
untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk
program pertukaran. Melalui Akta Pendidikan 1996 juga politeknik boleh mengadakan
program berkembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi pendidikan
tinggi, sama ada di dalam atau di luar negeri. Peruntukan tersebut di dalam akta ini juga
selaras hasrat menjadikan masyarakat di Malaysia menguasainya ilmu, kemahiran dan nilai
murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi dan bersifat global.
Melalui Akta Pendidikan 1996, pendidikan swasta dapat berkembang secara lebih
sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan
10

perjalanan institusi-institusi tersebut. Namun begitu, institusi pendidikan swasta juga boleh
dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan
Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai
murni.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan


berdasarkan permuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang
terdahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah
menengah Cina swasta. Di samping itu, ‘Unified Examination’ yang diambil oleh sekolah-
sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah tersebut, dan lembaga pengelola sekolah
‘comforming’ dan sekolah ‘mission’ dikekalkan. Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukan
pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik
diadakan. Walau bagaimanapun kelas-kelas agama seperti ‘bibble classes’ tidak diperlukan
mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

4.0.2 PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

Kajian ini telah mengenalpasti dengan lebih jelas tentang fungsi Akta Pendidikan
1996.Antara fungsi atau peranan akta ini dalam dunia pendidikan ialah ianya
memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati
munasabah untuk dijalankan.Sekolah yang terdiri daripada kaum Cina dan India boleh
menggunakan bahasa kaum mereka dan tidak tertumpu hanya pada bahasa melayu
sahaja.Hal ini untuk mengelakkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kaum Cina dan India
.

Seterusnya, melindungi hak murid, menjaga pengusaha dan menjamin kualiti


perkhidmatan terutamanya di taska.Murid yang mengalami masalah akan dilindungi dan
diberi pertolongan ketika di taska.Selain itu, menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Mewujudkan pusat-
pusat pendidikan yang pelbagai bagi membolehkan pelajar mendapatkan ilmu dengan
mudah dan dapat membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang bermutu tinggi dan serba
boleh.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia


adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun ia memerlukan banyak perancangan,
perlaksanaan, pemantauan dan pengorbanan dari pelbagai sudut.Secara umumnya
pendidikan bertaraf dunia bermaksud suatu pencapaian tertinggi atau setaraf dengannya
dalam dunia pendidikan berdasarkan pandangan dunia bukan daripada pandangan
setempat. Ianya diiktiraf oleh pakar-pakar bukan daripada orang kebiasaan dan bukan juga
sekadar memuaskan hajat sesiapa.

Hasrat ini boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan langkah-langkah
pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit iaitu melalui penyediaan prasarana yang berkualiti,
dasar pendidikan terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, adanya kurikulum yang terkini,
kemas dan bersesuaian dengan kehendak semasa,mempunyai warga guru yang proaktif
dan menjalankan penyelidikan danpembangunan yang berterusan.Bagi memastikan
11

pencapaian ini menjadi kenyataan ia perlu disertai dengan pemantauan yang berterusan
daripada pihak pengurusan dengan sokongan padu daripada warga Kementerian
Pendidikan Malaysia serta rakyat keseluruhannya.

Akta ini juga menjadikan pendidikan sebagai sebuah alat yang dapat membantu
perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu membentuk
perpaduan rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum di samping dapat mewujudkan
sebuah negara yang aman damai. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bukan itu sahaja,ianya juga
memperluaskan skop pendidikan iaitu pendidikan yang mampu membentuk pelajar menjadi
seorang pelajar yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Islam memerintahkan
umatnya mencari ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan dia akhirat.

Menurut Asysyaikh Muhammad Jamaluddin (1992),Ibnu Abdilbarr meriwayatkan


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
setiap muslim”. Menurut Che Noraini Hashim (2005),Rasulullah s.a.w. menggunakan al-
Quran sebagai sumber ilmu untuk mendidik manusia menjadi generasi rabbani.Justeru
itu,manusia diwajibkan menuntut ilmu supaya menjadi hamba yang tidak sesat di dunia atau
sekurang-kurangnya tidak mudah tertipu dengan rakan-rakan yang pandai
memanipulasikan ilmu untuk kepentingan mereka.

Seterusnya,memelihara hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan yang sama rata.


Dewey (1966) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada
penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam
pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan
kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan
bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari
segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality
education).

Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk. Akta


ini juga berfungsi mewujudkan sebuah negara yang membangun dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, teknologi dan sebagainya bagi membentuk sebuah negara yang mampu
bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri
daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum
ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan


satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara
kita.Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri
Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati
12

kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang
baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama
antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.Akhir sekali, mendisiplinkan individu dan organisasi.Contohnya,sesebuah tadika
yang ditubuhkan mestilah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

4.0.3 IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

4.0.3.1 KESAN POSITIF

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, telah didapati bahawa bahasa kebangsaan
digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa pengantar. Justeru kedudukan
bahasa dapat diperkukuhkan dan sekolah kebangsaan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan dengan sekolah lain. Penetapan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah dapat menyatupadukan penduduk Malaysia yang
berbilang kaum dan agama (Abdul Rahman Talib, 2005). Menurut Abu Bakar Yusuf (2011),
usaha untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan negara telah bermula sejak sekian lama. Pelbagai akta dan dasar seperti Akta
Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1982) telah
dirancang, digubal dan dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961 memberikan fokus kepada usaha
mengembangkan pendidikan di negara ini melalui bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut memperuntukkan pendidikan kepada
kanak-kanak warganegara yang berumur enam (6) tahun. Pihak KPM telah memastikan
kadar penyertaan murid dengan meningkatkan program orientasi alam prasekolah untuk
mengatasi masalah keciciran pelajar pada peringkat pendidikan rendah. Mereka juga ingin
meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah
dan Sarawak. Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah akan didenda
sehingga RM5000 kerana mengaibkan hak anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tidak
mampu untuk membiayai persekolahan anak mereka, bantuan akan diberikan dalam bentuk
KWAPM. Sememangnya tiada alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke
sekolah sebagaimana murid-murid lain (Ismail Raof, 2010). Hasilnya tidak ada murid yang
tercicir dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka. Semua ibu bapa harus
menghantar anak mereka tidak kira ke sekolah kerajaan mahupun swasta.
Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan
rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkat
mulai Tahun 1 pada Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan
13

pelbagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah
semakin baik dan antaranya ialah mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan
(Rahman Abdullah, 2005).

Program orientasi persekolahan dimasukkan dalam sukatan pelajaran diperingkat


awal pendidikan rendah iaitu semasa murid berada ditahun satu. Sukatan berkaitan
orientasi alam persekolahan digubal khas untuk kanak-kanak bagi menghadapi situasi alam
persekolahan diperingkat awal persekolahan. Pendedahan mengenai hubungan murid
dengan rakan sebaya serta bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran
sekolah dan bilik darjah. Orientasi alam persekolahan berlaku untuk minggu awal
persekolahan bagi membiasakan diri kepada kanak-kanak. Program ini memberikan hasil
yang baik di mana murid-murid lebih bersedia untuk belajar kerana masalah tidak mampu
sesuaikan diri dengan sekolah dan rakan sebaya dapat diatasi di peringkat awal
persekolahan. “Murid diajar untuk mematuhi peraturan sekolah, mengamalkan sikap hormat
menghormati antara rakan dan guru serta mereka dipupuk agar menjalani alam
persekolahan yang menyeronokkan.” (Utusan Online, 2017).
Antara kesan positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia ialah pendidikan khas mula diberi perhatian. Perkara ini dapat disokong dengan
adanya peruntukan yang disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat juga
pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membantu golongan istimewa ini. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang
sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Sekolah harian yang berstatus
sekolah menengah kebangsaan juga turut menyediakan kelas bagi pelajar pendidikan khas.
“Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan
kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis
pendidikan yang sesuai untuk anak mereka” (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam
sejarah pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini
telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada
26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang
disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM
dan pihak swasta. Pastinya terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran
tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah (Esah Sulaiman, 2003).
Pada tahun 2003, Kurikulum prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi
memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah
memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan
dengan baik. Di samping itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyediakan
kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan
langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah swasta.

Pendidikan prasekolah juga memberikan impak yang besar kepada sistem


pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang berumur enam tahun telah didedahkan dengan
alam persekolahan. Melalui kurikulum prasekolah, kanak-kanak telah diajar mengenai
pendidikan awal bagi membiasakan diri dengan alam persekolahan (Esah Sulaiman, 2003).
14

Melalui sukatan prasekolah, kanak-kanak telah diajar untuk menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya. Mereka telah diajar untuk berhubung antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa yang mudah kerana perkara ini akan memudahkan lagi proses
penyesuaian diri antara kanak-kanak apabila mereka meningkat umur 7 tahun dan telah
memasuki alam persekolahan rendah.

4.0.3.2 KESAN NEGATIF


Dapatan kajian mendapati.Seksyen 20, seseorang yang ingin menubuhkan tadika
perlu didaftarkan di bawah Akta ini. Seseorang yang menubuhkan tadikan tetapi tidak
didaftarkan dibawah akta ini akan dikira sebagai satu kesalahan. Justeru itu,untuk
mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang pembukaan premis ini,pihak berkenaan
haruslah mendaftarkan terlebih dahulu.

Selain itu,akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi
pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam
tahun. Pihak KPM telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1
pada 1 Januari 2003. Hal ini mengundang masalah pnyediaan guru yang tidak
mencukupiPenubuhan banyak sekolah memerlukan ramai guru yang kreatif dan inovatif
bagi membimbing pelajar supaya semua murid dapat belajar dengan baik

Di samping itu,usaha memartabatkan bahasa kebangsaan memlalui sistem


pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang agak
mengelirukan.Seksyen 2 mentafsirkan bahawa bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Namun demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri.

Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi


memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM
dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan
penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik.Namun,penyelarasan
kurikulum menyebabkan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta dikehendaki
menggunakan kurikulum yang sama.

4.0.4 CABARAN-CABARAN PELAKSANAAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Dalam penggubalan sesuatu akta sudah pastilah akan ada cabaran-


cabarannya.Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 ialah
penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh.Bahasa Melayu telah dipilih sebagai
bahasa kebangsaan atas peranan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu.
Bahasa pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan
rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Semua sekolah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular di
Malaysia menggunakan 5 bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, malah institusi-
instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi
merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
15

negara, dalam Penyata Razak 1957 dinyatakan bahawa bahasa Melayu harus dijadikan
asas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang
kaum.Fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan, bahasa juga boleh
menjadi alat yang menghubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Bahasa
pengantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan merealisasikan hasrat negara
Malaysia yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.
Seperti mana yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan memperkenalkan
konsep 1Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Kesefahaman di dalam politik
dan agama sahaja tidak memadai untuk menyatupadukan rakyat. Bahasa adalah alat yang
terbaik untuk menyatupadukan rakyat kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan
pendapat dan fikiran. Seterusnya,pemantapan sistem pendidikan meliputi semua peringkat
persekolahan.
Selaras dengan dasar pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah, semua kanak-
kanak yang sudah mencapai umur tujuh tahun perlu dihantar ke sekolah rendah oleh ibu
bapa masing-masing. Langkah juga akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan keciciran murid bagi memastikan semua murid memperoleh
sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan. Kerajaan Malaysia berhasrat untuk
meningkatkan mutu pendidikan rendah dan menengah di negara kita.
Selain itu, sistem pendidikan di negara ini juga bertujuan untuk mengatasi masalah
buta huruf dalam kalangan rakyat. Justeru itu, kerajaan telah melakukan pelbagai
perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita dengan harapan dapat melahirkan rakyat
yang celik huruf. Namun masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai tiga
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Pencapaian murid-murid ini juga
adalah di bawah tahap yang ditetapkan iaitu tidak lulus mana-mana mata pelajaran di
peringkat menengah rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan beberapa rancangan dalam
usaha memperbaiki keadaan pendidikan di negara ini termasuk pembinaan bangunan-
bangunan baru, pembekalan alat-alat pengajaran, pembinaan makmal komputer,
penempatan guru-guru terlatih dan guru-guru berijazah, pinjaman buku teks percuma,
kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang, pemansuhan yuran peperiksaan awam
dan yuran khas, namun masih wujud murid yang tidak tahu membaca, menulis dan
mengira.
Kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memberi keselesaan
dan kesenangan kepada semua. Selain itu,falsafah pendidikan kebangsaan sebagai
landasan utama pendidikan di Malaysia. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(1987), terdapat beberapa konsep yang jelas membentuk para pendidik melaksanakan
amanah untuk menghidupkan kehidupan beragama. Antara konsep itu ialah bersepadu,
insan harmoni, rohani, kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
16

Konsep tersebut adalah bertunjangkan kepada prinsip hidup beragama, khususnya


pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Sumber pendidikan yang
benar dapat membangunkan insan yang berkualiti. Apabila insan itu baik dengan sendirinya
ilmunya akan cemerlang dan sikapnya akan harmoni dengan fitrah yang dianugerahkan
oleh Allah SWT. Insan yang berilmu dan beriman akan menghiasi dirinya dengan akhlak-
akhlak yang baik dan tingkah laku yang harmoni.

Malu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan bercanggah dengan
norma-norma kehidupan seperti pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Al-Quran dan Al-
Sunnah akan meningkatkan potensi rohani yang cemerlang. Rohani atau jiwa yang tenang
adalah anugerah daripada Allah SWT untuk memberi kekuatan kepada kehidupan di dunia
dan di akhrat. Apabila rohani itu suci maka keseluruhan kehidupan akan baik, akal menjadi
sihat, emosi akan menjadi stabil dan fizikal akan sejahtera.
Kekuatan rohani terletak kepada penghayatan dan amalan beragama yang yang
mengukuhkan hubungan manusia dengan penciptanya. Semakin tinggi amalan beragama
semakin mantaplah rohaninya. Tegasnya, manusia berpendidikan berteraskan kepada
kebenaran dan asuhan tingkah laku akan melahirkan insan yang harmoni fitrahnya.
Kefahaman ini akan membawa manusia menghayati dan mengamalkan ajaran AlQuran dan
Al-Sunnah secara holistik dalam kehidupan mereka.
Semakin tinggi tahap pemikiran mereka semakin kuat pegangan akidah mereka
kepada penciptaNya. Justeru, pendidikan mesti berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-
Sunnah. Agama hendaklah menjadi paksi dan menjadi rujukan kepada keseluruhan sistem
dan amalan pendidikan. Agama itu hidup dan akan membina ketamadunan dan
kesejahteraan kehidupan sejagat. Sekiranya Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi rujukan,
sudah pasti pendidikan di Malaysia akan lebih berkualiti dalam usaha membangunkan ilmu,
manusia dan kehidupan.
Pendidikan yang berkualiti juga boleh membawa insan hampir dan cinta kepada
TuhanNya, seterusnya menyalurkan rasa cinta kepada kebenaran dan menolak
kemungkaran. Ini asas mencorak keilmuan yang mantap dan seterusnya mencorak
ketamadunan bangsa yang utuh. Kemudian, isu perpaduan kaum di Malaysia. Isu-isu
perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum,
mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan
perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka,
dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan
suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum.
Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian
hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran
tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai
kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara
agama dan budaya.

5.0 RINGKASAN INTERPRETASI DAN KESIMPULAN


17

Akta Pendidikan 1996 telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 17 peraturan yang
berkaitan dengan pendidikan. 16 bahagian yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996
ialah bahagian 1 yang mengandungi tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan
1996,tarikh mula kuat kuasa yang telah ditentukan oleh Menteri serta tafsiran atau definisi.
Seterusnya bahagian 2 iaitu pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai untuk
menguruskan hal-hal pentadbiran sistem pendidikan di semua peringkat.

Manakala bahagian 3 menubuhkan Majlis Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi


menasihati menteri dalam hal pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri.
Seterusnya bahagian 4 iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada
Pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan
tidak termasuk sekolah expatriat. Selain itu, terdapat juga kategori pendidikan kerajaan iaitu
institut pendidikan kerajaan, institut pendidikan bantuan kerajaan dan institut pendidikan
swasta.

Selain itu, di dalam bahagian 4 juga menyebut Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan mana-
mana institusi yang dikecualikan oleh Menteri, sekolah menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan dan kurikulum kebangsaan digunakan di semua sekolah.
Bahagian-bahagian lain yang terdapat Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 5 iaitu
penilaian dan peperiksaan, bahagian 6 iaitu pendidikan tinggi, bahagian 7 iaitu Institusi
Pendidikan Swasta, bahagian 8 iaitu Pendaftaran Institusi Pendidikan, bahagian 9 iaitu
pendaftaran Guru, bahagian 10 iaitu jemaah Nazir sekolah, bahagian 11 iaitu kewangan,
bahagian 12 iaitu rayuan, bahagian 13 peraturan-peraturan, bahagian 14 kesalahan dan
penalti, bahagian 15 iaitu kepelbagaian dan akhir sekali bahagian 16 iaitu peralihan dan
pemansuhan.

Kesemua bahagian-bahagian tersebut mempunyai peranan yang cukup besar bagi


memantapkan sistem pendidikan kebangsaan. Terdapat 17 peraturan yang terkandung
dalam Akta Pendidikan 1996. Peraturan 1 ialah peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum
Pra Sekolah) 1997 yang mengandungi bahan kurikulum, masa dan penilai ditentukan oleh
ketua pendaftar dan penilaian dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Seterusnya,
peraturan ke 2 ialah peraturan-peraturan Pendidikan ( Peperiksaan dan Penganugerahan
Sijil/Diploma Politeknik) 1997 bertindak dalam penubuhan Lembaga Peperiksaan dan
Penganugerahan sijil satu diploma politeknik, menentukan dasar, mengesahkan dan
mengumumkan keputusan peperiksaan, tindakan tatatertib, menimbang rayuan serta
menentukan penganugerahan sijil dan diploma.

Di samping itu, peraturan 3 ialah peraturan-peraturan pendidikan (peperiksaan,


penilaian dan pensijilan/ Maktab Pendidikan Guru) 1997 ialah sebagai rujukan dalam
penubuhan Lembaga Peperiksan Guru, dasar, strategi dan garis panduan peperiksaan dan
memberhentikan kursus. Di samping itu, peraturan-peraturan pendidikan (Kursus Pengajian
dan Program Latihan Maktab Pendidikan Guru) 1997 yang dijadikan rujukan tenaga
pengajar yang berkelayakan untuk mengendalikan kursus.

Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program


Latihan di Politeknik yang mana Lembaga Kurikulum dan Program Latihan Politeknik
ditubuhkan untuk menentukan dasar dan menghasilkan dan mengawasi pelaksanaan
kurikulum. Di samping itu, peraturan-peraturan pendidikan ( Kurikulum) 1997 yang
18

menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan
enam.

Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 yang menumpukan


kepada pelajar kecacatan pendengaran atau kecacatan penglihatan atau masalah
pembelajaran. Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (penilaian dan peperiksaan)
1997 untuk menunjukkan fungsi Lembaga peperiksaan dalam membuat pemantau tentang
penilaian berasaskan sekolah. Selain itu, peraturan-peraturan pendidikan ( pendaftaran
Institusi Pendidikan) 1997 yang dijadikan rujukan mengenai pendaftaran dan pemberhentian
operasi institusi pendidikan.
Peraturan-peraturan lain yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah Peraturan-
peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998, Peraturan-
peraturan pendidikan (Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998, Peraturan-peraturan
pendidikan ( Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan (persatuan
Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan ( Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998,
Peraturan-peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta (Piawaian) 1998, Peraturan-
peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Iklan) 1998 dan akhir sekali Peraturan-
peraturan ( Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat
Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998.

Secara kesimpulannya, dengan adanya akta ini juga para pelajar serta guru telah
mendapat banyak faedah samada dari segi fizikal ataupun mental.Seterusnya,ibu bapa
yang mempunyai anak yang istimewa tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak memberi
ilmu pengetahuan kepada anak mereka kerana sekolah-sekolah tertentu telah ditubuh khas
bagi anak-anak istimewa ini.Selain itu,bahasa kebangsaan iaitu bahasa yang menjadi
kebanggaan bangsa melayu tidak boleh diambil alih dengan sewenang-wenangnya kerana
ianya telah dijadikan bahasa pengantar di setiap sekolah.

Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di


Malaysia yang sentiasa dinamik dan semua pihak mendapat faedah dari pelbagai segi.

6.0 RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Modul Unit 13 Akta Pendidikan 1996: Fungsi dan Implikasi KPF 3012 Perkembangan
Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar.
Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Prof.Dr. Othman Lebar & Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim &En.Omar Hisham Mohd
Baharin & En.Ismail Raof (2010), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.
Zaini b Abdullah & Mohmad Nor b Mohamad Taib & Iklhsan b Othman & Norila binti Md
Salleh & Abu Bakar b Yusuf & Abdul Talib b Mohamd Hashim (2011), KPF 3012
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafh dan Dasar.
Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM.
19

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. KualaLumpur:
Fajar Bakti.

eprints.utm.my/1486/1/JT38E%5b5%5d.pdf
https://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESION-PERGURUAN

You might also like