You are on page 1of 1

ULASAN ARTIKEL

Kebanggaan dan keistimewaan negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang


terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.
Keistimewaan Malaysia ini telah menjadi identiti kepada Malaysia. Selain itu, keistimewaan
ini juga telah menjadi satu tarikan kepada pelancong asing. Justeru itu, keharmonian antara
kaum dan perpaduan kaum harus dikekalkan supaya keistimewaan Malaysia ini dapat
dikekalkan serta mengharumkan nama Malaysia. oleh itu, pelbagai cabaran yang
menggugat perpaduan kaum harus diuruskan dengan baik terutamanya Malaysia yang
mempunyai kemajmukan sosial.

Pertama sekali, nilai keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas
kepada kerangka perpaduan nasional ini. Ini adalah kerana nilai-nilai ini amat penting
kepada negara yang bermajmuk ini. Selain itu, kesedaran dalam masyarakat usaha
membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang bertunjangkan
persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati. Dengan ini, kehormanian antara
kaum dapat dikekalkan.

Seterusnya, hubungan baik antara kaum mestilah dikekalkan dengan integrasi.


Integrasi merupakan tunjang agenda perpaduan negara yang membolehkan masyarakat
berbilang bangsa dan agama mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Oleh itu,
sikap penerimaan antara masyarakat perlu dipupuk supaya keharmonian dan kesejahteraan
dalam hubungan masyarakat dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, persefahaman dan sikap penerimaan amat penting kepada negara


Malaysia supaya rakyat dapat isyarat yang jelas untuk mengharmonikan hubungan
masyarakat berbilang bangsa dan budaya.

You might also like