You are on page 1of 14

Zakiah binti Md Yusof, 811121065222

LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)


Dalam Negara

NAMA : ZAKIAH BINTI MD YUSOF


NO. KAD PENGENALAN : 811121065222

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :

SATU KAJIAN :
IMPAK AKTIVITI BERENANG TERHADAP PENINGKATAN DAYA TUMPUAN
KANAK-KANAK ‘ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER’ (ADHD)

Bil Institut Pengajian Tinggi yang Dipilih Nama Kursus / Program

1 Universiti Pendidikan Sultan Idris Sarjana Kejurulatihan Sukan


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

PROGRAM HLP PERINGKAT SARJANA SESI 2020

1.1 Pengenalan

Apakah anggapan seseorang jika melihat kanak-kanak yang terlalu aktif malahan seperti

tidak mempedulikan orang sekeliling. Walaupun ditegur berkali-kali oleh ibu bapa tetapi mereka

masih tidak memberikan respon dan terus bermain seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Kanak-kanak ini dilihat tidak boleh duduk diam walaupun seketika. Ramai yang menyalahkan ibu

bapa yang tidak pandai mengawal anak mereka. Namun, masalah ini sebenarnya bukan berpunca

daripada ibu bapa yang tidak pandai mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut tetapi disebalik

kenakalan itu berkemungkinan masalah ini disebabkan oleh simptom ADHD iaitu ‘ ‘Attention

Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ‘Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif’.

Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),

Dr Subash Kumar Pillai, ADHD hanya boleh dikesan seawal 6 – 9 tahun. ADHD sukar dikesan

dan tidak mudah didiagnosis lebih awal disebabkan tiada simpton-simpton jelas yang boleh dilihat

kerana kanak-kanak dari bayi sehingga umur lima tahun sememangnya lasak dan nakal serta

sentiasa suka mencuba sesuatu yang baharu malahan sukar mengikut arahan. Namun begitu, pada

usia enam tahun dan ke atas perbezaan dapat dilihat antara kanak-kanak nakal dan kanak-kanak

ADHD. Pada usia ini kanak-kanak nakal boleh mendengar dan mengikuti arahan dengan baik

tetapi berbeza dengan kanak-kanak ADHD yang sukar menerima arahan dan akan melakukan

kesalahan dan kesilapan yang sama berulang kali.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III 2006 melalui laman web

www.jomlayan.com mendapati 3.43 peratus atau 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

ADHD. Kanak-kanak lelaki tiga kali lebih cenderung mengalami ADHD berbanding kanak-kanak

perempuan. Sekiranya tidak diberi rawatan awal, 60 peratus individu ini akan membesar sebagai

orang dewasa yang mempunyai masalah ADHD dan keadaan ini membimbangkan kerana ADHD

dewasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara di luar kawalan. Oleh yang demikian, ibu

bapa bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD perlu membawa anak berjumpa doktor

pakar supaya tingkah laku ini tidak terbawa sehingga dewasa. Ibu bapa perlu memainkan peranan

penting dalam membantu kanak-kanak ADHD untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Aktiviti sukan adalah salah satu terapi yang dicadangkan bagi membantu kanak-kanak

ADHD lebih fokus terutamanya sukan individu seperti larian dan berenang. Sukan ini dapat

meningkatkan daya tumpuan serta membina keyakinan kanak-kanak ADHD. Malahan menurut

beberapa kajian, 10 peratus atlet mengalami ADHD ketika kanak-kanak. Antaranya ialah jaguh

renang dunia, Michael Phelps yang memenangi 23 pingat emas Sukan Olimpik dan Kejohanan

Dunia. Gimnas Amerika Syarikat Simone Biles yang telah memenangi 19 emas dalam Kejohanan

Olimpik dan Kejohanan Dunia. Tidak lupa juga pemain bola sepak Amerika Syarikat, hero Piala

Dunia Tim Howard yang berjaya menyelamatkan 16 percubaan berbahaya menentang Belgium.

Ketiga-tiga atlet ini didiagnosis mengalami ADHD ketika kanak-kanak. Penglibatan dalam sukan

telah mengubah kehidupan mereka dan menjadikan mereka seseorang yang terbaik dalam bidang

masing-masing. Sehubungan itu, kajian ini berfokus kepada impak sukan renang terhadap

peningkatan daya tumpuan kanak-kanak ADHD. Hasil kajian ini diharap menjadi penanda aras

kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambahbaik kurikulum bagi murid-murid

yang mengalami masalah pembelajaran ADHD dan meningkatkan penglibatan murid-murid

ADHD dalam kegiatan sukan terutama sukan renang.


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

1.2 Pernyataan Masalah

Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya telah merangka program dan pelan

khusus pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak ADHD di peringkat rendah dan

menengah. Kanak-kanak ADHD tidak boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama

kanak-kanak seusia yang lain walaupun jika dilihat sekali imbas, kanak-kanak ADHD ini sama

sahaja dengan kanak-kanak normal.

Kanak-kanak ADHD ditempatkan dalam program Khas Masalah pembelajaran (PKPB)

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi peringkat Sekolah Rendah pelaksanaan ini

berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

(KSSRPK). KSSRPK bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid yang

mempunyai masalah pembelajaran selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sukatan

pelajaran KSSRPK ini merangkumi 4 komponen iaitu :

i) Bidang pengurusan kehidupan

ii) Bidang akademik berfungsi

iii) Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni

iv) Bidang sosial, riadah dan kreativiti

Namun begitu, KSSRPK ini menyeluruh untuk semua jenis masalah pembelajaran. Bagi

kanak-kanak ADHD yang mengalami masalah kurang daya tumpuan, berkemungkinan kanak-

kanak ADHD tidak mendapat impak yang terbaik dari KSSRPK. Hal ini kerana perkara utama

yang perlu di beri perhatian untuk kanak-kanak ADHD ialah meningkatkan daya tumpuan mereka

terlebih dahulu. Sekiranya kajian ini berhasil, aktiviti berenang boleh diterapkan dalam komponen

bidang sosial, riadah dan kreativiti supaya dapat membantu kanak-kanak ADHD meningkatkan
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

daya tumpuan dan sekaligus membantu kanak-kanak ADHD untuk mempelajari bidang-bidang

lain dengan lebih baik.

1.3 Latar Belakang Kajian

Melalui portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, 4.3 % kanak-kanak

antara umur 4-15 tahun mempunyai ciri-ciri ADHD. Kajian menunjukkan kanak-kanak ADHD

mempunyai masalah kurang daya tumpuan, hiperaktif, impulsif dalam aktiviti yang tidak

berstruktur (Verret. C et al., 2010). Oleh itu, aktiviti berstruktur mungkin boleh membantu

meningkatkan kapasiti otot, skil motor, pengurusan tingkah laku serta keupayaan untuk

memproses maklumat. Antara aktiviti berstruktur ialah aktiviti individu yang melibatkan fizikal

seperti aktiviti berenang. Aktiviti berstruktur ini perlu diaksanakan secara konsisten bagi

menghasilkan impak yang positif.

Pakar psikologi Mark Stein, Ph. D, Pengarah Klinik PEARL (Program untuk meningkatkan

perhatian dan pembelajaran) menyatakan, aktiviti fizikal perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya

3-4 kali seminggu bagi membantu meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak ADHD. Aktiviti ini

juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak ini. Berenang dapat memberikan manfaat

melalui aktiviti gerakan berterusan berulang-ulang yang dapat menggunakan tenaga kanak-kanak

ADHD ke tahap optimum. Berenang juga memerlukan tahap disiplin yang tinggi yang sangat

bermanfaat bagi kanak-kanak ADHD supaya dapat mengawal tenaga yang mereka miliki. Kanak-

kanak ADHD mengalami masalah koordinasi, iaitu kesulitan untuk mengkoordinasikan urutan

gerakan atau pun melakukan lebih daripada satu gerakan dalam satu masa. Oleh itu, dengan
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

berenang kanak-kanak ADHD belajar untuk menggerakkan kaki serta tangan dan dalam masa yang

sama dapat meningkatkan koordinasi kanak-kanak ini.

Menurut Susan Meredith ( 2006 : 6) berenang adalah sesuatu yang sangat berharga untuk

diajarkan kepada kanak-kanak. Selain membantu kanak-kanak untuk lebih tenang, berenang juga

dapat merehatkan minda, menyeronokkan dan boleh dijadikan terapi .Berenang juga akan

meningkatkan fungsi otot, jantung dan paru-paru di samping menghilangkan stress kerana secara

psiokologinya berenang membantu menjadikan hati dan fikiran lebih relaks.

Walaupun terdapat kekangan untuk menjadikan aktiviti berenang sebagai salah satu

komponen bidang pengajaran KSSRPK seperti kekangan kewangan, tempat, dan masa, namun

begitu, pasti ada kaedah pelaksanaan yang dapat dibentuk bagi menerapkan sukan renang dalam

KSSRPK ini. Daripada hasil kajian ini, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh merangka kaedah

pelaksanaan yang bersesuaian supaya kanak-kanak ADHD mendapat manfaat dan secara langsung

membantu kanak-kanak ADHD membesar dengan lebih baik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk :

i. Mendedahkan ibu bapa dan guru pendidikan khas berkenaan impak aktiviti berenang

terhadap peningkatan daya tumpuan kanak-kanak ADHD.

ii. Mengenal pasti perubahan daya tumpuan kanak-kanak ADHD sebelum dan selepas

mengikuti aktiviti berenang.

iii. Membuktikan impak positif aktiviti berenang terhadap peningkatan daya tumpuan

kanak-kanak ADHD.
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

iv. Menambah baik KSSRPK dengan menerapkan aktiviti berenang bagi kanak-kanak

ADHD.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting untuk diamati oleh Bahagian Pengurusan Sukan, Kokurikulum dan

Seni serta Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil dapatan kajian

menunjukkan impak positif aktiviti berenang terhadap peningkatan daya tumpuan kanak-kanak

ADHD, justeru perkara ini dapat membantu pihak terlibat merangka pelan dan kaedah pelaksanaan

yang bersesuaian dengan menerapkan aktiviti berenang dalam KSSRPK.

Di peringkat sekolah juga, kajian ini dapat membantu guru-guru pendidikan khas untuk

memahami kepentingan aktiviti berenang terhadap peningkatan daya tumpuan kanak-kanak

ADHD. Selain itu, guru-guru juga dapat menggunakan kajian ini untuk membina kaedah

pengajaran yang lebih berimpak untuk kanak-kanak ADHD.

Kajian ini juga dapat membantu memberi pendedahan kepada ibu bapa kanak-kanak

ADHD berkenaan kepentingan aktiviti berenang terhadap anak mereka. Dengan ini, ibu bapa akan

sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan kementerian sekiranya aktiviti berenang

diterapkan dalam kurikulum KSSRPK. Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia,

pihak sekolah, guru-guru Pendidikan Khas dan ibu bapa akan dapat menjamin pelaksanaan aktiviti

berenang untuk kanak-kanak ADHD dapat dijalankan dengan lancar.

Impak yang terpenting hasil kajian ini ialah kanak-kanak ADHD itu sendiri yang akan

mendapat manfaat daripada pelaksanaan aktiviti berenang ini khususnya dari sudut peningkatan

daya tumpuan seterusnya meningkatkan penguasaan kanak-kanak ini dalam bidang yang lain.
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

Tidak mustahil juga kajian ini merupakan satu permulaan perjalanan untuk melahirkan jaguh

renang dunia.

1.6 Rangka Kajian

i. Masalah

Masalah utama yang dikaji dalam kajian ini ialah masalah kurang daya tumpuan bagi

kanak-kanak ADHD. Penyelidik mencadangkan aktiviti berenang dapat membantu meningkatkan

daya tumpuan kanak-kanak ADHD.

ii. Penglibatan

Kajian ini melibatkan pihak yang berkepentingan iaitu kanak-kanak ADHD yang akan

mendapat manfaat daripada kajian yang akan dilaksanakan. Selain itu, kajian ini juga akan

melibatkan ibu bapa kanak-kanak ADHD, guru-guru Pendidikan Khas dan tenaga pengajar di

beberapa pusat didikan kanak-kanak istimewa swasta.

iii. Tempat

Kajian ini akan dijalankan di sekolah-sekolah rendah sekitar Daerah Maran, Temerloh dan

Kuantan yang mempunyai pelajar pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ADHD. Selain itu,

kajian ini juga akan dijalankan di beberapa buah pusat didikan kanak-kanak istimewa swasta

sekitar negeri Pahang yang menjalankan aktiviti berenang dalam pengajaran.

iv. Masa

Kajian ini akan dijalankan bermula September 2020 sehingga Mei 2022. (Rujuk

perancangan pengajian (Rangka jadual kerja)


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

v. Skop kajian

Kajian ini berfokus kepada impak aktiviti berenang terhadap peningkatan daya tumpuan

kanak-kanak ADHD. Hasil kajian dapat di manfaatkan oleh banyak pihak terutama kanak-kanak

ADHD.

1.7 Metodologi

Kajian ini menggunakan metodologi penelitian deskriptif dengan pendekatan kualitatif

menggunakan beberapa kaedah teknik pengumpulan data seperti kajian perpustakaan,temu bual,

pemerhatian dan soal selidik. Antara kaedah yang digunakan ialah :

i. Kaedah Temu bual iaitu menemu bual guru pendidikan khas dan ibu bapa kanak-

kanak ADHD di sekolah serta ibu bapa dan tenaga pengajar kanak-kanak ADHD

di pusat didikan kanak-kanak istimewa swasta.

ii. Kaedah soal selidik iaitu ibu bapa dan tenaga pengajar di pusat didikan kanak-

kanak istimewa swasta akan diberikan satu set soalan soal selidik yang mempunyai

20 item berkaitan tahap daya tumpuan kanak-kanak ADHD sebelum dan selepas

mengikuti aktiviti berenang . Jawapan bagi soalan soal selidik ini menggunakan

skala likert dengan membuat pilihan 1 – sangat tidak setuju hingga 5 – sangat

setuju. Analisis data akan dijalankan menggunakan SPSS ( Statistical Package For

Social Science) dan seterusnya membuat inferens berdasarkan analisis.

iii. Kaedah perpustakaan juga dilaksanakan bagi menunjukkan bukti impak aktiviti

berenang kepada peningkatan daya tumpuan kanak-kanak ADHD. Melalui kajian

perpustakaan, penyelidik akan mengkaji jurnal yang berkaitan serta kajian-kajian

terdahulu yang mengutarakan aktiviti berenang untuk menambahkan lagi bukti dan
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

kebenaran hasil kajian. Kebanyakan kajian-kajian lepas diambil daripada luar

negara seperti Indonesia.

iv. Kaedah pemerhatian iaitu tingkah laku kanak-kanak ADHD akan diteliti dan dibuat

perbandingan sebelum dan selepas mengikuti kelas berenang. Senarai semak

tingkah laku kanak-kanak ADHD iaitu ‘ADHD rating scale / Corners Rating Scale’

akan dijadikan panduan untuk kaedah pemerhatian ini.


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

1.8 Rujukan/Bibliografi

Portal Myhealth, www.Myhealth.Gov.My (Peranan Dan Sokongan Keluarga Untuk Kanak-


Kanak ADHD).

Portal Healthesessential, www.Health.Clevelandclinic.Org/Sports-Great-Choice-Adhd-Child/


(Why Children Who Have ADHD Can Benefit From Playing Sports).

Portal ADHD Parenting, www.Additudemag.Com/Michael-Phelps/ (How Swimming Saved


Michael Phelps : An ADHD Story).

Kementerian Pelajaran Malaysia, Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (Kurikulum


Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran).

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis Panduan Pengesanan dan
Pengesahan Murid yang Mempunyai Masalah Pelajaran.

Verret.,C Et Al.,(2010), A Physival Activity Program Improves Behavior And Cognitive Functions
In Children With ADHD, An Exploratory Study, Journal Of Attention Disorder 2012.

www.jpa.gov.my/index.php/option (Info kesihatan mental. (2018) Artikel Psikologi Dan


Kaunseling.

Geoff Kewley dan Pauline Latham. (2013), 100 Panduan Membantu Kanak-Kanak ADHD
(ITBM-Institut Terjemahan Buku Malaysia, Penterjemah – Jamilah Mohamed Kutty)

Sandra F. Rief, Bagaimana Mendekati Dan Mendidik Kanak-Kanak ADHD (ITBM-Institut


Terjemahan Buku Malaysia,)

Lee Choui Yee. (2013), Esei Ilmiah Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ADHD.

Sharma, A & Couture, J.(2013) A Review Of The Treatment For ADHD.

Noorma Syitha Larasati. (2017), Pembelajaran Renang Untuk Anak ‘Attention Deficit
Hyperactivity Disorder’ (ADHD) Yogyakarta, Indonesia.

Sabaruddin Yunis Bangun, (2018), Implementasi Latihan Olahraga Renang Anak Autisme,
Medan Indonesia.
Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

1.9 Perancangan/ Pelan Pengajian

i. Rangka jadual kerja adalah seperti berikut :

Tarikh Tindakan

September 2020 – Oktober 2020 Mengajukan cadangan tajuk kajian kepada

penyelia pembimbing (tempoh

pengubahsuaian tajuk)

November 2020 – Disember 2020 Bab 1

(Membina pernyataan masalah dan objektif)

Januari 2021 Bab 2

(menulis sorotan kajian)

Januari 2021 – Februari 2021 Mengumpul maklumat berkenaan pusat

didikan kanak-kanak ADHD yang

melaksanakan aktiviti berenang dalam

pengajaran

Melaksanakan penilaian melalui pemerhatian

dan senarai semak tingkahlaku kanak-kanak

ADHD sebelum mengikuti kelas renang.

Menyediakan soal selidik

Februari 2021 – Mac 2021 Bab 3

(Menulis metodologi kajian)


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

Mac 2021 – Mei 2021 Melaksanakan kajian rintis (Mengedar soal

selidik)

April 2021- Mei 2021 Membina dan menambah baik soal selidik

sehingga mendapat kesahan dan

kebolehpercayaan hasil daripada kajian rintis

Mei 2021 – Oktober 2021 Melaksanakan kajian sebenar (Mengedar soal

selidik kepada tenaga mengajar dan ibu bapa

pusat didikan kanak-kanak ADHD swasta

yang melaksanakan aktiviti berenang dalam

pengajaran.

Melaksanakan penilaian melalui pemerhatian

dan senarai semak tingkah laku kanak-kanak

ADHD selepas 6 bulan mengikuti aktiviti

berenang.

Oktober 2021 – Disember 2021 Bab 4

(Menulis dan mentafsir data)

Januari 2022 – Februari 2022 Bab 5

(Menulis perbincangan, rumusan dan

cadangan)

Mac 2022 – Mei 2022 Laporan akhir kajian


Zakiah binti Md Yusof, 811121065222
LDM3318 Kejurulatihan Utama Pendidikan (Sukan)
Dalam Negara

ii. Carta Gantt

Tahun 2020 2021 2022

Bulan S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M

Aktiviti

Cadangan tajuk

Bab 1

Bab 2

Mengumpul

maklumat

Membina soal

selidik

Bab 3

Kajian rintis

Menambahbaik

soal selidik

Melaksanakan

kajian sebenar

Bab 4

Bab 5

Laporan akhir

kajian

You might also like