You are on page 1of 3

BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN NASIONAL

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Bahasa
Melayu Pemangkin Perpaduan Nasional Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus
menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu
memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan
bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu
perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-
bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang
dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan
mengikut arus perubahan zaman.

Hadirin Sekalian,

Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai
asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub
dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini
pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di
Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang
demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk
membina sebuah negara.

Seterusnya, Bahasa Melayu adalah lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam
dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui
perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun
dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan
Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang
Negara Malaysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai
perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri,
seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Hadirin Sekalian,

Selain itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting
dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah
sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan
India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi
lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah
dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana
bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa
dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan
kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahasa Melayu
berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat
bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya
mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam
semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan
bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah
dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di
persada antarabangsa.

Hadirin Sekalian,

Tidak dapat dinafikan bahawasanya Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai wahana politik
dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa
negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga
melahirkan pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak
kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah
yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi
awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ahli masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat
mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contonya, jika ahli politik
dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu,
bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang
digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa
basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. 
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi
penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur
dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana
baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan mengikut
struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. 
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila
bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu,
Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah,
dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana
Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid,
terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
Hadirin Sekalian,

Dunia semakin berkembang, masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah
juga halnya dengan bahasa Melayu. Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap
keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi, kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila
kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. 
Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan
kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib
malang. 
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini
ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa
bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. 
Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-
bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa


seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama
pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. 
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi
SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu
menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa
ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia
melalui penggunaan satu bahasa

Hadirin Sekalian,

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang
berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah
memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan
memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan
Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan
tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu terjamin
kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan
perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat
tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Terima Kasih.

You might also like