You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Nama pengkaji : SITI AISHAH BINTI MUFTAR

Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN TATABAHASA MURID DI DALAM MENUKARKAN AYAT
CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH MENGGUNAKAN TEKNIK SUSUN DAN
CANTUM

MEREFLEK

Saya mengajar di 5 Delta bagi matapelajaran Bahasa


Melayu.
Masalah utama bagi murid saya ialah

Murid belum mahir menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Hal ini dapat dibuktikan daripada

latihan kerja kumpulan yang dilakukan. Hanya 2/4 kumpulan dapat menjawab
hampir tepat. Selain itu, melalui semakan latihan murid menunjukkan ramai murid
yang masih lemah dalam menukarkan ayat.

Analisis yang didapati daripada hasil semakan buku kerja murid seperti berikut :

13 / 25 orang murid gagal menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
melalui aktiviti kumpulan yang telah diberikan.

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid membuat
Latihan berkumpulan ialah mahir menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah
tanpa mengubah maksud ayat.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah


a. Tidak mahir menukarkan kata tanya dan kata ganti diri yang terdapat pada ayat
cakap ajuk menjadi ayat cakap pindah.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana beranggapan murid mudah
faham untuk menukarkan ayat.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, di dapati murid tidak dapat menguasai kemahiran

(a) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang mengandungi
kata ganti diri.
(b) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang mengandungi
kata Tanya.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk terutama semasa murid
menjawab soalan peperiksaan kertas pemahaman.
Bagi mengatasi masalah ini, memberikan latihan secara berfokus serta contoh yang
sesuai kepada murid menggunakan kaedah susun dan cantum.

OBJEKTIF KAJIAN :-
Secara amnya murid akan dapat meningkatkan kemahiran menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat cakap pindah.

Secara khususnya :- Murid dapat


(a) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang
mengandungi kata ganti diri dengan betul.

(b) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang
mengandungi kata Tanya dengan betul.
.

Kajian Tindakan ini melibat 12 orang murid kelas 5 Delta.

MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah
bergantung kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang
penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dipejelaskan jenis
dan pelaksanaannya dengan terperinci.

PROJEK P&P Jenis perancangan

TERANCANG
Mengubah suai cara
(Kaedah P&P /kaedah mencipta cara baru
untuk merawat yang sedia ada. (inovasi P&P guru terhasil
masalah) dari sini)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Semak Hasil Kerja Murid.


2. Pemerhatian
Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah :-

i.Aktiviti 1 : Penerangan

Langkah 1 : Guru memberi penerangan untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat
cakap pindah.

Langkah 2: Guru memberikan contoh cara menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap
pindah.

ii.Aktiviti 2 : Kata Kunci

Langkah 1 : Guru menunjukkan kata ganti diri dan kata tanya yang perlu digunakan untuk
menukarkan ayat.

iii.Aktiviti 3 : susun dan cantum

Langkah 1 : Guru memberikan kad soalan kepada murid dan sampul jawapan

Langkah 2 : Murid berbincang, menyusun dan mencantumkan kad jawapan.

iv.Aktiviti 4 : Perbincangan

Langkah 1 : Murid dan guru membincangkan jawapan yang betul.


BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Melaksanakan
perubahan.
(tindakan/rawatan)

Catat segala tindakan Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin


dan buat refleksi melibatkan beberapa masa p&p biasa.
bagi setiap aktiviti Dalam waktu pembelajaran atau di luar
waktu pembelajaran (mesti dilaksana
semasa pelasanaan. oleh
guru sendiri.

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:

i.Aktiviti 1 : Penerangan

Langkah 1 : Guru memberi penerangan untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
Langkah 2: Guru memberikan contoh cara menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat memberi kefaham yang lebih jelas kepada
murid.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid mengangguk faham
semasa membaca beberapa contoh.

ii.Aktiviti 2 : Kata Kunci

Langkah 1 : Guru menunjukkan kata ganti diri dan kata tanya yang perlu digunakan untuk menukarkan ayat.
Murid menulis dalam bentuk peta minda.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini berkesan untuk murid membezakan penggunaan
bentuk kata yang sesuai bagi menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid pantas menjawab
soalan tentang bentuk kata yang sesuai untuk menukarkan ayat.

iii.Aktiviti 3 : susun dan cantum

Langkah 1 : Guru memberikan kad soalan kepada murid dan sampul jawapan
Langkah 2 : Murid berbincang, menyusun dan mencantumkan kad jawapan.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini adalah penentu segala aktiviti yang dijalankan
sebelum ini. Apa yang dapat dilihat setelah diberikan sampul jawapan murid berlumba-lumba menyusun dan
mencantumkan jawapan.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti penentu ini dijalankan ialah murid yang lemah dapat menukarkan
ayat secara berpandu.
MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian
keberkesanan proses
tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.
Guru membuat renungan
Pemerhatian boleh atau refleksi terhadap
dilakukan oleh guru kajian yang telah
sendiri sebagai dilakukan sama ada Laporan juga ditulis di
penyelidik atau guru berjaya atau tidak peringkat ini. Dokumentasi
juga boleh meminta penting. Sekiranya program
bantuan daripada guru .Dapatkan data sekali tindakan tersebut berjaya,
lain untuk membuat lagi Gunakan cara maka bolehlah disebarkan
pemerhatian semasa mengutip data yang kepada guru-guru lain. Jika
sesi pengajaran guru . sama semasa tidak berjaya, perlu
Penilaian mesti peringkat awal dirancang semula.
dilakukan untuk menilai mereflek. ( temubual,
keberkesanan soal selidik,
TINDAKAN. pemerhatian)
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik

Susun dan cantum yang diperkenalkan kepada murid merupakan kaedah yang amat membantu murid
untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dengan pantas.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ketara pada Ujian Pos yang
terakhir yang dijalankan,didapati 10 orang murid dapat menjawab 6 soalan dengan betul secara berpandu.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa
masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk
yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya
berkaitan soalan pemahaman pantun.

You might also like