You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA

KOTA SARANG SEMUT


06800 ALOR SETAR Tel. : 04-7695090
KEDAH DARUL AMAN. Fax : 04-7695090

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKKJ 700-5/11 ( )
Tarikh : 10 Januari 2020

TUAN HAJI ZAINUDDIN BIN MAT ZAKARIA,


PENGURUS WILAYAH,
PEJABAT PENGURUS WILAYAH IV,
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA,
06800 KOTA SARANG SEMUT,
KEDAH DARUL AMAN.

(u/p: Bahagian Tempahan Dewan)

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN DEWAN UNTUK MAJLIS JAYA WARIS TAHUN 6

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kampong Jawa dan SK Sri Mahawangsa akan


mengadakan Majlis Jaya Waris Tahun 6. Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan
berikut:-

Tarikh : 16 Februari 2020 (Ahad)


Masa : 2.00 – 4.00 petang

3. Oleh itu, kami ingin memohon menggunakan dewan bagi menjayakan majlis tersebut.
Majlis ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada waris dan berbincang tentang program
yang akan diadakan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZLAN BIN SAAD)


Guru Besar
SK Kampong Jawa

SK Kampong Jawa, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, KEDAH D.A. TEL : 04-7695090
Email : kba2073.ppdkotasetar@gmail.com

You might also like