You are on page 1of 6

SOSIOLOGI SUKAN DAN KANAK-KANAK

“ SHAIKH MUHAMAD SYAWAL BIN SHAIKH A.RAHIM “


1.0 SOSIOLOGI SUKAN DAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak dan Akta Kanak-Kanak,
2001Kanak-kanak Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat
penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada
masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak
daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada
kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak

2.0 PERANAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Sosiologi merupakan satu perspektif akademik pengkajian masyarakat mengenai
sosial, masalah sosial dan institusi iaitu disiplin sains masyarakat manusia. Perbezaan
pendapat tentang aras yang lebih penting selalu timbul dalam kalangan ahli sosiologi tetapi
fokus utama sosiologi dalam konteks ini ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta
masalah yang dihadapinya. Dengan kata lain, sosiologi merupakan kajian yang sistematik
terhadap pengaruh hubungan sosial ke atas tingkah laku dan sikap manusia serta cara
sesuatu masyarakat mengalami perubahan. Selain itu, sosiologi juga berperanan untuk
menilai manusia secara kritikal dan teliti supaya bukti yang kukuh dapat diperoleh untuk
menjelaskan setiap tindakan manusia. Menurut Amir Hasan (2006), sosiologi merupakan
suatu kajian yang sistematik dan saintifik tentang manusia dan interaksi sosial dalam
masyarakat dari pelbagai sudut. Pelbagai teori sosiologi telah digunakan dalam
menerangkan tentang manusia, kehidupan dan persekitaran yang saling berhubung untuk
mewujudkan ekosistem yang seimbang. Sosiologi juga menerangkan bahawa manusia
sebagai hidupan yang hidup berkumpulan, bermasyarakat dan berkomuniti. Oleh itu,
hubungan dan saling berkait antara manusia sesama manusia, manusia dan alam sekitar
serta manusia dan ekosistem sangat berpengaruh. Hubungan ini juga menentukan impak
masyarakat terhadap alam sekitar dan bagaimana manusia bertindak ke atasnya. Dalam
konteks ini, hubungan antara masyarakat dan individu juga boleh ditentukan. Tepatlah
bahawa sosiologi pendidikan berperanan untuk membantu individu-individu dan masyarakat
(Amir Hasan, 2006). Oleh itu, pemahaman terhadap masyarakat dan peningkatan terhadap
tindakan masyarakat, potensi dan limitasi masyarakat dapat ditambah baik. Ahli-ahli
sosiologi juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan sama ada sebagai
perunding, pentadbir atau pengkaji dengan tujuan untuk memantapkan pendidikan dan
seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang.
Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting kerana guru merupakan agen
perubahan kepada murid terutamanya di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Sebagai
agen perubahan, seseorang guru itu perlu menguasai ilmu dan disiplin sosiologi seperti
interaksi, stratifikasi dan sosialisasi masyarakat supaya hasrat masyarakat dan negara
dapat direalisasikan seperti yang telah ditentukan. Keadaan ini menjadi lebih penting kerana
Malaysia mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama yang sudah tentu mempunyai adat
resam, pegangan dan kepercayaan yang berbeza. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting untuk mencapai kesepakatan dan kerjasama antara kaum dan sesama
manusia. Dunia pendidikan yang luas dan tidak bersempadan menyebabkan pendidikan
sebagai satu medium dan wadah yang sesuai untuk menyemai dan menyebarkan ilmu,
disiplin, kemahiran dan sebagainya termasuk ilmu tentang alam sekitar. Pendidikan dan
sosiologi merupakan gabungan yang baik untuk menyebarkan pendidikan alam sekitar dan
serterusnya diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
pengurusan alam sekitar yang jitu. Hal ini kerana fungsi sosialisasi ialah proses
pembelajaran seseorang individu tentang budaya, nilai dan peranan dalam masyarakat.
Jelaslah bahawa sosiologi memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana
hubungan antara pendidikan dan manusia berkait dan menentukan tindakan manusia
sebagai pengguna dominan ke atas sosiologi seseorang.

Teori Fungsionalisme yang dipelopori oleh Herbert Spencer dan Emile Durkheim
menyatakan bahawa terdapat persamaan antara masyarakat dengan organisma iaitu
masing masing memainkan peranan yang telah ditetapkan sehingga membentuk sistem
sosial yang stabil. Hal ini menunjukkan bahawa setiap individu dalam sesebuah masyarakat
perlu memainkan peranan masing-masing supaya dapat menstabilkan kehidupan secara
menyeluruh. Begitu juga halnya dengan pendidikan, semua pihak termasuk ibu bapa, murid,
guru, pentadbir, kerajaan, masyarakat dan sebagainya mempunyai peranan yang tersendiri
dalam usaha untuk mengutamakan pendidikan. Media massa yang semakin canggih dan
telah mampu dicapai oleh hampir semua masyarakat boleh dijadikan sebagai wadah untuk
menyampai dan menyemaikan pengetahuan tentang kepentingan pendidikan kepada murid
dan masyarakat umum. Hal ini termasuk media massa bercetak, tidak bercetak, elektronik
dan bukan elektronik seperti televisyen, Internet, Facebook, Tweeter, Instagram dan
aplikasi-aplikasi lain yang banyak digunakan oleh masayarakat kini. Dengan kata lain,
kemajuan dan perubahan teknologi yang semakin canggih perlu diuruskan dengan bijak
kerana bukan sahaja revolusi industri 4.0 yang perlu dikejar malah pembangunan insaniah
dalam diri setiap masyarakat juga perlu dipupuk dan dikukuhkan. Pengukuhan insaniah dan
jati diri masyarakat dapat membantu mengelakkan tingkah laku yang negatif ke atas alam
sekitar. Keseimbangan kemajuan teknologi dan pembangunan modal insan dipercayai dapat
melahirkan masyarakat yang bermanfaat kepada persekitaran, negara dan dunia.

3.0 KEPENTINGAN SUKAN PADA KANAK-KANAK


Kanak-kanak sukakan aktiviti di luar yang dapat menggerakkan tubuh badan dan
melonggarkan segala otot sendi dengan sempurna. Baik, anak lelaki atau perempuan,
kalau dapat keluar bermain di padang, dunia itu bagai mereka yang punya. Senyum
sampai telinga masing-masing.Sukan adalah suatu riadah. Secara definisinya, sukan
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Terdapat
beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak.
Antaranya ialah :
3.1 Perkembangan Motor Halus dan Kasar
- Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan
kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara
otak, sistem saraf dan otak yang bekerja secara bersama.
3.2 Daya Pemikiran Kreatif
- Sukan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mencabar daya
pemikiran mereka. Kanak-kanak dapat bertindak dan menyelesaikan masalah
dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa
yang telah diberikan. Itu baru suatu cabaran yang menarik. Umumnya memang
tidak dinafikan dengan aktiviti bersukan ianya akan melibatkan hubungan
antara sistem saraf dan otak. Kedua bahagian ini akan bekerja secara
bersama.Contohnya melalui pegangan bola di tangan, berinteraksi dengan
minda untuk melontarkan ke arah yang disasarkan. Selain itu juga melalui
aktivti bersukan juga dapat membantu kanak-kanak untuk mencabar daya
pemikiran mereka. Di mana anak-anak akan cuba menyelesaikan masalah
dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa
yang telah diberikan.

3.3 KEYAKINAN DAN LEBIH BERDISIPLIN

- Sukan membentuk displin dan personaliti diri. Latih tubi demi latih tubi dalam
suatu rutin sukan yang digemari bakal membuatkan anak itu bertanggungjawab
mematuhi arahan dan displin terhadap diri sendiri. Manakala yang paling penting
ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri. Sukan mampu melonjakkan jati
diri seseorang pelajar apabila setiap tugasan telah diselesaikan dengan sempurna.
Ibu bapa juga melonjak gembira
4.0 HALA TUJU SUKAN KANAK-KANAK MASA KINI
Wawasan 2020 dianjurkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kini kita sudah menjadi negara maju, tetapi masih banyak kekurangan belum dapat
atasi. Cabaran juga bertambah, apabila masih terbit rasa tidak puas hati dan tersisih
dalam arus pembangunan pesat yang dikecapi. Jurang melebar dan pembahagian adil
belum dicapai. Sedekad mendatang, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada tugas amat
berat. Bukan sahaja mengatasi kelemahan atau sasaran yang tidak dicapai Wawasan
2020, tetapi tampil dengan kebijakan baharu yang akan memandu negara bangsa ini ke
hadapan. Inilah yang dipanggil Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB). “Kerajaan
yakin matlamat WKB akan dicapai melalui peningkatan kepelbagaian ekonomi dengan
memberi fokus kepada industri berteknologi dan berimpak tinggi seperti aeroangkasa,
ekonomi digital dan pertanian berteknologi tinggi”.

Sudah tentu, gagasan aspirasi baharu kerajaan memerlukan dokongan utuh seluruh
rakyat Malaysia. Namun, sebagai satu kumpulan yang akan mencorakkan
pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan, pembabitan anak muda amat
dituntut. Orang muda atau kanak-kanak dan remaja adalah asas sebenar atau tulang
belakang keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, usaha
hendaklah terus ditumpukan kepada peningkatan keupayaan dan kecekapan mereka. Ini
perlu memandangkan cabaran masa hadapan yang akan ditempuh orang muda lebih
hebat dan canggih, memerlukan persiapan atau persediaan diri yang hebat. Memandang
aspek secara menyeluruh bukan sahaja dalam bentuk akademik malah menitikberatkan
dari segi sukan, sahsiah dan sebagainya. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang mana mementing modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani,
sosial dan mental.
5.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN ORANG DEWASA DALAM SUKAN KANAK- KANAK

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula ialah penglibatan
yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara
dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-
kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan
membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa
ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata
lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam
bidang pendidikan, sukan dan seumpama dengannya, kita perlu terlibat secara langsung
dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak
secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-
anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran dan sukan-
sukan di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang

Akhir sekali, penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula


menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada kaitan rapat
dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga yang
tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya dan orang dewasa yang
mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang bertanggungjawab
dengan kebajikan mereka.
RUJUKAN

Amir Hasan. D. (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Ed. 3. Quantum Books:
Tanjong Malim.

Rohani Abdullah. (2007). Kepentingan ibu bapa dalam pengajaran dan


pembelajaran, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Siti Norfatimah Abdul Rahman. (2006). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan
Amali. Penerbitan Universiti Malaya.

You might also like