You are on page 1of 1

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Apa itu KSSR dan Apa Maksud KSSR. Secara ringkas dan mudahnya, K.S.S.R ialah Sistem Baharu
Pendidikan untuk Sekolah Rendah yang diperkenalkan oleh KPM bagi menggantikan KBSR. Kurikulum
Standard Sekolah Rendah itulah maksud KSSR. Satu Sistem Pendidikan baharu di sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran dan Sekolah Swasta dan Sekolah Persendirian di Malaysia. Sekolah dan Guru
penggerak utama KSSR yang bakal menentukan hala tuju anak bangsa Malaysia 15 tahun dari
sekarang. Lihat saja kini, baru hanya beberapa tahun diperkenalkan kesan perubahan mula dirasai.
Murid Sekolah Rendah Cemerlang bersama KSSR.

SUMBER RASMI KSSR - KPM dan BPK

Pengenalan KSSR Asas Sistem KSSR


KSSR digubal dalam Pernyataan Standard terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Apakah Standard
Kandungan itu? Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Apa maksud Standard Pembelajaran? Standard Pembelajaran ialah Penetapan Kriteria atau
Petunjuk Kualiti Pembelajaran dan Pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KSSR tiada Peperiksaan. Sistem BAND menilai prestasi murid dan pelajar di sekolah. Apa pula maksud
Band dalam KSSR. Pelbagai persoalan mengenai KSSR oleh ibu-bapa dan orang ramai yang sangat
berminat meamahami Sistem Pendidikan Baharu ini. Segala Maklumat Ilmu KSSR dan Informasi
Terkini akan dikongsikan secara berperingkat. KSSR lonjakkan Pendidikan Negara.

Koleksi Bahan-Bahan KSSR 2013


Koleksi Bahan-Bahan KSSR lain seperti Evidens, Instrumens, RPH, RPT dan sebagainya, serta
maklumat dan Isu-Isu KSSR 2013 juga terkini boleh disemak di Koleksi Bahan-bahan KSSR.

Hootoh™ Blog

You might also like