You are on page 1of 5

Nazamud, (2005) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara bagaimana

seseorang itu belajar dan setiap individu mempunyai cara pembelajaran yang berbeza.
Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah yang telah saya jalani, saya telah membuat
satu kajian mengenai perbezaan individu terhadap seorang murid cemerlang dan seorang
murid lemah melalui gaya pembelajaran berdasarkan model Dunn dan Dunn. Pelbagai
instrumen yang digunakan bagi mengumpulkan data mengenai cara pembelajaran dua
orang pelajar ini antaranya ialah saya telah menemu ramah kedua-dua pelajar, guru mata
pelajaran yang terlibat, mengedarkan borang soal selidik, membuat pemantauan semasa
guru mengajar dan menganalisis buku latihan kedua-dua murid tersebut.

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, (1978) menegaskan bahawa gaya pembelajaran
merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat
atau kemahiran baru dan sukar. Terdapat empat prinsip yang ditekankan dalam model
Dunn dan Dunn iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal.

Maklumat mengenai elemen sosiologikal yang terdapat dalam model Dunn dan Dunn dapat
kumpul melalui kaedah pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan semasa
guru mengajar di dalam kelas, saya dapat meilhat peaksanaan pembelajaran abad ke-21 di
mana susunan meja di dalam kelas disusun secara berkumpulan sama ada enam orang
satu kumpulan ataupun empat orang satu kumpulan. Murid yang lemah ditempatkan di
hadapan, berdekatan dengan guru dan setiap kumpulan diletakkan murid yang cemerlang.
Hal ini bagi memastikan murid yang cemerlang itu dapat membantu murid yang lemah untuk
memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru terutamanya dalam mata subtopik yang
susah seperti ibadah dan tajwid dan secara tidak langsung, proses berkomunikasi dua hala
antara guru mahupun murid dapat berlaku semasa proses pebelajaran.

Berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas juga, saya dapat mengetahui tahap motivasi
kedua-dua murid ini seperti respon dan penglibatan mereka dalam kelas serta sikap mereka
ketika belajar. Pelajar cemerlang akan sentiasa memberi respon yang baik terhadap
pengajaran guru di mana jika terdapat soalan yang atau tajuk yang tidak difahami, mereka
akan terus bertanya kepada guru, manakala pelajar yang lemah pula bersikap pasif ketika
belajar. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa fokus semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berbanding pelajar yang lemah.

Seterusnya, melalui soal selidik yang dilakukan, saya dapat mengetahui serba sedikit
mengenai elemen psikologikal pelajar seperti latar belakang kedua-dua pelajar itu
contohnya, saya dapat mengetahui cara murid tersebut belajar di rumah, pekerjaan kedua
ibu bapa mereka di mana hal ini turut memberi kesan kepada prestasi murid ketika mereka
di sekolah. Jika ibu bapa murid tersebut terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak

1
mereka, Hal ini menyebabkan anak mereka memberontak seperti tidak mahu belajar dan
membuat masalah disiplin bagi menarik perhatian ibu bapa mereka. Kebanyakkan murid
yang cemerlang mempunyai persekitaran yang kondusif dan peralatan yang lengkap untuk
belajar. Persekitaran yang tidak terlalu bising dan panas juga memainkan peranan yang
penting untuk belajar bagi memastikan murid tersebut dapat fokus semasa belajar di
samping ibu bapa turut membimbing anak ketika mereka belajar atau mengulangkaji
pelajaran. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak di rumah
dan merekalah yang paling banyak meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Akhirnya, melalui analisis juga, saya dapat mengetahi sosiologikal murid yang lebih
terperinci seperti faktor kendiri di mana saya telah menganalisis buku latihan kedua-dua
pelajar tersebut dan saya dapat melihat bahawa pelajar yang cemerlang akan menyiapkan
segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan sebaik baiknya manakala pelajar yang
lemah hanya memilih soalan yang mudah sahaja untuk diselesaikan Latihan yang diberi
oleh guru itu sebenarnya merupakan refleksi kepada murid untuk menguji sama ada murid
tersebut menguasai atau tidak isi pembelajaran. Tugasan yang diberikan juga merupakn
elemen kendiri di mana murid itu sendiri harus berusaha untuk mendapatkan dan
memantapkan ilmu pengetahuan yang diperoleh ketika di dalam kelas.

Kesimpulannya, pengalaman berasaskan sekolah ini banyak memberi pengalaman dan ilmu
pengetahuan kepada saya. Saya dapat melihat dan merasa sendiri suasana sebenar sebagi
seorang guru, melihat perbezaan setiap individu dari segi tingkah laku, cara mereka belajar,
kaedah ypengajaran yang digunakan oleh guru dan sebagainya. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa pengalaman berasaskan sekolah dapat membantu mendidik guru pelatih
untuk terus berusaha menimba ilmu agar dapat berbakti kepada anak-anak bangsa.

2
LAMPIRAN

3
SUSUNAN MEJA DI DALAM KELAS

4
PEMBELAJARAN ABAD KE-21

You might also like