You are on page 1of 1

KATA NAFI

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk


menafikan sesuatu pernyataan.

2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa


nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:
- Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
- Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa


kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat
- Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan
sebarang faedah.
- Sungai di belakang rumah saya tidak dalam
sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan


frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
- Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin
belajar.
- Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

You might also like