You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KEWANGAN KALI 1 SKSL 2011.

Tarikh : 10.2.2011
Hari : Khamis.
Masa : 2.00pm
Tempat : Makmal Sains

Kehadiran.
1. Guru Besar : En.Sahrom bin Shamsudin. ( Pengerusi )
2. Guru Pen. Kanan 1 : Pn.Hjh Sarifah Hamidah bt R. Ahmad.
3. GPK HEM : Tn.Hj.Md Hosni bin Awang. ( cuti sakit).
4. GPK KoKu : En. Zakaria bin Abu Nawas.
5. Pembantu Tadbir : Zul Hisham bin Hasan.
6. Ketua Panitia:
B. Inggeris : Munira binti Daud.
Matematik : Noraliza binti Naharudin
Sains : Zalinor bin Zainuddin
KT/Sivik
& Kemanusiaan : Pn. Fadzley Surianie binti Muhamad Sohaimi.
Moral : En. Mustari bin Ahmad.
Pend.Islam : Che Gayah binti Che Ali
B.Melayu : Aziyana binti Ayop.
Muzik : Halimatun Saadiah binti Johari.
P.Jasmani/Kesihatan : Siti Masayu binti Sikh Mohd Ariff.
P. Seni : Pn. Rozita binti Awang.
K.Hidup : Azman bin Ahmad Sapuan
Bimb & Kaunseling : Abdul Malik bin Nayan.
P.Sumber : Rodziah binti Ahmad
Makmal Komputer : Mohd Hazmil bin Abu Hassan.
Pemulihan : Noor Azizah binti Muhamad Noor
Pra Sekolah : Siti Zubaidah / Siti Hafeza
J-qaf.(Bistari Solat) : Nik Siti Maria binti Nik Yaacob .

1. Ucapan Guru Besar/ Pengerusi.

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru – guru Ketua Panitia dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua ajk yang hadir walaupun sibuk dengan tugas. Guru Besar
memulakan mesyuarat dengan bacaan doa dibacakan oleh ustaz Alwi.

Guru Besar terlebih dahulu memperkenalkan GPK Koku yang baru bertukar masuk iaitu En. Zakaria
bin Abu Nawas kepada semua guru yang hadir.
2. Guru Besar meminta pembantu tadbir en. Zul Hisham untuk membentangkan PCG
kewangan.

3. Hal – hal berkaitan kewangan panitia.

i) Guru Besar memberi ingatan tentang dokumen kewangan yang diedarkan telah
diterima oleh semua panitia dan memaklumkan bahawa ini adalah Pekeliling
Kewangan yang terbaru dari Kementerian dan meminta semua pihak meneliti
pekeliling tersebut.

ii) Guru Besar mengulangi semula cadangan beliau pada KP-KP untuk membeli kertas
A4. Jika tidak berbelanja ianya akan digunakan untuk membeli keperluan bagi KP-KP
yang lain yang memerlukan ataupun digunakan untuk membayar bayaran fotostat
bagi kertas soalan yang hendak difotostatkan.

iii) Pn. Che Gayah bertanya tentang KP Teras – Lain-lain Matapelajaran. Pembahagian
peruntukan tidak jelas. Guru Besar menjelaskan buat masa ini tiada peraturan yang
jelas tentang pembahagian pcg ini. Untuk peringkat awal Guru Besar
mencadangkan agar pembahagian di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu P.Islam,
B.Melayu, Moral dan K.Tempatan.

iv) Pn. Siti Zubaidah bertanyakan tentang pembaikan kecil. Adakah boleh pra sekolah
menggunakan wang pcg yang ada untuk pembaikan kecil. Guru Besar memberitahu
bahawa prasekolah tidak boleh menggunakan wang pcg digunakan untuk tujuan
tersebut tetapi pihak sekolah boleh menggunakan wang lpbt untuk pembaikan kecil
seperti yang dimaksudkan. Oleh itu Guru Besar meminta guru prasekolah memberi
nota minta kepada en. Zul untuk dibuat penilaian selanjutnya.

4. Lain-Lain Hal
Tiada.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00pm.

Dicatatkan dan di sediakan oleh, Di semak oleh,

………………………………………………. …………………………………………………
En. Zul Hisham Hasan En. Sahrom bin Shamsudin
Pembantu Tadbir SKSL Guru Besar SKSL.

You might also like