You are on page 1of 36

JENIS DAN MASALAH DALAM PERTUTURAN

1.0 Artikulasi
Alat artikulasi ialah organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Bagi
mengeluarkan bunyi bahasa pula, terdapat banyak alat artikulasi yang terlibat (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2008 : 93). Terdapat banyak alat artikulasi yang terlibat dalam
penghasilan bunyi bahasa termasuklah sistem pengaliran udara yang keluar masuk
dari paru-paru sehingga boleh menghasilkan bunyi-bunyi suara tertentu. Dalam hal
ini, alat artikulasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama, alat yang boleh
digerak-gerakkan dengan bebas dan kedua, alat yang boleh diletakkan pada beberapa
kedudukan di dalam mulut serta daerah artikulasi yang tertentu.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006 : 30) dan Buku Fonetik dan
Fonologi pula menyatakan bahawa alat artikulasi adalah alat yang digunakan untuk
menghasilkan bunyi. Alat artikulasi yang terlibat adalah bibir atas dan bawah, hujung
lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita
suara. Seterusya, alat-alat berkenaan pula dapat dikategorikan kepada dua iaitu pasif,
alat artikulasi yang tidak boleh digerakkan dan aktif, alat artikulasi yang boleh
digerak-gerakkan. Keseluruhannya, alat artikulasi terdiri daripada lebih kurang 17
komponen.

Rajah 1 : Komponen artikulasi manusia

1
1.1 Fungsi alat artikulasi
1.1.1 Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang
belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian
iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah
serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut
manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan
lelangit keras dengan lelangit lembut.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 95-96), lidah terbahagi kepada
lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah
dan daun lidah. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras.
Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu,
daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

i. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan


dengan lelangit lembut
ii. Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara
pertemuan langit keras dan lelangit lembut
iii. Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit
keras
iv. Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
v. Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan
gigi

1.1.2 Gigi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi
terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am
yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah
yang tidak bergerak. Selain lidah, gigi juga berperanan penting dalam
penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya

2
yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya
menghasilkan bunyi.

1.1.3 Anak tekak


Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008 : 95). Manakala, Frank
Parker (1994 : 114) menyatakan anak tekak ialah daging yang tergantuan dari
lelangit lembut. Menurut Radiah Yusiff dan Nor Aini Ismail (2006 : 23) pula,
anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit
lembut. Dalam penghasilan bunyi bahasa, tekak berfungsi sebagai alat
pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi
sengau atau tidak.

1.1.4 Bibir atas dan bibir bawah


Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir
terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh
Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan
boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir Bibir
adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu, bibir juga
menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

1.1.5 Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi
terletak antara gigi dengan lelangit keras. Ini menunjukkan bahawa gusi ialah
bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian

3
dalam rongga mulut. Gusi juga adalah daerah penyebutan yang tidak boleh
digerak-gerakkan yang berfungsi dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa
dengan bantuan hujung lidah. Lidah di sini digunakan untuk membuat
penyekatan bunyi. Misalnya, dalam penghasilan bunyi [t] dan [d].

1.1.6 Lelangit keras dan lelangit lembut


Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz,
lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut.
Ia berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam penghasilan bunyi bahasa.
Lelangit lembut pula berperanan menetntu sama ada sesuatu bunyi adalah
bunyi oral ataupun bunyi nasal. Ia terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas
lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli
linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja
Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung
pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang
lelangit keras.

Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan


lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau
membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan
apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar
melalui rongga hidung.

1.1.7 Rongga hidung dan mulut


Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz,
rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga
hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah
ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang
lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari

4
bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Terletak di atas rongga
mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau
ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan atau tidak.

1.1.8 Pita Suara


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang
tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka
dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44), pita suara terdiri
daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam
rengkung bertentangan dengan halkum. Pita suara terletak dalam ruang
tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi dan
menentukan sama ada sesuatu bunyi tersebut adalah bunyi bersuara ataupun
tidak bersuara. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaan.

1.1.9 Epiglotis
Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah
Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekelompok otot yang
berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi
menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid
dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah
dan di depan pintu masuk ke larinks sama ada keluar melalui mulut atau
hidung. Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh
Frank Parker, epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu
ia melindungi saluran ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati
Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada
masuknya makanan dan minum ke trakea.

5
1.2 Koartikulasi
Koartikulasi adalah alat artikulasi bagi sebutan tambahan yang terjadi daripada
penyebutan sesuatu bunyi tertentu yang melibatkan beberapa alat artikulasi
seperti bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan glotis. Nama lain
bagi koartikulasi adalah artikulasi tambahan. Artikulasi tambahan boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang berikut ;

1.2.1 Pembibiran (labialisasi)

Artikulasi tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal


belakang.

Contoh : “kuning”

Berlaku pembundaran bibir untuk menyebut bunyi vokal belakang [u]


selepas konsonan [k] dalam perkataan kuning. Artikulasi tambahan
tersebut dilambangkan dengan simbol (w kecil). Di bawah adalah
beberapa contoh lain yang menggunakan artikulasi tambahan
pembibiran ;

a. [kuniŋ]

b. [kuciŋ]

c. [lubaŋ]

1.2.2 Penyengauan (nasalisasi)

Artikulasi tambahan yang berlaku semasa menyebut bunyi perkataan yang


mengandungi konsonan sengau diikuti vokal. Bunyi sengauan berlaku apabila
rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal
dalam perkataan tertentu. Konsonan bunyi sengau adalah :

a. [m] dalam perkataan malam

b. [n] dalam perkataan nasi

c. [ɲ] dalam perkataan nyamuk

6
d. [ŋ] dalam perkataan nganga

Lambang bunyi sengauan dalam perkataan adalah ~.

a. [makan]

b. [nãŋka]

c. [ɲãɲĩ]

1.2.3 Penglelangitkerasan (palatalisasi)

Artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit


keras. Contoh perkataan :

a. [punǰča] / [punca]

b. [manǰja] / [manja]

c. [senǰja] / [senja]

1.2.4 Perengkungan

Artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi


rangkungan yang banyak terdapat dalam bahasa Arab. Contoh simbol adalah ħ
dalam perkataan [saħih].

1.2.5 Glotalisasi

Artikulasi tambahan yang berlaku pada awal bunyi vokal yang hadir pada
perkataan yang disebut satu-satu. Simbol yang digunakan untuk
melambangkan proses pengglotisan adalah :

a. Ɂ dalam [ɁadeɁ] bagi perkataan [adik]

b. Ɂ dalam [Ɂabaŋ] bagi perkataan [abang]

7
c. Ɂ dalam [Ɂalat] bagi perkataan [alat]

Glotalisasi juga berlaku antara dua vokal yang berdekatan dalam perkataan di
mana, semasa menyebut vokal pertama, udara terhenti sekejap pada glotis dan
mengambil sedikit masa untuk menyebut vokal kedua seperti dalam perkataan
berikut :

a. [saɁat] bagi perkataan [saat]

b. [ǰumaɁat] bagi perkataan [Jumaat]

c. [faɁedah] bagi perkataan [faedah]

1.3 Masalah artikulasi dalam pertuturan


Masalah artikulasi merujuk kepada pengeluaran bunyi pertuturan yang
abnormal. Masalah artikulasi menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat
atau tidak sesuai daripada yang sepatutnya diucapkan. Masalah artikulasi yang
berlaku terdiri daripada 4 perkara yang melibatkan proses penggantian,
pengguguran, pengubahan dan penambahan.

1.3.1 Penggantian

Terjadi apabila bunyi dalam suatu perkataan tertentu digantikan dengan bunyi
yang lain. Kesalahan penyebutan ini lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-
kanak yang belum matang dari segi proses pengucapan.

Contoh :

“matan” untuk “makan”

“wabbit” untuk “rabbit”

Faktor masalah artikulasi adalah disebabkan oleh ;

a. Gangguan pada alat artikulasi


b. Kecacatan struktur alat artikulasi

8
c. Masalah fonologi
d. Diagnosis awal “lambat bercakap”
e. Kelumpuhan otak

1.3.2 Pengguguran

Terjadi apabila berlaku pengguguran atau menghilangkan bunyi konsonan


dalam perkataan. Proses pengguguran boleh berlaku pada awal, tengah
ataupun akhir perkataan.

Contoh :

“idung” untuk “hidung”

“besa” untuk “besar”

1.3.3 Pengubahan

Terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.


Proses pengubahan berlaku sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris.

Contoh :

“sip” menjadi “shlip”

“brother” menjadi “brad”

“ambil” menjadi “amek”

“susah” menjadi “syusyah”

9
1.3.4 Penambahan

Terjadi apabila berlaku penambahan bunyi tertentu dalam perkataan.

Contoh :

“bawa” menjadi “bawah” atau “bawuah”

“animal” menjadi “amanimal”

10
2.0 Bahasa
Bahasa adalah perantara untuk berkomunkasi antara satu sama lain. Melalui bahasa,
manusia dapat melahirka idea, perasaan dan berhubung di antara sesama mereka.
Keupayaan seseorang dalam berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu
berkomunkasi dengan lebih berkesan lagi.

2.1 Definisi bahasa dan masalah bahasa


Bahasa di definisikan sebagai alat untuk berkomunikasi. Dalam kamus dewan
edisi bahasa juga didefinisikan sebaga satu sistem lambing bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Masalah bahasa pula di definisikan oleh The National Information


Center for children and youth with disabilities (1996) ialah kelemahan dalam
keupayaan untuk memahami dan menggunakan perkataan-perkataan mengikut
konteks sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai,
kurang perbendaharaan kata dan tidak upaya mengikut arahan.

The American Sign-Language Hearing Association (ASHA) 1982 pula


mengatakan masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman
yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan di dalam
pertuturan, tulisan atau kedua-duanya atau simbol yang lain. Masalah tersebut
mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa seperti
bentuk bahasa (fonologi,morfologi dan sintaksis) ,kandungan bahasa
(semantik) ,atau fungsi bahasa dalam komunikasi (pragmatik).

2.2 Perkembangan bahasa

Kanak-kanak atau murid yang mengalami masalah pendengaran kebiasaannya


akan mengalami kelewatan dari segi bahasa dan komunikasi disebabkan
kecacatan yang dialami. Murid atau kanak-kanak yang normal kebiasaannya
akan mengalami perkembangan bahasa dan pertuturan sejak lahir sehinggalah
besar. Perkembangan bahasa mereka akan bertambah baik dari satu peringkat
ke satu peringkat yang lain sehinggalah mereka dapat menguasai bahasa

11
sepenuhnya. Berdasarkan perkembangan bahasa murid atau kanak-kanak
normal, dari lahir, kebiasaanya, kanak-kanak normal akan suka kepada suara
atau bunyi suara manusia dan mereka lebih banyak menangis pada perinkat ini

Rajah 2 : Perkembangan pertuturan dan bahasa bagi kanak-kanak normal.

Pada peringkat 1 hingga 4 bulan, bayi normal sudah dapat ketawa dan
mula membunyikan suara vokal. Pada peringkat umur 4 hingga 6 bulan, bayi
ini sudah mula mericau atau babbling. Apabila umur semakin meningkat
kepada 9 hingga 12 bulan, bayi ini dapat mericau dengan lebih banyak dan
mereka dapat menyebut ‘mama’ ‘baba’ dan mereka juga dapat tiru pertuturan
seseorang.

Ketika umur 12 hingga 18 bulan, biasanya kanak-kanak pada peringkat


ni telah data menguasai 50 patah perkataan dan mereka biasanya sudah mula
mengecam gambar seperti gambar pokok,kereta, ibu, ayah dan sebagainya.
Mereka juga sudah pandai untuk mengikut arahan yang mudah. Seterusnya,
pada umur 18 hingga 24 bulan, sudah mula cetusan pembendaharaan kata.

Setelah kanak-kanak ini mula berusia 2 tahun keatas, mereka mula


banyak menguasai 2 hingga 3 gabungan perkataan. Mereka juga sudah

12
mengenali lawak jenaka. Dan pada peringkat yang terakhir iaitu 6 tahun
keatas, kanak-kanak ini sudah faham tentang metalinguistik.

Bagi murid atau kanak-kanak bermasalah pendengaran, mereka akan


mengalami masalah dari segi perkembangan bahasa mereka kerana
ketidakupayaan mereka untuk mendengar dan otak mereka tidak dapat
mentafsir dengan baik atau langsung tidak dapat mentafsir bunyi yang di
dengari. Oleh itu, perkemangan bahasa mereka tidak akan sama seperti murid
atau kanak-kanak normal.

Rajah 3 : Perkembangan bahasa mengikut tahap kepekakkan decibel (db)

Berdasarkan jadual diatas, bagi pendengaran normal iaitu 10 hingga


15db, murid atau kanak-kanak tidak akan mengalami masalah dalam
berkomunikasi. 16 hingga 25db iaitu bagi pendengaran sedikit, apabila di
dalam suasana yang sunyi mereka tidak akan mempunyai masalah dalam
mengenal dan memahami komunikasi tetapi di dalam suasana yang bising
akan menyukarkan mereka untuk memahami komunikasi.

Bagi 26db – 40db atau pendengaran ringan mereka tidak mempunyai


masalah dalam berkomunikasi namun, mereka akan mengalami masalah jika
berkomunikasi dalam jarak yang jauh walaupun keadaan sunyi. Mereka
mungkin akan mengalami masalah dalam perbincangan di dalam kumpulan.

13
Tahap masalah pendengaran sederhana, iaitu 41db-55db mereka boleh
mendengar perbualan pada jarak yang dekat dan apabila berada di dalam
aktiviti kumpulan seperti perbicangan di dalam kelas mereka akan mengalami
masalah dalam komunikasi.

56db-70db pula iaitu masalah pendengaran tahap sederhana teruk hanya


mampu mendengar pertuturan dan perbualan yang kuat dan jelas sahaja.
Mereka yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap ini lebih
bermasalah jika di dalam kumpulan.

Tahap kepekakan teruk 71db hingga 90db lebih banyak mengalami


masalah dari segi pertuturan dan perbualan kecuali ia kuat. Mereka juga tidak
dapat mengenal banyak perkataan dan mereka jarang dapat mengenal bunyi
persekitaran.

Kanak-kanak atau murid yang mempunyai tahap pendengaran 91db


dan keatas iaitu tahap paling teruk mungkin dapat mendengar bunyi yang
tersangat kuat tetapi bunyi pertuturan atau perbualan mungkin tidak dapat
didengari. Penglihatan amat dperlukan untuk membantu dalam berkomunikasi.

2.3 Komponen bahasa

Terdapat lima (5) komponen bahasa yang sering menjadi masalah di kalangan
masyarakat yang bermasalah dari segi bahasa dan komunikasi. Antaranya
ialah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan juga pragmatik.

2.3.1 Fonologi

Fonologi ialah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yangserng ducapkan dan


ia juga merupakan peraturan-peraturan bag menentukan bagaimana bunyi-
bunyi bahasa itu digunakan. Apabila kita menyebut sesuatu perkataan kita
dapat membezakan bunyi di antara perkataan tersebut dan seterusnya dapat
membezakan maknanya. Sebagai contoh, perkataan “pin” dan “tin”. Bunyi
bagi kedua-dua perkataan ini hampir sama namun ia membawa maksud yang
berbeza.

14
2.3.2 Morfologi

Morfologi pula adalah satu bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang
yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang
paling asas (morfem). Morfem adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil
yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem pula terdiri
daripada dua iaitu morfem bebas dan terikat. Morfem bebas adalah morfem
yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan morfem yang lain dan
mempunyai makna yang lengkap. Dalam erti kata lain, ia boleh difahami dan
mempunyai makna walaupun tidak ada tambahan perkataan yang lain seperti
kata terbitan bagi menerangkan sesuatu perkataan terebut. Contohnya saya,
kamu, kereta, rumah dan lain-lain. Morfem terikat pula adalah sejenis morfem
yang memerlukan kata bantuan yang morfem lain untuk berfungsi sebagai
kata.

Contoh :

Berjalan ber : morfem terikat

Jalan : morfem bebas

Morfem terikat ini pula mempunyai 3 jenis iaitu morfem terikat satuan,
morfem terikat terbahagi, dan morfem terikat kompleks. Morfem terikat
satuan merupakan bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boeh
dipisahkan bahagiannya dan ia terdiri daripada bentuk imbuhan awalan dan
akhiran.

Contoh : tertidur (betul) ter tidur (salah) ter-tidur (salah)

Morfem terikat terbahagi pula morfem terikat yang strukturnya


dipisahkan atau dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar diantaranya.

Contoh : ke-….-an, per-…-an, me-..-an dan ber-..-an

Kemudahan permainan

15
Morfem terikat kompleks ialah gabungan dua morfem terikat atau
lebih. Ia juga melibatkan penggabungan yang hanya berlaku pada awalan
sahaja atau pada awalan dan akhiran.

Contoh : diper..kan diperdengarkan

Memper..i  memperingati

2.3.3 Sintaksis

Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan atau konstruksi ayat. Ia juga bukan saja mengkaji proses pembinaan
ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun
dalam ayat.

Contoh :

Budak itu baru pulang dari sekolah

[ subjek ][ predikat ]

Berdasarkan contoh yang diberi, subjek ialah budak itu dan


predikatnya baru pulang dari sekolah. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa
sintaksis adalah merupakan satu kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk
bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan
ayat.

Bagi murid yang bermasalah pendengaran, mereka kebiasaannya


mengalami masalah dari segi susunan ayat dan kurang faham dari segi
penggunaan ayat aktif dan pasif. Mereka juga kuran menggunakan kata
kerja dengan baik ketika berkomunkasi.

16
2.3.4 Semantik

Menurut kamus dewan edisi keempat, semantik adalah kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Ia juga dapat dijelaskan
sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam
bahasa secara ringkasnya.

Contoh :
Bunga = perermpuan
Rumahnya besar dan cantik
Rumah sukan saya ialah rumah biru

Malaikat = nilai baik

2.3.5 Pragmatik

Pragmatik merupakan fungsi atau penggunaan bahasa dalam konteks sosial


atau cara bahasa digunakan ketika berkomuniksi. Ia turut melibatkan
bagaimana kita sebut, bahasa badan yang digunakan ketika berkomunikasi,
apa yang kita tuturkan atau katakan, dan samada ia sesuai ataupun tidak untuk
dikatakan atau diucapkan dalam situasi tertentu.

Masalah berkaitan pragmatik pula kebiasaannya akan melibatkan


ketidakupayaan seseorang murid ataupun kanak-kanak untuk memahami atau
menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang
berbeza-beza. Sebagai contoh, si A dan si B sedang berbual mengenai cara-
cara membuat kek tetapi si C bercerita mengenai cara membuat biskut dan
membuatkan si A dan si B dalam kehairanan. Ini bermakna, si C tidak pandai
atau bermasalah dalam melibatkan diri dalam aspek komunikasi dalam sosial
dan stuasi inilah yag dikatakan dengan pragmatik.

17
3.0 Masalah Kelancaran (Gagap)

3.1 Definisi Gagap

Gagap adalah masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf


pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Contoh, gagap
pada perkataan "saya" akan menjadi samaada "s-s-s-s-...s-saya" or "sa-sa-sa-
sa-...-sa-saya". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau
konsonent plosive yang lain.

Gagap juga merupakan proses luar sedar yang menganggu komunikasi


biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat
membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan
proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masalah
tersebut.

Dalam bahasa Inggeris British istilah stammering merujuk kepada


tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara
istilah stuttering merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di
atas.Gagap mempunyai variasi iaitu daripada ringan kepada berat. Kalau
dalam komunikasi, gagap merupakan salah satu gangguan kelancaran
(disritmia) dalam ujaran

Gagap adalah suatu gangguan perkataan di mana perkataan terganggu


tanpa disedari oleh pengulangan dan pemanjangan suara, suku kata, kata, atau
frasa; serta jeda yang mengakibatkan gagalnya terjemahan suara. Umumnya,
gagap bukan disebabkan oleh proses suara atau proses penerjemahan pikiran
menjadi kata . Gagap juga tak berhubungan dengan tingkat kecerdasan
seseorang.

Gangguan komunikasi berhubung dengan kesukaran menghasilkan


bunyi yang spesifik untuk bicara atau dengan gangguan dalam kualiti suara.
Ada yang disebut dysfluency atau stuttering atau gagap, iaitu gangguan bicara
dimana aliran bicara terganggu tanpa disedari dengan adanya pengulangan dan
pemanjangan suara, suku kata, kata atau frasa, serta jeda atau hambatan tak
disedari yang mengakibatkan gagalnya penghasilan suara.

18
Gagap adalah suatu gangguan bicara iaitu seseorang yang mengulang
kata, suku kata atau frasa dalam berbicara. Orang yang gagap akan lebih sukar
untuk berbicara lancar jika mengalami stres, keletihan untuk berbicara di
depan orang ramai. Tapi kebanyakan orang yang gagap akan lebih mudah
berbicara jika dalam suasana yang santai.

Beberapa tanda yang biasa ditunjukkan oleh orang yang mengalami


gagap adalah saat untuk bercakap kata, frasa atau kalimat, mengulangi kata
atau suku kata, mata berkedip dengan cepat, bibir bergerak, muka seperti
gementar saat ingin berbicara, menggunakan kata seperti 'ehmmm' dan rahang
gementar.

Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan


didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak
dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan
penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan
sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap berlaku secara berselang-seli
antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot
pertuturan.

3.2 Faktor Masalah Kelancaran (Gagap)

3.2.1. Faktor perkembangan.

Anak kecil yang hingga usia 3,5 tahun susah dalam berbicara yang akan
mengakibatkan gangguan gagap hingga dewasa nanti. Jika sejak awal
kemampuan berbahasanya tidak cukup berkembang, hal ini akan
menyebabkan perkembangannya terbantut

19
3.2.2 Faktor neurogenik.

Gagap jugak terjadi ketika signal antara otak, saraf berbicara dan otot tidak
dapat beroperasi dengan baik. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan
anak-anak sehingga dewasa

3.2.3 Faktor psikologis.

Alasan utama terjadinya gagap dalam jangka waktu yang panjang adalah
akibat beberapa faktor seperti stres, malu, cemas atau rendah diri.Jika gagap
yang dialami melibatkan emosional seperti menjadi takut untuk bertemu
orang, menimbulkan efek buruk pada kesihatan

3.3 Teknik Menangani Gagap

3.3.1 Peranan Guru

Guru memainkan peranan dalam menangani gagap. Langkah-langkah


pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan
pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan
murid. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga
perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat
memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam hal ini, murid
digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam
proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa
untuk menghafal dan elakkan murid daripada merasa tertekan.

Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya


menggunakan bahasa yang betul semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan
di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah
berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru
perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan

20
pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya
murid banyak berinteraksi

Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai


kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti
yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur,
berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan
untuk mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja
dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid
yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas
membantu murid-murid bermasalah.

Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk


menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak
sedang berlari sambil menyebut “Dia sedang berlari”. Seterusnya kanak-kanak
mungkin hanya menyebut “dia”. Guru terus mengulang perkataan secara
berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya
adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu
untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar
kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang
dipertuturkan oleh model tersebut. Murid-murid akan mendengar dan mula
berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada
bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah
akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa
yang mudah dan senang difahami.

Masalah artikulasi.Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku


kepada kanak-kanak kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan
perkataan dengan betul oleh adalah mencukupi untuk mengatasi
masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada kanak kanak yang menunjukan
gangguan yang melampau .

21
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran,
stimulasi bunyi dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat
kanak kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama
teman rakan sebaya.

Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh


digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-

• Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di


hadapinya dan melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.

• Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan


dalam bentuk perkataan.

• Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam


pertuturan.

West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan


melalui beberapa cara iaitu;-

• Psikonalisis

• Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan


sesuatu.

• Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan


penutur tentang gagap yang dialami dan melatihnya bertutur dengan
sempurna.

• Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan
atau kiri untuk menulis dan membaca supaya kelemahan atau
kelumpuhan otak dapat dipulihkan.

Masalah dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli
psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.

22
3.3.2 Peranan ibu bapa

Peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan
pertuturan. Di rumah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses
berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan penggunaan bahasa yang betul,
mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anak-anak dapat
berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi penggunaan
bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak
supaya berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan
diri dengan penggunaan bahasa dan pertuturan. peranan ibu bapa itu sangat
penting dalam penggunaan bahasa yang betul seterusnya mempengaruhi
pertuturan kanak-kanak.

3.4 Agensi Yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-Kanak Cacat


Pertuturan

Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi


berkurangan.Ia mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar
masyarakat yang merasakan bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap,
sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah
semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak
digolongkan ke dalam kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan
yang disebabkan oleh kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu.
Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.

Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan


perkhidmatan latihan pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan
dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan
Shaharudin (1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu
seramai 3,902 orang yang meningkat pada hari ini,tentunya perkhimatan yang
ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya apabila
pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang

23
mahal, hanya kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu
untuk mendapat perhidmatan ini.

Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-


kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau
kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas
yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain

Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam


lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif
terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun
terdapat perbezaan pendapat di antara pakar bedah tentang masa yang paling
sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti
sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit
mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian
dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran
pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar
menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal
kelahiran bayi.

Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit


juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut
dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang
dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat
dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan
cecair tersebut.

Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang


menyeluruh supaya kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian
ini, program yang komprehensif dapat dijalankan bagi kanak -kanak ini.
Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap
tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu
memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik
akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.

24
Patologis Pertuturan – Bahasa. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa dengan pakar Patologis Pertuturan.
Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh
menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang tertentu dalam
membuka artikulasi untuk mengeluarkan suara dan sekaligus dapat bercakap.
Seseoarang pakar Patologis Pertuturan – Bahasa bertanggungjawab untuk
mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa
serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa
yang mengalami masalah ini

3.5 Beberapa contoh tokoh yang pernah mengalami masalah gagap

i. Lewis Carroll
ii. Winston Churchill
iii. Gareth Gates
iv. George VI dari United Kingdom
v. Alvin Lucier
vi. Marilyn Monroe
vii. Kim Philby
viii. Mel Tillis
ix. Alan Turing
x. Maharaja Claudius
xi. Vernon Hill
xii. Scatman John
xiii. James Earl Jones

25
4.0 Kelewatan bahasa
4.1 Definisi kelewatan bahasa

Menurut Noraisyah Kassim (2014), kelewatan atau masalah bahasa boleh


didefinisikan sebagai kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak untuk
memahami bahasa yang ditulis, dicakapkan, bahasa badan atau jenis-jenis
simbol yang lain. Selain itu, ia boleh didefinisikan sebagai kesukaran kanak-
kanak untuk memahami arahan dan apa yang diucapkan oleh orang lain
kepada mereka. Semua kanak-kanak adalah tidak sama cara kelahiran mereka.
Oleh yang demikian ada sesetengah kanak-kanak yang mempunyai tahap
bahasa adalah lewat daripada kanak-kanak yang lain. Ini berpunca daripada
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak semasa berlakunya proses kelahiran.

Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kanak-kanak yang lambat


dalam menguasai bahasa daripada kanak-kanak yang lain dapat menguasai
bahasa dengan sempurna. Misalnya, ketika kanak-kanak berumur 3 tahun
mereka masih mengalami masalah bahasa berbanding dengan kanak-kanak
yang sebaya dengan mereka tetapi akan berkembang dengan baik selepas
daripada umur tersebut iaitu mampu bertutur dengan baik apabila mencapai
umur dalam lingkungan 5 tahun hingga 6 tahun. Malahan ada juga sesetengah
kanak-kanak yang memerlukan intervensi awal bagi membantu kanak-kanak
yang sukar untuk menguasai bahasa kerana kanak-kanak tersebut tidak
menunjukkan perubahan dalam penguasaan bahasa. Ini dapat dilihat apabila,
kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran sukar untuk menguasai
bahasa kerana kanak-kanak ini tidak dapat mendengar dengan baik dan
menyukarkan mereka untuk berbahasa di dalam keluarga dan juga dalam
khalayak masyarakat.

Selalunya kanak-kanak dengan kelewatan bahasa biasanya


menggunakan bahasa mereka sendiri atau bahasa “Jerman” iaitu mengeluarkan
bunyi-bunyi yang tidak bermakna atau tidak difahami semasa ingin bercakap
atau berbual. Bahasa sendiri atau bahasa “jerman” ini dikenali sebagai
JARGON. Jargon ini terjadi kepada kanak-kanak yang berumur antara 12
bulan hingga 18 bulan. Biasanya kanak-kanak ini cuba untuk meniru
perbualan atau pertuturan orang dewasa kerana mereka sedang belajar untuk

26
bercakap. Masalah ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan menjadi tidak
normal apabila, masalah kelewatan bahasa ini terjadi sehingga kanak-kanak
tersebut berumur 2 tahun ataupun lebih.

4.2 Aphasia

Holland & Reinmuth, 1982 menyatakan bahawa aphasia adalah masalah


bahasa yang disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memperoleh semula atau
membentuk dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrasi bahasa.
Punca yang menyebabkan terjadinya aphasia adalah kerana kerosakan otak.
Kerosakan otak bagi kanak-kanak disebabkan oleh kecederaan otak sewaktu
lahir atau mempunyai ketumbuhan otak atau dipanggil tumor otak.
Kecederaan akibat kemalangan atau strok pula punca aphasia bagi orang
dewasa. Oleh yang demikian, aphasia akan menyebabkan terjadinya masalah
bahasa kepada orang dewasa malahan juga kanak-kanak. Tetapi aphasia
adalah berbeza dengan disleksia.

Antara tanda penghidap aphasia adalah mengalami masalah pertuturan,


kesukaran untuk membaca dan menulis dan kesukaran memahami percakapan
orang lain. Walaubagaimanapun penghidap aphasia boleh diberi rawatan. Cara
untuk membantu penghidap aphasia berkomunikasi adalah dengan
menggunakan bahasa isyarat dan bantuan terapi pertuturan. Penghidap aphasia
tidak dapat disembuhkan tetapi penghidap aphasia boleh dibantu dengan terapi
pertuturan. Hal ini kerana, terapi membantu penghidap aphasia menggunakan
kemahiran yang masih lagi boleh digunakan untuk bertutur dengan lebih baik.
Kesan penghidap aphasia adalah berbeza antara satu sama lain.

4.3 Gangguan proses auditori pusat ( Central Auditory Processing Disorders/


CAPD)

Kanak-kanak yang mempunyai CAPD disebabkan oleh masalah otak yang


kegagalan untuk menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada
telinga dengan baik. Walaupun kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa

27
disebabkan oleh CAPD, tetapi mereka tidak mempunyai masalah untuk
mendengar atau bermasalah pendengaran. Kanak-kanak ini mampu menjadi
pendengar yang baik tetapi sukar untuk bertutur. Hal ini kerana, otak dan
telinga akan menerima maklumat daripada apa yang didengar dan akan
menterjemahkan maklumat tersebut semasa ingin bertutur.

Menurut Pakar Audiologi Kanan Pusat Perubatan Sunway (SunMed),


Saravanan Selanduray, penghidap CAPD mengalami kesukaran untuk
memproses maklumat yang didengari atau memahami apa maksud bunyi yang
didengari itu tetapi mereka tidak mempunyai masalah pendengaran kerana
boleh mendengar bunyi dengan baik. Hal ini kerana ia melibatkan keupayaan
untuk menggabungkan bunyi yang didengar dari telinga kanan dan telinga kiri,
keupayaan untuk mendengar dalam suasana bising, keupayaan untuk
membezakan atau mengasingkan pelbagai bunyi yang sama dan keupayaan
untuk menyebut semula angka atau perkataan yang didengar.

Punca yang menyebabkan berlakunya CPAD kepada kanak-kanak


ialah kecacatan ketika lahir (kongenital) atau punca lain (acquired), tetapi
kebanyakannya tidak mengetahui punca terjadinya CPAD bagi kanak-kanak.
Ada juga sesetengah kanak-kanak ia mungkin terjadi disebabkan oleh
kecederaan di bahagian kepala, sebahagian otak lambat matang dan
mengalami sindrom tertentu. Manakala, orang dewasa pula disebabkan oleh
gangguan neurologi seperti tumor atau angin ahmar, penyakit seperti sklerosis
pelbagai, penuaan dan trauma kepala atau kecederaan-kecederaan lain.

4.4 Cadangan mengatasi masalah kelewatan bahasa

Masalah bahasa merupakan satu masalah yang memerlukan penyelesaiannya


kepada semua orang tidak kira yang mampu untuk bertutur mahupan tidak.
Hal ini kerana, kanak-kanak mempunyai masalah bahasa ia akan menyukarkan
kanak-kanak tersebut untuk bertutur dengan orang lain secara sempurna dan
juga sukar untuk orang yang normal tersebut memahami pertuturan kanak-
kanak tersebut. Sekiranya masalah ini tidak diatasi ia akan memberi impak
yang negatif kepada kanak-kanak tersebut apabila mereka dewasa kelak.

28
4.4.1 Intervensi pengajaran bahasa

Anuar (2005) menyatakan bahawa intervensi pengajaran bahasa ialah tindakan


permulaan yang bertujuan untuk mengatasi masalah dan juga memulihkan
masalah yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak. Oleh yang demikian,
untuk memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak bermasalah tersebut, guru
perlu menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan keupayaan
kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana, setiap kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengaran mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza
malahan juga tahap pendengaran yang pelbagai.

4.4.2 Kaedah mengajar bahasa dalam situasi

Bagi mengajar kanak-kanak, guru perlu memberi sesuatu situasi untuk


menggambar keadaan. Hal ini kerana, kebanyakkan kanak-kanak mengalami
kesukaran untuk mempelajari sesuatu dalam keadaan abstrak. Oleh yang
demikian, bagi membantu kanak-kanak untuk menguasai bahasa dan juga
membantu mereka memahami sesuatu pelajaran, guru perlu untuk mengajar
bahasa di dalam situasi yang bersesuaian dengan persekitaran sekeliling
kanak-kanak. Misalnya, bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan
pedalaman, guru boleh menggunakan situasi kepada mereka dengan memberi
situasi seperti mambantu ibu bapa di bendang.

Manakala, bagi kanak-kanak yang tinggal di bandar pula, situasi


seperti melancong bersama-sama keluarga sesuai digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, apabila
guru menyesuaikan keadaan pembelajaran mengikut kepada cara hidup yang
biasa kanak-kanak tersebut alami ia akan membantu kanak-kanak yang
mempunyai masalah bahasa untuk mengadaptasinya situasi tersebut dengan
baik.

29
4.4.3 Mengikuti perkembangan bahasa normal

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah sesuai berdasarkan kepada


peringkat umur kanak-kanak kerana ia mempengaruhi kemampuan berbahasa
kanak-kanak. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu memahami sesuatu
maksud perkataan yang disebut, bagaimana untuk menggunakan dalam satu-
satu situasi dan juga maksud ayat. Hal ini kerana, kefahaman penting untuk
perkembangan dan proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Peningkatan usia
kanak-kanak adalah sejajar dengan tahap perkembangan kefahaman bahasa
mereka.

Oleh yeng demikian, kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih


dahulu sebelum mereka mula untuk bertutur. Ianya bermula daripada
kefahaman beberapa perkataan dan akan meningkat kepada pemahaman ayat
panjang dan cerita. Di samping itu, kanak-kanak ini juga mampu untuk
memahami arahan yang mudah hingga ke arahan yang kompleks. Apabila
kanak-kanak tersebut mengalami masalah untuk memahami bahasa dan
menggunakan bahasa tersebut dengan keadan yang tidak sesuai, ia
menyebabkan mereka telah disalah ertikan oleh masyarakat sekeliling dan
telah dilabel sebagai kanak-kanak yang “lembap” di sekolah.

4.4.4 Menggunakan kaedah pengajaran yang khusus ketika


memperkenalkan konsep yang baru.

Murid akan mudah berasa bosan apabila guru senantiasa menggunakan teknik
dan kaedah yang sama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru, mereka perlu untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang berbeza-beza dan bersesuaian dengan tahap keupayaan
kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa supaya kanak-kanak tersebut
dapat menguasainya dengan sempurna. Kaedah menurut Kamus Dewan ialah
prinsip, hukum, aturan atau cara. Untuk mencapai sesuatu matlamat, sesuatu
kaedah perlulah dilakukan secara terseusun dan sistematik. Pakar bahasa telah
melapori bahawa pelbagai jenis kaedah pengajaran boleh digunakan.

30
Antaranya ialah kaedah terus, kaedah semulajadi, kaedah oral-aural dan
kaedah linguistik.

Kaedah terus menurut Salleh Mohd Akib (1975) ialah


memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak menerusi kaedah
pengajaran secara perbualan. Dalam proses pengajaran ini, guru bolah
mengaitkan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Selain itu, ia
mengutamakan sebutan dengan betul, memperbanyakkan pengukuhan dan
ulangan, kanak-kanak perlu mempelajari perkara yang mudah terlebih dahulu
sebelum perkara kompleks serta ia dilakukan secara lisan. Di samping itu,
kaedah semulajadi ialah soalan yang berkaitan dengan gambar dan objek.
Perkataan-perkataan yang telah murid ketahui digunakan bagi menerangkan
perkataan-perkataan yang baru mereka pelajari dan tidak langsung
menggunakan penterjemahan di dalam kaedah ini.

Kaedah mendengar yang diikuti dengan kaedah bertutur menggunakan


dialog untuk dihafal dan diikuti secara ajukan merupakan definisikan bagi
kaedah oral-aural (Norziana, 2011). Intonasi yang betul diberi perhatian
supaya dialog dan latih tubi yang dilakukan adalah realistik. Akhir sekali ialah
kaedah linguistik. Kaedah linguistik ialah kanak-kanak mempelajari bahasa
baru dari segi bunyi yang mana mereka menggunakan bahasa yang telah
diketahui. Murid-murid perlu mendengar terlebih dahulu barulah menyebut
perkataan tersebut.

Walaubagaimanapun, guru tidak terikat dengan kaedah tersebut


malahan juga guru yang kreatif boleh mereka kaedah yang tersendiri untuk
digunakan yang mana bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut sewaktu
proses mengajar di dalam kelas. Antara teknik pengajaran yang selalu
digunakan ialah kaedah membaca pelbagai deria iaitu visual, audio, kinestetik
dan tektil (VAKT) dan kaedah bunyi atau fonik. Menurut kamus dewan edisi
keempat, kaedah VAKT boleh didefinisikan sebagai kaedah pengajaran huruf
yang memerlukan murid melihat huruf sama ada secara visual, audio,
kinestetik atau pun tektil. Selain itu, kaedah bunyi atau fonik. Kaedah bunyi
atau fonik pula bermaksud para pelajar dilatih untuk menghubungkaitkan
antara bunyi tertentu dengan lambang tertentu sebagai satu kaedah mengajar

31
membaca. Walaubagaimanapun, guru boleh mempelbagaikan teknik
pembelajaran sedia ada mengikut kesesuaian.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, guru boleh


menggunakan kaedah-kaedah pengajaran seperti analisis tugasan dan
pembelajaran masteri. Analisis tugasan (task analysis) ialah kanak-kanak
mempelajari topik-topik kecil terlebih dahulu sebelum menguasai keseluruhan
sesuatu topik pembelajaran. Guru akan dapat mengetahui mengenai tahap
pengetahuan yang telah dikuasai oleh murid apabila konsep pengajaran secara
topik-topik kecil diamalkan. Oleh yang demikian, objektif pengajaran akan
dicapai sekiranya analisis tugas dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
kepada murid bermasalah pendengaran yang mana akan membantu guru
dalam mengenal pasti mengenai penguasan murid dalam sesuatu topik
sebelum guru meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Hal ini kerana, konsep bagi tugasan analisis ialah murid akan belajar
secara berperingkat-peringkat yang mana murid perlu menguasai topik yang
sebelumnya sebelum dapat mempelajari topik yang baru. Manakala, bagi
pembelajaran masteri (mastery learning) pula ialah penguasaan murid dalam
setiap langkah sebelum mempelajari langkah yang seterusnya dengan
menerusi langkah-langkah kecil serta latihan dan masa pembelajaran yang
mencukupi supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirangka dapat
menghasilkan pembelajaran yang berjaya. Pembelajaran masteri selalunya
adalah pembelajaran yang berpusatkan guru yang mana diajar secara individu,
kumpulan dan kelas. Tujuan pengajaran di ajar secara individu adalah untuk
membantu murid yang mempunyai masalah. Selain itu, ia sesuai digunakan
untuk mengajar kemahiran seperti fakta, konsep dan asas.

4.4.5 Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain dan diri
sendiri

Semasa berlakunya proses pertuturan, kemahiran untuk menerang amat


digalak untuk digunakan. Oleh yang demikian, bagi memastikan kanak-kanak
yang mempunyai masalah bahasa bertutur, guru boleh meminta mereka untuk

32
menceritakan apa yang mereka lihat disekeliling mereka. Contohnya, guru
meminta mereka menceritakan apa yang sedang mereka lakukan ataupun juga
apa yang sedang dilakukan oleh kawan mereka. Ia akan dapat menggalakkan
kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa untuk mempertingkatkan
penggunaan bahasa kanak-kanak tersebut.

Semasa kanak-kanak tersebut membuat penerangan di hadapan guru,


guru boleh memerhatikan penggunaan aspek semantik, fonologi dan
sintaksisnya. Sekiranya sewaktu kanak-kanak tersebut melakukan menerang
dan guru mendapati penggunaan bahasa kanak-kanak bermasalah bahasa
tersebut adalah salah guru boleh membuat pembetulan dengan segera dan akan
membantu kanak-kanak tersebut sekiranya masalah bahasa di perbetulkan
dengan serta-merta.

4.4.6 Menggunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi


kemahiran bahasa yang khusus

Ada dua cara yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak
yang mempunyai masalah bahasa. Antaranya ialah menggunakan bahan-bahan
teknologi maklumat. Bahan-bahan teknologi maklumat yang boleh dijadikan
model penggunaan bahasa atau contoh bahasa adalah tayangan rakaman
mengenai dokumentari. Hal ini kerana, melalui tayangan video ia akan dapat
menarik minat murid-murid untuk belajar. Tambahan pula, selalunya guru
akan menayangkan satu dokumentari yang mempunyai kaitan dengan topik
pembelajaran yang mana biasanya terdapat disekeliling murid-murid seperti
dokumentari berkaitan dengan burung. Oleh yang demikian, ia akan dapat
menggalakkan murid untuk berbahasa. Melalui pendekatan bahan pengajaran
dan pembelajaran seperti ini, akan dapat membantu guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Selain itu juga bacaan mekanis yang ditunjukkan oleh guru. Bacaan
mekanis juga dipanggil sebagai membaca kuat, membaca oral, membaca
bersuara dan membaca nyaring. Bacaan mekanis ialah bacaan yang

33
memerlukan seseorang untuk membaca dengan nada yang kuat. Bunyi dan
sebutan huruf yang betul, takanan dan nada yang betul dan membaca mengikut
intonasi amat dipentingkan di dalam bacaan mekanis. Di dalam bacaan
mekanis antara bahan bacaan yang digunakan ialah tidak membebankan
fikiran dan perkara yang mudah difahami. Kegunaan bacaan mekanis ialah
sebagai teknik latihan kepada kanak-kanak untuk membunyikan bunyi-bunyi
sebutan dengan rentak irama dan gaya yang sempurna.

Semasa melakukan bacaan mekanis ini, guru akan membaca dan guru
meminta kanak-kanak untuk mengikutinya. Selain itu juga, guru boleh
membaca di dalam kelas manakala murid-murid pula akan menyemak bacaan
guru. Tambahan pula, murid-murid juga boleh membaca secara individu yang
mana akan dipandu oleh guru. Oleh yang demikian, guru boleh mengetahui
mengenai tahap keupayaan murid-murid sama ada dapat mencapai kemahiran
dan kecekapan untuk berbahasa. Selain itu, bagi mata pelajaran-mata pelajaran
yang lain, kanak-kanak akan dapat menggunakan kemahiran berbahasa dengan
betul apabila guru sentiasa mengamalkan bacaan mekanis kepada kanak-kanak
tersebut. Hal ini kerana, guru akan memberikan satu petikan yang mana
bersesuaian dengan umur dan kebolehan kanak-kanak untuk bacaan dalam
satu tempoh yang dikhususkan.

4.4.7 Menggunakan aktiviti harian sebagai latihan kemahiran


berbahasa

Guru-guru boleh berpakat untuk menjadikan proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas sebagai satu proses pengajaran yang bertema.
Pengajaran bertema digunakan untuk perkembangan kanak-kanak bagi
memenuhi keperluan pendidikan asas mereka. Pengajaran bertema ialah
pengurusan pembelajaran dan pengajaran melalui tema atau topik yang dipilih
bersesuaian dengan tempat, masa, latar belakang murid dan minat (Nisa
Hussin, 2012). Menurut Jabatan Pendidikan Khas (2005), bagi murid
bermasalah pembelajaran, pendekatan pengajaran bertema akan digunakan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara contoh

34
pengajaran bertema ialah guru-guru boleh menjadikan aktiviti yang biasa
dilakukan oleh kanak-kanak bermasalah bahasa di rumah mahupun di sekolah
dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini kerana, pengajaran bertema melibatkan pemilihan topik


berdasarkan kepada situasi atau peristiwa tertentu dan kesesuaian tahap murid
dan kehidupan kanak-kanak. Di samping itu, ia juga saling berkaitan dengan
pengalaman baru dan pengalaman sedia ada murid-murid. Tujuan pengajaran
bertema adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengaplikasi kemahiran seperti kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis,
mengira serta mendengar dan penggunaan komputer yang mana pengajaran
bertema menggabungjalinkan kemahiran dan pengetahuan. Selain itu,
pengajaran bertema mengikut musim dan peristiwa seperti suasana hari raya.

Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan pengetahuan dan memberi


pengukuhan kepada murid serta dapat meningkatkan kemahiran berbahasa
bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa kerana pengajaran bertema
akan melibatkan sumbang saran berdasarkan tajuk oleh guru dan murid.
Pengajaran bertema sesuai dengan gaya pembelajaran kerana ia mencerminkan
budaya dan minat guru serta murid. Tambahan pula, ia menggabungjalinkan
pelbagai perspektif budaya, kepakaran artistic serta pengalaman. Amman
(2013) menyatakan bahawa tema bukanlah topik semata-mata tetapi tema
adalah perkara yang seringkali menimbulkan isu dan meneroka pengalaman
manusia dari segi perspektif.

35
5.0 Penutup
Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak
untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan
kebolehan. Perkara inilah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang dilaksanakan di Malaysia di mana, kanak-kanak istimewa turut mendapat
peluang untuk menikmati dan menerima pendidikan sebagaimana yang diterima oleh
kanak-kanak tipikal lain.

Dalam konteks yang sama, kita perlu menyedari bahawa kanak-kanak yang
bermasalah pertuturan dan kesukaran dalam aspek bahasa juga merupakan salah satu
golongan berkenaan. Seperti mana yang kita sedia maklum, kedua-dua aspek ini
memeberi pengaruh yang sangat besar dalam perkembangan dan pencapaian
pendidikan kanak-kanak. Disebabkan hal itu, sebarang jenis dan masalah bahasa atau
pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak, perlu diambil tindakan yang segera.

Pelbagai intervensi boleh dijalanakan dan dilakukan bagi memulihkan semula


masalah berkenaan. Pada waktu ini, pihak yang terlibat dalam pasukan pelbagai
disiplin harus memainkan peranan masing-masing. Walaupun mereka dikategorikan
sebagai kanak-kanak kurang upaya yang menghadapi masalah fzikal atau emosi
tertentu, namun mereka juga manusia yang sama seperti individu tipikal lain yang
menginginkan hidup normal dan penerimaan oleh masyarakat.

Sekian.

36

You might also like