You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK

SK (P) JALAN BATU

Bil 1 Tahun 2020

TARIKH : 9 JANUARI 2020


MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK GPK

NAMA YANG HADIR:

1) Encik Mohamad Rizal bin Asbullah (Pengerusi)


2) Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir (Ketua Panitia)
3) Puan Siti Nurul Salbiah binti Shaidan
4) Puan Netty Ningseh Abdul Manaf
5) Cik Yogaswry a/p Segaran

I. AGENDA PENGERUSI/ KETUA PANITIA

1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK Panitia Pendidikan Muzik.


Beliau mengharapkan semua AJK dapat memberi kerjasama dan komitmen terbaik
sepanjang 2020 demi kejayaan yang lebih baik oleh murid-murid SK(P) Jalan Batu.

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


- Tiada.

III PERKARA BERBANGKIT


- Tiada.

IV PERBINCANGAN PROFESSIONAL

1. KSSR dan PBS


1.1 Ketua Panitia meminta agar semua guru Pendidikan Muzik dapat
menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan
Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut tahun yang diajar. Beliau juga
meminta guru menyediakan satu salinan untuk dimasukkan ke dalam fail
panitia.
1.2 Ketua Panitia mengingatkan supaya guru merekodkan semua pencapaian
murid di dalam templat luar talian (offline) 2 kali setahun, iaitu pada bulan
April dan Oktober.

2. Penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja


2.1 Ketua Panitia mencadangkan agar guru- guru Pendidikan Muzik sepakat
dalam penggunaan buku latihan dan bilangannya. Ketua Panitia juga perlu
menyenaraikan penggunaan buku- buku latihan bagi setiap darjah.

2.2 Penggunaan buku teks dan latihan telah ditetapkan seperti berikut;

- Tahun 1 – Buku Teks Pendidikan Kesenian.


- Tahun 2 – Buku Teks Pendidikan Kesenian.
- Tahun 3 – Buku Teks Pendidikan Kesenian
- Tahun 4 – Buku Teks dan sebuah buku latihan MZ.
- Tahun 5 – Buku Teks dan sebuah buku latihan MZ.
- Tahun 6 – Buku Teks dan sebuah buku latihan MZ.

2.3 Ketua Panitia menyeru agar semua guru untuk menggunakan CD ROM
yang di sediakan bersama buku teks serta buku panduan yang digunakan
bagi memudahkan PDPC Pendidikan Muzik. Guru juga perlu
menggunakan speaker sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.

2.4 Ketua Panitia menasihatkan guru- guru yang menggunakan buku kerja
menggunakan buku- buku tersebut dengan maksima. Beliau juga meminta
supaya menanda buku latihan dan buku kerja.

3 PCG 2020
3.1 Ketua Panitia menyatakan PCG Pendidikan Muzik pada tahun 2020 ialah
RM 1900.00. Beliau meminta cadangan daripada guru- guru untuk
menentukan pembelian bahan mengajar untuk tahun ini. Beliau turut
mencadangkan agar duit PCG tersebut digunakan untuk membeli peralatan
muzik yang masih belum mencukupi untuk PDPC Pendidikan Muzik.
Beliau juga berharap semua guru muzik dapat merancang penggunaan
wang sebaiknya ke arah keberkesanan program- program yang telah
dirancang.

4 Pengajaran dan Pembelajaran


4.1 Cik Amira Nadwa mengingatkan supaya melengkapkan Buku Rekod
Mengajar dengan semua maklumat yang diperlukan seperti Rancangan
Pelajaran Tahunan (RPT), TOV dan ETR bagi setiap kelas dan juga
Rancangan Pelajaran Harian (RPH).

4.2 Cik Amira Nadwa menasihatkan semua guru melakukan aktiviti PdPc
dengan menarik. Beliau juga menggalakkan semua guru menggunakan
pendekatan ICT, I-Think dan Kbat.

5 PPT dan PAT.

5.1 Cik Amira Nadwa mengingatkan supaya membuat JSU sebelum membuat
kertas ujian atau kertas peperiksaan. Beliau juga memaklumkan tarikh
peperiksaan adalah seperti di dalam takwim.

5.2 Ketua Panitia menetapkan penyediaan kertas soalan Pendidikan Muzik


adalah seperti berikut.

- Tahun 1 hingga 6 – Pendidikan Muzik.

- 20 % boleh dikira daripada persembahan murid di dalam kelas.

6 Pencerapan/ Penyemakan Buku Latihan

6.1 Cik Amira Nadwa memaklumkan kepada semua guru supaya bersedia
untuk dicerap sebanyak dua kali setahun (rujuk takwim sekolah).

6.2 Cik Amira Nadwa mengingatkan juga supaya semua guru akur dengan
tarikh penghantaran buku latihan murid untuk disemak oleh Guru Penolong
Kanan yang telah ditetapkan.
V HAL- HAL LAIN

1.0 Cik Amira Nadwa mengingatkan semua guru untuk mengemaskini papan
buletin Pendidikan Muzik mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

2.0 Cik Amira Nadwa memaklumkan tiada lagi Pendidikan Kesenian mulai sesi
2020. Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni mula diasingkan mulai tahun
s2020.

VII RUMUSAN
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh: Di semak oleh :

_____________________________________ _________________________
CIK AMIRA NADWA BINTI MOHD NASIR ENCIK MOHAMAD RIZAL BIN ASBULLAH

Ketua Panitia Pendidikan Muzik GPK Tadbir & Kurikulum

You might also like