You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK

SK (P) JALAN BATU

Bil 1 Tahun 2019

TARIKH : 28 DISEMBER 2018


MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK GPK

NAMA YANG HADIR:

1) Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir


2) Cik Yogaswry a/p Segaran
3) Puan Norbaizura binti Ab Lateff
4) Puan Aniza binti Hamzah

I. AGENDA PENGERUSI/ KETUA PANITIA

1. Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir mengalu-alukan kehadiran semua AJK
Panitia Pendidikan Muzik. Beliau mengharapkan semua AJK dapat memberi
kerjasama dan komitmen terbaik sepanjang 2019 demi kejayaan yang lebih baik oleh
murid-murid SK(P) Jalan Batu.

II. AGENDA MESYUARAT

2. KSSR dan PBS

a. Ketua Panitia meminta agar semua guru Pendidikan Muzik dapat


menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan
Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut tahun yang diajar. Beliau juga
meminta guru menyediakan satu salinan untuk dimasukkan ke dalam fail
panitia.

b. Puan Safiah mengingatkan supaya guru merekodkan semua pencapaian


murid di dalam templat luar talian (offline) 4 kali setahun, iaitu pada bulan
Mac, Jun, September dan November. Beliau juga menggalakkan guru mengisi
borang sementara mengikut tajuk yang telah diajar dan dilekatkan di dalam
buku rekod mengajar.

3. Penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja


a. Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir mencadangkan agar guru- guru
Pendidikan Muzik sepakat dalam penggunaan buku latihan dan bilangannya.
Ketua Panitia juga perlu menyenaraikan penggunaan buku- buku latihan bagi
setiap darjah.

b. Penggunaan buku latihan telah ditetapkan seperti berikut;

- Tahun 1 – Buku Pendidikan Kesenian.


- Tahun 2 – Buku Pendidikan Kesenian.
- Tahun 3 – Buku Pendidikan Kesenian
- Tahun 4 – Buku Teks dan buku latihan MZ.
- Tahun 5 – Buku Teks dan buku latihan MZ.
- Tahun 6 – Buku Teks dan buku latihan MZ.

c. Ketua Panitia menyeru agar semua guru untuk menggunakan CD ROM


yang di sediakan bersama buku teks serta buku panduan yang digunakan bagi
memudahkan PDPC Pendidikan Muzik.

d. Cik Amira Nadwa menasihatkan guru- guru yang menggunakan buku


kerja menggunakan buku- buku tersebut dengan maksima. Beliau juga meminta
supaya menanda buku latihan dan buku kerja.

4. PCG 2019
a. Cik Amira Nadwa meminta cadangan daripada guru- guru untuk
menentukan pembelian bahan mengajar untuk tahun ini. Beliau turut
mencadangkan agar duit PCG tersebut digunakan untuk membeli peralatan
muzik yang masih belum mencukupi untuk PDPC Pendidikan Muzik.
b. Ketua panitia perlu berjumpa dengan pembantu tadbir kewangan
sekolah untuk mengetahui peruntukan yang diperolehi untuk program- program
Pendidikan Muzik 2019. Ketua panita perlu merancang penggunaan wang
sebaiknya ke arah keberkesanan program- program yang telah dirancang.

5. Pengajaran dan Pembelajaran

a. Cik Amira Nadwa mengingatkan supaya melengkapkan Buku Rekod


Mengajar dengan semua maklumat yang diperlukan seperti Rancangan
Pelajaran Tahunan (RPT), Rekod Pencapaian 100%, TOV dan ETR bagi setiap
kelas dan juga Rancangan Pelajaran Harian (RPH).

b. Cik Amira Nadwa menasihatkan semua guru melakukan aktiviti PdPc


dengan menarik. Beliau juga menggalakkan semua guru menggunakan
pendekatan ICT, VLE-Frog, didik hibur, I-Think dan Kbat.

c. Cik Amira Nadwa juga mengharapkan guru-guru menggunakan


pendekatan I-Think semasa PdP dijalankan. Guru-guru boleh merujuk buku
rekod mengajar untuk melihat contoh peta I-Think digunakan.

6. PPT dan PAT.

a. Cik Amira Nadwa mengingatkan supaya membuat JSU sebelum


membuat kertas ujian atau kertas peperiksaan. Beliau juga memaklumkan
tarikh peperiksaan adalah seperti di dalam takwim.

b. Ketua Panitia menetapkan penyediaan kertas soalan Pendidikan Muzik


adalah seperti berikut.

- Tahun 1 hingga 6 – Pendidikan Muzik.

- 20 % boleh dikira daripada persembahan murid di dalam kelas.

7. Pencerapan/ Penyemakan Buku Latihan

a. Cik Amira Nadwa memaklumkan kepada semua guru supaya bersedia


untuk dicerap sebanyak dua kali setahun (rujuk takwim sekolah).
b. Cik Amira Nadwa mengingatkan juga supaya semua guru akur dengan
tarikh penghantaran buku latihan murid untuk disemak oleh Guru Penolong
Kanan yang telah ditetapkan.

III. Hal-Hal Lain

a. Cik Amira Nadwa mengingatkan semua guru untuk mengemaskini


papan buletin Pendidikan Muzik mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh: Di semak oleh :

_____________________________________ _________________________
CIK AMIRA NADWA BINTI MOHD NASIR ENCIK MOHAMAD RIZAL BIN ASBULLAH

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik GPK Tadbir & Kurikulum

You might also like