You are on page 1of 17

Faculty Of Education And Languages

SEMESTER MEI 2019


HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 871115435682001

NO. KAD PENGNEALAN : 871115435682

NO. TELEFON : 016-6838784

E-MEL : Renukasivaraman721@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE


SOALAN I

DEFINISI RAGAM AYAT

Wang (1988) pula menjelaskan bahawa bahasa mempunyai dua makna, iaitu sistem
simbol yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu seperti perasaan atau sesuatu alat
komunikasi yang digunakan oleh sesuatu komuniti atau kaum, di mana bahasa adalah dibentuk
oleh morfologi. Dalam tatabahasa transformasi, pemahaman kepada tatabahasa bahawa
mempunyai lebih daripada satu tahap struktur dianggap terdapat perbezaan antara struktur dalam
dan struktur permukaan. Struktur dalam dianggap sebagai struktur asas ayat dalam
menyampaikan makna ayat. Struktur dalam adalah output peraturan struktur frasa dan peraturan
leksikal.

Hubungan antara morfologi dan sintaks adalalah morfologi membina bentuk kata-
biasanya dengan menggabungkan akar dengan akar lain dan dengan imbuhan awalan dan akhiran
tetapi juga dengan menerapkan aspek tatabahasa yang lain kepada mereka. Manakala sintaks
mengambil kata-kata yang penuh dan dimasukkan dan menggabungkannya menjadi frasa dan
ayat-ayat. Perbezaan antara morfologi dan sintaks adalah sempurnadi mana morfologi hanya
beroperasi di bawah tahap perkataan sedangkan sintaks hanya beroperasi di aras atasan
perkataan. Selain itu, kedua-dua komponen tatabahasa ini digunakan dalam urutan yang betul,
oleh itu sintaks mengambil alih selepas morfologi melaksanakan tugasnya.

Dalam membentuk sebuah ayat ia memerlukan kata. Daripada kata yang dirangkai
dengan kata, ianya menjadi frasa. Gabungan frasa dan frasa menjadi ayat. Dalam kata pendek,
ayat dibentuk daripada penyusunan perkataan-perkataan untuk memberntuk frasa, klausa dan
ayat. Salah satu elemen bahasa ialah ragam ayat. Dalam bahasa Malaysia, terdapat dua jenis
ragam ayat. Ianya, dibahagikan kepada 2 jenis iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
KONSEP

Menurut Nik Safiah Karim (1995), isi penting dalam menentukan ketepatan ayat aktif
atau ayat pasif adalah bergantung kepada tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek
dalam ayat yang berkenaan. Frasa nama didefinisikan frasa dimana perkataan utamanya terdiri
daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama.

Contohnya.

Kata nama khas : Raju kawan saya.

Kata nama terbitan : Persatuan itu adalah milik Ravi.

Kata ganti nama : Beliau adalah guru besar saya.

AYAT AKTIF

Ayat aktif akan mengutamakan subjek sebagai judul (Abdullah Hassan,2006). Secara
ringkasnya, subjek dalam ayat aktif ialah pelaku sesuatu perbuatan. Berdasarkan ayat aktif
dibawah, ‘pihak polis’ dirujuk sebagai pelaku kepada kata kerja ‘mengejar.’

Contohnya: Pihak polis mengejar pencuri itu.

AYAT PASIF

Ayat pasif menjadikan objek sebagai judul (Nik Safiah Karim, Farid, Hashim Haji Musa, Abdul
Hamid Mahmood, 2011). Subjek dalam ayat pasif ialah subjek terbitan yang pada asalnya
merupakan objek. Berdasarkan ayat aktif ‘pihak polis’ bertindak sebagai subjek manakala dalam
dalam ayat pasif subjek adalah ‘pencuri.’

Contohnya: Pencuri itu dikejar oleh pihak polis.


KATEGORI, PROSES DAN CONTOH

1. AYAT AKTIF

Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tidak transitif.

a. Ayat aktif transitif

Ayat transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau
klausa komplemen yang berfungsi sebagai objek atau unsur penyambut (Zainal Abidin Ahmad,
2000). Kata kerja transitif tidak dapat menjadi frasa kerja. Hal ini disebabkan oleh, kata kerja
jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi secara sendiri. Frasa kerja yang dibentuk daripada kata
kerja transitif apabila ditambahkan objek dan seterusnya menyempurnakan maksud ayat (Zainal
Abidin Ahmad, 2000). Secara khususnya, ayat transitif perlu ada objek dalam ayat. Contohnya,
dalam ayat 1, kata kerja ‘bermain’ diikuti dengan frasa ‘bola sepak.’

Subjek Predikat
Kata kerja transitif Objek
1. Ali bermain bola sepak.
2. Ramu membeli buku cerita.

b. Ayat aktif tak transitif

Ayat aktif tak transitif dapat didefinisikan sebagai kata kerja yang tidak diikuti oleh frasa nama.
Ianya tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya (Nik Safiah Karim, 2007). Dalam erti kata
lain, frasa kerja tak transitif bertugas sebagai predikat. Kata kerja tak transitif, ‘tidur’ tidak
diikuti oleh frasa nama sebagai objek tetapi unsur diikut seperti ‘sedang’ berfungsi kata bantu
dan ‘di sawah’berfungsi sebagai keterangan.

Subjek Predikat
Kata kerja transitif Objek
Komala tidur.
Petani sedang bekerja di sawah.

Ayat aktif dibahagikan kepada tiga kategori.ianya berbeza dalam frasa kerja tak transitif yang
melengkapi ayat (MahzanArshad, 2003). Frasa kerja dibentuk daripada kata kerja yang digabung
dengan unsur lain diman kata kerja menjadi intipati yang penting. Frasa kerja tak transitif terdiri
daripada:

Bi: Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap


Dalam ayat ini, kata kerja dapat berfungsi dengan sendiri tanpa memerlukan pelengkap
atau objek untuk memberikan maksud dalam ayat tersebut (MahzanArshad, 2003).
Contohnya, kata kerja ‘menangis’ tidak memerlukan komplemen dan kata tersebut dapat
difahami secara kata kerja.

Contohnya: Bayi itu menangis.

Bii: Frasa kerja tak transitif pelengkap


Dalam ayat aktif ini, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap bermaksud frasa kerja yang
berfungsi sebagai predikat dapat diperluaskan (MahzanArshad, 2003). Hal ini dapat
dibuat dengan menambahkan frasa sendi nama, frasa nama atau frasa adjektif dalam ayat
tersebut. Fungsi frasa yang lain adalah sebagai keterangan.

Subjek Predikat
Frasa kerja tak transitif keterangan
Raju bangun dari katil (frasa sendi nama)
Semua orang mesti hormat kepada ibu bapa (frasa sendi
nama)
Adik saya hendak pergi jauh dari rumah (frasa
adjektif)

Biii: Frasa kerja tak transitif berpenerang


Frasa kerja tak transitif berpenerang terdiri daripada binaan kata kerja tak transitif yang
diikuti oleh kata nama. Ianya bukan dikira sebagai pelengkap (MahzanArshad, 2003).
Contohnya, kata nama ‘padi’ dalam ayat di bawah dapat dibuang dan ayat yang terhasil
tetap sempurna.

Subjek Predikat
Frasa kerja tak transitif keterangan
En Ali bersawah padi.
2. AYAT PASIF

Ayat pasif dibentuk daripada ayat aktif. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan. Ayat pasif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberikan kepentingan kepda objek asal sebagai
unsur yang diterangkan (Abdul Hamid Mahmood, 2012). Ayat pasif dapat dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama
diri pertama dan kata ganti nama diri kedua dan ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir
sebelum kata kerja. Di bawah saya akan membincangkan proses dalam menulis struktur ayat .

a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Ayat pasif ini menggunakan imbuhan berbanding penggunaan ganti nama diri. Imbunhan
yang digunakan adalah : di- dan ter- : Contohnya:

Subjek Kata kerja pasif Oleh +frasa nama Keterangan


Ikan bawal itu sudah disiang oleh kakak petang tadi.
Pokok manga ditebang oleh ayah semalam.
Kereta itu terlanggar oleh lori pada bahagian
belakang.
Surat itu terbuang oleh adik saudara saya semalam.

b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua

Kata ganti diri pertama dan kata ganti kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif yang
berimbuhan ‘di-’ (Abdul Hamid Mahmood, 2012. Oleh itu kata ganti diri pertama yang
termasuk –aku, saya, kita, patik, hamba- dan kata ganti nama orang kedua -anda, awak,
engkau, kamu dan kalian- haruslah diletak di hadapan kata kerja tanpa imbuhan ‘di-’ (Abdul
Hamid Mahmood, 2012.

Contoh 1:

Ayat aktif : Kita sudah melaksanakan kerja itu minggu lepas.

Ayat pasif: Kerja itu sudah kita laksanakan semalam. (/)

Ayat pasif: Kerja itu sudah dilaksanakan oleh kami semalam. (x)
Contoh 2:

Ayat aktif : Anda mesti menjelaskan hutang itu esok.

Ayat pasif: Hutang itu mesti anda jelaskan semalam. (/)

Ayat pasif: Hutang itu mesti dijelaskan oleh anda esok. (x)

c. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’

Ayat pasif dengan perkataan kena ini meletakkan perkataan kena di hadapan kata
kerja dasar yang tidak menerima imbuhan awalan (Abdul Hamid Mahmood, 2012.

Subjek Kena Kata kerja dasar Oleh +frasa nama


Penceroboh itu kena tangkap oleh polis.
Ali kena tipu oleh kawannya.
Budak itu kena kejar oleh anjing.

SOALAN II: KAEDAH PENGAJARAN RAGAM AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Kesilapan pengunaan Bahasa Malaysia berlaku dalam mana-mana lingkungan umur.


Kefahaman tatabahasa penting dalam kalangan murid kerana mereka akan menduduki
peperiksaan. Bukan itu sahaja, murid diperlukan untuk menulis ayat dalam penulisan karangan
mahupun dalam menjawan soalan tatabahasa. Ragam ayat adalah elemen yang penting kerana
ianya berupaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Ragam ayat melibatkan ayat aktif
dan ayat pasig dimana perbezaan kedua-duanya adalah pertukaran tempat frasa nama sebagai
objek dan subjek.

Terdapat banyak teknik pengajaran penukaran ayat aktif ke ayat pasif serta sebaliknya.
Teknik yang saya gunakan dalam pengajaran penulisan ayat aktif dan ayat pasif adalah teknik
SKOP dalam penulisan ayat aktif manakala dalam penulisan ayat pasif, murid perlu ingat
penukaran kedudukan subjek dan objek. Penjelasan penulisan ayat aktif dan ayat pasif
diterangkan di bawah.

Jadual 1

AYAT AKTIF
SUBJEK KATA KERJA OBJEK PENERANGAN
A B C D

(Ayah) (buat) (cawan) (duduk diam-diam)


Datuk melepaskan anak ikan ke dalam sungai.

Dalam penulisan ayat aktif, subjek, diikuti kata kerja, objek, dan penerangan iaitu konsep
SKOP atau penulisan ayat mengikut urutan ABCD. Subjek (ayah) diikuti dengan apa yang
dilakukan iaitu kata kerja (buat) seterusnya objek cawan dan diakhiri penerangan (duduk diam-
diam). Dala ayat ini kata kerja transitif perlu diikuti oleh kata nama. Ayat ini dapat ditukar
kepada ayat pasif kerana mempunyai kata kerja transitif.

Jadual 2

AYAT PASIF
SUBJEK KATA KERJA OBJEK PENERANGAN
C B A D
(Cawan) (di buat) (oleh ayah) (duduk diam-diam)
Anak ikan dilepaskan oleh datuk ke dalam sungai.

Dalam penukaran ayat aktif ke ayat pasif, kedudukan objek akan ditukar dengan
kedudukan subjek. Dalam penukaran posisi subjek ke objek dalam ayat pasif daripada ayat aktif,
perkataan objek harus diikuti perkataan ‘oleh’. Contohnya, dapat dilihat dalam Jadual 1 dan 2.
Kedudukan perkataan ‘ayah’ sebagai ditukar kedudukan sebagai objek dan diikuti kata sendi
nama ‘oleh.’

Selain daripada perubahan dalam kedudukan subjek dan objek, struktur kata kerja juga
turut berubah. Contohnya, kata kerja ‘buat’ ditulis sebagai ‘dibuat’. Selain contoh tersebut, kata
kerja ‘melepaskan’ ditulis sebagai ‘dilepaskan’. Imbuhan awalan di- dituliskan diganti dengan
imbuhan ‘me-‘dalam melepaskan. Contohnya, kata kerja ‘melepaskan’ dalam ayat aktif
ditukarkan perkataan ‘dilepaskan’.

Dalam menulis ayat aktif, murid perlu menghafal struktur ayat berdasarkan teknik SKOP.
Murid mengetahui posisi subjek atau objek dalam struktur ayat serta kata kerja. Dalam
penukaran ayat aktif ke ayat pasif, kedudukan subjek akan bertukar dengan kedudukan objek
yang diikuti kata sendi nama ‘oleh’. Murid perlukan menulis imbuhan d- beserta kata kerja
dalam ayat pasif.

Dalam melaksanakan teknik ini dalam kelas, murid saya dapat menguasai penulisan ayat
aktif dan ayat pasif. Selepas latihan yang berterusan dan latihan mengenalpasti perbezaan ayat
aktif dan ayat pasif, murid menunjukkan peningkatan dalam pemahaman menulis kedua-duat yat
tersebut adalah penting untuk menguasai tatabahasa dalam penulisan ayat aktif dan ayat pasif.
Penguasaan ayat ini adalah penting dalam menjawab soalan tatabahasa ujian Kefahaman dan
menulis ayat dan karangan dalam ujian bahagian Penulisan.

KESIMPULAN

Ayat memberi kita kerangka kerja yang berfungsi sebagai memberi gambaran jelas tentang
idea-idea kita. Matlamat menulis ayat lengkap amat penting. Ayat selalu bermula dengan huruf
besar dan berakhir dengan sama ada berhenti penuh, seru atau tanda tanya. Ayat lengkap selalu
mengandungi kata kerja, menyatakan idea yang lengkap. Tatabahasa sangat penting kerana ia
membantu meningkatkan ketepatan dalam ayat. Ini bermakna peraturan tatabahasa boleh
membantu pelajar mengembangkan pemikiran secara logik dan jelas. Adalah penting dalam
menjadikan ayat lebih tepat apabila menggunakan tatabahasa yang betul.
Dalam bahagian ini, konsep ayat aktif dan ayat pasif telah dibincangkan. Terdapat pelbagai
pembahagian dalam ayat aktif dan ayat pasif. Posisi subjek dan objek amat penting dalam
menentukan jenis ayat tersebut.

BIBLIOGRAPHY

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2011).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd

Zainal Abidin Ahmad. (2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Cetakan
Pertama Edisi Kedua 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2007). Liku-liku Bahasa. Shah Alam: ‘K’ Publishing Sdn Bhd.

MahzanArshad (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala
Lumpur: Utusan

Abdul Hamid Mahmood. (2012). Ayat pasif bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek : Bahasa Melayu

Kelas : Tahun 5

Umur Murid : 11 tahun

Tahap penguasaan murid : Below average

Tarikh/Hari : 11 Julai 2019 / Khamis


Time : 10.30 am – 11.30 am

Topik : Ayat aktif dan ayat pasif

Kemahiran : Tatabahasa

Standard kandungan : 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam
pelbagai situasi.

Standard pembelajaran : 5.3.2 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif
dengan betul dalam pelbagai situasi.

Pada akhir pengajaran murid dapat

1. Mengenalpasti ayat aktif dan ayat pasif.


2. menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya secara pasangan.
3. Menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya secara kumpulan.

Bahan pembelajaran : kertas mah-jong, kertas latihan


SET INDUKSI 1. Guru menunjukkan dua jenis ayat: ayat aktif dan ayat pasif.
2. Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan ayat aktif dan ayat pasif
satu persatu.

Contohnya:
Ayat aktif: Ali membaca majalah itu.
Soalan: Siapakah yang membaca majalah itu?

Ayat pasif : Majalah itu dibaca oleh Ali.


Soalan : Apakah yang dibaca oleh Ali?

3. Guru menanyakan soalan kepada murid sebelum pengenalan kepada


jenis ayat aktif atau pasif.
4. Murid perlu membaca ayat tersebut dan meneka perbezaan ayat
tersebut berdasarkan soalan yang ditanya oleh guru.

Contohnya: Cuba bezakan kedudukan dan perbezaan kata kerja.

LANGKAH 1 1. Guru menerangkan struktur ayat akti dan ayat pasif.


2. Murid melihat kepada jadual tersebut dan menulis ayat aktif dan
ayat pasif bersama bimbingan guru.
3. Murid menulis ayat aktif dan ayat pasif dan sebaliknya secara
berpasangan.
4. Murid dan guru membincangkan jawapan bersama.
5. Murid perlu menerangkan subjek dan objek dalama ayat tersebut
serta perbezaan struktur kata kerja.
AYAT AKTIF
SUBJEK KATA OBJEK PENERANGA
KERJA N
A B C D
Datuk melepaskan anak ikan ke dalam sungai.

AYAT PASIF
SUBJEK KATA OBJEK PENERANGA
LANGKAH 2 1. Guru menerangkan struktur ayat aktif dan ayat pasif (lihat lampiran
KERJA N
1)
C B A D
Anak ikan 2.
dilepaskan Murid secara berpasangan
oleh datuk ke mengenalpasti
dalam ayat aktif dan ayat pasif
berdasarkan senarai ayatsungai.
yang diberikan (lihat lampiran 2).
3. Murid membaca ayat tersebut dan menjawab soaln tersebut bersama
perbincangan dengan rakan.
4. Jawapan dibincangkan bersama dan kesilapan dibincangkan
bersama guru dan rakan sekelas.
LANGKAH 3 1. Guru memberikan 2 ayat aktif dan 2 ayat pasif.
2. Murid harus menukarkan ayat aktif ke ayat pasif dan sebaliknya
secara berkumpulan.
3. Guru mengendalikan aktiviti ‘gallery walk’.
4. Murid perlu memeriksa ayat ditukar oleh kumpulan lain adalah
betul.
5. Murid perlu menjelaskan jika struktur ayat tersebut adalah salah
atau betul.
6. Guru membincangkan jawapan.
LANGKAH 4 1. Guru memberikan latihan dalam menulis ayat aktif dan ayat pasif.
2. Murid menukarkan ayat aktif ke ayat pasif dan sebaliknya secara
individu.
3. Guru membimbing murid.
4. Jawapan diperiksa dan kesalahan dibincangkan bersama murid.
PENUTUP 1. Murid menyiapkan latihan pengukuhan yang diberikan.
2. Murid perlu mempersembahkan tentang ayat aktif dan ayat pasif
dalam perhimpunan.

Dalam rancangan pengajaran harian yang ditulis di atas, murid diajar menggunakan bottom top
teknik. Ini dapat merangsang minda murid untuk melihat kepada perbezaan dalam struktur ayat
aktif dan ayat pasif. Hal ini memudahkan guru untuk mengajar struktur ayat berkenaan. Murid
dapat menganalisis dan memahami dalam menulis ayat aktif dan ayat pasif. Murid diajar oleh
guru dan bersama guru, murid menulis ayat aktif dan ayat pasif supaya guru dapat memahami
kesalahan menulis ayat aktif dan ayat pasif. Murid diberikan latihan secara berpasangan dalam
mengenalpasti ayat tersebut. Dengan ini, murid dapat berbincang dan menulis ayat aktif dan ayat
pasif serta membina keyakinan dalam menulis ayat aktif dan ayat pasif. Murid secara kolaboratif
dan berasaskan pengajaran abad ke-21 dilaksanakan untuk mengalakkan pemikiran kritis.
Persembahan murid tentang ayat aktif dan ayat pasif dilaksanakan untuk menjadi murid yakin
dalam penguasaan penulisan ayat aktif dan ayat pasif. Hal ini dapat menggalakkan murid untuk
menjawab soalan dengan mudah.
LAMPIRAN 1

Sila nyatakan jenis ayat di bawah sebagai ayat aktif atau ayat pasif.

Ayat Ayat aktif dan ayat pasif

Ali sedang memancing ikan.


Gambar pemandangan di tepi air terjun itu telah saya lukis.
Bapa saya sedang menebang pokok itu.
Rak buku kami kemaskan.
Kamu makan nasi.

LAMPIRAN 2

Sila tukar ayat aktif ke ayat pasif.

1. Ming Ming minum susu.


2. Baginda menyampaikan ucapan.

Sila tukar ayat pasif ke ayat aktif.

1. Bola itu ditendang oleh pemain kumpulan itu.


2. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru
disiplin yang garang.
RUJUKKAN
1. Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal  Abidin kasim.
(2008).
4. Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Open University
Malaysia. Abdullah Hassan. (2003).
5. Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.
6. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
7. Asraf. (2012).
8. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 
9. Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga.
10. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
11. LAMAN SESAWANG
12. http://www.tutor.com.my/tutor 
13. http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu o5.ppt. 
14. Abu Hassan Abdul, PhD Abd. Rashid Md. Idris, PhD (2012). BMK 3043: Seni
Mengarang. Tanjung Malim, Perak. Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
15. Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala lumpur: Sarjana
Enterprise.
16. Asmah Hj Omar, (1980). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
17. Dr. Ali Mahmood et.al. (2009). HDML 1103/HBML 1103: Pengenalan Pendidikan
Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
18. Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin Kasim,
(2010). Modul HBML2103: Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Open Universiti Malaysia.
19. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1999). Pengajian Melayu 3 :
Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
20. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like