You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Sistem pendidikan pada hari ini mendesak guru-guru untuk melakukan pembaharuan
dalam kaedah pengajaran. Berkembangnya teknologi diiringi dengan penyebaran maklumat
tanpa sempadan. Oleh sebab itu kaedah pemikiran cort dapat membantu pelajar-pelajar
untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan. Alat berfikir CORT adalah singkatan untuk
Cognitive Research Trust yang diperkenalkan oleh tokoh pemikiran dunia iaitu Edward De
Bono pada tahun 1972. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat
keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan
pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindakan, meneroka
kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut
pandangan. Program CORT mempunyai 6 bahagian pemikiran iaitu daripada alat berfikir
CORT 1 sehingga CORT 6.
2.0 ALAT CoRT 1
2.1 PMI (Plus, Minus, Interesting)

Progam CORT 1 berfungsi untuk memperluaskan persepsi pemikiran dan ia terdiri


daripada 7 alat-alat berfikir. Alat berfikir yang pertama adalah PMI iaitu singkatan bagi Plus,
Minus, Interesting (Baik, Buruk, Menarik). Cara menggunakannya adalah dengan
menyenaraikan kebaikan, kekurangan serta perkara yang menarik tentang sesuatu idea.
PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea dan cadangan yang dikemukakan.
Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia
menolong memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit.
Contohnya, penggunaan telefon binbit dalam kalangan pelajar. Kebaikan daripada situaasi
berikut ialah memudahkan guru menyebarkan bahan pengjaran, keburukannya adalah
melekakan pelajar-pelajar manakala apa yang menarik ialah pelajar-pelajar dapat
berkomunikasi dengan ibu bapa dengan cepat serta mudah mencari maklumat
pembelajaran.

Situasi = Telefon bimbit kepada pelajar

Baik Buruk Menarik

Mudah penyebaran Dapat berkomunikasi jarak


maklumat tentang Melekakan para pelajar. jauh dengan cepat.
pembelajaran.

Jadual 1: Contoh situasi untuk PMI

2.2 CAF (Consider All Factors)


Alat pemikiran CORT yang seterusnya ialah CAF (Consider All Factors) iaitu dengan
mengambil kira Semua Faktor. Sebelum membuat keputusan, beberapa faktor perlu
difikirkan agar dapat mengelakkan daripada mengeluarkan keputusan yang salah.
Komponen CAF bertujuan untuk meninjau semua aspek secara menyeluruh dan dapat
mengelakkan daripada keciciran faktor yang penting. Kaedah dan langkah untuk
menggunakan CAF adalah dengan menyenaraikan semua faktor yang berkaitan.
Seterusnya pertimbangkan semua faktor tersebut dan akhirnya apakah keputusan selepas
pertimbangan yang wajar dibuat? Contoh situasi CAF adalah perkara-perkara yang perlu
dititik beratkan sebelum membeli baju.

I. Mengetahui jenis baju yang sesuai dengan keperluan seperti baju kurung,
kemeja atau baju t-shirt.

II. Mengetahui corak yang digemari

III. Saiz badan kita

IV. Bila hendak dipakai

V. Warna yang dikendaki

VI. Lingkungan bajet harga baju

VII. Kedai yang hendak dibeli

VIII. Kualiti kain yang dibuat

2.3 FIP (First Important Priority)


Disamping itu, alat pemikiran CoRT 1 dilengkapkan dengan FIP (First important prioriti)
iaitu mengambil kira perkara yang penting dengan mengutamakan perkara tersebut. Alat-
alat pemikiran PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, menyediakan banyak faktor-faktor dan
sebab-sebab sehingga menimbulkan masalah kepada kita untuk membuat pemilihan. FIP
mendesak kita untuk membezakan perkara yang tidak penting, yang penting serta hal yang
sangat penting. Oleh itu, kaedah untuk menggunakanya kita perlu asingkan
senaraicadangan mengikut tahap kepentingan serta mendahulukan apa yang sangat
penting. Contoh dalam kehidupan seorang pelajar adalah untuk memilih aliran pembelajaran
seperti aliran sains atau sastera.

Ramai kawan yang


Tidak penting mengambil aliran sastera
(minat kita berbeza)
Aliran sains amat
Penting diperlukan dan bidang
pengajiannya luas
Menitikberatkan subjek
Sangat penting yang kita minati serta
kemampuan kita

Jadual 2: Contoh untuk FIP

2.4 C&S (Consequence and sequel)


Selain itu, C&S adalah salah satu daripada alat cort 1. C&S adalah singkatan bagi
(Consequence and sequel) yang bereti kesan dan akibat dari kesan. Objektif menggunakan
C&S adalah untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan
serta meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. Langkah menggunakan alat ini
dengan memikirkan adakah cadangan tersebut berkesan? Ataupun apakah risiko sekiranya
cadangan itu dilaksanakan. Selain itu setiap perbuatan manusia ada kebaikan dan
keburukannya, oleh yang demikian kita sepatutnya memikirkan adakah cadangan tersebut
memberi kesan yang serta merta atau jangka pendek mahupun jangka pangjang? Akhirnya,
adakah cadangan tersebut mengundang kebaikan. Contoh situasi C&S ialah menghapuskan
sistem disiplin dan peraturan yang ada di sekolah. Kesan daripada cadangan ini
menyebabkan pengurusan sekolah tidak sistematik, akibatnya berlaku keruntuhan akhlak
dan budi pekerti dalam kalangan pelajar.

2.5 AGO (Aims, Goals, Objectives)

Alat Cort 1 yang seterusnya ialah AGO (Aims,Goals, Objectives)(Tujuan, matlamat,


objektif). Matlamat penggunaan AGO adalah agar kita dapat menumpukan perhatian
terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. Selain itu, AGO dapat mengelakkan perkara
yang tidak berkenaan yang menghalang objektif yang utama. Untuk mencapai matlamat,
perkara yang penting ialah kita perlu sedar apa tujuan kiata ingin mencapai obektif tersebut.
Selain itu, kita perlulah berusaha kearah matlamat tersebut jika tidak, kita akan mudah sekali
terpesong daripada tujuan yang sebenar.

Contohnya apakah tujuan belajar?

Tujuan Mengeluarkan diri daripada belenggu


kejahilan.
Matlamat Belajar besungguh-sungguh serta
mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Objektif Supaya menjadi seseorang yang berilmu
dalam masyarakat

Antara perkara yang terkeluar daripada AGO adalah banyak bermain, tidak fokus, tidak
serius dalam menuntut ilmu serta menyorokkan ilmu yang dimiliki. Perkara yang perlu
dilakukan agar objektif kita tercapai adalah dengan belajar besungguh, mempraktikkan ilmu
tersebut dalam kehidupan harian serta menjaga adap-adab ketika menuntut ilmu.

3.0 PENUTUP

Alat pemikiran CoRT (Cognitive Research Test) membantu kita untuk berfikir secara
kreatif dan kritis. Alat ini bukan sahaja sesuai digunakan dalam urusan perniagaan, malah ia
amat sesuai untuk proses pembelajaran di sekolah. Selain itu, alat ini membantu para
pelajar berfikir di luar kotak pemikiran seperti memikirkan beberapa idea bukan bergantung
kepada satu idea sahaja, memandu pelajar untuk menyenaraikan beberapa faktor seta
berfikir alternatif lain jika idea yang ada tidak sesuai dan akhirnya membantu dalam
membuat keputusan dengan berfikir secara rasional. Alat ini juga dapat menghubungkan
antara otak kanan dan kiri para pelajar. CoRT juga merupakan instrument yang amat
penting untuk membantu kita mengoptimumkan pembelajaran serta memproses maklumat
dengan lebih sistematik dan berkesan.
4.0 RUJUKAN

Anderson L.W., &Krathwohl, D.R. (eds). (2001). A taxonomy for learning,teaching and
assessing : A revison of Bloom’s Taxonomy of educational objectives. New York:
Longman.

Buzan,T.(1992). Use your head. London: BBC Books.

De Bono,E. (1973). Po: Beyond yes and no. London: Penguin Books.

Norlia Mat Esa (2019). Kemahiran Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar.

Dr. Ahmad Ismail Syed Mustapa (2017). Kemahiran Belajar. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn.Bhd.

Faraa Shahira. (2016, Julai). Kemahiran Belajar CoRT. Retrieved from


https://www.slideshare.net/NURSYUHADDA/kemahiran-belajar-alat-cort-64377403
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
saya diberi kudrat untuk menyiapkan tugasan ini. Pertama kali, saya ingin mengucapakan
jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang kerana telah
memberi kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan
rujukan. Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Rosli bin Othman
pensyarah Kemahiran Belajar yang telah memberikan tunjuk ajar yang tidak putus-putus
kepada saya yang masih cetek ilmu pengetahuannya dalam menyiapkan esei ini.

Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
yang menjadi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan
kemudahan wang ringgit dan sokongan moral yang tidak terhingga kepada saya sehingga
saya mampu menyiapkan penulisan ini dengan jayanya. Akhir madah, saya mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini. Terima Kasih.
ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Pengenalan 1

Alat CoRT1 2-6

Penutup 6

Rujukan ii

You might also like