You are on page 1of 18

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PPK101 – PENGANTAR PENDIDIKAN KHAS


SEMESTER 1, 2019/2020

TAJUK:
KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ASHIKIN BINTI ROSMAN (146568)
MUHAMMAD FIKRY BIN ABDUL RAHIM (146724)
NUR AMNI ATHIRAH BINTI KAMARUDZAMAN (147273)

NAMA PENSYARAH:

DR. NORAINI BINTI ABDULLAH

TARIKAH PENGHANTARAN:

12 OKTOBER 2019
ISI KANDUNGAN
BI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
L
1 1.0 Definisi ketidakupayaan fizikal
2 2.0 Faktor-faktor berlaku ketidakupayaan
fizikal
2.1 Semula jadi
2.1.1 Faktor baka
2.1.2 Faktor Persekitaran
2.2 Penyakit
2.3 Kemalangan
2.4 Peperangan

3 3.0 Jenis-jenis ketidakupayaan fizikal


3.1 Ketidakupayaan ortopedik
3.1.1 Kuadriplegia
3.1.2 Hemiplegia
3.1.3 Paraplegia
3.1.4 Diplegia
3.1.5 Monoplegia
3.1.6 Triplegia
3.1.7 Hemiplegia berganda
3.2 Ketidakupayaan neurologi
3.2.1 Serebral palsi
3.2.2 Spina bifida
3.2.3 Pengecutan otot
3.2.4 Ketidaksempurnaan
osteogenesis
3.2.5 Kecacatan anggota
4 4.0 Rawatan
5 5.0 Kesimpulan

6 6.0 Rujukan
1.0 Definisi ketidakupayaan fizikal
Menurut buku ‘Pengantar Pendidikan Khas’ terbitan Universiti Sains Malaysia,
definisi bagi ketidakupayaan fizikal adalah individu yang mengalami kekurangan atau
kecacatan daripada segi fizikal, sama ada disebabkan oleh keadaan semula jadi, penyakit
ataupun kemalangan. Selain itu, ia juga turut didefinisikan sebagai individu yang
mengalami kekurangan atau kehilangan fungsi pada salah satu atau lebih daripada satu
anggota badannya. Ketidakupayaan fizikal tidak mempunyai kaitan dengan masalah
mental yang dihadapi oleh seseorang. Oleh kerana itu, seseorang yang mempunyai
kekurangan daripada segi fizikal tidak semestinya mempunyai kekurangan atau masalah
pada mentalnya. Manakala, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ketidakupayaan
fizikal ialah seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada
kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota
badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan
menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung
tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular
dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (kecacatan) yang tidak menjejaskan
fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang
sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

2.0 Faktor-faktor ketidakupayaan fizikal

Terdapat empat faktor atau punca yang boleh mengakibatkan berlakunya ketidakupayaan
fizikal pada seseorang iaitu keadaan semula jadi, penyakit, kemalangan dan peperangan.

2.1 Faktor keadaan semula jadi


Faktor keadaan semula jadi bermaksud ketidakupayaan fizikal yang boleh berlaku
dalam dua keadaan iaitu semasa bayi di dalam kandungan ataupun ketika proses
kelahirannya. Faktor semula jadi terbahagi kepada dua iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran.
2.1.1 Faktor baka
Faktor baka ini biasanya dikaitkan dengan kromosom. Setiap
kromosom yang membawa gen dan ciri-ciri membentuk seseorang
individu. Gen dan ciri-ciri tersebut boleh diwariskan kepada anak.
Oleh itu, penyakit atau ketidakupayaan yang dihidapi oleh ibu bapa
mungkin boleh diwarisi oleh anak. Contoh penyakit yang boleh
diwarisi oleh anak daripada ibu dan bapa (induk) ialah hermofilia dan
kekerdilan. Hemofilia di sini bermaksud ketidakupayaan agen
pembekuan darah untuk berfungsi apabila berlakunya pendarahan.
Penyakit ini boleh menjadi penyakit keturunan apabila ibu merupakan
pembawa gen hemofilia ataupun ayah merupakan pengidap atau
pembawa hemofilia dalam sesebuah institusi keluarga tersebut. Ibu
atau bapa yang mengalami hemofilia boleh mengakibatkan salah
seorang daripada anak mereka menghidapi atau menjadi pembawa
kepada penyakit hemofilia. Selain itu, kekerdilan juga merupakan
kecacatan fizikal yang semula jadi. Kekerdilan bermaksud kecacatan
yang menyebabkan individu mengalami rangka kecil walaupun telah
meningkat dewasa. Kekerdilan ini juga berlaku disebabkan oleh
keturunan. Sebagai contoh, kebanyakan ibubapa yang kerdil akan
melahirkan anak kerdil. Walau bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang
kerdil tetapi melahirkan anak yang normal tetapi nisbahnya amat kecil.
Kebiasaanya, ketinggian purata bagi lelaki kerdil dewasa adalah
131cm dan wanita kerdil adalah 123cm.
2.1.2 Faktor persekitaran
Faktor persekitaran merangkumi keadaan semula jadi, alam sekitar,
persekitaran hidup, pengambilan ubat-ubatan dan pemakanan. Faktor
keadaan semula jadi terjadi semasa proses kelahiran. Antaranya adalah
Palsi Erb iaitu kecederaan atau trauma yang menjejaskan satu atau lima
saraf utama bayi yang berfungsi untuk menjanakan pergerakan dan
deria rasa pada lengan. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh cubaan
yang terlalu kuat semasa menarik keluar kepala bayi daripada salur
peranakan. Faktor seterusnya iaitu, alam sekitar boleh dikaitkan
dengan jangkitan kuman. Contohnya jangkitan kuman German
measles atau dikenali sebagai rubela yang menyebabkan demam atau
ruam panas pada bayi. Faktor ketiga iaitu persekitaran hidup yang
boleh dikaitkan dengan pencemaran alam. Pencemaran alam sekitar
yang kebanyakannya tertumpu kepada kesan pencemaran udara. Oleh
sebab itu, udara yang tercemar akan memberi kesan yang serius
terhadap sistem pernafasan seseorang individu serta berisiko untuk
menyebabkan penyakit kronik. Faktor keempat iaitu pengambilan ubat-
ubatan iaitu pengambilan ubat hormon secara berlebihan oleh ibu
mengandung. Contohnya ubat hormon tiroid yang berfungsi untuk
menguatkan kandungan tetapi turut memberi kesan negatif kepada
kandungan. Akhir sekali faktor pemakanan yang tidak sihat dan tidak
seimbang oleh ibu semasa mengandung. Kesannya, kandungan akan
mengalami kekurangan zat-zat penting dalam badan. Kebiasaannya,
bayi yang dilahirkan akam mempunyai fizikal badan yang kecil dan
lemah.

2.2 Faktor penyakit


Faktor yang boleh menyebabkan ketidakupayaan fizikal yang kedua adalah faktor
penyakit. Pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh individu yang akhirnya
membawa kepada kecacatan anggota. Antaranya ialah penyakit polio, penyakit
berjangkit seperti tibi tulang (osteomielitis) dan penyakit sendi tulang (artritis).
Penyakit polio berpunca daripada sejenis kuman iaitu kuman poliovirus yang
memasuki saluran darah dan mengalir ke dalam sistem saraf pusat, seterusnya
melemahkan otot-otot dan yang kadangkala mengakibatkan kelumpuhan. Tibi
tulang belakang merupakan penyakit yang biasa berlaku. Walau bagaimanapun,
ramai orang tidak mengetahui bahawa tibi di luar paru-paru berupaya
mengakibatkan seseorang itu lumpuh. Antara tanda-tanda jangkitan tibi ialah
batuk yang berterusan selama lebih dua minggu , kahak yang berdarah, demam
dan berpeluh pada sebelah petang dan malam, susut berat badan dan mengalami
sakit sendi dan tulang.

2.3 Faktor kemalangan


Faktor ketiga yang boleh menyebabkan ketidakupayaan fizikal adalah
kemalangan. Individu yang secara fizikalnya dilahirkan normal juga berisiko
untuk mengalami kecacatan apabila terlibat dalam kemalangan yang serius dan
mungkin akan membawa kepada kecacatan jangka masa panjang. Kebiasaannya
seseorang boleh menjadi lumpuh apabila terlibat dalam kemalangan yang
melibatkan kecederaan tulang belakang yang serius sehingga menyebabkan
sesetengah anggota badan hilang fungsinya. Kehilangan anggota badan juga boleh
terjadi apabila bahagian anggota badan tersebut dijangkiti kuman atau tidak boleh
untuk berfungsi lagi dan menyebabkan bahagian tersebut terkpaksa dipotong.
2.4 Faktor peperangan
Faktor yang terkahir ialah peperangan. Penggunaan senjata api semasa peperangan
boleh mencederakan serta menyebabkan manusia mengalami kecacatan
terutamanya kecacatan fizikal. Penggunaan senjata api yang mengandungi bahan
kimia merbahaya mudah menyebabkan merebaknya virus merbahaya. Contohnya
seperti bahan nuklear yang digunakan untuk membuat serangan pengeboman di
Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Bahan radiasi yang
dikeluarkan oleh bom tersebut telah menyebabkan peneybaran virus berpenyakit
yang telah mengakibatkan berlakunya kecacatan kepada janin dalam kandungan,
bayi, kanak-kanak serta orang dewasa.

3.0 Jenis-jenis ketidakupayaan fizikal

Ketidakupayaan fizikal terbahagi kepada dua jenis, iaitu ketidakupayaan


ortopedik dan ketidakupayaan neurologi. Ketidakupayaan ortopedik dan
ketidakupayaan neurologi merupakan ketidakupayaan yang berlainan jenis tetapi
melibatkan had pergerakan yang sama. Ketidakupayaan ortopedik dan
ketidakupayaan neurologi digambarkan dengan penggunaan tema plegia (paralisis)-
Greek.

3.1 Ketidakupayaan ortopedik

Ketidakupayaan ortopedik merupakan ketidakupayaan yang melibatkan sistem


rangka tubuh badan manusia yang merangkumi tulang, sendi, anggota badan, dan
otot. Ketidakupayaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
ketidakupayaan untuk melakukan aktiviti atau pergerakan sehariannya.
Ketidakupayaan ini biasanya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada saraf
tunjang. Terdapat tujuh jenis ketidakupayaan ortopedik iaitu kuadriplegia,
hemiplegia, paraplegia, diplegia, monoplegia, triplegia, dan hemiplegia berganda.

3.1.1 Kuadriplegia
Ketidakupayaan kuadriplegia ialah kecacatan fizikal yang melibatkan
kedua-dua belah tangan serta kedua-dua belah kaki. Ia berpunca daripada
Kecederaan yang berlaku pada saraf tunjang yang berfungsi untuk
mengawal setiap otot di dalam tubuh badan manusia. Kecederaan pada
saraf tunjang merupakan kecederaan yang berisiko menyebabkan
berlakunya masalah fizikal. Selain itu, penyakit seperti ketumbuhan pada
saraf tunjang dan jangkitan kuman pada pundi kencing juga boleh
mengakibatkan seseorang itu akan mengalami masalah kuadriplegia.
Pesakit kuadriplegia biasanya akan mengalami kekejangan atau bengkak
yang berair pada bahagian punggung, kecederaan atau luka pada bahagian
anggota badan lambat sembuh, hilang fungsi deria rasa, deria sentuh, dan
deria sakit, kegagalan dalam pernafasan dan jangkitan penyakit pada dada
atau batuk yang berterusan,dan akhir sekali, otot mulut dan lidah tidak
boleh berfungsi.

3.1.2 Hemiplegia

Hemiplegia ialah kelumpuhan yang berlaku pada sebelah bahagian


badan sama ada bahagian kiri badan atau bahagian kanan badan. Hemiplegia
menyebabkan seseorang menghadapi masalah untuk menggerakan anggota
badan sama ada bahagian kiri atau kanan badan. Ketidakupayaan hemiplegia
boleh disebabkan masalah kongenital (hemiplegia infantil), kecederaan di
kepala iaitu masalah yang berpunca daripada gangguan pembuluh darah
(thrombosis, insefalopi, hipertensif, embolisme serebrum dan pendarahan
subarakniod) dan lain-lain. Faktor genetik juga turut menyumbang kepada
berlakunya ketidakupayaan hemiplegia. Pesakit yang mengalami hemiplegia
akan sering berasa kebas pada bahagian sebelah iaitu bahagian yang
mengalami kelumpuhan, sakit kepala, gangguan ingatan, dan kebingungan.
Gejala awal hemiplegia berlaku secara tiba-tiba atau perlahan ialah pesakit
biasanya akan kelihatan lemah ataupun lembik akibat pengaruh renjatan. Mata
dan mulut pesakit juga akan mula menghala ke arah bahagian yang akan
mengalami kelumpuhan.

3.1.3 Paraplegia
Paraplegia ialah kelumpuhan pada bahagian bawah badan dan kedua-
dua kaki atau ketidakupayaan otot-otot melakukan pergerakan kaki.
Ketidakupayaan paraplegia berlaku pada bahagian dada atau pinggang, iaitu
melibatkan anggota bahagian bawah badan. Paraplegia berlaku disebabkan
kecederaan pada saraf tunjang yang mengawal setiap otot yang terdapat di
dalam badan. Sekiranya saraf tunjang rosak maka mesej tadi tidak dapat
disampaikan dan hal ini menyebabkan penghidap paraplegia tidak dapat
menggunakan kaki dan otot bahagian badan. Kecederaan atau kemalangan
yang melibatkan tulang belakang, ketumbuhan, pembiusan atau spina
anesthesia, dan siringomielia juga menjadi penyebabkan kepada seseorang
untuk menjadi pengidap paraplegia. Pendedahan sinar-X kepada ibu yang
sedang mengandung dan pengambilan dadah atau ubat-ubatan yang tidak
terkawal oleh ibu juga berisiko menjadi faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya paraplegia. Pengidap paraplegia akan mengalami kelembikan atau
kelonglaian pada kaki, sukar membuang air kecil atau besar, mengalami
jangkitan pada pundi kencing dan kekejangan otot yang berlaku sekali-sekala.
Selain itu, berlaku bengkak yang berair pada punggung akibat tekanan.
Sekiranya berlaku kecederaan atau luka, maka luka tersebut akan lambat untuk
sembuh.

3.1.4 Diplegia

Diplegia ialah kelumpuhan pada bahagian-bahagian yang serupa pada


kedua-dua sisi badan. Ia melibatkan bahagian tertentu pada badan iaitu
bahagian lengan, kaki, dan muka. Kebiasaannya diplegia berlaku pada
bahagian kaki dan ia juga disebabkan kerosakan saraf tunjang. Antara sebab-
sebab lain yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakupayaan diplegia ialah
pengambilan dadah oleh ibu semasa mengandung, kelahiran pramatang dan
juga faktor genetik. Ciri-ciri individu yang menghadapi masalah
ketidakupayaan diplegia ialah kaki bersilang pada lutut seolah-olah berbentuk
seperti gunting. Kedua-dua lutut mereka hamper bersentuh antara satu sama
lain. Tumit individu yang mengalami masalah ini juga seolah-olah diangkat
iaitu tidak bersentuhan dengan lantai apabila mereka berjalan. Di samping itu,
mereka juga mengalami masalah sawan dan masalah pembelajaran.
3.1.5 Monoplegia

Monoplegia merupakan ketidakupayaan pada tubuh badan manusia


sama ada pada bahagian kaki atau tangan. Ketidakupayaan ini disebabkan
kerosakan yang berlaku pada saraf tunjang yang berfungsi untuk mengawal
setiap otot di dalam tubuh badan manusia. Hal ini akan menyebabkan
bahagian kaki atau tangan tidak berfungsi akibat kekejangan otot-otot pada
bahagian tersebut. Kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh seseorang
individu semasa kecil yang tidak mendapat rawatan yang baik juga boleh
menyebabkan masalah ketidakupayaan monoplegia. Hal ini kerana otot-otot
pada bahagian kaki atau tangan akan menjadi keras dan tidak berfungsi atau
tidak dapat bergerak seperti biasa. Individu yang mempunyai ketidakupayaan
monoplegia akan hilang deria rasa, deria sentuh dan tidak sensitive terhadap
perubahan suhu seperti sejuk atau panas. Mereka juga mempunyai pergerakan
yang terhad, mempunyai masalah pembelajaran, kaki atau tangan menggeletar
dan kaki atau tangan tidak bergerak atau menjadi kejang.

3.1.6 Triplegia

Triplegia merupakan ketidakupayaan yang berlaku pada tiga anggota


badan manusia sama ada kedua-dua belah kaki dan satu tangan atau satu kaki
dan kedua-dua belah tangan. Ketidakupayaan ini juga disebabkan kerosakan
pada saraf tunjang yang mengawal pergerakan otot pada bahagian kaki dan
tangan dan menyebabkan berlakunya kekejangan pada bahagian sebelah
tangan dan kedua-dua kaki atau kedua-dua tangan dan satu kaki. Pengambilan
dadah dan ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor semasa ibu
mengandung juga turut berisiko untuk menyebabkan anak dalam kandungan
mendapat ketidakupayaan triplegia. Kidakupayaan ini juga berpunca daripada
kecederaan dan kemalangan yang dialami seseorang individu selepas lahir.
Kebiasaannya pengidap triplegia akan kehilangan deria rasa dan deria sentuh
dan juga kurang peka terhadap perubahan suhu sama ada panas atau sejuk.
Mereka juga menghadapi maslah keseimbangan badan dan koordinasi. Di
samping itu, kaki dan tangan mereka menjadi kejang atau otot-otot mereka
menjadi keras, menyebabkan kaki dan tangan mereka sukar untuk berfungsi.

3.1.7 Hemiplegia berganda


Hemiplegia berganda bermaksud ketidakupayaan yang lebih berlaku
pada bahagian lengan jika dibandingkan dengan ketidakupayaan pada
bahagian kaki. Antara sebab berlakunya ketidakupayaan ini ialah kerosakan
saraf tunjang yang menyebabkan otot-otot pada bahagian tangan mengeras
atau mengecut. Kecederaan dan kemalangan yang dialami oleh seseorang
individu juga berisiko menyebabkan berlakunya masalah ini. Individu yang
mengalami ketidakupayaan hemiplegia berganda akan menjadikan kedua-dua
tangan mereka kaku atau keras, tangan menggeletar, hilang deria rasa dan
sentuh. Selain itu, pengidap hemiplegia berganda tidak mempunyai tindakan
refleks pada rasa panas dan sejuk. Bagi murid-murid yang mengalami masalah
hemiplegia berganda biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran. Di
samping itu, murid-murid ini juga tidak boleh ataupun mempunyai masalah
dalam memegang sesuatu objek seperti memegang pensel, membutangkan
baju, dan sebagainya.

3.2 Ketidakupayaan neurologi

Ketidakupayaan neurologi melibatkan saraf yang mempengaruhi keupayaan


seseorang untuk bergerak, melakukan aktiviti, merasa dan mengawal bahagian badan.
Ketidakupayaan neurologi terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu serebral palsi, spina
bifida, pengecutan otot, ketidaksempurnaan osteogenesis dan kecacatan anggota.

3.2.1 Serebral palsi

Menurut kamus perubatan, serebral palsi ialah kerosakan kawalan dan


koordinasi motor yang disebabkan kerosakan otak. Cerebral bermaksud ‘otak’
manakala palsy bermaksud ‘masalah dengan kawalan tubuh’. Maka, secara
umumnya, serebral palsi bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian
anggota badan disebabkan kecederaan otak.

Serebral palsi boleh terjadi sebelum atau selepas kelahiran seseorang


bayi diantara tempoh selepas kelahiran sehingga berumur 2 tahun. Ia juga
boleh terjadi pada pertumbuhan otak bayi tersebut yang tidak mendapat
bekalan oksigen yang mencukup atau mendapat jangkitan kuman ataupun
berlaku pendarahan pada otaknya. Pada peringkat ini serebrum yang akan
banyak terjejas. Kebanyakan serebral palsi yang berlaku selepas kelahiran
menyebabkan kerencatan otak sekiranya ia berlaku semasa berumur di bawah
2 tahun. Walau bagaimanapun, jarang berlaku kerencatan otak sekiranya
kerosakan berlaku setelah kanak-kanak itu berumur 7 tahun.

Antara sebab-sebab berlakunya serebral palsi ialah apabila janin dalam


kandungan ibu dijangkiti kuman rubella yang menyebabkan berlakunya
kerosakan pada otak janin. Selain itu, kekurangan bekalan oksigen kepada
janin juga berisiko menyebabkan berlakunya serebral palsi. Gangguan emosi
semasa ibu mengandung seperti tekanan perasaan, terkejut, pengambilan
dadah, ubat-ubatan yang tidak mengikut peraturan yang betul dan cubaan
untuk menggugurkan kandungan juga boleh menyebabkan berlakunya
kelumpuhan otak pada janin dalam kandungan.

Kelahiran bayi pramatang juga boleh menyebabkan berlakunya


serebral palsi. Keadaan ibu yang mengalami kesakitan luar biasa semasa
proses kelahiran juga boleh mengakibatkan bayi lemas dan berlaku
kekurangan oksigen. Bayi yang mengalami penyakit kuning yang teruk atau
jangkitan kuman pada selaput otak iaitu meningitis juga berisiko tinggi untuk
mengalami serebral palsi.

Faktor selepas kelahiran juga boleh menyumbang kepada berlakunya


serebral palsi. Hal ini disebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian
selaput otak (meningitis) atau pada keseluruhan otak (meningoensefalitis). Di
samping itu, faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya serebral palsi
ialah penyakit rhesus, iaitu situasi berlakunya ketidaksesuaian darah antara ibu
dengan janin dalam kandungan. Penyakit rhesus boleh dielakkan dengan
suntikan darah yang dinamakan rhesus kebas globin oleh ibu mengandung
semasa kandungan berusia 28 minggu.

Keganjilan pada kromoson juga boleh menyebabkan berlakunya


serebral palsi. Penyakit-penyakit seperti meningitis, ensefalitis, influenza,
deman yang teruk, penyakit taun dan tiroid juga boleh menyebabkan
berlakunya kelumpuhan pada otak. Faktor-faktor lain yang turut memberi
kesan pada kelumpuhan otak ialah berlakunya kecederaan atau kemalangan
yang serius pada kepala seperti terjatuh atau terhentak dengan kuat. Terdedah
kepada sinar radioaktif turut meningkatkan risiko terjadinya kelumpuhan pada
otak.
Ciri-ciri individu yang mengalami serebral palsi ialah ketidakupayaan
untuk mengerakkan anggota badan seperti bermain, berjalan, makan,
bercakap, mengalami kekejangan otat sekali-sekala atau otot tidak berfungsi
serta pergerakan yang tidak stabil. Hal ini disebabkan mereka mengalami
kesukaran mengerakkan otot-otot yang diperlukan seperti lidah, bibir dan
rahang serta kawalan pernafasan semasa bercakap. Manakala bagi murid-
murid yang mengalami serebral palsi pula, mereka juga biasanya akan
mengalami proses pembelajaran yang lambat berbanding murid-murid yang
lain. Hal ini kerana mereka mengalami kerencatan akal, kerosakan
pengelihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan atau masalah
pengamatan motor.

Terdapat beberapa jenis serebral palsi, iaitu spastik, spastik ataksik,


spastik diskinektik dan spastik campuran. Spastik merupakan sejenis yang
paling kerap terjadi di kalangan individu yang mengalami serebral palsi.
Spastik ataksik mempunyai koordinasi pergerakan otot yang lemah. Individu
yang mengalami spastik ataksik akan mengalami ketidakseimbangan tubuh
dan posisi badan yang kurang stabil. Mereka mungkin berjalan dengan
lenggang-lenggok yang tidak seimbang dan mengalami kesusahan dalam
pergerkan atau koordinasi yang tepat atau kurang memberi tumpuan,
terutamanya semasa menulis. Kira-kira 10% murid-murid mengalami serebral
palsi jenis ini.

Individu yang mengalami diskinetik pula biasanya akan mengalami


masalah untuk membuat pergerakan secara rawak yang tidak disengajakan
seperti memegang benda atau barang. Mereka juga tidak dapat memegang atau
melakukan sesuatu seperti yang disuruh atau mengikut arahan seperti
memegang berus gigi atau pensel. Selain itu, otot-otot individu tersebut juga
kadang-kala akan mengalami keadaan yang berubah-ubah daripada terlalu
ketat kepada terlalu longgar. Mereka juga kadang-kadang tidak dapat
mengawal kestabilan pergerakan mereka. Pergerakan mereka pula kadangkala
akan menjadi sama ada perlahan, cepat atau tersentak-sentak. Individu ini juga
selalu mengalami masalah dalam mengawal pergerakan untuk duduk dan
berjalan. Mereka juga sukar untuk mengawal otot mulut dan lidah mereka
dengan baik yang menyebabkan mereka susah untuk bercakap, menghisap
dan menlan.

3.2.2 Spina bifida

Spina bifida atau benjolan tulang belakang adalah keadaan wujudnya


satu celahan pada tulang belakang (vertebra), disebabkan satu atau beberapa
bahagian vertebra tersebut gagal menutup atau gagal terbentuk secara
sempurna. Risiko untuk melahirkan anak yang mengalami spina bifida adalah
berkait rapat dengan kekurangan asid folik dan vitamin B, terutama yang
terjadi pada peringkat awal kehamilan. Penonjolan saraf tunjang menyebabkan
kerosakan pada struktur saraf tunjang. Hal ini seterusnya akan menggangu
fungsi sistem saraf tubuh badan manusia. Gejalanya bergantung pada lokasi
spina bifida iaitu kedudukan sumbing atau benjolan tersebut. Kebanyakan
spina bifida terjadi pada punggung, iaitu di bahagian bawah, iaitu daerah
lumbar, kerana penutupan vertebra di bahagian ini terjadi paling akhir.

Spina bifida merupakan kecacatan pada vertebra yang meliputi saraf


tunjang semejak lahir. Antara ciri-ciri individu spina bifida ialah mengalami
masalah kekejangan pada kaki atau pada bahagian bawah anggota badan, tidak
dapat mengawal perasaan serta mempunyai perkembangan mental yang
terbantut. Selain itu, mereka juga mengalami masalah pada pundi kencing dan
juga usus.

Punca berlakunya spina bifida ialah kesan daripada kecacatan pada


otak. Kecacatan saraf tunjang yang terjadi adalah berkaitan dengan
ketidaknormalan enzim yang tinggi di dalam bendalir air ketuban. Keadaan ini
boleh didiagnosis pada minggu ke-16 kehamilan.

3.2.3 Pengecutan otot

Pegecutan otot merupakaan suatu penyakit otot dan penyakit jangka


panjang yang melemahkan dan merosakkan otot-otot badan. Otot berfungsi
untuk menerima dan memberi respons terhadap rangsangan, iaitu ia boleh
mengecut dan mengendur apabila rangsangan diterima. Otot juga boleh
berbalik ke bentuk asal setelah mengalami pengecutan atau pengenduran.
Selain itu, otot juga mengalami perubahan jenis serat. Sebagai contoh, akibat
perubahan hormon tiroid yang berpanjangan, otot rangka boleh berubah
daripada mempunyai sifat berkontraksi dengan cepat kepada perlahan atau
sebaliknya.

Ciri-ciri pengecutan otot ialah sendi membengkak dan berasa ngilu


serta mempunyai keupayaan menggunakan otot yang terhad iaitu bagi
penyakit artritis septik. Selain itu, berlaku juga keradangan pada sendi dan
organ-organ lain seperti demam, pembesaran kelenjar limfa dan kehilangan
selera makan. Sendi-sendi juga menjadi bengkak dan sering berasa sakit
terutama pada sendi lutut, siku, pergelangan tangan dan buku lali. Tanda-tanda
yang terdapat Artritis Reumatoide Juvenil ialah lambat berjalan, iaitu individu
yang terlibat menunjukkan tanda-tanda kelemahan pada otot-otot pinggul,
sukar berjalan, sering jatuh, sukar bangun apabila terjatuh dan sukar untuk
memanjat tangga. Apabila bangun daripada lantai, individu terlibat kelihatan
seolah-olah seperti memanjat sambil mengerakkan kaki dan pinggul.
Kecacatan kaki tombol biasanya dapat dilihat semenjak lahir, iaitu bersifat
kongenital. Punca sebenar situasi ini tidak diketahui tetapi ia berkemungkinan
berkait rapat dengan masalah otot-otot atau ligament pada paha dan kaki
semasa janin dalam kandungan.

Sebab-sebab berlakunya pengecutan otot ialah faktor ginetik, iaitu


individu mewarisi penyakit yang menyebabkan berlakunya kelemahan atau
kerapuhan pada tulang. Selain itu, faktor pemakanan juga menyumbang
kepada berlakunya masalah ini. Pengambilan makanan yang mengandungi
kalsium yang tinggi adalah perlu untuk pembentukan tulang dan otot yang
baik bagi mengelakkan terjadinya kerapuhan tulang. Faktor kemalangan dan
kecederaan ataupun pengambilan dadah oleh ibu semasa mengandung juga
boleh menyebabkan terjadinya kerosakan dan melemahkan otot-otot badan
pada individu terbabit.

3.2.4 Ketidaksempurnaan osteogenesis

Ketidaksempurnaan osteogenesis merupakan sejenis penyakit


keturunan yang jarang berlaku. Seseorang yang menghadapi penyakit ini akan
mempunyai tulang yang rapuh. Tulang rangka individu tersebut juga tidak
akan membesar dengan normal dan mudah patah.
Sebab-sebab berlakunya ketidaksempuraan osteogenesis ialah faktor
genetik. Anak-anak akan mewarisi penyakit ini daripada ibu bapanya yang
mempunyai tulang rapuh dan senang patah. Faktor pemakanan seperti
kekurangan pengambilan kalsium juga menyumbang berlakunya masalah ini.
Di samping itu juga, ibu mengandung yang mengambil dadah mempunyai
risiko untuk mendapat penyakit kerapuhan tulang. Kemalangan dan
kecederaan yang dialami seseorang individu boleh menyebabkan tulang patah
dan jika tidak diberi rawatan segera ia boleh mendatangkan kemudaratan pada
individu tersebut.

Ciri-ciri individu yang mengalami ketidaksempurnaan osteogenesis ini


ialah gigi tidak terbentuk dan tulang menjadi rapuh serta mudah patah. Di
samping itu, mata putih individu tersebut juga akan menjadi kebiruan.

3.2.5 Kecacatan anggota

Kecacatan anggota merupakan ketiadaan atau kehilangan lengan atau


kaki. Dua kategori kecacatan anggota ialah kecacatan anggota semenjak lahir,
iaitu kelahiran tanpa kaki atau tangan dan kecacatan anggota yang diperoleh
ialah kecacatan yang berlaku akibat kemalangan atau pembedahan.

Faktor-faktor terjadinya kecacatan anggota semenjak lahir ialah


disebabkan faktor genetik. Mankala, kecacatan anggota yang diperoleh pula
berlaku akibat jangkitan virus merbahaya, kemalangan atau kecederaan yang
dialami seseorang individu yang tidak boleh diubati atau dipulihkan sehingga
menyebabkan tangan atau kaki mereka terpaksa dipotong.

4.0 Rawatan

Terdapat beberapa rawatan yang boleh diberikan kepada mereka yang mengalami
kecacatan anggota. Rawatan ini adalah untuk membantu mereka mengurangkan tahap
kecacatan atau ketidakupayaan yang dialami. Contohnya, rawatan perubatan, rawatan
fisioterapi, rawatan pemulihan terapi kerja dan rawatan pemulihan terapi pertuturan.

Rawatan fisioterapi adalah seperti rawatan elektroterapi dan rawatan gimnasium.


Rawatan elektroterapi adalah rawatan yang menggunakan mesin-mesin rawatan fidioterapi
untuk kes-kes ortopedik, manakala rawatan gimnasium pula ialah rawatan senanman untuk
ortopedik, perubatan, pembedahan, neurologi dan pengkhususan strok serebral palsi.

Rawatan pemulihan terapi kerja turut disediakan untuk golongan orang kurang upaya
fizikal. Rawatan ini melatih individu yang terlibat untuk berdikari dalam pelbagai aspek.
Pemulihan terapi pertuturan pula diberikan untuk membantu mereka yang mengalami
kesukaran untuk bercakap disebabkan ketidakupayaan fizikal tang mereka alami. Di samping
itu, terapi ini juga dilakukan bagi memudahkan mereka untuk meminta sesuatu yang mereka
perlukan. Contohnya, golongan kurang upaya yang mengalami masalah lumpuh dan tidak
mampu untuk mengerakkan anggota badan mereka. Selain itu, rawatan lain untuk serebral
palsi ialah memberikan ubat botulinum tokin ataupun menerusi pembedahan. Namun begitu,
pembedahan adalah jalan yang terakhir setelah individu terlibat tidak dapat dipulihkan secara
fisioterapi.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kanak-kanak yang kurang upaya ini tidak pernah meminta untuk
menjadi seperti itu. Oleh itu kita sebagai manusia yang normal seharusnya menerima mereka
dengan hati yang terbuka. Dalam segi pembelajaran pula, kanak-kanak pelbagai kecacatan ini
tidak dapat mengikut belajar bersama-sama dengan pelajar normal. Mereka memerlukan
ruang khas dan didikan khas berbeza dari murid normal. Seperti mana murid-murid normal,
meraka juga perlu diberi ruang dan masa untuk mempelajari sesuatu. Oleh itu, pihak yang
bertangunggjawab seharuslah memainkan peranan penting dalam membina dan menubuhkan
ruang-ruang khas dan didikan khas kepada murid-murid ini. Sokongan tambahan daripada
pendidik, ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan oleh mereka seperti perhatian yang lebih
kepada mereka. Golongan pendidik dan ibu bapa di rumah menjadi sandaran utama
membentuk mereka menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat yang boleh berdikari.
6.0 Rujukan

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad. (2011). Pengantar pendidikan khas. Universiti
Sains

Malaysia (USM): Universiti Sains Malaysia Press.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (Jun, 2019). Kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Retrived from http://www.spa.gov.my/kategori-orang-kurang-upaya-oku-

You might also like