You are on page 1of 4

MINIT MESYUERAT LINUS 2.

0 BIL 1 /2019

TARIKH: 30/12/2018

MASA: 2.00PM-3.00PM

TEMPAT: PERPUSTAKAAN SEKOLAH

KEHADIRAN:

1. ENCIK LOK LEH HUI

2. PN. YU SHUN AY

3. PN.LIAU SIEW LING

4. EN.ERICK LING HOW YU

5. En. WONG SEE CHUAN

6. PN ANNIE HII

7. PN JOANNA TANG

8. CIK LING MAI SIEN

9. ENCIK LEON MARK WAI HONG

Agenda-agenda:

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Alu-aluan PK1
3. Pembentangan Jawatankuasa Linus 2019
4. Sukatan Pelajaran dan Rekod Mengajar
5. Pembentangan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan Program Linus 2019
6. Saringan Linus 2.0
7. Hal-hal Lain
8. Ucapan Penangguhan
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
mesyuarat Jawatankuasa Linus kali pertama 2019. Beliau mengucapkan terima
kasih di atas komitmen guru yang bagus pada tahun lepas dan berharap pada
tahun ini semua guru Linus lebih komited dalam menjayakan program-program
Linus pada tahun ini.
2.0 Ucapan Alu-aluan Penolong Kanan 1
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru
dalam mensyuarat Program Linus BIL 1/2019. Beliau juga menyatakan fokus
tujuan mensyuarat LINUS pada kali ini ialah menetapkan hala tuju sekolah
tentang Program LINUS berdasarkan Pendidikan abad ke-21.. Beliau turut
mengingatkan bahawa program LINUS di bawah NKRA adalah sama taraf
dengan kelas aliran arus perdana, dan PRASEKOLAH. Terdapat beberapa
kategori LINUS iaitu LINUS biasa, dan LINUS Tegar. Penetapan KPI LBI, LBM,
dan NUMERASI di peringkat SEKOLAH mesti 100% sebelum Tahun 4 kecuali
KPI LBI sahaja 90% kerana terdapat Saringan Khas Tahun 4 bagi LBI. Bagi
mrncapai KPI yang ditetapkan ini dicapai, guru-guru LINUS Tahun 1 – Tahun 3
perlu lebih komited memandang kelas pemulihan khas SK Sungai Kiol diarahkan
tutup. Guru mata pelajaran harus bijak merancang PdPc supaya semua murid
menguasai semua konstruk LBM, LBI dan Numerasi. Pelaksanaan dan
pelaporan LINUS perlu dibuat secara telus bagi mengelakkan pihak pentadbir
sekolah dipanggil berdialog prestasi di peringkat PPD, ataupun JPN. Beliau turut
membangkitkan beberapa isu tentang LINUS seperti:-
• Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.
• Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.
• Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur
• Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala murid
yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap sebagai
LINUS Tegar
(Makluman: Semua Guru Linus)
3.0 Pembentangan Jawatankuasa Linus 2019
3.1 Pn. Liau Siew Ling membentangkan Jawatankuasa Program Linus bagi
Tahun 2019 seperti berikut:
Pengerusi : En. Sia Ken Hua
Naib Pengerusi : En.Lok Leh Hui (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Liau Siew Ling
AJK :1. Pn.Joanna Tang
2. Cik Ling Mai Sien
3. Pn. Annie Hii
4. En. Erick Ling How Yu
5.Pn. Yu Shun Ay
6. En. Wong See Chuan
7. En.Leon Mark
4.0 Sukatan Pelajaran dan Rekod Mengajar
4.1 Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru Linus wajib
menggunakan sukatan pelajaran Linus mengikut tahun dan mata pelajaran yang
diajar dan Sukatan Pelajaran tersebut boleh didapati di dalam Fail Linus:
Sukatan Pelajaran bagi guru-guru yang baru mengajar Linus pada tahun ini.
4.2 Templet RPH yang dipilih oleh guru-guru diterima, asalkan menepati
elemen-elemen yang dikehendaki Rekod PdPc 2018
5.0 Pembentangan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan Program Linus 2019
5.1 Penyelaras Linus membentangkan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan
Program Linus 2018 seperti yang dilampirkan (Lampiran 1 dan 2).
5.2 Beliau berharap program-program LINUS yang dirancang perlulah
dilaksanakan dengan baik bagi mencapai KPI Linus yang telah ditetapkan 2019
6.0 Saringan Linus 2.0
6.1 Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru yang terlibat dengan
Program Linus pada tahun ini, Saringan Linus 2.0 biasanya akan dijalankan
sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September.
6.2 Beliau juga memohon agar semua guru Linus memberi penekanan
kepada konstruk-konstruk yang belum dikuasai oleh murid dengan memberi
pendedahan format saringan Linus yang lepas. Instrumen Saringan Linus pada
tahun-tahun lepas boleh juga dijadikan sebagai latihan murid agar murid biasa
dengan instrumen saringan.
6.3 Beliau menegaskan bahawa guru-guru yang terlibat dengan saringan
Linus 2.0 pada tahun haruslah membaca dan memmahami Panduanan
Pelaksanaan Saringan Linus 2.0 bagi mengelakkan sebarang masalah semasa
melaksanakan saringan supaya menepati SOP yang dikehendaki.
6.4 Semua guru perlu telus semasa melaksanakan saringan dan menyiapkan
saringan pada masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan kerja penyelaras
Linus dalam mengisi portal, membuat pelaporan dan melengkapkan borang
kawal mutu.
7.0 Hal-hal Lain
7.1 Pn. Liau Siew Ling memohon agar semua guru linus memberikannya
maklumat diri guru untuk dimasukkan di dalam fail.
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Pn. Liau Siew Ling) (En. Lok Leh Hui )


Ketua Penyelaras Linus B.p. Guru Besar
SJK C Nam Hua SJK Nam Hua

You might also like