You are on page 1of 1

_______________________________________________________________________________

Pengetua,

2 Januari 2019

Tuan,

Rayuan Penempatan ke Tingkatan 1 di SBPI

Berhubung dengan perkara di atas, saya xxxxxxxx ingin membuat rayuan kepada pihak tuan untuk
ditempatkan ke tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pahang.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah berjaya memperolehi 2A 3B dan 1C dalam
peperiksaan UPSR 2018. Berikut adalah senarai penglibatan saya di sepanjang tahun 2018:

2.1 Pengawas Sekolah


2.2 Naib Bendahari Persatuan Pengakap.
2.3 Naib Bendahari Kelab Doktor Muda.
2.4 AJK Kelab Bola Sepak
2.5 Pingat Gangsa sempena Kejohanan Taekwan-Do Sejagat Peringkat Kebangsaan.
2.6 Mewakili sekolah ke pertandingan Hoki peringkat daerah.
2.7 Mewakili sekolah ke pertandingan Sahibba peringkat daerah.
2.8 Mewakili sekolah ke pertandingan Ragbi Sentuh peringkat daerah.

3. Bersama-sama ini, saya sertakan kesemua sijil-sijil berkaitan untuk rujukan tuan. Besarlah
harapan saya agar rayuan ini mendapat perhatian dan tindakan dari pihak tuan. Sekiranya diberi
peluang saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.......................................................................
(xxxxxxxx)

You might also like