You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Definisi Kejuruteraan Genetik

Kejuruteraan genetik adalah teknik yang digunakan dalam


mengubahsuai gen untuk mengubah laluan metabolik sel atau organisma
manakala biologi molekul ialah kajian protein yang berbeza di laluan
metabolik ini. Biologi molekul merupakan cabang kepada ilmu biologi yang
mengendalikan asas molekul kegiatan biologi. Ia juga merupakan tentang
pemahaman interaksi antara pelbagai sel termasuk berkaitan DNA (Asid
Deoksiribonukleik) ,RNA (Asid Ribonukleik), dan biosintesis protein. Sains
kejuruteraan genetik muncul pada 1971-1973 dan telah membawa kepada
revolusi dalam bidang biologi eksperimen. Dalam bidang ini, keseluruhan
komponen genetik adalah buatan iaitu diubah, direka bentuk mengikut
keperluan.

Dr. Richarda Steinbrecher (1998) menjelaskan kejuruteraan genetik


adalah satu keadah penggabungan gen dan DNA sesuatu spesis ke spesis
yang lain. Kejuruteraan genetik mengurangkan ketidaksamaan sesuatu
spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi membolehkan mewujudkan spesis
yang baru melalui penggabungan gen dan DNA.

Rajah 1 : Struktur gen, DNA, kromosom dan sel eukariot

1
Kejuruteraan genetik banyak digunakan dalam pelbagai bidang seperti
pertanian, pemakanan, perubatan dan penternakan. Manipulasi gen telah
memberi banyak sumbangan kepada teknologi yang lebih baik ke arah
penyembuhan dan pencegahan penyakit. Dengan kemajuan sains dan
teknologi ini, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen yang
mencampurkan benih dari spesis binatang ke binatang lain dengan tujuan
untuk menghasilkan baka yang lebih baik. Contohnya, seperti baka yang
diternak untuk pengeluaran susu di Malaysia seperti Friesien Sahiwal yang
juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL yang sering menjadi pilihan
utama bagi pengusaha lembu tenusu. Baka ini sesuai untuk ternakan di
negara ini kerana mempunyai tahap kesuburan yang baik, senang diurus dan
tahan kepada cuaca yang panas dan kelembapan yang tinggi serta serangan
penyakit.

Kejuruteraan genetik sangat berkait rapat dengan bioteknologi lain


seperti pengklonan haiwan,tanaman dan manusia. Walaupun terdapat banyak
kontroversi berkaitan kejuruteraan genetik, ia semakin berkembang sebagai
teknologi kejuruteraan bioperubatan yang lebih cekap. Banyak kejayaan yang
telah dicapai penyelidik-penyelidik dari luar negara dalam bidang ini sehigga
mendapat lipuatan meluas daripada media massa antarabangsa.

2.0 MANFAAT KEJURUTERAAN GENETIK

Manfaat kejuruteraan genetik dapat dilihat dalam pelbagai aspek


kehidupan manusia. Ini adalah hasil usaha untuk meningkatkan lagi kualiti
dan sebagai cara mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pelbagai
aspek kehidupan masa kini dan akan datang. Misalnya, kemajuan sains dan
teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada
pasangan yang tidak mempunyai zuriat. Di mana benih daripada suami boleh
disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan didalam
kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu, tidak timbul masalah mengambil benih
daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain,
yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda dalam masyrakat. Begitu

2
juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang
boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan kebaikan pada
manusia, ianya adalah dibenarkan. Secara tuntasnya, faedah-faedah ini akan
dibincangkan dalam empat bidang utama iaitu perubatan, zuriat, pertanian
dan industri.

Dengan penggunaan kejuruteraan genetik, kualiti hasil pertanian dapat


dipertingkatkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman kalau dibandingkan
dengan tanaman organik. Sebagai contoh, kewujudan jagung dan padi yang
mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap perosak serangga. Saintis
mengeluarkan gen yang boleh membuat racun daripada sesetengah bakteria.
Kemudian, gen itu dimasukkan ke dalam jagung. Justeru, DNA dalam jagung
menghasilkan racun sendiri dan tidak perlu untuk menyembur racun serangga
yang akan menjejaskan kualiti jagung dan tanah. Di samping itu juga,
tanaman kacang soya adalah tanaman yang berasal dari China. Kacang soya
merupakan bahan mentah yang penting dalam menghasilkan pelbagai jenis
makan seperti kicap, air soya, dan lesitin yang menjadi bahan mentah dalam
penghasilan coklat dan marjerin serta banyak lagi produk-produk lain. Selain
dariada itu, mereka yang mempunyai alahan kepada laktoa atau protein susu
mempunyai pilihan lain iaitu dengan mendapatkan susu soya. Mosanto
adalah salah satu pengeluar terbesar kacang soya terubah suai genetik yang
mampu menghasilkan bahan untuk menghindarkan tumbuhan liar yang
mampu merosakkan pertumbuhannya. Kacang soya juga mempuyai tahan
rintangan terhadap serangga perosak dan kulat.

Selain itu, kejuruteraan genetik juga memainkan peranan yang amat


penting dalam bidang penternakan. Hasil penternakan sememangnya
merupakan salah satu pembekal sumber protein untuk mengekalkan
keseimbangan pemakanan manusia untuk mengekalkan kesihatan badan.
Misalnya, susu yang dihasilkan oleh lembu yang telah melalui proses
kejuruteraan genetik akan mengandungi khasiat yang lebih tinggi dapat
digunakan untuk meningkatkan daya tahan badan serta dapat mencegah
penyakit seperti kanser. Melalui kejuruteraan genetik, pembiakan haiwan
boleh dijalankan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit
yang lebih baik serta kadar pertumbuhan yang cepat, penyesuaian diri dan

3
persekitaran dengan mudah serta tekstur daging yang baik. Penternak tidak
akan mengakami sebarang masalah untuk menternak haiwan yang berkualiti
tinggi.

Dalam bidang perubatan pula, aplikasi dalam kejuruteraan genetik


berupaya memberikan rawatan perubatan kepada penyakit yang dihidapi
manusia. Hampir semua manusia terdedah kepada satu penyakit yang
mungkin terhasil daripada warisan gen daripada ibu bapa, mutasi genetik
dalam genom akibat mutagen alam sekitar. Penyakit mutase genetik boleh
menyebabkan penyakit seperti cystic fibrosis, Alzheimer penyakit jantung.
Mutasi ini juga boleh membuatkan tubuh manusia mudah terdedah kepada
jangkitan. Mutasi boleh disembuhkan dengan menggunakan kejuruteraan
genetik jika penyelidikboleh mencari cara yang berkesan untuk menggantikan
gen rosak dengan salinan gen yang berfungsi dalam kedudukan yang betul.

Seterusnya,kejuruteraan genetik juga digunakan dalam melahirkan zuriat


yang merupakan ketamadun manusia. Kejuruteraan genetik ini telah
mendatangkan impak yang postif kepada masyarakat terutamanya terhadap
pasangan suami dan isteri yang ingin cahaya mata tetapi menghadapi
masalah. Melalui kaedah bayi tabung uji, persenyawaan sperma dapat
dilakukan di luar rahim. Anak merupakan elemen yang penting yang dapat
menambahkan keceriaan sebuah keluarga. Tambahan pula, Teknik ini dapat
membantu pasangan tersebut mempunyai anak yang sihat dari segi fizikal
dan mental.

Rajah 2 : Kaedah Bayi Tabung Uji

4
3.0 KESAN KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP PENDIDIKAN

Dalam era globalisasi ini, wujudnya impak-impak yang memberi faedah


dalam kehidupan seharian. Antara kesan positif yang boleh diperkatakan
ialah pembelajaran sepanjang hayat. Seseorang individu akan sentiasa
mempelajari ilmu untuk mengikuti perkembangan teknologi yang baharu.
Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu untuk
berfikiran terbuka. Di samping itu juga, kejuruteraan genetik juga dapat
mencetuskan kemahiran teknologi yang baharu. Kemahiran teknologi yang
baharu atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam
persaingan yang hebat antara negara-negara membangun yang lain.
Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur
kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut.

Seterusnya, kesan terhadap pendidikan ialah negara Malaysia sebagai


pusat Pendidikan Antarabangsa. Malaysia berpotensi menjadi pusat
kecemerlangan Pendidikan serantau. Mulai tahun 1990, IPTS menawarkan
kursus pengajian di peringkat sijil,diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang
seperti perniagaan,kejuruteraan,komunikasi,computer dan teknologi
maklumat melalui kerjasama dengan United Kingdom, Amerika
Syarikat,Australia, New Zealand. Kursus yang ditawarkan menarik minat
pelajar antarabangsa dan menjurus kepada peningkatan nilai pasaran dan
memenuhi permintaan semasa. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional
(TVET) perlu ditambah baik dengan mengemas kini kurikulum supaya
mengikut standard antarabangsa. Permintaan terhadap graduan teknikal dan
vokasional juga adalah tinggi. Kurikulum yang standard dan graduan yang
memenuhi nilai pasaran tinggi disediakan oleh IPT, akan Berjaya memenuhi
permintaan pasaran.

Bidang kejuruteraan genetik merupakan salah satu bidang ilmu yang


sangat mencabar. Bidang ini mungkin tidak diminati oleh para pelajar kerana
cabaran dan masa depan dalam bidang ini sendiri. Oleh yang demikian, teras
dasar adalah untuk meningkatkan kefahaman saintifik dan teknologi supaya
lebih ramai tertarik pada bidang-bidang yang berkaitan dengan sains dan

5
tenologi. Pihak universiti haruslah yerus mengeluarkan lebih ramai graduan
dan penyelidik yang berkaliber tinggi. Program-program pendidikan yang
terpilih dalam bidang sains dan teknologi perlu juga disediakan untuk tenaga
kerja yang sedia ada bagi membolehkan mereka bukan sahaja dilatih semula,
tetapi juga mempertingktatkan dan memperolah pengetahuan dan kepakaran
baru.

Namun begitu, kejuruteraan genetik juga mempunyai impak negatif.


Impak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Sebagai
contoh, kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk mengeluarkan senjata biologi secara besar-besaran
yang boleh mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Menurut Dr. Patrick
Dixon menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang
untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk
virus baru akan dihasilakan untuk membunuh ribuan nyawa manusia yang
tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian boleh
disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air.
Terdapat juga segelintir firma yang membuat senjata biologi untuk
menggunakan sekelompok manusia sebagai sasaran ujian dalam
penghasilan senjata biologi.

Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang
wujud daripada fenomena tersebut. Bagi sanis teknologi dan kejuruteraan
sebenarnya saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Jika Malaysia ingin
menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan
kejuruteraan yang tinggi dan asas sains yang kukuh serta pengaliran
pengetahuan yang lancer diantara kedua-duanya.

6
4.0 LANGKAH MENANGANI CABARAN ISU KEJURUTERAAN
GENETIK

Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi


cabaran yang dibawa oleh kejuruteraan genetik. Antara langkah yang diambil
ialah menegaskan bahawa makanan yang melalui kejuruteraan genetik mesti
dilabelkan sebagai GMO yang bermaksud makanan yang diubahsuaian dari
genetik. Hal ini membolehkan pengguna dapat mengetahui maklumat dan
butir-butir tentang makanan tersebut seperti bahan yang mengandungi dalam
makanan, sama ada akan mengakibatkan alahan dan juga kandungan nutrisi
dalamnya. Lagipun, system label makanan ini memang memenuhi keperluan
pengguna. Selain itu, cara ini merupakan cara efektif untuk meningkatkan
jaminan kesihatan masyarakat, mengurangkan risiko yang mungkin
mendatangkan masalah. Selain itu,cara label ini juga tidak perlu
mengahabiskan kos yang banyak, harga yang murah tidak akan menjadi
bebanan kewangan sama ada pengguna ataupun syarikat yang berkenaan.

Rajah 4 : Contoh Label Makanan

Selain itu, penguatkasaan undang-undang juga merupakan langkah yang


amat berkesan dalam mengatasi cabaran ini. Pada peringkat antarabangsa,
masyarakat telah mengambil langkah untuk untuk mengatasi cabaran yang
berkenaan dengan kejuruteraan genetik. Sebarang penyelidakan sains yang
ingin dijalankan hendaklah mendapatkan daripada kebenaran daripada pihak
berkuasa kerajaan sebelum menjalankan sebarang eksperimen.

7
5.0 ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Pada hakikatnya, sistem sains dan teknologi sememangnya tidak


mempunyai landasan moral tersendiri iaitu ia bersifat ‘amoral’ iaitu ia bukan
sesuatu yang betul atau salah. Namun ia tidak bermakna bahawa semua
kemajuan sains khususnya kejuruteraan genetik boleh berlaku tanpa
sebarang implikasi etika dalam kehidupan manusia sendiri.

Merujuk kepada ajaran Islam manipulasi yang dilakukan terhadap genetik


yang dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang
melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai pelbagai implikasi. Firman
Allah SWT di dalam surah An Nisa’ ayat yang ke 119, yang bermaksud: “Dan
aku (syaitian) benar-benar akan menyesatkan mereka,dan akan
membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruhkan
mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk
dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya,
dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah lalu mereka benar-benar
mengubahnya”.

Dewasa ini bidang kejuruteraan genetik telah berjaya memanipulasi kod


genetik manusia, haiwan dan tumbuhan untuk menghasilakn satu bentuk
baka baru seperti yang dilakukan oleh Ian Wilmut . Beliau telah berjaya
menghasilkan sektor kambing biri-biri yang bernama ‘Dolly’ pada 5 Julai 1996.
Kejayaan ini dari segi etikanya merupaka usaha yang baik kea rah
menyelesaikan masalah ternakan yang mudah diserang penyakit, saiz yang
kecil dan sebagainya. Sungguhpun begitu, manipulasi kod genetik DNA untuk
melahirkan baka manusia yang baru telah memberikan pandangan negatif
terhadap kejuruteraan genetik. Ini adalah kerana penghasilan baka manusia
melibatkan manipulasi DNA haiwan seringkali gagal dan membawa implikasi
identiti dan sifat baka.

Oleh itu, sebarang bentuk bentuk pengubahsuaian yang dilakukan, yang


boleh mendatangkan mudarat kepada manusia dan alam sekitar adalah
dilarang dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di
Russia di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang,

8
dengan harapan kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang
separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai
tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini
diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia
kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia
biasa.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan dan kepesatan yang dibawa oleh


kejuruteraan genetik memang membawa banyak kebaikan dan keburukkan
kepada masyarakat dari pelbagai aspek seperti pertanian, perubatan dan
sebagainya. Islam mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang
mendatangkan mudarat terhadap dirinya dan masyarakat sekelilingnya. Ia
bertepatan dengan hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang
datang bertanya dengan Rasulullah SAW tentang kacukan pohon tamar yang
telah dilakukannya. Maka Rasulullah menjawab , “Engkau lebih mengetahui
tentang itu”. Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa
faedah kepada manusia dan tidak memudaratkan kehidupan adalah
dibolehkan.

Bidang kejuruteraan ini secara hakikatnya digunakan untuk


membangunkan kaedah-kaedah terbaru dalam bidang pertanian,perubatan,
penternakan dan bermacam lagi. Walaupun begitu, bidang kejuruteraan
genetik ini dilihat telah melawan kehendak semulajadi ciptaan Tuhan kerana
penghasilan benih-benih baru dan baka-baka baru mengubah sifat asal
tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Masyarakat harus berusaha berfikir dan
mengkaji kebaikan dan cabaran yang terdapat dalam kejuruteraan genetik ini
tanpa mementingkan kepentingan diri sendiri serta mengambil langkah,
penyelesaian supaya keharmonian antara alam sekitar dan manusia dapat
dijamin, kejuruteraan genetik tidak akan disalahgunakan dan masa depan
generasi yang akan datang dapat dijamin.

9
RUJUKAN

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Meor Aris Meor Amzah (2016). Cabaran dan
Isu Semasa Dunia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Robert Snedden (2011). DNA dan Kejuruteraan Genetik. Kuala Lumpur:


Percetakan Tabah Sdn.Bhd.

John Frandon, Che Norhasimah Abd Hamid (2011). 1000 Perkara Kamu
Patut Tahu Tentang Sains. Kuala Lumpur: Cetakrapi Sdn.Bhd.

Dr.Mohd Ashraf Ibrahim, Chin Kuang Tiu (2015).Cabaran dan Isu Semasa
Dunia. Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ruhaiza Rusmin, ( 2016, Januari). Impak Globalisasi. Retrieved from

https://www.hmetro.com.my/node/201657

Nazrul Hisham Nasaruddin, (2015, March). Pembaharuan dalam kejuruteraan


genetik tumbuhan: menuju ke arah teknologi gen bersih. Retrieved from
http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Kejuruteraan%20genetik.pdf

Nur Ayqa Issa, (2015, Januari). Kejuruteraan Genetik. Retrieved from

https://prezi.com/bjnu3givyncj/anda-tahu-apakah-itu-kejuteraan-genetik/

Harres, (2017,March). Lembu Tenusu . Retrieved from


http://myagri.com.my/2017/03/lembu-tenusu/

10

You might also like