You are on page 1of 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/284512940

CABARAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) DI


SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Conference Paper · January 2012

CITATIONS READS

0 8,910

4 authors, including:

Sitti Hasnah Bandu Mohd Hanafi Mohd Yasin


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
12 PUBLICATIONS   5 CITATIONS    132 PUBLICATIONS   201 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mohd Mokhtar Tahar


Universiti Kebangsaan Malaysia
75 PUBLICATIONS   198 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

International Collaboration on KURNS FFAs View project

citizenship View project

All content following this page was uploaded by Sitti Hasnah Bandu on 24 November 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Seminar Internasional Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Khas

CABARAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENDIDIKAN


INDIVIDU (RPI)
DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Sitti Hasnah Binti Bandu


hasnahbandu@yahoo.com
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau

Zalizan Mohd Jelas


zmj@ukm.my
Mohd Hanafi Mohd Yasin
mhmy6365@ukm.my
Mohd Mokhtar Tahar
mokhtar@ukm.my
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengupas cabaran penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam
kalangan guru pendidikan khas. Kupasan cabaran tersebut adalah berdasarkan kajian tinjauan kes yang
menggunakan pendekatan kualitatif dalam bentuk temu bual. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah
sekolah menengah di daerah Tawau Sabah. Kaedah temu bual dijalankan terhadap empat belas guru
pendidikan khas dan seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas serta tiga ibu pelajar. Selain temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen juga dijalankan Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga
cabaran yang dominan dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas untuk menyedia RPI iaitu kekurangan
latihan dan pengetahuan tentang RPI, kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa, dan pengurusan
sekolah. Seterusnya, dapatan kajian ini dibincangkan dengan melihat persamaan dengan hasil dapatan
kajian lepas. Di bahagian akhir kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk dilaksanakan
berdasarkan bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas.

Kata Kunci : Cabaran, Penyediaan, Rancangan Pendidikan Individu (RPI), Guru Pendidikan Khas

1
Abstract
This study explores the challenges in the preparation of Individual Education Plan (IEP) among special
education teachers. Discussion on the challenges is based on case studies using qualitative approaches in
the form of interviews. This study was conducted in one secondary school in Tawau Sabah. The
interview was done to all respondents who were all special education teachers: fourteen secondary school
teachers, one Senior Assistants and three parents. The findings show that there are three dominant
challenges faced by special education teachers in preparing the IEP such as the lack of training and
knowledge by teachers, lack of cooperation by parents and school management. In addition, the findings
are also discussed in relation to findings from past studies. At the end of this study, a number of
proposals based on the challenges faced by special education teachers are made to be implemented.

Keywords : Challenges, Preparation, Individual Education Pelan (IEP), Special

Education Teachers

2
PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid.
Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. (Jabatan Pendidikan Khas, 2000, Kementerian Pendidikan
Malaysia). RPI boleh diguna pakai untuk perancangan, pemantauan dan penilaian pendidikan kanak-kanak
pendidikan khas bertepatan dengan syor Pengisytiharan Salamanca (UNESCO, 1994), Perkara 3 :

“menggesa agar semua kerajaan mewujudkan mekanisme mewujudkan


mekanisma-mekanisma disentralisasi dan penyertaan untuk perancangan,
pemantauan dan penilaian peruntukan pendidikan untuk kanak-kanak
dan orang dewasa dengan keperluan pendidikan khas”

Merujuk pada pengisytiharan tersebut, kerajaan Malaysia memperkenalkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. RPI diperkenalkan menerusi program pendidikan khas integrasi.
Program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid – murid bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ianya diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta
sekolah menengah teknik /vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif. (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia).

Penyediaan RPI sangat penting demi memastikan keperluan pelajar pendidikan khas menerima pendidikan dapat
dicapai. Namun demikian sehingga kini belum ada undang-undang khusus atau akta yang mewajibkan pelaksanaan
RPI di sekolah. Hanya Akta Pendidikan 1996 fasal 40 :

“Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas. Menteri hendaklah


mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah
yang di fikirkan oleh Menteri suai manfaat.”

Namun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling ikhtisas bil 7/2004 yang bertarikh 27 September 2004:

“Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah”.

Pada perkara 5 dinyatakan :

“Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan


Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan”

Melalui pekeliling tersebut hanya memaklumkan RPI hendaklah disediakan untuk memastikan keberkesanan
kurikulum alternatif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diteruskan melalui keperluan teknikal dan
peraturan yang telah ditetapkan. (Ketterlin-geller, Alonzo, Braun-Monegan & Tindal, 2007).

Dalam konvensyen mengenai hak kanak-kanak oleh UNICEF (The United Nations Children's Fund) Pendidikan
adalah hak asasi manusia. Program Pendidikan UNICEF di Malaysia tahun 2010 telah dibincangkan isu
pendidikan untuk semua dan pelajar berkeperluan khas tidak terkecuali menerima pendidikan. Oleh itu Rancangan
Pendidikan Individu ini akan membangunkan rancangan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas di
Malaysia bagi memenuhi matlamat Pembangunan Pendidikan 2010. RPI dijangka memberi manfaat kepada
23,649 murid di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Oleh itu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan UNICEF telah memperkenalkan Pelan
Pendidikan Individu (PPI) satu usaha menambah baik dokumen RPI. Sistem ini berdasarkan web pages atau
jaringan Web Portal dilaksanakan untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
dalam merancang dan melaksanakan RPI bagi setiap murid berkeperluan khas. Di dalam sistem ini, ianya telah
terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu: Pelan Pendidikan Individu (PPI), Pelan Instruksional Individu
(PII) dan juga Pelan Transisi Individu (PTI). Kajian Rintis telah dijalankan di 60 buah sekolah bermula julai –
Oktober 2010 (Fasa 1) dan Januari – Mac 2011 (Fasa 2) (pekeliling ikhtisas KPM 2010). Sehingga kini laporan
program rintis belum dikeluarkan lagi.

3
Pembentukan RPI di Sekolah

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengandungi 6 elemen iaitu kerjasama, berkongsi maklumat, keputusan
bersama, kebolehpercayaan, dokumentasi dan proses hasil kerja. RPI juga mempunyai 6 ciri iaitu komprehensif,
spesifik, mengikut urutan, bersesuaian dengan realistik, mudah difahami dan digubal bersama.

Terdapat 4 pihak yang berperanan dalam menyumbangkan keberkesanan RPI iaitu pentadbiran sekolah, ibu bapa,
guru pendidikan khas dan kumpulan pelbagai disiplin. Pentadbiran sekolah berperanan mempengerusikan majlis
perjumpaan, memperkenalkan semua ahli jawatankuasa, menjawab soalan yang berkaitan dengan pentadbiran dan
bertindak segera ke atas perkara yang diperlukan.

Ibu bapa membantu menentukan objektif jangka panjang tercapai. Mereka bekerjasama menentukan objektif RPI
serta memberi maklumat yang tepat tentang anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga bekerjasama mewujudkan
kesinambungan pengajaran antara sekolah dengan rumah. Mereka juga berhak mengetahui perkhidmatan yang
diberikan oleh pihak sekolah dan boleh menyemak RPI anak-anak mereka bila-bila masa sahaja.

Guru-guru Pendidikan Khas pula berperanan mengumpul maklumat murid, memberi maklumat mengikut tahap
keupayaan murid dan kelemahan pembelajaran pelajar. Mereka memberi kepakaran untuk modifikasi dan adaptasi
kurikulum. Mereka mengajar pelajar secara individu dan mereka berhak menolak sebarang cadangan dari mana-
mana pihak jika cadangan itu di luar kemampuannya. Guru Pendidikan Khas mengambil tindakan ke atas perkara
yang telah dipersetujui dan membuat penilaian serta pemantauan ke atas pelajar.

Golongan khidmat sokongan memberi khidmat bantuan kepada murid-murid mengikut keperluan dan kepakaran
yang ada, di samping menjadi sukarelawan. Golongan ini menyediakan maklumat professional tentang
permasalahan dan kekuatan murid dari aspek kepakaran mereka.

4
Pengumpulan Maklumat:

Guru-guru Pendidikan Khas


Guru – guru Aliran Perdana
Pentadbir
Khidmat Sokongan
Ibu Bapa Murid

Strategi baru Mesyuarat Objektif seterusnya

Penulisan

Pelaksanaan

Gagal Penilaian Objektif Tercapai

Rajah 2.1 : Carta Alir Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Sumber : Buku Panduan RPI Murid-Murid Berkeperluan Khas 2000
Kementerian Pelajaran Malaysia

Carta aliran Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di atas menunjukkan 6 peringkat penyediaan RPI. Ianya
memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid-murid berkeperluan khas untuk sama-sama
merancang program yang paling sesuai untuk murid berkenaan. Peringkat pertama ialah rujukan pihak yang
terlibat, dalam peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan di antara guru, antara ibu bapa dan
sekolah, antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan. Peringkat kedua ialah pengumpulan maklumat iaitu
mengumpulkan semua maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang boleh
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui peringkat ini beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
iaitu :

 cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid


 jenis bantuan yang diperlukan oleh murid
 sejauh mana penglibatan murid, ibu bapa dan khidmat sokongan

5
Peringkat ketiga ialah mesyuarat yang mempunyai dua fungsi utama iaitu aspek tugasan dan tanggungjawab.
Dalam peringkat ini, perkara yang perlu dilakukan ialah mewujudkan jawatankuasa, mengedar maklumat dan
mengadakan mesyuarat

Peringkat keempat ialah penulisan RPI iaitu bahagian penting dalam RPI iaitu pendokumentasian. Tidak ada
format khusus yang harus diikuti namun penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen seperti, objektif,
strategi pengajaran, dan sebagainya.

Peringkat kelima ialah pelaksanaan iaitu segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan dipantau
untuk membantu pencapaian pengajaran guru. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

 penyelarasan resos dan kegunaannya,


 penyelarasan program
 bantuan dan sokongan kepada guru
 pemantauan dan penilaian kepada guru

Pada peringkat yang keenam, mesyuarat penilaian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat pencapaian
dan perkembangan murid. Maklumat tersebut perlu dibentangkan oleh guru. Jika perlu strategi yang lain perlu
dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat tercapai, program yang
seterusnya dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya

Aplikasi Model Epstein Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan RPI

Kemahiran Ibu Bapa

Komunikasi Kesukarelawan

KEBERKESANAN RANCANGAN
PENDIDIKAN
INDIVIDU (RPI)

Pembelajaran di Membuat
Rumah Keputusan

Kolaborasi Dengan
Komuniti

Rajah 3.1 : Aplikasi Model Epstein (2002) Terhadap Keberkesanan RPI

Keberkesanan RPI dapat dilaksanakan dengan berpandukan model yang dicadangkan oleh Epstein. Model ini telah
banyak digunakan oleh sekolah di barat dan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah
pelajar (Epstein 2000; Epstein & Sheldon 2002). Keberkesanan pelaksanaan RPI di sekolah banyak bergantung
kepada 6 faktor. Pertama ialah kemahiran ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai kemahiran boleh membantu anak
mereka dalam pembelajaran dan juga dari segi penjagaan anak. Ibu bapa yang mempunyai kemahiran boleh

6
membantu guru dalam membina atau menggubal RPI untuk kegunaan pengajaran di sekolah. Secara tidak
langsung kemahiran ibu bapa boleh membantu pelaksanaan RPI di sekolah secara lebih berkesan.

Faktor kedua ialah komunikasi. Menurut Epstein et al. (2002) komunikasi merujuk kepada perhubungan dua hala
berkaitan perbincangan pencapaian murid dan juga perkembangan sekolah. Komunikasi sangat penting antara ibu
bapa dan guru untuk mengetahui perkembangan pembelajaran murid. Guru perlu memaklumkan perkembangan
murid dan tugasan-tugasan yang diberikan. Begitu juga dengan ibu bapa perlu memberitahu guru tentang
perkembangan murid di rumah. Komunikasi dua hala ini boleh berbentuk mesyuarat, perbincangan, telefon dan
sebagainya. Hasil komunikasi ini boleh membantu guru dan ibu bapa menetapkan objektif dan penggunaan strategi
pembelajaran dalam RPI

Faktor yang ketiga ialah pembelajaran di rumah yang sememangnya dipantau oleh ibu bapa. Guru menyediakan
kerja yang perlu dilaksanakan di rumah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak mereka menyiapkan
kerja rumah tersebut. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu membantu anak mereka di rumah agar dapat
mengurangkan masalah-masalah semasa merancang RPI.

Faktor keempat ialah kesukarelawan iaitu kesanggupan ibu bapa atau ahli komuniti untuk membantu pihak sekolah
menjayakan pelaksanaan RPI di sekolah. Ibu bapa yang mempunyai kemahiran bolehlah menyumbang dengan
memberi idea-idea untuk pelaksanaan RPI. Selain itu ibu bapa juga boleh memberi bantuan dalam penyediaan
bahan bantu mengajar. Ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk tujuan melakukan kerja-kerja sukarela yang diatur
oleh guru. Hasil kerja-kerja sukarela ini boleh membantu guru melaksanakan RPI dengan lebih berkesan

Faktor yang kelima ialah membuat keputusan. Pelaksanaan RPI adalah berdasarkan mesyuarat. Dalam mesyuarat,
ibu bapa diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat keputusan berkaitan dengan pembinaan serta pelaksanaan
RPI di sekolah. Dalam proses membuat keputusan, ibu bapa, sekolah dan guru akan bekerjasama, bertukar-tukar
pendapat demi melaksanakan RPI dengan lebih berkesan.

Faktor yang keenam ialah kolaborasi dengan komuniti. Pelaksanaan RPI memerlukan sokongan dari semua pihak
iaitu ibu bapa, guru, sekolah, ahli-ahli kumpulan sokongan yang mempunyai kemahiran. Kesemua pihak
bekerjasama menggubal RPI dengan mengadunkan kesemua pengetahuan dan kemahiran yang ada. Dalam konteks
ini berlakunya timbal balik antara semua pihak demi memastikan proses pelaksanaan RPI. Ilmu pengetahuan dan
kemahiran semua pihak yang terlibat dikolaborasikan menjadi satu panduan untuk pelaksanaan RPI di sekolah.

Secara keseluruhan model Epstein sangat sinonim dengan pelaksanaan RPI di sekolah. Keenam-enam faktor
tersebut menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan RPI di sekolah. Guru dan ibu bapa mendapat banyak idea
dan yang paling penting ialah kesannya kepada pelajar tersebut. Pelajar akan mendapat banyak manfaat hasil dari
gabungan keenam-enam faktor dalam model Epstein. Pelaksanaan RPI dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Pembentukan RPI adalah berasaskan kepada keperluan murid. Menurut Weishaar (2010) ada 3 komponen penting
dalam pengukuhan RPI iaitu penglibatan ibu bapa, pemfokusan kepada pelajar serta dokumentasi RPI. Oleh yang
demikian keberkesanan pelaksanaan RPI di sekolah haruslah melibatkan pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa
dan pelajar. Guru dan ibu bapa merupakan salah satu panel yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan RPI di
sekolah. Timbul persoalan sama ada guru benar-benar bersedia untuk menerima ibu bapa sebagai rakan atau
pasangan kerjasama dan adakah mereka mempunyai ilmu serta kemahiran yang diperlukan (Kalin & Stech 2010).
Ibu bapa sepatutnya disokong dan diberi kuasa menerusi orientasi tentang kepentingan penglibatan, penyertaan dan
sumbangan mereka (Zalizan 2009)

Namun kesedaran ibu bapa terhadap pelaksanaan RPI masih lagi menjadi cabaran bagi pihak sekolah. Ibu bapa
tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang proses pelaksanaan RPI di sekolah. Oleh itu mereka
enggan terlibat kerana kekurangan pengetahuan berkaitan RPI. Menurut Cook et al. (2010) ibu bapa merasa
kurang pengetahuan untuk terlibat dalam membuat keputusan RPI di sekolah. Menurut Newman (2005) hanya
33% ibu bapa pelajar kurang upaya yang terlibat dalam membuat keputusan dalam RPI. Lebih malang lagi ,
terdapat ibu bapa yang tidak mengetahui yang anak mereka terlibat dalam pelaksanaan RPI. Ramai ibu bapa tidak
mengetahui anak mereka ada RPI (Isaksson, J. et al.2007).

7
Selain itu, peranan guru juga merupakan satu faktor penting terhadap pelaksanaan RPI.
Pelaksanaan RPI di Amerika Syarikat adalah mengikut tahap murid tersebut. G u r u a k a n
m e n g a d a k a n m e s y u a r a t a t a u p e r t e m u a n d e n g a n i b u b a p a p e l a j a r u n t u k membincangkan
keperluan pelajar sepanjang tempoh 12 bulan. Hal ini dapat m embantu guru dalam pelaksanaan RPI
di sekolah. Berbanding dengan pelaksanaan RPI di negara kita, kedua -dua pihak iaitu guru dan ibu
bapa masih belum berjaya merancang RPI bersama. Kenyataan ini disokong oleh Siraj (2000)
menyatakan perbincangan pelaksanaan RPI di sekolah-sekolah di Malaysia kurang berjaya kerana
guru sekolah tidak merancang RPI bersama ibu bapa dan ahli majlis yang telah ditetapkan dalam
buku panduan RPI.

Menurut Yeo (2001) guru-guru di sekolah sukar memperoleh kerjasama daripada ibu bapa dalam pembinaan RPI.
Kajian berkaitan dengan pelaksanaan RPI di negara kita amat kurang. Sejauh mana guru melaksanakan RPI ?
Menurut Emanuelsson dan Persson (1997) mendapati bahawa lebih separuh guru tidak pernah menggunakan RPI.
Adakah keadaan ini masih berlaku di negara kita masa kini ? Menurut Zainal Abdin Nasir (2010) guru-guru baru
dan juga guru-guru yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan khas mempunyai kemahiran yang rendah dalam
membina RPI. Tidak hairanlah jika guru-guru juga sebenarnya kurang pengetahuan tentang proses pelaksanaan
RPI. Oleh yang demikian perlu dibuat kajian untuk melihat sejauh mana ibu bapa dan guru melaksanakan RPI
mengikut buku panduan Bahagian Pendidikan Khas yang menyatakan dengan jelas tentang perlunya keterlibatan
ibu bapa dan guru dalam penyediaan RPI di sekolah. Menurut Stroggilis & Xanthacou (2006) RPI tidak digunakan
sebagai alat berkolaborasi kerana perbezaan matlamat RPI untuk semua pihak yang terlibat. Fenomena seperti ini
menunjukkan cabaran yang terpaksa dipikul oleh guru-guru pendidikan khas di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah :

1. Mengetahui cabaran penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di Sekolah Pendidikan Khas
Integrasi
2. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di Sekolah
Pendidikan Khas Integrasi

Secara khususnya kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut :

1. Apakah cabaran penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di Sekolah Pendidikan khas Integrasi
2. Apakah cadangan untuk menambah baik penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di Sekolah
Pendidikan Khas Integrasi

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif dan jenis kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan kes. Data
dianalisis secara manual dan dikumpul dari sebuah sekolah menengah. Seterusnya kajian ini menggunakan kaedah
temu bual terhadap empat belas guru pendidikan khas dan seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas serta
tiga orang ibu pelajar.

Soalan temu bual menjurus kepada bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk menyedia RPI
untuk menjawab persoalan pertama dan kedua iaitu cadangan menambah baik penyediaan RPI. Selain itu temu
bual juga dilakukan kepada tiga orang ibu pelajar sebagai triangulasi hasil dapatan kajian. Soalan temu bual untuk
tiga orang ibu pelajar adalah menjurus kepada sejauh mana penglibatan ibu bapa terhadap penyediaan RPI khasnya
penglibatan dalam mesyuarat RPI. Mereka dipilih secara persampelan bertujuan untuk memperoleh maklumat
yang banyak dan gambaran yang tepat berhubung pengalaman penglibatannya (Merriam 2001 : Mc Millan 2004)
Penyemakan dokumen juga dilakukan dengan menyemak dokumen seperti borang RPI pelajar dan borang skor
individu

Jenis temu bual yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur iaitu menemu bual peserta dengan
menggunakan soalan yang telah digubal namun semasa temu bual dijalankan cara soalan diajukan dan bentuk
soalan berubah-ubah bergantung kepada reaksi peserta penyelidikan. Menurut Noraini (2010) kandungan protokol

8
temu bual, termasuk penerangan yang diberikan serta pemilihan dan penyusunan soalan yang diaju, juga boleh
berubah mengikut persepsi penemu bual berdasarkan apa yang dirasakannya perlu atau bersesuaian pada waktu dan
ketika temu bual dijalankan.

Prosedur penganalisaan data dimulakan dengan mentranskrip rakaman temu bual. Transkrip temu bual dan analisis
dokumen seterusnya dianalisa secara induktif untuk mengenal pasti episod yang bermakna, berulang dan dikodkan.
Kod-kod yang telah dibuat seterusnya diasingkan mengikut tema.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mengenal pasti dua tema yang muncul merupakan jawapan kepada persoalan pertama dan tiga tema
untuk jawapan persoalan ke dua seperti dalam jadual berikut :

Cabaran penyediaan RPI

Jadual 6.1 : Tema-tema yang muncul dari persoalan kajian 1

Soalan Kajian Tema


Soalan Kajian 1 : Tema 1 : Latihan dan kemahiran Guru
Apakah cabaran penyediaan Rancangan Tema 2 : Penglibatan ibu bapa dan pentadbir
Pendidikan Individu (RPI) dalam kalangan Sekolah
guru pendidikan khas

Kekurangan latihan dan kemahiran guru

Hasil temu bual guru berkaitan dengan cabaran penyediaan RPI, ramai yang menyatakan bahawa ianya bermula
dari kesediaan guru itu sendiri. Latihan dan kemahiran sering dikaitkan dalam pelaksanaan sesuatu program.
Seramai 15 orang guru termasuk penolong kanan pendidikan khas yang ditemu bual, 13 daripadanya mengakui
bahawa mereka tidak cukup latihan dalam penyediaan RPI.

Semasa di universiti, RPI hanya diberitahu sepintas lalu sahaja dalam bentuk
teori dan semasa praktikum selama 3 bulan kami ada didedahkan dengan RPI
tetapi tidak menjurus kepada pelaksanaan RPI. Bergantung pada sekolah tempat
kita melaksanakan praktikum. Memang latihan tidak mencukupi untuk
melaksanakan RPI di sekolah.

(Guru Pendidikan Khas)

Kemahiran guru dalam RPI ialah merujuk kepada penyediaan dan penulisan serta pelaksanaan RPI. Guru
menghadapi masalah dalam menentukan objektif khusus pelajar kerana kekurangan data atau maklumat tentang
pelajar berkenaan. Oleh itu guru sukar untuk memilih strategi pengajaran yang sesuai. Oleh sebab tidak ada
format khusus yang harus diikut, maka ianya mendatangkan masalah kepada guru menyediakan format
dokumentasian RPI. Dapatan ini selari dengan dokumen yang dianalisa iaitu borang individu pelajar
mempamerkan kekurangan kemahiran guru untuk memilih pendekatan atau strategi pengajaran yang sesuai. Selain
itu objektif yang dinyatakan tidak bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Keadaan ini berlaku apabila penempatan
pelajar tidak mengikut penilaian dan penaksiran yang tepat. Menurut Zalizan (2009) golongan berkeperluan khas
yang layak mengikuti program pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia perlu melalui prosedur
kemasukan yang telah ditetapkan. Oleh itu tidak dapat menerima kurikulum yang sedia ada dan guru kurang
berkemahiran untuk mengendalikan pelajar berkenaan.

Isu tidak mendapat latihan yang cukup dan merupakan cabaran bagi seseorang guru pendidikan khas untuk
menyediakan RPI di sekolah. Latihan yang diperoleh semasa di universiti tidak mencukupi dan tidak
menggambarkan keadaan sebenar. Menurut Johns et. al (2002), RPI yang tidak dibina dengan baik tidak akan dapat
dijalankan dengan berkesan dan guru perlu mengikuti latihan yang berterusan bagi membina RPI yang berkesan.

9
Kekurangan latihan dan pengetahuan bukan sahaja berlaku dalam kalangan guru baru tetapi juga berlaku dalam
kalangan guru veteran yang bukan opsyen pendidikan khas semasa di peringkat sarjana muda. Kemungkinan
ketiadaan akta atau peraturan mewajibkan penyediaan RPI di sekolah menyebabkan guru-guru kurang mengambil
berat tentang RPI. Berbeza di negara Amerika Syarikat RPI termaktub dalam Akta Pendidikan Persekutuan
di bawah Undang-Undang Awam 94-142. Undang-undang ini menetapkan setiap murid khas perlu
mempunyai program pendidikan individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang merangkumi
penilaian murid, matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang digunakan dan jangka masa
pelaksanaan.

Kurang penglibatan ibu bapa dan pentadbir sekolah dalam proses penyediaan RPI

Tema ini memperihalkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses penyediaan RPI. Penglibatan ibu
bapa dibincangkan dengan panjang lebar sebagai tempat penyaluran maklumat dan perkongsian idea untuk
penyediaan RPI berdasarkan dapatan di bawah :

Jadual 6.2 : Maklum balas guru terhadap soalan cabaran yang dihadapi dalam proses penyediaan RPI di sekolah

BIL SUB TEMA JAWAPAN JUMLAH PERATUS %


1 Sikap ibu bapa yang sambil lewa dan 12/15 80
pihak tertentu
2 Pihak Pengurusan tidak mengambil 4/15 27
tahu khasnya tentang pemantauan
3 Sukar mengenal pasti masalah 1/15 7
specific pelajar
4 Kekangan masa oleh guru 3/15 20
5 Kurang latihan dan pengetahuan guru 5/15 33
6 Kurang maklumat yang tepat 2/15 13
7 Kesukaran pelaksanaan (Tidak 2/15 13
mengajar pelajar tersebut)
8 Sikap guru 1/15 7
9 Kurang Kemahiran ibu bapa 1/15 7
10 Murid tidak konsisten dari segi 1/15 7
pemikiran dan markah penilaian

Berdasarkan dapatan di atas, cabaran utama guru pendidikan khas dalam proses penyediaan RPI ialah penglibatan
ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah. Apabila ditanya kepada guru-guru pendidikan khas tentang apakah cabaran
yang dihadapi dalam proses penyediaan RPI di sekolah? Kebanyakan guru memberikan reaksi seperti berikut :

Kurang kerjasama dari ibu bapa, pihak pentadbir pun mungkin tidak tahu
kewujudan RPI, kalau mesyuarat tu jaranglah pengetua atau pk turun cuma pk
pendidikan khas jak lah yang mengendalikannya. Mungkin mereka sibuk
urusan pentadbiran.

Guru Pendidikan Khas

Seramai tiga orang ibu bapa telah ditemu bual berkaitan dengan penglibatan mereka dalam pelaksanaan RPI di
sekolah. Hasil temu bual tersebut mendapati beberapa sebab mengapa ibu bapa kurang memberi kerjasama.
Pertama, kerana ibu bapa kurang kemahiran dan pengetahuan tentang RPI. Kehadiran mereka dalam mesyuarat
seolah-olah tidak memberi makna dan ramai bersifat pasif. Kekurangan pengetahuan dengan ketidakupayaan
pelajar mungkin menyumbang kepada kekurangan penyertaan dalam kalangan ibu bapa. (Fish, 2006; Fitzgerald &
Watkins, 2006). Mesyuarat RPI mungkin melibatkan ramai ibu bapa dan mereka merasakan mereka kekurangan
pengetahuan untuk turut membuat keputusan pendidikan dan mungkin boleh menjejaskan pelajar di sekolah
(Friend & Cook 2010). Oleh itu, mereka menyerahkan kepada pihak sekolah sepenuhnya kerana mereka
beranggapan pihak sekolah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Ramai ibu bapa
menganggap matlamat dan penguatkuasaan RPI adalah tanggungjawab sekolah (Cohen 2009).

10
Jadual 6.3 : Maklum balas guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam proses penyediaan RPI di sekolah

BIL MAKLUM BALAS JUMLAH PERATUS %

1 Kurang Penglibatan ibu bapa 11/15 73

2 Memainkan peranan penting 1/15 7

3 Aktif 1/15 7

4 Memberi kerjasama 1/15 7

5 Tidak proaktif 1/15 7

6 Hadir mesyuarat tapi sebagai pendengar 1/15 7


sahaja

Sebab yang kedua ialah ibu bapa merasakan diri mereka tidak diperlukan dalam pelaksanaan RPI kerana dalam
mesyuarat perbincangan banyak berlegar tentang kurikulum yang sukar difahami oleh ibu bapa. Perbincangan
dalam mesyuarat juga mengambil masa yang agak panjang. Oleh itu mereka beranggapan , mereka tidak perlu
hadir dalam mesyuarat tersebut kerana seolah-olah mesyuarat tersebut tidak banyak melibatkan pandangan ibu
bapa. Seseorang ahli kumpulan RPI boleh tidak hadir dalam mesyuarat jika ibu bapa pelajar bersetuju bahawa
kehadirannya mungkin tidak diperlukan berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat. (Friend & Cook 2010).

Saya pun tidak berapa tau itu RPI, tapi memang kami ada dipanggil mesyuarat
untuk kebajikan dan tentang anak-anak kami. Macam sia-sia saja kami datang
kerana kami tidak berilmu dan tidak boleh menyumbang dalam mesyuarat itu.
Itulah ramai ibu bapa tidak datang. Kalau pasal elaun, ramailah yang datang.

Ibu pelajar pendidikan khas

Kekurangan penglibatan daripada ibu bapa menjadi cabaran kepada guru kerana data pelajar sukar diperoleh dan
boleh menyebabkan kesukaran guru untuk menentukan objektif khusus serta membuat strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk pelajar tersebut. Selain itu ibu bapa sepatutnya turut serta dalam pelaksanaan RPI setelah
penyediaan RPI dilakukan. Menurut model Epstein ( 2002), pembelajaran di rumah menjadi faktor penting untuk
pembinaan RPI yang berkesan. Ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak di rumah. Dapatan kajian ini adalah
selari dengan dapatan kajian yang lepas sebagai contohnya kajian oleh Stroggilos & Xanthacou (2006) menyatakan
bahawa tidak ada kes menunjukkan wujud kolaborasi antara ibu bapa di rumah dengan di sekolah.

Pihak pengurusan sekolah juga dikatakan kurang memberi perhatian terhadap penyediaan RPI. Menurut Penolong
Kanan Pendidikan Khas yang ditemu bual, keadaan ini timbul kerana kekangan masa oleh pihak pentadbir sekolah
dan pengetua telah memberi tanggungjawab tersebut kepada beliau untuk menyelia pelaksanaan RPI di sekolah
tersebut. Keseriusan pihak pengurusan sekolah boleh mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam proses
penyediaan RPI. Jika pihak pentadbir sekolah berusaha untuk menyedia RPI dan menuntut agar ibu bapa juga
terlibat sama, sekurang-kurangnya ibu bapa melihat autoriti pengetua dan bukan sekadar arahan penolong kanan
guru pendidikan khas. Oleh itu kurangnya penglibatan pihak pengurusan sekolah merupakan cabaran kepada guru
pendidikan.

Cadangan Penambahbaikan Penyediaan RPI

11
Jadual 6.4 : Tema-tema yang muncul dari persoalan kajian 2

Soalan Kajian Tema


Soalan Kajian 2 :
Apakah cadangan untuk menambah baik Tema 1 : Penglibatan ibu bapa dalam proses
penyediaan Rancangan Pendidikan Individu penyediaan RPI
(RPI) di sekolah Tema 2 : Pemantauan berterusan
Tema 3 : Kursus dan latihan

Kajian ini telah mengenal pasti tiga cadangan yang dominan untuk menambah baik proses penyediaan RPI di
sekolah iaitu i) Mendapat kerjasama daripada ibu bapa, ii) Pemantauan berterusan, dan iii) Mengadakan kursus.

Jadual 6.5 : Maklum balas guru terhadap cadangan penambahbaikan dalam proses penyediaan RPI di sekolah

BIL JAWAPAN JUMLAH PERATUS


1 Kerjasama yang lebih baik dari 10/15 67
ibu bapa / semua pihak
2 Penglibatan pengurusan yang 2/15 13
lebih baik
3 Pemantauan berterusan 4/15 27
4 Mesyuarat RPI 1/15 7
5 Pembentukan AJK RPI 1/15 7
6 Mengadakan kursus 3/15 20
7 Memberi contoh yang sama bagi 2/15 13
semua sekolah/penyelarasan

Kerjasama daripada ibu bapa

Berdasarkan jadual di atas, cadangan agar kerjasama yang lebih baik dari ibu bapa sangat diperlukan untuk
menambah baik penyediaan RPI. Kerjasama yang dimaksudkan ialah kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat serta
menghadiri perbincangan mengenai anak-anak mereka. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan cabaran
utama dalam kalangan guru pendidikan khas. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu memperbanyakkan program
bersama ibu bapa atau ahli komuniti yang lain supaya wujud konsep kolaborasi dalam proses penyediaan RPI di
sekolah. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti hari terbuka RPI,
mengadakan sesi ceramah tentang RPI. Aktiviti sebegini harus dilaksanakan pada waktu cuti agar semua ibu bapa
berpeluang menghadirinya. Penglibatan ibu bapa di rumah dan juga di sekolah mampu memotivasi dan
meningkatkan pencapaian akademik murid (Sheppard 2009).

Pemantauan berterusan

Sebanyak 27 % guru mencadangkan agar pemantauan diperkasakan oleh pentadbir di peringkat sekolah. Penilaian
RPI adalah penting untuk memastikan perancangan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dapat dilaksanakan
terhadap pelajar. Namun terdapat guru yang kurang kemahiran untuk melakukan penilaian yang mantap dan juga
sikap ambil mudah guru menggunakan instrumen penilaian yang kurang bersesuaian seperti menggunakan
instrumen yang sama bagi sekumpulan pelajar daripada pelbagai peringkat pencapaian dan bukan berasaskan RPI
masing-masing. Oleh kerana itu pentingnya penglibatan pentadbir sekolah dalam aspek pemantauan terhadap
penyediaan dan pelaksanaan RPI

12
Mengadakan kursus dan bengkel

Mengadakan kursus dan bengkel di peringkat dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru. Bengkel dan kursus
ini seharusnya berbentuk amali supaya guru-guru berpeluang mendapat pengalaman sebenar dalam membina RPI
dan bukan sekadar teori semata-mata.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk menterjemahkan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI). Di peringkat penyediaan RPI sudah begitu ketara cabaran yang dihadapi. Pelaksanaan RPI banyak
bergantung pada proses penyediaan RPI. Komunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat sangat penting untuk
menjayakan proses penyediaan RPI khasnya kepada ibu bapa pelajar. Kesediaan guru menyediakan RPI banyak
bergantung pada kerjasama ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah. Justeru itu, proses penyediaan RPI memerlukan
komitmen semua pihak agar RPI dapat dijalankan dengan berkesan oleh guru-guru pendidikan khas di sekolah.
Walau bagaimanapun, cadangan untuk menguatkuasakan akta atau undang-undang pelaksanaan RPI perlu untuk
menjadikan penyediaan RPI dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Rujukan

Clark, S. G. 2000. The IEP process as a tool for collaboration, Teaching Exceptional Children, 33(2),
56–66.

Cohen, M. 2009. A guide to special education Advocacy

Cook, et al. 2010. Interactions: Collaboration skills for school professionals, 6th ed. Upper Saddle
River, NJ: Pearson.

Burns, E. 2005. Writing and implementing individualized education programs

Epstein, J.L & Sheldon,S.B. 2002. Present and accounted for: Improving student attendance through
family, and community involment. Journal Of Educational Research, 95, 308-318.

Education: Why, How and by Whom? European Journal of Special Needs Education, 12(2), 127–136.

Emanuelson, I. & Persson, B. 1997. Who is Considered to be in Need of Special Education: Why, How and
by Whom? European Journal of Special Needs Education, 12(2), 127–136.

Fish, W, W. 2006. Perceptions of parents of students with autism towards the IEP meeting: A case
study of one family support group chapter. Education, 127(1), 56–68.

Fitzgerald, J. L., & Watkins, M. W. 2006. Parents’ rights in special education: The readability of
procedural safeguards. Exceptional Children, 72, 497–510.

Friend, M., & Cook, L. 2010. Interactions: Collaboration skills for school professionals, 6th ed. Upper
Saddle River, NJ: Pearson. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), 20U.S.C. §
1401 et seq. (1997)

Individual With Disabilities Education Act or 2004, PL, No ,108-46.

Isaksson, J., Lindqvist, R. & Bergström, E. 2007. School Problems or Individual Shortcomings? A
Study of Individual Educational Plans in Sweden European Journal of Special Needs
Education. University of Umeå, Sweden Vol. 22, No. 1, pp. 75–91.

Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Buku Panduan RPI Murid-murid Berkeperluan Khas, Kuala Lumpur.
Unit Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran, KPM

13
Johns, B.H., Crowly, P.C. & Guetzloe, E. 2002. Planning the IEP for Students with

Emotional and Behavioral Disorders.

.http://proquest.umi.com/pqdweb?index=38&sid=2&srchmode=1&vinst=PROD&fmt=3

&star [11 Januari 2004]

Kalin,J.,& Steh,B.2010. Advantages and conditions for effective teacher-parent cooperation. Procedia
Social and Behavioral Sciences 2: 4923-4927

Ketterlin-Geller,L,R.,Alonzo,J., Braun-Monegan,J.&Tindal,G. 2007. Recommendations for


accommodations: Impications of (in)consistency. Remedial and Special Education, 28(4), 194-
206.

Mohd Mokhtar Tahar, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Aliza Alias & Hasnah Toran. 2008. Antara
pengetahuan dan pelaksanaan guru dalam penaksiran rancangan pendidikan individu (RPI)
untuk murid bermasalah pembelajaran. International Conference on the Education of learner
Diversity, 2008,

Mohd Siraj Awang. 2000. Rancangan Pendidikan Individu : Satu Garis Panduan Perancangan
Mendidik Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Jurnal Tempawan,3,9-13.

Newman, L. 2005. Family expectations and involvement for youth with disabilities. National
Longitudinal Transition Study 2 Data Brief 4(2): 1–5.

Pekeliling Ikhtisas Bil/ 7/2004, Bagi Memastikan KeberkesananKkurikulum ini (Kurikulum Alternatif),
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Setiap Murid Hendaklah Disediakan. Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Sheppard, A. 2009. School attendance and attainment: poor attenders’ perceptions of schoolwork
and parental involvement in their education. British journal of Special Education 36 (2):104-
111

Stroggilos , V., & Xanthacou, Y. 2006 European Journal Of Special Need Education : Collaborative
IEPs For the education of pupils with profound and multiple learning difficulties : volume 21, no
3 pp 339-349

Weishaar, P. M. 2010. Twelve Ways to Incorporate Strengths-Based Planning into the IEP Process. The
Clearing House, 83: 207–210.

Zainal Abidin Nasir . 2010. Pandangan Guru Mengenai Keberkesanan Pelaksanaan RPI di Beberapa Buah
Sekolah Terpilih di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Penyelidikan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Darul Aman

Zalizan Mohd Jelas, 2009. Ke arah Pendidikan Inklusif. Fakulti Pendidikan UKM. Ampang Press Sdn Bhd

Zalizan Mohd Jelas, 2009 . Pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas: Konsep dan Amalan. Fakulti
Pendidikan UKM,

14

View publication stats

You might also like