Mesyrt Panitia Sivik

You might also like

You are on page 1of 4

SEK. KEB.

PERMATANG TIONG

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN/SIVIK

KALI KETIGA 2012

TARIKH : 27 Sept 2012

HARI : Khamis

MASA : 1.15 ptg

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPT

KEHADIRAN :

1. Encik Jaafar bin Ahmad


2. Puan Yun bt Shariff
3. Encik Rosdi bin Ismail
4. Puan Rosnah bt Ismaun
5. Puan Rohaya bt Harun
6. Encik Mohammad bin Jaafar

AGENDA MESYUARAT

I PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasihserta mengalu-alukan kehadiran guru dalam


mesyuarat Panitia Sivik& Kajian Tempatan kali ketiga ini. Pengerusi berharap semua
guru akan meneruskan usaha untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancangkan agar
dapat berjalan dengan lancar.

III PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

4. Puan Yun mengedarkan dan membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan.
Encik Rosdi mencadangkan agar minit tersebut disahkan dan disokong oleh Puan
Rohaya.

Tindakan : Setiausaha

IV PERKARA BERBANGKIT

5. En Rosdi bertanyakan mengenai PKB. Ada guru yang belum menghantar buku latihan
murid untuk diseak oleh pentadbir. Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menepati tarikh
penghantaran buku latihan tersebut.
6. Puan Rohaya bertanya samada pihak sekolah ada membuat pembelian bahan bantuan
mengajar (BBM) Panitia Sivik. Pengerusi menjelaskan bahawa pihak sekolah belum membelinya
disebabkan masalah untuk mendapatkan bahan yang sesuai. Guru diminta untuk meninjau di
kedai buku sekitar Kulim jika terdapat bahan yang benar-benar sesuai untuk murid.

Tindakan : Semua AJK

V ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

- Analisa Item (Rujuk Lampiran)

- Penyemakan HC (Rujuk Lampiran)

- Masalah dan Tindakan untuk Meningkatkan Prestasi :

7. Pengerusi menyatakan kelemahan murid kebanyakannya dalam pengetahuan am


mengenai Malaysia. Puan Rohaya bersetuju dan menambah bahawa murid Tahap Dua masih
kurang pendedahan mengenai suasana persekitaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dari segi budaya, agama dan kepercayaan. Kelemahan berpunca dari sikap kurang membaca.
Encik Rosdi mencadangkan diperbanyakkan kuiz mengenai pengetahuan am dan murid diberi
ganjaran sebagai galakan kepada mereka untuk membaca.

Tindakan : Semua AJK

VI PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)

8. Pemantauan Kurikulum Berkualiti dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

VII PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN – MASALAH

8. P & P dijalankan seperti biasa.

9. Latihan perlu diperbanyakkan untuk memberi kefahaman kepada murid.

10. Murid kerap terlupa membawa buku latihan.

11. Murid kurang memberi respon terhadap sesuatu topic kerana kekurangan pengetahuan
am.

12. Puan Yun memaklumkan mengenai kelemahan murid-murid tentang pengetahuan am


asas seperti ibu negeri dalam Malaysia serta kedudukan negeri dan bandar-bandar
utama.

13. Sudut bacaan mengenai matapelajaran Sivik perlu diadakan di setiap kelas.
Tindakan : Semua guru KT/SV

VII PERANCANGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

10. Soalan peperiksaan akhir tahun akan disediakan seperti berikut :

Kajian Tempatan Tahun 6 – Puan Rohaya Puan Zabedah

Kajian Tempatan Tahun 5 – Guru Besar

Kajian Tempatan Tahun 4 – Puan Yun

Sivik Tahun 6 – Encik Mohammad bin Jaafar

Sivik Tahun 5 – Puan Rosnah

Sivik Tahun 4 – En. Rosdi

Tindakan : semua AJK Makluman : Semua guru KT/SV

VIII HAL HAL LAIN

11. Laporan aktiviti tahunan (sila rujuk lampiran)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………. ……………………………………….

(EN. MOHAMMAD BIN JAAFAR) (PUAN YUN BT SHARIFF)


Setiausaha KT/Sivik Pengerusi Panitia KT/Sivik
SKPT SKPT
-

You might also like