You are on page 1of 1

RUMUSAN

Tugasan Projek Kertas 3 ini telah saya sempurnakan dalam tempoh masa satu bulan.Semasa
melaksanakan tugasan ini,saya telah mempelajari kemahiran yang baharu seperti
menorganisasi,menganalisis,mentaksir dan mengaplikasi serta merekod urus niaga ke dalam
buku.
Saya berjaya menyediakan Akauan Pendapatan dan Perbelanjaan,Penyata Kedudukan
Kewangan dengan betul,saya juga dapat memahami kitaran proses perakaunan yang lengkap
bermula dengan menyediakan dokumen sumber,buku catatan pertama,pengesposan ke
lejar,akaun perdagangan,akaun pendapatan dan perbelanjaan dan seterusnya Penyata
Kedudukan Kewangan untuk satu tempoh perakaunan,iaitu sebulan.

Perniagaan saya telah mengamalkan konsep,prinsip dan andaian perakaunan berikut dalam
merekod urus niaga dalam buku-buku perakuanan;

1. Catatan Bergu
Semua urus niaga direkod dengan menggunakan system catatan bergu,iaitu debitkan
satu akaun dan kreditkan satu akaun.

2. Wang sebagai Ukuran


Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia(RM).

3. Kos Sejarah
Perniagaan merekod Aset Bukan Semasa dengan menggunakan Kos Sejarah.

4. Tempoh Perakaunan
Perniagaan mengamalkan tempoh perakaunan selama satu dalam merekod dan
menutup urus niaga dan menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan.

You might also like