You are on page 1of 3

PETUA KULIT LICIN TANPA BAHAN KIMIA!

Nak tahu apa petua kulit licin semulajadi yang membantu mendapatkan kulit yang mulus dan
halus?

1. AIR
.
Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan
air.
.
Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan
membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.
.
Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan
air.

2. JUS LEMON
.
Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu
mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.
.
Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
.
Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak
sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.
.
Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga
sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua
seminggu.

3. BUAH TOMATO
.
Bertindak sebagai skin toner, ia membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.
.
Caranya:

Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10
minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.
.
Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih
licin.

4. MADU
.
Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh
dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.
.
Caranya:

Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10
minit dan bilas.
.
Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci
muka untuk menghilangkan bau telur.
.
Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis.
Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

5. MINYAK TEA TREE


.
Antibakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh mengurangkan parut dan jerawat.
.
Namun, dinasihatkan untuk mencubanya di tangan dahulu sebelum digunakan di muka
kerana ada yang alergi dengan minyak ini.
.
Caranya:

Titiskan pada  cotton swab dan sapu pada bahagian berjerawat.


Sejam sebelum tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan semalaman

6. ALOE VERA
.
Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut
dan garisan di muka.
.
Caranya:

Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu
.
Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu
madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.
.
Amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasil yang cepat. Bahan semulajadi di atas bukan
sahaja mudah didapati, tetapi juga murah.Namun, dengan mengamalkan petua kulit licin ini,
pastinya membuatkan wajah dan tubuh badan anda semakin gebu, lembut dan halus – seperti
kulit bayi.
.
Tentu anda akan rasa lebih yakin dan awet muda. Cubalah!

Sumber: SirapLimau

PM atau WHATSAPP KAMI SEKARANG untuk dapatkan konsultasi PERCUMA!


KENAPA PERLU TUNGGU LAGI?
👇
PM kami di BELLAROSSA Massenger m.me/bellarossapage
PM kami di BELLAROSSA Massenger m.me/bellarossapage
PM kami di BELLAROSSA Massenger m.me/bellarossapage
.
ATAU
.
WhatsApp kami di www.wasap.my/60174420726
WhatsApp kami di www.wasap.my/60174420726
WhatsApp kami di www.wasap.my/60174420726

#skincaremalaysia #skincareviral #skincareterbaik #skincareberkualiti#skincareberkesan #bel
larossaskincare #safebeautyconfident#beautywithconfident #bazarpaknil #bazar #bazarpaknil
produkkecantikkan#bazaronlinemalaysia #bukantimbangkilo #selamatdigunakan #kkm#agent
swanted #dropship #stokistwanted #plantbased #jomcantik#jomcantiksama2 #flawless #prod
ukviral

You might also like