You are on page 1of 7

DAFTAR KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN..............................................................................................................2

1.1 PENGENALAN........................................................................................................2

2.0 ANALISIS PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MATA

PELAJARAN BAHASA MELAYU.........................................................................................2

2.1 MATLAMAT.................................................................................................................3

2.2 DASAR......................................................................................................................... 3

2.2.1 DASAR DI MALAYSIA..........................................................................................4

2.2.2 DASAR ANTARABANGSA...................................................................................4

2.3 PENDEKATAN............................................................................................................. 4

2.3.1 INKLUSIF SEPARA...............................................................................................4

2.3.2 INKLUSIF PENUH.................................................................................................4

2.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELBAGAI PIHAK.........................................5

3.0 KESIMPULAN..................................................................................................................6

4.0 RUJUKAN........................................................................................................................ 7

1
1.0 PENDAHULUAN
Akta Pendidikan 1996 memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK)
menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu
program khusus kepada MBK untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada
mereka tanpa diskriminasi. yang dinamakan sebagai Program Pendidikan Inklusif (PPI).
Melalui program ini, MBK ditawarkan untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal
atau normal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati
kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status
ekonomi dan ketikdakupayaan.

1.1 PENGENALAN
Hala tuju masa depan pendidikan hari ini sangat menyokong usaha untuk
menempatkan MBK di dalam satu bilik darjah yang sama dengan murid-murid normal yang
lain. Hal ini kerana, masyarakat mulai sedar kepentingan dan faedah menempatkan MBK
dalam satu bilik darjah yang sama dengan murid normal mampu untuk mengilap segenap
potensi yang ada dalam diri MBK dalam pelbagai aspek. Oleh itu, untuk menjayakan
program ini pihak sekolah perlulah menerima MBK ini tanpa syarat. Selaras dengan itu,
sekolah hendaklah mengubah iklim persekolahan supaya serasi dengan MBK. Perkara ini
penting supaya MBK dapat belajar di sekolah dalam keadaan yang selamat dan selesa.

2.0 ANALISIS PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MATA


PELAJARAN BAHASA MELAYU
Pelaksanaan program inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu melalui satu
kajian kes yang dijalankan oleh Safiah Harun pada 2016, menunjukkan banyak dapatan
positif yang diperoleh oleh beliau daripada peserta kajian. Beliau telah memilih seorang
murid tahun empat dari Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta, Ipoh untuk menyertai kajian
yang dijalankan olehnya sebagai sampel kajian. Hasil analisis dapatan kajian oleh Safiah
Harun, prestasi akademik peserta kajian ini adalah baik jika dibandingkan dengan rakan-
rakan normal sekelasnya yang tidak tahu membaca dan menulis. Peserta kajian juga gemar
untuk membaca secara kuat untuk memahami petikan. Selain itu, peserta kajian gemar
untuk menulis karangan terutamanya karangan berbentuk cerita berbanding menjawab
soalan pemahaman. Secara keseluruhannya, Safiah menyimpulkan bahawa peserta kajian
menunjukkan minat belajar belajar Bahasa Melayu dengan melibatkan diri secara aktif di
dalam kelas.

2
Secara tuntas, menurut Latif Ahmad (2012) guru memainkan peranan yang penting
dalam menjayakan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru
haruslah memberi peluang yang sama rata atau lebih kepada MBK ini supaya mereka dapat
melibatkan diri secara aktif di dalam kelas Bahasa Melayu. Misalnya, beri peluang kepada
mereka untuk berkongsi cerita dan menyatakan buah fikiran mereka dalam sesi soal jawab
tanpa mempersendakan sekalipun salah. Perkara sekecil ini adalah sangat besar kepada
MBK untuk meraka merasa dihargai. Selain itu, guru perlu mengenal pasti potensi, minat
dan kecenderungan MBK di dalam kelas supaya teknik dan kaedah pengajaran Bahasa
Melayu dapat disesuaikan dan diselarikan dengan kebolehan dan keupayan MBK di dalam
kelas inklusif (Nik Khairun Nisa Abu Bakar, 2004). Pada waktu yang sama, guru tidak boleh
mengabaikan murid-murid normal yang lain di dalam kelas inklusif kerana fitrah seorang
murid adalah sangat mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang guru.
Dengan menitikberatkan kesemua keadaan sedemikian, maka tidak mustahil untuk seorang
guru melaksanakan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
jayanya.

2.1 MATLAMAT
Terdapat sekurang-kurangnya tiga matlamat utama Program Pendidikan Inklusif
(PPI) yang telah digariskan oleh pihak kementerian (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Ketiga-tiga matlamat ini adalah sangat jelas sebagai garis panduan kepada semua
anggota masyarakat untuk menjayakannya. Pertama, meningkatkan peluang penyertaan
MBK untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid normal
atau tipikal di dalam kelas. Kedua, PPI juga bertjuan memberi kesedaran kepada
masyarakat terhadap potensi MBK. Akhir sekali, program ini dilaksankan untuk mewujudkan
kepercayaan kepada masyarakat bahawa ketidakupayaan MBK boleh diminimumkan
sekiranya diberi peluang yang sama rata dengan murid-murid normal yang lain.

2.2 DASAR
Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) oleh kementerian bukanlah satu
usaha yang hangat-hangat tahi ayam dan boleh dipandang remeh. Hal ini kerana,
perlaksanaan program ini adalah bersandarkan kepada dasar atau amalan yang terdapat di
Malaysia dan juga antarabangsa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

3
2.2.1 DASAR DI MALAYSIA
Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa
murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka
mencapai kesamarataan dalam pendidikan

2.2.2 DASAR ANTARABANGSA


Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special
Neeeds Education (1994), murid berkeperluan khas (MBK) perlu mendapat akses
kepada sekolah arus perdana untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan
komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan inklusif dan masyarakat inklusif.

Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar negara yang sedia ada,
kementerian komited dalam usaha untuk menjayakan perlakasanaan program dan
meningkatkan pendidikan inklusif ini secara total atau menyeluruh melalui beberapa siri
inisiatif untuk mencapai objektif dan matlamat perlaksanaannya.

2.3 PENDEKATAN
Pendekatan yang diketengahkan dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini
terbahagi kepada dua iaitu inklusif separa dan inklusif penuh.

2.3.1 INKLUSIF SEPARA


Dalam pendekatan inklusif separa MBK perlu mengikuti pembelajaran bagi
mata pelajaran tertentu sahaja. Mata pelajaran yang perlu diikuti adalah mengikut
keupayaan murid di kelas arus perdana. Pada waktu yang selebihnya, MBK ini perlu
mengikuti pembelajaran di bilik resos atau berada di kelas pendidikan khas.

2.3.2 INKLUSIF PENUH


Pendekatan Inklusif penuh pula mengkehendaki MBK ditempatlan sepenuh
masa di kelas arus perdana. Hal ini membawa maksud, MBK perlu mengikuti semua
mata pelajaran akademik Bersama-sama murid normal di dalam kelas.

2.4 FAKTOR YANG MEMPERNGARUHI KEJAYAAN PPI

Terdapat banyak faktor sokongan yang diperlukan untuk menjayakan PPI kepada
MBK. Antaranya ialah faktor peralatan dan infrastruktur. Peralatan bantuan perlu disediakan
oleh ibu bapa dan pihak sekolah bagi memudahkan MBK mengikuti pembelajaran di bilik
darjah dengan sempurna. Peralatan bantuan yang biasa digunakan oleh MBK adalah bukan
peralatan yang biasa, tetapi melibatkan teknologi bantuan. Contoh peralatan yang mungkin

4
diperlukan oleh MBK adalah kerusi roda elektrik, pemegang alat tulis dan velvro tongkat
putih.

Selain itu, faktor masyarakat juga mampu mempengaruhi kejayaan PPI. Untuk
menjayakan program, masyarakat yang diperlukan adalah golongan yang bersikap terbuka,
memahami, mampu menerima kehadiran MBK dan sedia memberi sumbangan idea dan
buah fikiran untuk menjayakan program ini (Khadijah Rohani Mohd Yunus, 2000).

Seterusnya, faktor personel juga meruapakan penyumbang kepada kejayaan PPI.


Personel merujuk kepada individu yang berada dekat dengan MBK ketika mereka berada di
sekolah. Dalam erti kata yang lain, personel adalah orang yang selalu berada dan kelihatan
dalam persekitaran MBK. Personel biasanya orang yang paling dipercayai oleh MBK. Oleh
itu, personel perlu menanamkan keyakinan dalam diri MBK untuk berinteraksi dan bersosial
dalam persekitaran arus perdana untuk menyakan PPI di sekolah (Nor Aini Ahmad, 2014).

2.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELBAGAI PIHAK


Peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak dalam menjayakan PPI yang utama
pastinya mereka yang berada dekat dengan MBK iaitu ibu bapa. Peranan ibu dan bapa
adalah sangat penting untuk memotivasikan anak berkeperluan khas ini untuk hadir ke
sekolah dan mengikuti pembelajaran bersama rakan-rakan normal yang lain. Selain itu, ibu
bapa perlu memberi sokongan penuh terhadap usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah
untuk menjayakan program PPI di sekolah.

Selain itu, peranan guru-guru juga tidak kurang pentingnya sama dengan peranan
yang dimainkan oleh ibu bapa untuk menjayakan PPI di sekolah. Menurut Haniz Ibrahim
(2000), guru-guru harus sentiasa bersedia mendepani arus perubahan dalam dunia
pendidikan baik dari aspek mental mahupun fizikal. Guru arus perdana,guru pendidikan
khas dan juga guru resos perlu mengembleng tenaga dan bekerjasama dalam usaha
mencari formula terbaik cara mengajar berkesan pendidikan inklusif di bilik darjah. Hal ini
penting untuk menjaga kebajikan bukan hanya seorang murid tetapi kesemua murid yang
berada di dalam bilik darjah supaya kesemua mereka dapat menikmati pembelajaran yang
sempurna.

Selain itu, peranan pentadbir sekolah juga penting dalam usaha memaksimumkan
pelaksanaan PPI di sekolah. Guru Besar terutamanya perlu merancang dan melaksanakan
Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) berkaitan PPI untuk semua guru dan staf sokongan agar
dapat mengetahui lebih lanjut mengenai PPI baik secara teori mahupun praktikal.

5
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini adalah wajar diteruskan.
Semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan program ini. Murid Bekerpeluan Khas
(MBK) mungkin adalah insan yang kurang bernasib baik yang lahir dengan serba
kekurangan. Namun, dalam dunia pendidikan, seharusnya tidak ada diskriminasi terhadap
sesiapa pun kerana semua individu berhak menikmati pendidikan yang sama rata.

Peranan guru sangat penting untuk mengilap potensi MBK, mewujudkan


persekitaran yang selamat untuk mereka selain memastikan MBK mendapat pembelajaran
yang bermakna di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa berusaha untuk
mencari formula, teknik dan kaedah terbaik untuk diterapkan dalam pengajaran di bilik
darjah bagi mempastikan semua murid di dalam kelas inklusif mendapat pendidikan yang
sama rata.

6
4.0 RUJUKAN

Haniz Ibrahim (2000). Pendidikan Inklusif di Malaysia: Sikap Guru Terhadap Perubahan.
Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM 2013-2025). Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khadijah Rohani Mohd Yunus (2000). Cabaran kerjasama dan koloborasi antara
paraprofesional dalam sistem pendidikan inklusif. Kertas Kerja yang dibentangkan
pada Seminar Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan, Jabatan Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Latif Ahmad. (2012). Development of Instrument for Measuring the Attitude of Teachers, A
Administrators and Policy Makers Towards Inclusive Education. Interdisciplinary
Journal of Contemporary Research in Business, 4 (5): 86-101.

Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif: Kesediaan, Kesesuaian dan
Keberkesanan Program bagi Murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding
Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus Kali Kedua.
m.s 83-86

Nor Aini Ahmad (2014). Inclusive education Program Management for Students with
Learning Difficulties: A Narrative Inwuiry Study. Management Research Journal, (3):
38-52

Safiah Harun. (2016). Pelajar Bahasa Melayu dalam Kelas Inklusif: Satu Kajian Kes. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, (10): 160-176

Siti Fatimah Salleh dan Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru dalam
Program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Asian People Journal, 2 (1): 243-263

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Setting. PhD
thesis. University of Warwick. Unprinted

You might also like