You are on page 1of 29

1 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 Pendahuluan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai
hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar
berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu
normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka
tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai
kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi
pencapaian pelajar yang normal (Lokman, 2009).
Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan
inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada
perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku
Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid
berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan
belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.
Manakala Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran
yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar
biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan
diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak
individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid
kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2. Sejarah Pendidikan Inklusif


Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah, 2006).
Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di
Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat
2 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu
kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan
menitik beratkan aspek-aspek berikut:
a) Intelek
b) Rohani
c) Jasmani
d) Emosi
e) Sosial
f) Bakat
g) Nilai-nilai moral
h) Estetika

(Mohd Najib, 2006)

3. Apa Itu Pendidikan Inklusif?

Pendidikan inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan Yang
sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran
bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

Abraham, morris and wald (1993):


“one in which children with and without disabilities learn and play together”.

Bowe (1995):
“an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are
placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”.

3.1 Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana


Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam
konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan
3 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Terdapat juga pelbagai kategori KBK dalam
setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran
perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :
i. fizikal (cacat anggota)
ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)
iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)
iv. penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya
yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak
ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila
mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat
setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010).

3.2 Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Malaysia


Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan
untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan
(KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan
melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap
kementerian adalah seperti berikut;
a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.
b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik
2. Intervensi awal
c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal
2. Intervensi awal
d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua
kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal
mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi
4 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia
dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako
Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan
bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai
kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-
kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010).

4. Keperluan Pendidikan Inklusif

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi
keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama
memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut
diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan
dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut,
pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa
pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem
pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan
berkualiti dan keperluan sosial.

4.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi


Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab
terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu
berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled)
adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran
(Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan
kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran
yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi
kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi.
5 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia
adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan
negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip
Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama
menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu
keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori
pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam
aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

4.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti


Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai
taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan
etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem
pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa
panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini
kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan
khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana
pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan
khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat
yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan
persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila
mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan
sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat-pusat biasa untuk memudahkan
akses pendidikan kepada golongan berkeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan
banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan
kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara
kita.
6 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

4.3 Keperluan Sosial


Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat.
Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang
upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan
khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk
menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk
mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini
kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan
persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif
membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri
serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

5.0  Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar  berkeperluan khas yang berada di
program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

-Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana


-Bersosialisasi
-Menduduki peperiksaan awam

6.0 Konsep dan Dasar Pendidikan Inklusif

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:


i.              Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan
ii.            Agen Yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.
iii.           Semua Kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.
iv.           Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”.
7 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

7.0 Objektif  Pendidikan Inklusif.

i.         Membolehkan Pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.
ii.         Menempatkan Pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal
mengikut kesesuaian pendidikan  untuknya.
iii.        Membolehkan Pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum sejak  dari awal.
iv.        Membuktikan Bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan rakan-rakan yang normal.
v.         Membolehkan Mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.
vi.        Mendapat Perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

8.0 Penekanan Dalam Pendidikan Inklusif

i.         Pemupukan Budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar.
ii.         Penerapan Nilai-nilai murni.
iii.        Pendidikan Teknik dan vokesional spt pelajaran kemahiran hidup dan pelajaran
reka cipta.
iv.        Pendidikan Sains teknologi serta penguasaan bahasa lain.
v.         Pemupukan Budaya niaga & keusahawanan.
vi.        Menanam Semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.
vii.       Pengetahuan Dan kemahiran dalam bidang komputer.

9.0 Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

i.         Fleksibel Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian


kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.
ii.         Berasaskan Kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke
kompleks.
8 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

iii.        Galakan Kemahiran komunikasi dan interaksi.


iv.        Melibatkan Pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya
tahan. Sediakan aktiviti p&p yg menarik.
v.         Berikan Penekanan kepada kurikulum bersepadu.
vi.        Waktu Bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph
adalah sama.
vii.       Murid berkeperluan Khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .
viii.      Guru Pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
ix.        Pelajar Berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di
program pendidikan inklusif.
x.        Penilaian:
-penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian
formatif dan sumatif dari aspek:
-Tingkah laku
-Sosial
-Akademik
-pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di
program pendidikan inklusif.
-pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan
kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

10.0 Bentuk Pendidikan Inklusif

10.1    Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa


Pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.
Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping)
sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi  pembelajaran atau tingkahlaku.
Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam
9 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

10.2  Pendidikan Separa Inklusif


Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.
Senarai nama pelajar pada daftar program pendidikan khas.
Guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.
Program pendidikan inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada
laporan prestas atau rpi oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

11.0 Model-model Pendidikan Inklusif

1. Model A –penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan
strategi p&p.
2. Model B – penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan guru pendidikan khas.
3. Model C – penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/bilikresos/ pusat sumber.
4. Model D –penempatan di sekolah khas (baseschool) dan kelas“satellite” di sekolah biasa.
(OctopusModel)
5. Model E– penempatan sepenuhmasa di sekolah pendidikan khas.
6. Model F– penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

11.0 Kebaikan Pendidikan Inklusif


1.     Memberi Peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2.     Dapat Berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3.     Pelajar Aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.
4.     Semua Pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.
5.     Meningkatkan Kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
6.     Penglibatan Ibu bapa dalam komuniti sekolah.
7.     Memungkinkan Pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat.
8.     Menyediakan Lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan
10 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

memperolehi peluang pekerjaan.

12.0 Kelemahan Pendidikan Inklusif

i.         Kurangnya Tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.


ii.        Guru  mata Pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada
pelajar  pendidikan khas.
iii.     Pelabelan Terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran
perdana.
iv.        Sikap Guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.
v.        Kurangnya Komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.
vi.    Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas inklusif.
vii.     Kurang Penyeliaan dari pihak pentadbiran.
viii.     Kurang Kerjasama dari ibu bapa.
ix.    Jurang Yang besar dalam kurikulum .
11 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

AKTIVITI 1

1.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


 Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )
 Bermasalah penglihatan ( visual impairment )
 Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )
 Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )
 Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders & emotional disturbance )
 Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )
 Pintar cerdas ( gifted and talented )
 Bermasalah fizikal ( physical disabilities )
 Bermasalah kesihatan ( health impairment )
 Masalah bergabung ( multiple problem )

Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada
kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut
dalam kemahiran-kemahiran pengembangan  ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak
pendekatan tradisi yang menekankan  kecacatan dan ketidakbolehan  ( medical deficit model ). Penguasaan
dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan
seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif,
perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran
matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan,
kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.
12 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

2.0 JENIS INSTRUMEN IDENTIFIKASI AWAL MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN

i. Ujian Saringan
ii. Ujian Diagnostik

2.1 DEFINISI UJIAN SARINGAN


Satu instrumen pengukuran yang menyeluruh bagi membantu mengesan murid yang lemah.
Mengasing dan menentukan kumpulan murid.
Ujian formal atau tidak formal Secara individu atau berkumpulan.

KANDUNGAN UJIAN SARINGAN


1. Bahasa
-lisan
-bacaan
-penulisan
-pengamatan (penglihatan, pendengaran, dan sensori motor)

2. Matematik
-operasi-operasi asas
-penyelesaian masalah harian

3. Kaedah Pengesanan
>Pemerhatian
-Memperolehi maklumat mengesan kelemahan murid.
contoh: Susah mengenal huruf atau perkataan. hiperaktif- tidak boleh duduk diam.

4. Pentafsiran Rekod Prestasi


-Dokumen berbentuk senarai semak iaitu satu set kemahiran-kemahiran kecil.
13 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

5. Pentafsiran Rekod Profil


-Menggambarkan pencapaian murid secara keseluruhan.
-Disediakan pada setiap hujung bulan.
-Pencapaian dicatatkan dalam bentuk gred.

6. Ujian Kertas dan Pensel


-Berbentuk objektif dan subjektif.
-Memberi gambaran pencapaian murid dalam Bahasa dan Matematik.

7. Latihan Harian
-Berbentuk lisan atau bertulis.
-Dijalankan dari semasa ke semasa.
-Menguji kefahaman murid tentang tajuk diajar.
-Lazimnya dalam bentuk lembaran kerja.

8. Soaljawab / Kuiz
-Dijalankan untuk memberi petunjuk tentang kefahaman murid dalam topik yang telah
disampaikan.

9. Ujian Fizikal
-Merupakan temubual dengan guru kelas, ibubapa dan guru besar.
-Mendapatkan maklumat secara langsung atau tidak langsung tentang pencapaian murid.

10. Ujian Pendengaran dan Penglihatan


-Menggunakan alat jangka audio (audiometer) bagi mengesan kesukaran pendengaran
di kalangan murid.
-Menggunakan Keystone Telebinocular bagi mengesan berbagai kecacatan mata.
-Carta Snellen untuk menguji masalah penglihatan murid melihat dari jarak dekat.
14 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

2.2 DEFINISI UJIAN DIAGNOSTIK


Merupakan satu ujian formatif.
Data-data yang diperolehi menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid.
Membantu guru mengenalpasti punca kegagalan menguasai sesuatu kemahiran.
Analisa keputusan membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan secara
tepat dan sistematik.

Kandungan Ujian Diagnostik


1. Bahasa
-lisan
-bacaan
-penulisan
-pengamatan (penglihatan, pendengaran, dan sensori motor)

2. Kaedah Perlaksanaan
-Dilaksanakan setelah guru mengenalpasti murid yang dipilih melalui ujian saringan.
-Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu.
-Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil.
-Ujian disediakan mengikut urutan kognitif daripada rendah kepada lebih tinggi
(pengetahuan, pemahaman, aplikasi).
-Ujian ini dimulakan dengan ujian lisan serta diikuti dengan ujian bertulis.
-Ujian ini diberhentikan sekiranya seseorang murid gagal menjawab dengan betul
dalam tiga kemahiran yang berturut-turut.
-Setiap jawapan murid direkodkan ke dalam borang rekod ujian diagnostik.

3. Keputusan Ujian Diagnostik Keputusan


-ujian diagnostik akan menentukan tahap kebolehan dan kelemahan murid dalam
sesuatu kemahiran.
-Murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dikumpulkan dalam satu kumpulan
kecil untuk membolehkan guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih sesuai.
15 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

-Keputusan ujian diagnostik juga membolehkan guru merancang rancangan


pengajaran individu.

4. Kaedah-kaedah Lain Pengagihan Murid


-Mengikut kemahiran yang hendak diajar Contoh: dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
(Jahitan atau Masakan).
-Mengikut jantina. Contoh: dalam Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Kemahiran
Hidup.
-Mengikut minat murid.

Contoh UJIAN SARINGAN


Contoh 1
Kemahiran 1 : Melakukan arahan mudah
Arahan : Ikut arahan guru.
-Berdiri atau duduk
-Buka mulut awak
-Angkat tangan awak
-Tunjuk tiga jari
-Pegang telinga awak

Contoh 2
Kemahiran 7 : Perkataan KVK
Arahan : Baca perkataan di bawah.
-Ini kucing.
-Ini kucing Ani.
-Nama kucing ini Pintar.
-Pintar kuat makan.
-Ani beri Pintar makan ikan.
-Warna bulu Pintar putih dan hitam.
16 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh 3 :
Kemahiran 13 : Bacaan dan kefahaman
Arahan guru : Baca cerita bergambar ini dan jawab soalan berikut.

-Soalan Pemahaman (Lisan) Ini gambar apa?


-Ini kucing siapa?
-Apa nama kucing ini?
-Ani beri kucing ini makan apa?
-Apa warna bulu Pintar?

Contoh UJIAN DIAGNOSTIK


Contoh 1 (Lisan)
Kemahiran 5 : Sukukata KV Arahan :
5.1 Tunjuk sukukata yang guru sebut.
5.2 Sebut sukukata yang guru sebut.

Contoh 2 (Praktik )
Kemahiran 3 : Huruf vokal Arahan guru :
Suaikan huruf awal dengan gambar yang sesuai.

Contoh 3 (Bertulis )
Kemahiran 12 : Menulis perkataan dan sukukata KVK +KV Arahn guru :
Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar di bawah ini.
__ __ __ pu __ __ __ ci __ __ __ pu __ __ __ di __ __ __ __ __
17 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

3.0 Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas


3.1 Kaedah Dan Teknik Mengajar
 Pengajaran secara kumpulan
 Berasaskan strategi berpusat pada murid
 Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
 Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan
b) guru rancang P&P secara berperingkat
 Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian
 Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
 Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan
 Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan

Kumpulan pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kecenderungan.
Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek dan ujikaji.
Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat.

Pengajaran secara individu


 Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid sahaja
 Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi mereka
dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta seimbang

Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu


 Kebolehan dan pengalaman sedia ada
 Punca masalah yang dihadapinya
 Strategi dan teknik mengajar
 Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar
 Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan
18 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

 Aktiviti pengukuhan dan penilaian


 Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi


PENDEKATAN
Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada
objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap
benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).
Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan
sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.
Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;
 konkrit ke abstrak
 mudah ke kompleks
 keseluruhan ke sebahagian
 umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar
Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah
yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor
pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi,
kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.Pendekatan
pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

KAEDAH
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai
objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).
19 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Jenis kaedah
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional
 Tugasan membaca buku teks
 Kuliah
 Mengucap dengan kuat
 Tumpuan kepada perbendaharaan
 Laporan secara lisan oleh murid
 Mengkaji semula(riview)
 Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)


Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :
 P1- Kenal pasti masalah
 P2- Rancang penyelesaian
 P3- Kumpul maklumat
 P4- Buat tafsiran
 P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan
 perbincangan kumpulan
 kuliah perbincangan
 kerja jawatankuasa
 main peranan
 Sesi Buzz
 Sumbangsaran
 Wawancara
 Konferen
20 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

4. Kaedah penyelesaian masalah


 Projek
 Tinjauan
 Penyelidikan atau penjelajahan
 Tunjukcara atau demonstrasi
 Kelab kesihatan
 Lawatan
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan
memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan
masalah mengikut langkah berikut.
1. Menganalisis dan memahami masalah
2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.
4. Membentuk jawapan yang mungkin.
5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.
6. Pilih penyelesaian yang sesuai.
7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan
 Menggalakkan interaksi antara pelajar
 memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi
 menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.
Kelemahan
 Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru
 Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab
atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati
pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif
Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara
beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif
21 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan
aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan
berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan
oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai
dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan,
eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif
Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah
 murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu
sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan
 murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan
bergantung secara positif.
 murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan
bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
 murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha
untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang
diberikan.
 Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi
galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan
kumpulan berfungsi dengan efektif.
 Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian
matlamat.

TEKNIK
Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,
latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan
pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;
22 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

 Umur
 Kebolehan
 Kecerdasan
 Minat

Teknik simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara
menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian
untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru
menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya
dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah
yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan


Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu
situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat
gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh
dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi


Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-
ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh
dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan
kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara
melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain
memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan
cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas
dan berkesan.
23 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat
kelengkapan yang diperlukan.Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model
simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut
teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga
dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran
dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran
dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu
 topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
 kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
 pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti
berjalan lancar
 setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
 semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
 cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas


Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya
apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran
yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran
mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-caramemegang kayu;
iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

STRATEGI
Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif
jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ;
 Kebijaksanaan memilih pendekatan
 Kecekapan merancang kaedah dan teknik
 Berdasarkan objektifnya
24 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat
kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang
dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di
bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.
Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna
pakai sebagai panduan :
 Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang
berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.
 Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.
 Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan
kebolehan dan kemahiran intelek.
 Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu
 Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk
SMART iaitu menekankan perkara berikut;
o Kemahiran yang khusus
o Boleh diukur
o Boleh dicapai
o Munasabah
o Masa mencukupi
 Dedahkan hanya satu kemahiran baharu sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi
satu sesi pengajaran.
 Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.
 Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.
 Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil
bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.
 Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya
perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.
 Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi
murid atau perangsang.
25 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

 Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;


P1- Penerangan (semasa, maklum balas)
P2- Praktik (pengelolaan)
P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)
P4- Permainan atau pertandingan
P5- Penyeliaan atau pembetulan
 Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.
 Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat
oleh murid-murid.
 Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan
perhatian.
 Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran
pembelajaran.

4.0 Keperluan Fizikal dan Sokongan Infrastruktur


Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran
sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum
kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar pendidikan khas. Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-
pelajar pendidikan khas boleh dilatih untuk berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka.
Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung
dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang
mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.
Selain ketiadaan bilik darjah yang benar-benar sesuai dengan ketidakupayaan para pelajar
pendidikan khas, bilik-bilik lain yang digunakan untuk membantu perkembangan dan pengurusan diri juga
tidak disediakan, seperti bilik untuk mata pelajaran pengurusan diri, bilik akses kendiri, bilik pendidikan
moral dan sebagainya. Analisis data juga menunjukkan kedudukan tandas bagi pelajar-pelajar pendidikan
khas tidak bersesuaian dengan keadaannya yang jauh dari bilik darjah, sinki terlalu tinggi dan juga tiada
laluan berkerusi roda khusus bagi mereka yang kurang upaya. Dari segi Bahan Bantu Mengajar (BBM)
pula, responden menyatakan bahawa ianya masih tidak mencukupi terutama sekali yang berbentuk bahan
ICT terkini. Penggunaan BBM merupakan satu cara untuk meningkatkan kejayaan dan pencapaian bagi
26 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

pelajar-pelajar pendidikan khas, kerana tanpa bahan-bahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan
kurang efektif dan kualiti akademik akan menurun.
Sejajar dengan dunia yang serba canggih ini, ICT merupakan salah satu alat bantu mengajar yang
menjadi keperluan bagi setiap sekolah. Sebagai contoh di dalam kajian Campbell, Milbourne, Dugan dan
Wilcox (2006), kanak-kanak dilatih untuk menggunakan alat bantu komunikasi suara selari dengan konteks
kanak-kanak khas pra sekolah semasa di dalam bilik darjah. Infrastruktur multimedia juga memainkan
peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar pendidikan khas ini mempunyai minat
yang sama seperti pelajar biasa dimana mereka mudah tertarik dengan bahan-bahan pembelajaran yang
bersifat interaktif. Campbell et al. (2006) juga menyatakan bahawa, perisian komputer memberikan
kemahiran mempelajari program yang mencakupi pelbagai aspek.
Pelajar-pelajar yang menggunakan perisian mesra pendidikan khas akan dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan komputer. Perbandingan dapat dibuat di antara pengajaran menggunakan perisian berasaskan program
komputer dan juga pengajaran pertuturan secara tradisional, di mana kanak-kanak didapati lebih mudah mempelajari
suku kata dengan mengikuti arahan berpandukan penyampaian menggunakan komputer (O'Connor & Schery, 1986).
Ini dipersetujui oleh Elder-Hinshaw, Manset-Williamson, Nelson dan Dunn (2006), yang menyatakan kemudahan
multimedia memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses pelbagai teknologi bagi mengembangkan dan
menyampaikan sesebuah projek dan juga dapat menggabungkan media lain seperti pengimbasan teks, gambar, video
dan juga internet.
Aspek keselamatan adalah penting kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka perlu sentiasa diberi
perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras bawah dan berdekatan dengan tandas khas. Menurut
Goldsmith dan Goldsmith (1998), kanak-kanak yang berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal
bagi menerima pelajaran. Justeru itu, ia penting untuk mewujudkan kesinambungan dalam persekitaran bagi
membolehkan kanak-kanak khas memberi makna terhadap dunia sekitar mereka dan membentuk konsep tempat
mereka.
Penyediaan peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata perlu diadakan termasuk untuk
pelajar berkeperluan khas bagi membolehkan mereka berdikari dan memperkembangkan potensi masing-masing.
Bilik darjah juga sepatutnya tidak perlu diasingkan berjauhan dengan bilik darjah pelajar normal kerana pergaulan di
antara mereka akan terbatas dan pengasingan ini juga akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan diri pelajar-
pelajar berkeperluan khas. Selain itu, pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru
memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan.
27 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Kesimpualan

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap
itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu
memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur
dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam
kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.
Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali
daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu
bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan
individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program
yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem
pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan
Malaysia dipersada dunia.
28 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

RUJUKAN

Campbell, P. H., Milbourne, S., Dugan, L. M., & Wilcox, M. J. (2006). A review of evidence on practices
for teaching young children to use assistive technology devices. Topics in Early Childhood
Special Education, 26(1), 3–13.

Elder-Hinshaw, R., Manset-Williamson, G., Nelson, J. M., & Dunn, M. W. (2006). Engaging older
students
with reading disabilities: Multimedia inquiry projects supported by reading assistive technology.
Teaching Exceptional Children. 39(1), 6–11.

Eleweke, C. J. (2002). A review of issues in deaf education under Nigeria's 6-3-3-4 Education System.
Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7(1) , 74–82.

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district
and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Goldsmith, J., & Goldsmith, L. (1998). Physical management. In Lacey, P. (Ed.), People with profound
and
multiple learning disabilities: A collaborative approach to meeting complex needs (pp. 15–28).
London: David Fulton Publishers.

O'Connor, L., & Schery, T. (1986). A comparison of microcomputer-aided and traditional language therapy
for developing communication skills in non-oral toddlers. The Journal of Speech and Hearing
Disorders, 51, 356–361.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak
Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan
Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan
29 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor
Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like